Sarah baring diriba umminya. Malam akhir sebelum dia balik esok.
“Ummi, masa Sarah balik sini kan Sarah tak dapat izin nyata dari Abang Hilmi, tapi Sarah ada text dia. Sarah kecewa sebenarnya. Boleh Sarah cerita dengan ummi tak?”
“Boleh sayang, cakaplah ummi dengar.”
“Masa kat rumah dua tiga hari sebelum tu, Abang Hilmi ada ajak kawan-kawan dia datang rumah, Sarah tak kisah ummi dia nak ajak kawan dia tiap hari pun. Tapi kawan dia lelaki dengan perempuan yang entah la jenis macam mana. Melawak pun kotor-kotor yang keluar ayat tu.”
“Kotor macam mana tu?”
Ummi Sarah terasa tidak suka dengan apa yang dia baru dengar.
“Kawan Abang Hilmi tu cakap kalau dapat isteri macam Sarah ni memang dia tak keluar pegi mana la. Elok ke ummi cakap macam tu dekat isteri orang. Dan suami sendiri tak cakap ape. Kawan perempuan dia pulak entahlah ummi tak cukup kain semua.”
“Allahuakbar, kenape kamu tak cerita dari balik hari tu. Suka sangat pendam tau Sarah ni.”
“Lepas tu esoknya tu Sarah call Abang Hilmi, yang angkat tu perempuan ummi, entahlah Sarah susah sangat nak terima. Sakit sangat hati ni. Macam dah semakin jauh rase abang tu dengan Sarah. Kat rumah Sarah sunyi tau ummi.”
Airmata Sarah mula terbentuk, mula memenuhi kelopak matanya. Dia seboleh mungkin mahu menahan.
“Sarah sayang, Sarah keluar rumah ni kalau Hillmi tak beri keizinan tetap salah tau, itu satu. Kalau ada ape yang Sarah tak puas hati Sarah kena bagitahu. Macam mana pun balik esok kena bincang baik-baik.”
“Adik, esok abang hantar adik balik nak abang cakap ke dengan Hilmi, atau adik nak bincang dengan dia dulu.”
Sarah mengesat airmata, dah agak dah pasti kedua abangnya akan curi dengar. Shamsul tahu tu. Geram namun dia tetap tidak mahu campur tangan terlalu awal.
“Biar adik bincang dengan dia dulu la. Ape nak jadi biar je la. Nanti adik call je abang.”
“Betul ni.”
“Sham, bagi adik bincang dengar dulu penjesan dari Hilmi tu. Kita tunggu je.”
“Haih la aku geram sangat dah ni. Kalau dapat dengan aku memang pecah muke Hilmi tu abang. Benci aku. Baik kau je hantar adik esok. Kalau akulah yang pegi memang takde bincang dah.”
Tanganya digengam erat, sakit sungguh hati. Itu belum tahu lagi layanan Hilmi terhadap adik mereka. Kalaiu tahu entah-entah dah pecah muka Himi tu.
“Sabar la Shah, kita tanya dulu. Jangan bagi adik kamu tu tekanan macam tu.”
“Hmmm yela ummi.”
———————————————————
“Sengal kan kau ni Abang Hilmi, janji bodo ape ni mana duit aku. Lagi sehari je lagi tau. Jangan buat pasal dengan aku.”
“Lagi sehari kan,benda dah janji kan kau ingat abang ni ape ha.”
“Mane la aku tahu, tengok-tengok esok kau hilang macam tu je.”
Hilmi serabut. Dia berani meletakkan perjanjian sebegitu dengan Kamal kerana yakin dia mampu membayar kembali. Dengan isterinya belum balik. Yang dia pun tiada usaha mahu pujuk. Abaikan ja, mana la isteri nak balik.
———————————————————————
“Ummi, Sarah balik dulu tau. Ummi doakan Sarah ye. Sarah harap sangat ummi percayakan Sarah.”
Sarah mememuk umminya lama. Kemudian dia menyalami umminya. Salam pula dengan Shah.
“Ummi sentiasa doakan untuk anak-anak ummi. Jangan bimbang. Ummi cuma harap jalan yang Sarah pilih tak bertentang dengan hukum. Apepun jangan lupa Sarah ada ummi dan abang-abang.”
“Betul tu Sarah, selalu lah call tak kire la ada masalah ke tak ke call je. Ni baru ni jarang bukan main je call. Ni pun balik tak de bagitahu apa pun. Kau tu masih adik kami tau walau dah kawin.”
“Iye adik tahu la, Abang Shah pun boleh je kan call adik.”
“Hmmm selalu nak play victim kan, kau adik kau la call.”
Sengaja Shahrul mahu mengusik adiknya.
“Dah la tu Shah, suka sangat usik adik tau. Jom ummi kami gerak dulu. Nanti sampai Sham call ummi.”
“Sunyi la ummi semua anak ummi nak balik dah.”
“Lepas ni ummi nak dapat cucu dua sekali tau, tak sempat nak sunyi dah nanti.”
“Yela tu. Nanti jangan lupe bagitau ummi apa-apa hal.”
“Baik ummi, Shah kau balik bila ni.”
“Nak balik jugak la. Kena masuk keja jugak hari ni. Mem besar pun aku tak pegi ambik lagi.”
“Jom kitaorang gerak dulu tau.”
“Bye ummi, bye Abang Shah. Take care tau ummi, Sarah sayang ummi.”
“Ummi pun sayang Sarah. Jaga diri.”
Sayu menghantar anak-anak pulang. Kepulangan yang tidak dirancang sama sekali.
“Adik, abang nak tanya ni. Dengan siapa ada sembang dua kali dah abang dengar adik sembang.”
“Kawan adik tu abang. Adik kenal dia baru beberapa bulan.”
“Lelaki?”
Sarah diam.
“Adikkk…adik tahu kan adik isteri orang. Mana boleh berkawan dengan lelaki sesuka hati.”
“Kenapa pulak tak boleh, adik keluar pun setiap kali adik mintak izin dengan Abang Hilmi dulu. Dia yang hari-hari suruh adik keluar makan dengan kawan. Dia ni saja yang hulurkan tali persahabatan.”
“Macam mana adik kenal dia?”
“Masa tu adik keluar makan dengan Abang Hilmi, lepas tu ada gaduh sikit adik tak sempat nak ambil bag dalam kereta, fon semua dalam tu lepas tu dia nampak, dia tolong adik call Abang Hilmi tapi tak jawab.”
“Kenapa adik tak call Abang Shah atau abang?”
“Malu la adik kalau call abang masa tu. Nanti ape ummi dengan abang fikir pasal Abang Hilmi.”
“Lepas tu dia tolong hantar adik balik ke macam mana?”
“Adik mintak dia pinjamkan duit, tapi dia ajak makan dulu sebelum hantar adik balik. Kunci rumah semua tak de ngan adik masa tu. Adik punya la lapar masa tu. Last ada orang sudi nak tolong adik.”
“Ape la suami adik ni pikir kan. Sekarang selalu ke jumpa dia. Nama dia sape?”
“Tak selalu jumpa, dia tahu adik isteri orang dan dia akan teman adik beli barang dengan makan je. Nama dia Firash.”
“Jeeeee? Ohh Firash.”
“Adik bahaya tau apa adik buat ni, walau abang pecaya ngan adik tetap salah tau ape adik buat tu.”
“Adik tahu salah, tapi dia baik abang. Entahlah adik pun tak tahu kenapa adik tak boleh tolak dia dari adik.”
“Abang harap adik fikir betul-betul. Jangan buat yang bukan-bukan.”
Shamsul bukan tidak percayakan adiknya, namun dia tidak mengenali Firash. Jadinya dia tidak boleh terlepas dari fikir yang Firash tu akan mengambil kesempatan terhadap adiknya. Berharap sangat dia baik seperti dikatakan Sarah.
“Adik faham kalau abang risau, tapi boleh tak abang jangan bagitau ummi dulu. Nanti adik sendiri bagitau ummi.”
“Iyeee abang tahu la, kalau nak bagitau ummi buat ape tunggu dah dalam kereta baru abang tanya semua ni dengan adik.”
“Adik pesan je la. Adik tak nak ummi risau nanti, mesti abang fikir adik ni isteri yang teruk kan?”
Sarah buakan tidak sedar, hampir setiap kali dia berjumpa dengan Firash dia akan rasa dirinya jahat. Namun entah kenapa hatinya sendiri sering mengkhianati rasa.
“Semua manusia tak sempurna tau adik, abang bukan seseorang yang boleh menilai adik baik atau jahat. Abang sendiri tak dapat nak selam sedalamnya hati adik. Macam mana pun fikiran adik jangan pernah lupa ummi dan kami berdua.”
“Terima kasih abang, hari ni je dah berape kali adik dengar jangan pernah lupe tu tau.”
“Ni adik nak abang hantar dekat mana?”
Sarah memandang muka Shamsul. Abangnya tahu dia mahu berjumpa dengan Firash terlebih dahulu. Dia daoat rasakan kali ini Firash pula yang lebih memerlukan dirinya.
“Abang hantar dekat rumah je dulu. Adik nak keluar nanti je.”
“Janji dengan abang tau adik. Nanti calll abang.”
“Iyee adik janji. Jangan la asyik suruh adik janji je abang. Risau pulak tak dapat nak penuhi semua.”
Selang beberapa minit akhirnya sampai dirumah. Sarah salam dengan abangnya. Namun Shamsul memilih memeluk adiknya.
“Semoga adik kuat macam ummi kita.”
“In shaa Allah abang. Adik turun dulu.”
————————————
‘Kita jmp’-AZ
‘Bila’-ZA
‘15 from now’-AZ
‘OK’-ZA
Sarah menarik nafas lega,. Risau jika Firash tidak mahu bertemu dengannya. Mereka sudah tidak bertemu seminggu lebih. Debar didada Sarah semakin menggila. Apa la sebenarnya masalah Firash.
Laluan penjalan kaki dipandang berkali-kali mencari kelibat kereta Firash. Sarah sampai 5 minit yang lalu. Terasa sangat lama menunggu kali ini. Finally…. His coming.
“Assalammualaikum abang… ape…”
Sarah tidak sempat menghabiskan ayat apabila melihat wajah sugul milik Firash.
“Abang…kenape ni muka abang macam ni?”
“Abang dah bercerai…”
Sarah terkejut yang amat sangat. Patutla hati dia tak tenang. Sarah memegang lengan Firash. Namun Firash meraih jari jemari Sarah dan meletakkan didadanya.
“Dada ni macam nak pecah tau Sarah, abang tahu abang tak sempurna. Tapi ayat tu buat abang rasa terhina yang amat sangat.”
“Ayat ape maksud abang, abang nak cerita tak?”
“Alasan yang dia bagi masa mintak cerai tau tak ape?”
“Ape? Sebab Sarah ke?”
“Ishhh perasannya, bukan la. Dia kata abang lemah tak mampu puaskan dia.”
Sarah agak malu berbual soal itu namun dia masih mendengar.
“Ape dia fikir kawin tu sebab itu je ke? Abang ni tak pernah meminta hak abang yang sebenarnya pada dia. Segala yang dia nak abang tunai, tak mahu masak tak mahu itu tak mahu ini semua abang tunai. Tapi itu alasan yang dia bagi.”
“Mungkin itu cuma alasan je kot abang.”
“Entah la Sarah, abang rasa mungkin betul je kot ape dia cakap. Dia dah jumpa lelaki yang dapat puaskan nafsu serakah dia.”
Alasan yang jenis apa diberikan oleh isteri Firash.
“Jadi abang terus lafazkan talak pada dia?”
“Habistu dia mengaku dia dah jumpa orang yang dapat puaskan dia macam yang dia nak. Sarah nak abang tunggu?”
“Bukan la Sarah tanya sebab kot abang masih nak cuba berdamai itu je.”
“Tak mungkin lagi dah. Berapa bulan ni memang jarang sekali dapat bertembung dengan dia. Sedangkan dulu dia yang berbulan-bulan pujuk abang nak kawin dengan dia, last-last dia jugak yang nak mintak dilepaskan.”
Sabar la abang, tapi jangan la muka sugul macam tu. Abang tahu kan semuanya ada hikmah setiap yang berlaku. Tiada satu apa pun yang jadi dalam dunia ni tanpa keizinan dari Allah.”
“Ya abang tahu sayang…”
Saat macam ni Sarah akan terasa dirinya semakin jahat. Apa tidaknya, dia sangat suka pada panggilan tersebut. Walaupun dia tahu Firash menyebut sekadar begitu sahaja.
“Abang, dah makan ke ni?”
“Belum makan lagi, tidur pun belum lagi apatah lagi makan.”
Mereka sampai dipantai yang selalu mereka pergi. Tangan Sarah masih dipegang Firash.
“Abang tidur sekejap, Sarah teman abang.”
Tidak sampai 5 minit peganagan Firash semakin loggar, Sarah cuba menarik namun digenggam erat kembali. Belum nyenyak agaknya. Sarah mengusap rambut Firash kebelakang. Perlahan menarik kembali tangannya. Dia memandang segenap wajah Firash.
“Kesian dia, baik macam ni isteri tak hargai. Sedangkan aku berperang dengan rasa menghadap suami seperti dia.”
Sarah melepaskan rasa dengan perlahan. Sarah menurunkan cermin kereta dikedua belah kemudian baru dia turun. Berjalan dipantai mencari jika ada makanan untuk dia dan Firash.
——————> ORANGE BORAHAE
ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.
Share this novel