Pagi itu Sarah hairan kenapa suaminya langsung tidak memanggilnya. Selesai membuat kerja dia naik keatas untuk melihat sama ada Hilmi masih belum siap atau tidak.
“Abang tak keje ke hari ni?”
Diam. Langsung tak jawab. Tangannya hanya bermain dengan I pad. Sarah memegang bahu Hilmi.
“Kenape ni abang, marah Sarah ke? Kalau ada bagitahu Sarah.”
“Semalam masa kawan abang ajak minum kenape awak tak bagi?”
La itu saja ulahnya. Sarah macam mahu menjerit sahaja. Budak umur dua tahun atau lelaki dewasa ini. Pandang muka Sarah pun tidak semasa menjawab.
“Sarah ingat dah abang ada masa, apa la salah spent dengan Sarah. Abang tahu kan kite sekarang jarang sangat spent time same. Abang selalu cakap sibuk tapi dengan kawan abang ada masa pula.”
Sarah beranikan diri meluahkan apa yang dia rasakan.
“Abang ada projek dengan diorang. Kalah tender dah berapa kali. Abang nak cuba dengan diorang ini pula. Awak tunggu ja la ye. Jangan la terlalu banyak bunyi. Sembang pun kalau awak faham takpe juga.”
“Projek apa yang abang nak buat tu?”
Hilmi tidak menjawab saat dirasakan Sarah menekan dirinya. Dia bangun dan terus siap ke tempat kerja. Pakaian tidak seperti selalu.
“Abang pergi keje dulu. Awak makan la nanti, hari ni tak payah tunggu abang.”
Sarah terdiam. Namun dia masih salam dengan suaminya dan meminta ampun. Entah berapa lama Hilmi mahu berkelakuan begini. Begitu saja sikap Hilmi.
“Abang pergi keje baik-baik.”
Macam biasa Hilmi hanya diam. Entah dimana silap Sarah dan hubungan ni. Sarah sangat buntu.
Sedang Sarah mengemas tempat tidur panggilan masuk.
“Assalammualaikum adik, langsung kau tak telefon abang kau ni kan.”
“Adik baru call minggu lepas, abang lupe la tu.”
“Kau telefon abang Sham je kot.”
“Ala…adik lupa la abang.”
Sarah tidak mahu telefon kedua abangnya ini selalu kerana takut bicaranya akan terkeluar mengenai suaminya. Memilih untuk diam dahulu selagi dia masih bertahan.
“Adik, abang dengar Hilmi kalah tender lagi betul ke dik?”
Dah agak dah mesti ada sebab dia call. Sengaja nak mengorek. Kalaulah dia tahu adik dia ni satu apa pun tak tahu dah pasal suami dia.
“Adik mana tahu abang, tak sempat sembang sangat, tahulah abang Hilmi tu sibuk manjang. Amboi bang, duduk jauh pun tahu semua ek.”
Baru tadi suaminya menyebut soal kalah tender. Tapi sebanyak mana Sarah tidak tahu.
“Abang pun keje juga dik, takkanlah sibuk manjang. Nanti kau tanya la dia dik. Kalah tu yang banyak punya tender tu tau. Industri ni kecik je dik, lambat atau cepat je nak tahu.”
Sarah tidak tahu, jauh macam mana pun hal Hilmi dan Sarah abang keduanya itu sentiasa mahu ambil tahu. Hilmi itu dari awal lagi kedua abangnya tidak setuju. Naluri abang-abang sangat.
“Patutlah monyok je hari tu.”
“Abang Shah, bila kak Lia nak bersalin. Lama la adik tak jumpa dia.”
“Nanti abang balik la dengan kak Lia. Salin hujung bulan depan ikutkan tu. Tapi abang balik awal nanti. Ummi pesan suruh balik awal. Nanti adik pun balik jugak rumah Ummi. Kita jumpa sana.”
“Nak balik nanti bagitau awal la. Senang nak bagitau abang Hilmi.”
Bagitahu supaya senang dia nak mengelat nanti adalah. Namun tidak terluah. Kalau sekali sahaja adiknya mahu luahkan apa yang tgersirat, dia dan Sham tak akan berdiam diri. Namun Sarah lebih kenal dengan kedua abangnya. Dia jarang meluahkan soal suaminya.
“Hmmm yela tu. Malam tu buat bbq, kau sediakan ayam nanti. Abang Sham beli benda lain, abang balik makan je.”
“Sampai hati abang kan, adikmu ini sudahlah tidak keje, lagi nak pau.”
Keduanya ketawa. Senang hati Shahril mendengar adiknya itu ketawa. Padahal setiap bulan kedua abangnya tidak pernah lupa memasukkan duit untuknya. Sama banyak dengan untuk ummi mereka.
“Adik, kau ok kan dengan Hilmi. Apa-apa hal jangan lupa dik, aku dengan abang Sham selalu ada untuk kau.”
“Adik tahu abang ada. Jangan risau. Selagi jasad ini bernyawa… abang jangan selalu fikir pasal adik. Kak Lia tu dah nak salin. Nanti sibuk fikir pasal adik je.”
“Adik, kau tu sebahagian dari hidup abang tau. Memang akan fikir setiap hari. Kau je tak pedulikan abang.”
“Selalu play victim kan. Last mesti adik jugak yang kene. Sengaje tau.”
Shahrul hanya mahu mendengar ketawa adiknya itu. Adik mereka adalah keutamaan mereka. Shah dengan Sham sama keduanya. Walau Sham sudah punya anak, layanan dia terhadap Sarah masih tidak kurang juga.
“Kak Mis pun dah besar juga kan perut dia abang. Tapi dia salin lewat 3 bulan dari Kak Lia. Bestnya adik nak dapat dua anak menakan tahun ni
“Abang pun nak anak menakan juga dari kau dik.”
“Belum ada rezeki abang. Ada hikmahnya.”
“Abang, nanti kalau balik ni boleh tak abang dengan Abang Sham bawak adik keluar.”
“Boleh la adik, macam dulu-dulu kan. Nanti kita spent time same.”
Permintaan itu dibuat oleh Sarah 10tahun lepas. Setiap tahun harus ada tradisi keluar hanya bertiga melakukan setiap seorang punya keinginan. Waktu tu Sarah baru umur 16 tahun. Manakala kedua mereka masing-masing 19 dan 21 tahun. Sarah mula rasa sunyi waktu itu kerana kedua abangnya sudah pergi melanjutkan pelajaran. Jadi semakin jarang berjumpa.
Bukannya sebelum tu tidak pernah keluar bersama, namun keluar hanya sekadar makan atau beli barang. Yang ini bertujuaan memenuhi keinginan dari ketiga pihak. Harus juga punya satu benda yang sama semasa keluar. Sarah memang suka benda begitu. Tujuannya mahu eratkan hubungan mereka. Ternyata memang berkesan. Kedua isteri mereka seringkali cemburu dengan keakraban itu. Mereka juga ingin melakukan perkara yang sama dengan adik beradik mereka.
“Abang, fikir apa. Adik panggil dah tiga kali diam je.”
“Fikir kan kau la. Dah la giliran abang kali ni kan kena sediakan benda same apa kita nak pakai nanti.”
“Ha la tu adik ingatkan tadi. Bang, adik nak pesan tak payah la masukkan duit lagi kat adik. Tiap bulan dua-dua abang masukkan duit kat adik. Adik ada duit.”
“La… aku dah biasa la masukkan dari dulu. Terima ja la adik. Abang Sham pun same kan masih masukkan.”
“Masukkan tiap bulan. Tiap tahun ada jugak bonus untuk adik. Segan adik tau abang.”
“Gila ape dik nak segan. Memang selalu kami masukkan. Jangan sebut lagi la pasal tu. Selagi aku ada rezki, sebagai abang takkan lupe punya.”
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama.”
“Abang. Adik nak letak dulu. Nak kena pergi pasar beli barang dapur.”
“Kau kalau dekat senang abang boleh temankan. Ummi pun boleh teman kau selalu. Ni duduk jauh pada orang.”
“Eh, rumah adik dengan Ummi cuma 40 minit je tau. Dengan abang Sham pulak 30minit. Dengan abang je jauh sikit dua jam sengah.”
“Kalau dekat kenape Ummi cakap dah lame kau tak balik rumah.”
Sebab tu lah Sarah tak mahu berbicara lama dengan abangnya ya sorang ini. Dia kenal Sarah. Dia akan perangkap Sarah untuk ceritakan semuanya.
“Abang, abang percaya adik tak?”
“Adik, abang paling percaya dengan kau lah. Kalau satu dunia cakap kau penipu pun abang akan tetap percaya dengan adik.”
“Kalau percaya nanti kita keluar tu adik bagitahu abang.”
Shah dah agak pasti ada sesuatu yang tidak baik. Adiknya sudah semakin jarang menghubungi dia dan Sham. Ummi mereka juga sama.
“Adik, abang kena letak dulu. Nanti abang telefon adik lagi.”
“Assalammualaikum abang. Kirim salam Kak Lia.”
“Wasalam. Kirim salam Hilmi. Jaga diri baik-baik dik. Aku dengan abang Sham akan sayang kau sampai hujung nyawa.”
Dia tahu ada yang tak kena dengan adiknya itu. Memang hematnya bnar. Shahrul dengan Shamsul sama-sama tidak setuju dengan perkahwinan mereka. Namun Hilmi terlalu baik dimata ummi.
——————> ORANGE BORAHAE
ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.
Share this novel