Sukar sekali membunuh rasa kegelisahan melihat kereta Sarah yang masih berada ditempat yang sama. Firash sedang menimbang hasrat hati. Dia tahu Sarah kecewa setiap kali dia menyuruh Sarah salahkan dirinya. Niatnya cuma mahu Sarah dan Hilmi baik-baik sahaja. Benarkah hasrat hatinya?
Dia akhirnya memilih untuk berjalan ke kereta Sarah, namun dimatikan langkahnya. Seseorang mendekati kereta Sarah. Namun sekejap sahaja lelaki tersebut beredar. Barangkali bertanyakan tentang parkir samaada Sarah mahu keluar atau tidak. Firash terdesak mahu ke kereta Sarah. Kali ni biar apa pun jadi dia tetap nak juga bercakap dengan Sarah sekali lagi. Biarpun ini akan jadi yang terakhir.
“Jalan Sarah. Abang nak cakap sikit dengan Sarah.”
Sarah terkejut namun dia tetap ikut kata Firash.
“Kita dah nak balik kan, nak pegi mana pulak ni?”
Firash langsung tidak mampu memandang mata Sarah yang basah. Risau kalau dia akan menarik wanita itu dalam pelukannya. Sarah masih diam emmandu. Matanya merah gara-gara melepaskan tangisan tadi.
“Abang nak cakap ape sebenarnya ni. Sarah patut dah balik tau.”
Setelah lama diam Sarah membuka kata entah kali keberapa untuk hari ini. Sarah berhentikan kenderaan setelah emmandu selama 20 minit. Padahal tadi baru sangat berjumpa. Tak pula dia cakap.
“Sarah,abang minta maaf kalau kata-kata abang tadi buat Sarah menangis. Abang tahu abang salah. Abang terlalu ikutkan perasaan. Abang tak patut arah-arah Sarah macam tu.”
Sarah masih diam. Menunggu kalam seterusnya,
“Tahu tak abang punya rasa hati ni terkadang sampai tahap terfikir kenapa Sarah bukan dapat dekat abang. Abang seolah menyalahkan takdir. Abang fikir kalau Sarah dapat dekat abang mesti bahagia. Tapi itu cakap hati abang. Abang gagal jadi sahabat Sarah. Abang selalu tersasar dari rasa hati abang. Memandang Sarah berdosa, sentuh Sarah juga berdosa. Sarah tahu ape abang rasa?”
Airmata Sarah gugur lagi buat kesekiankali. Gagal bertahan kerana itu juga rasa hatinya.
“Itulah punca Sarah nangis tadi. Sarah fikirkan benda yang sama, memandang abang berdosa. Menyentuh abang juga sangat berdosa. Sarah juga gagal dalam mengawal rasa hati. Sarah minta maaf.”
Tangan Sarah digenggam erat.
“Kenape nak mintak maaf. Sarah tak salah. Kita yang salah. Kali ni abang janji ini sentuhan abang yang terakhir pada Sarah, jangan sedih lagi. Abang salah sebab selalu sentuh Sarah sampai Sarah rasa macam ni. Kita tetap sahabat selama Sarah nak. Jangan risau masih sempat nak betulkan keadaan. Balik nanti apa pun jadi Sarah tolong betulkan kekusutan. Abang tunggu mesej dari Sarah. Boleh janji dengan abang sayang?”
“Ya Sarah janji. Kita sahabat selamanya.”
Sarah menentang mata Firash kemudian dia bertindak diluar jangka memeluk Firash sambil melepaskan tangisan. Firash terkejut dengan tindakan Sarah.
“Sarah janji ini sahaja yang Sarah akan buat. Tolong izinkan 10 saat je. Ini kali terakhir dan kali pertama. Agaknya kita terlalu kecewa dengan keadaan sekarang hingga kita terawang dengan perasaan ni.”
Hati Firash bergelora dengan pelukkan dari Sarah. Memejamkan mata menikmati rasa debaran yang tidak terhingga.
“Ya sayang, kita terawang. Kita betukan semula. Tiada lagi sentuhan. Tiada lagi panggilan sayang ok. Abang janji dengan Sarah. Hari ni yang terakhir. Berikan 10 saat pula untuk abang.”
Sarah mahu melepaskan pelukkan namun Firash menariknya semula. Kali ini lepas erat.
“Maafkan Sarah.”
“Ya abang maafkan semua. Sarah pun maafkan abang ok. Abang sayang Sarah sebagai sehabat abang.”
‘Lebih dari sesiapa pun’. Kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati. Firash melepaskan pelukkannya. Melebihi 10 saat.
“Kita balik okay.”
“Ya kita balik.”
Sarah segera memandu untuk menghantar Firash ke parkir semula. Debaran didada Sarah juga tidak kurang hebat. Namun hatinya lega Firash masih sudi bersahabat denganya. Pelukkan itu akan jadi yang terakhir sebagai isteri orang. Itu janjinya.
“Jangan selalu mintak maaf bila dengan abang.”
“Saya hantar awak dekat situ. Nanti apa-apa saya mesej awak ye.”
“Sarah ape ni cakap awak saya macam tu.”
“Kita betulkan semula okay?”
Sarah seolah merajuk. Namun sangkaan itu salah kerana Sarah mahukan sempadan untuknya. Memanggil abang kepada Firash pun seolah bom untuk Sarah. Mendengar Firash memanggil sayang seolah nuklear pada Sarah. Sarah sengaja nak melihat reaksi dari Firash. Tidak menyangka dia terasa.
“Ikut Sarah la macam mana pun.”
“Sarah bergurau je la abang, dah biasa panggil macam tu kan. Janji abang jangan tinggalkan Sarah tau. Kita sahabat selamanya.”
Firash hampir sahaja mahu merajuk. Bergurau? Dia masih ada hati nak bergurau lepas menangis macam tu tadi. Sampai basah bahu Firash.
“Masih boleh bergurau ek lepas dah menangis teruk macam tu. Basah lagi bahu abang ni kena hingus Sarah.”
“Amboiii. Sampai hati. Nanti Sarah ganti baju baru la untuk abang.”
“Koyak cepat nampak… dia gurau dengan kita tadi boleh.”
Sarah meramas stereng kereta kuat. Semoga hatinya kuat menghadap Hilmi sebentar lagi. Entah apa percaturan belum dia tahu.
—————————————
“Puas dah jadi isteri nusyuz! Balik ni nak apa? Nak bagitahu aku yang kau dah benci dengan aku?!”
Hilmi terlupa sudah janjinya dengan Kamal. Dia sepatutnya memujuk isterinya. Namun rasa marah menguasai dirinya. 4 hari dia hilang. Hari ni sampai pun dah lewat.
“Abang, maafkan Sarah. Sarah kecewa lepas dengar ada perempuan angkat call Sarah. Abang langsung tak balas mesej Sarah. Maafkan Sarah abang.”
Tangan Hilmi sedaya diraih bagi menjinakkan suaminya semula. Dia tahu Hilmi juga sudah jauh tersasar dari rasa cinta dan sayang padanya. Namun Hilmi langsung tidak mahu disentuh. Teringat pesanan Firash yang mahukan dia selamatkan hubungan dia dan suaminya.
“Abang dah bencikan Sarah?”
“Abang dah tak cintakan Sarah. Kalau abang dah tak sayang Sarah abang bagitahu dengan Abang Shah, Abang Sham dengan ummi. Sarah redha apa pun jawapan dari abang.”
“Kau dah ada orang yang kau nak ke?”
Masih kejam. Masih suara yang sama sejak 6 bulan yang lalu. Suara yang tiada lagi rasa cinta.
“Sarah ada suami satu-satunya yang ini. Tak ada yang lain.”
Sarah masih berlembut. Namun masih gagal. Hatinya seakan mahu pecah.
“Suami memang la satunya ini, tapi kau boleh ada sepuluh jantan dekat luar. Dulu masa kau keja entah berapa ramai jantan yang dah rasa tubuh kau ni aku pun tak tahu. Jijik nak sentuh kau tahu tak.”
Padahal dia yang curang. Cumanya dia tidak mahu Sarah trus menerus mengasak persoalan itu. Cemburunya seorang Hilmi hingga dia memberikan kata putus kepada Sarah.
Bammmmm… dia direndahkan serendah-rendahnya.
———————————————-
“Sayang, abang rasa Sarah boleh berhenti kerja dah la. Abang pun dah stabil dah ni. Kita boleh mula fikirkan soal anak. Sarah nak anak kan.”
“Abang bukan baru je ke mula bisnes ni setahun lebih. Lgipun Sarah sayang la nak berhenti.”
Lembut bicara masih ada dalam setiap bait kata dari Hilmi.
“Berhenti atau sampai mampus kita tak payah ada anak. Alasan jenis apa lagi nak bagi. Atau Sarah sayang sebab banyak jantan dekat tempat kerja Sarah sekarang?”
“Ish abang ni mana ada. Okay esok Sarah bagi surat. Okay abang?”
“Ha macam tu la baru isteri abang.”
Waktu ini Sarah hanya fikir semua itu adalah kerana Hilmi sayangkan dirinya. Sangkaan dia salah sama sekali. Selepas Sarah berhenti kerja, Hilmi mula mengabaikan Sarah. Hilmi tersenyum puas. Hakikatnya sepanjang mereka berkahwin boleh kira berapa kali sahaja Hilmi menyentuh Sarah. Seolah-olah dia tidak berminat.
—————————————————-
“Abang tahu kan hukum dia menuduh isteri sebegitu.”
“Aku tak mau dengar apa-apa lagi. Malam ni siap pakai baju yang aku bagi tu. Tudung tak payah pakai. Muktamad.”
Tiada masa nak pujuk memujuk. Malam ni dia akan serahkan Sarah kepada Kamal. Kamal mahu buat apa kepada Sarah terpulang pada dia. Hilmi memudahkan keja syaitan.
DORANGE BORAHAE—— MAAF ATAS KELEWATAN. SARAH DAN FIRASH ADALAH MANUSI BIASA YAG TIDAK LEPAS DARI SALAH DAN SILAP. KHILAF MEREKA MUNGKIN AKAN MENJADI SATU LANGKAH BARU DALAM HIDUP MEREKA.
Share this novel