LANGKAH 30

Romance Series 41503

Shahrul masih belum berpuas hati, bagi dia adiknya tetap curang tak kira apa jua alasan yang diberikan. Tambahan pula dia dapat lihat dengan jelas cinta dimata Firash dan Sarah.

“Adik, aku belum puas hati lagi dengan hubungan kau dengan Firash ni. Aku nak tahu sejauh mana hubungan kau dengan dia dengn lebih detail lagi.”

“Shah, adik baru balik je tu nanti la kalau nak tanya apa pun. Ni tetamu datang air pun belum hidang lagi. Ummi ajar kamu macam ni ke?”

Ummi tidak mahu berdebat tentang salah Sarah pada waktu ini. Dia mahu tanyakan semuanya pada Sarah. Firash ada disini jadi keutamaan harus diberikan kepada tetamu.

“Maaf ummi, kejap Sham buatkan.”

Shamsul juga habis terlupa, walau bagaimana pun Firash tetap tetamu. Malahan orang yang memabantu mereka berjumpa semula dengan Sarah.

“Abang, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tahu salah apa yang saya dengan Sarah buat tu. Masa kami berjumpa memang atas dasar kawan tapi saya tahu benda tu takkan dapat menutup salah bahawa kami berbuat dosa.”

Firash tahu dilema seorang abang. Dia tahu apa yang abang Sarah fikir.

“Aku dah dengar banyak kecurangan Firash, aku tahu adik aku macam mana tapi aku tak kenal kau. Jadi aku tak boleh nak fikir sejauh mana hubungan kau dengan dia. Aku akan dengar tapi tolong jujur.”

“Saya boleh jujur dengan abang sebab memang saya dengan Sarah memang tak ade buat perkara macam abang fikir. Kami memang hanya berjumpa, saya temankan Sarah beli barang dan kadang-kadang makan. Selebihnya abang boleh tanya Sarah bila dia ingat nanti.”

Sarah yang dari tadi diam berkerut-kerut dahi cuba mengingati. Dia rasa bersalah dengan Firash. Disamping itu dia juga mahu tahu sejauh mana hubungan mereka. Ingatannnya berbalam, setengah dia ingat setengah lagi dia lupa. Kebanyakkan memori dengan Hilmi dia lupa.

“Abang Shah, adik mintak maaf kalau adik buat abang susah hati.”

“Aku bukan susah hati saja adik, aku lebih kecewa je sekarang ni.”

Sarah risau mendengar apabila Shahrul menyebut dia kecewa. Dia tahu Shahrul percayakan dia.

“Ummi, ummi pun kecewa ke dengan Sarah. Sarah mintak maaf ummi, Sarah tahu salah tapi Sarah buat juga.”

“Ummi tak kecewa sayang, ummi tahu hati anak ummi ni macam mana. Kalau yang salah tu tetap salah tapi kita tak boleh abaikan punca kesalahan tu. Ummi lega dapat tengok anak ummi semula.”

“Lepas ni ikut cakap aku dik. Kita uruskan kes cerai kau dengan dia.”

Sarah tunduk. Dia tahu Shahrul masih marahkan dirinya. Shamsul datang kedepan bersama air dan kuih.

“Shah, abang tak cakap Sarah buat tu betul tau. Tapi kau kena faham Shah dia belum ingat semua lagi. Bagi dia peluang betulkan diri dia nanti.”

“Aku bukan tak faham bang. Aku cuma boleh rasa kecewa je. Sebab adik kita dilayan sampai macam mana hinggakan dia nak makan pun Firash ni yang temankan. Setahu aku adik memang tak suka makan sorang-sorang. Habis kalau dia tak teman adik kita macam mana? Adik makan dengan sape? Duduk rumah buat apa? Aku rasa bersalah kau tahu tak bang. Dia adik aku bang.”

“Bukan adik kau sorang Shah, dia adik abang juga. Kau pun adik abang kan. Kita kenal adik macam mana kan. Dia takkan mengadu punya kalau dia tahu kita akan risaukan dia.”

“Itu la yang buat aku lebih kecewa bang. Dia tak pilih kita pun masa dia sedih kecewa. Sampaikan waktu Firash jumpa adik, adik cuma nak makan dengan suami dia. Salah ke isteri buat macam tu.”

Nada kecewa jelas kedengar dalam setiap baris kata yang Shahrul lontarkan. Dia rupanya lebih kecewa mengenai itu. Rupanya kekecewaan itu berpunca dari dia tidak tahu lebih awal tentang semua ni.

“Padahal kebanyakkan hal Hilmi aku tahu. Aku terlupa ambil tahu lebih lagi hal adik. Kenapa adik jarang balik rumah ummi? Kenapa susah nak jumpa adik? Rasanya semua tu dah terjawab kenapa dia sampai sanggup jual adik kita.”

Shahrul memang sangat sakit hati memikirkan tentang perkara itu. Ikutkan hati dia mampus dah si Hilmi tu.

“Kita kena laporkan perkara ni pada polis ummi. Biar dia meringkuk dalam penjara.”

“Adik macam mana. Nanti kita bukan boleh selalu nak temankan dia.”

“Takpe dia ada dengan ummi. Kalau takde sapa nak teman ummi boleh panggil Firash datang temankan kami.”

Sengaja ummi mahu buat Shahrul tak senang duduk. Firash hanya sengih sahaja.

“Kau sengih kenape, suke ke ummi cakap macam tu?”

“Ummi cakap betul la ummi nampak Firash ni baik orangnya. Nampak macam dia boleh jaga anak ummi. Tapi ummi dengar tadi dia dengan anak ummi ni kawan je. Jadi takpelah mungkin takde jodoh anak ummi nak jumpa jodoh dengan orang baik.”

Firash gelabah dah. Hati dia memang sudah lama terpaut pada Sarah, namun memikirkan dulu Sarah isteri orang dia menafikan hampir setiap hari rasa itu.

“Mak cik, saya boleh tolong temankan mak cik dengan Sarah kalau hari saya tak kerja.“

“Nak tolong jaga ummi aku ke adik aku je?”

Masih bersikap agak mengawal, Shahrul masih cemburu dengan Firash. Dia cemburu memikirkan adiknya memilih Firash untuk mengadu segala hal.

“Abang Shah, adik mintak maaf kalau adik jarang nak ngadu dengan abang.”

Mendengar suara lunak milik adiknya itu membuatkan dia tak sanggup nak marah lama-lama. Dia memang kalah dengan Sarah. Isterinya pun tak mampu lemahkan hatinya seperti adiknya itu. Sarah adalah kelemahan terbesar dia.

“Pandai kau kan adik. Kau tahu kelemahan aku.”

Apa yang dia ingat Shahrul dan Shamsul memang sangat manjakan dia. Shahrul mungkin nampak garang, cakap pun beraku kau. Tapi kalau dengar Sarah ada masalah dia yang akan sampai dulu.

“Firash meh minum. Maafla mak cik tak sedia ape-ape. Lain kali datang sini makan nasi sini ya.”

“Baik mak cik In shaa Allah.”

Sarah senyum memandang umminya menerima kehadiran Firash. Malah lebih baik dari Shahrul.

“Esok kau ikut aku pegi balai.”

Tanpa memandang wajah Firash, Shahrul mmeberikan arahan. Dia juga suka melihat keprihatinan Firash kepada adiknya.

“Waktu pagi ke abang?”

“Iye pagi, tengah hari aku kena masuk kerja dah. Kau kerja tak?”

“Kerja bang. Esok petang bertolak ke Bentong.”

“Kau ni Shah tanya orang macam nak telan dah aku dengar.”

“Kau ikut tak esok bang.”

“Ikutlah, dah kau tak arahkan abang pun, tunggu jugak kau bagi arahan dekat abang.”

“Suke kan mengejek aku bang, esok kau tak yah pegi la abang. Kerja kau mesti banyak tangguh dah. Esok aku je bawak ummi dengan adik.”

“Dengan Firash sekali kan, kau lupa sebut nnama dia Shah. Kerje kau pun sama la Shah tangguh banyak dah.”

“Shah, ummi pesan ape? Isteri kamu lebih utama, dia dah nak due dah. Jangan selalu tinggal dia. Kamu pun sama Sham.”

Ummi mereka tidak sekali terlupa mengenai kedua menantunya itu.

“Shah temankan kejap je ummi.”

“Ehhh abang dah kawin ke? Dua-dua?”

“Allahu, ummi lupa anak ummi ni banyak benda lagi dia tak ingat. Shah dengan Sham dah kawin dah sayang. Dua-dua isteri diorang tengah sarat mengandung. Sarah ingat semula nanti Sarah tahu ok?”

“Baik ummi. Berapa bulan dah isteri abang Shah dengan abang Sham mengandung.”

Nada cemburu jelas pada suara Sarah, begitulah ulahnya sewaktu Shahrul dengan Shamsul nyatakan mahu berkahwin. Risau abang-abang dia lebih sayangkan isteri mereka berbanding dia.

“Kak Mis dah masuk 9 bulan dah, kak Lia dah masuk 7 bulan.”

Sarah diam angguk sahaja. Dia tak dapat ingat wajah kedua kakak iparnya itu. Firash yang dari tadi menjadi pemerhati memandang Sarah, dia tahu wanita itu cemburu mendengar abang-abangnya sudah berkahwin. Wajah gembira Sarah benar membuatkan hatinya lega.

“Abang, mak cik saya nak balik dah ni. Esok saya kesana terus la ya.”

“Baik-baik ya.”

“Sarah, abang balik dulu. Esok abang datang tau, jaga diri baik-baik hmm.”

Ummi tersenyum melihat kasih yang sudi Firash tumpahkan pada anaknya itu. Sarah angguk. Tak berani berlebih, mata Shahrul sentiasa perhatikan dirinya. Shamsul tergeleng-geleng kepala melihat gelagat adik lelakinya itu.

“Sabar sikit lagi ya Firash sampai Sarah habis iddah dulu.”

Sempat ummi mengusik Firash, dia tidak mahu Firash terasa semua orang marah padanya.

“Maaf mak cik, saya cuma risaukan dia.”

———————————

Polis menjalankan siasatan berdasarkan maklumat yang Imdan berikan. Mereka akhirnya bertemu dengan Kamal. Dia ditangkap polis untuk disiasat dengan lebih lanjut.

“Encik Kamal, awak ditahan dengan kesalahan menurut seksyen 368 (menyembunyikan atau mengurung dengan salah seseorang yang diculik) dan seksyen 363 (seksaan bagi penculikan). Encik berhak menggunakan khidmad peguam.”

“Aku tak bersalah, suami dia yang jual dia pada aku. Jual beli aku dan dia adalah sah. Lagipun mana bukti?”

Kamal semakin gelabah. Dia akan selamatkan diri tak kira macam mana sekalipun.

“Saksi kami yang memberikan maklumat, dan bukti bertandatangan encik ada bersama. Kami akan siasat dengan lebih lanjut.”

“Siape saksi? Jangan nak menipu. Hilmi mesti dah lari.”

Takkan Imdan, bukan anak buahnya dan selesaikan Imdan? Kamal semakin risau. Semakin risau semakin gelabah dia semakin banyak maklumat akan keluar dari mulutnya. Nama Hilmi pun dia dah sebut. Tersengih pegawai polis yang menahan Kamal. Ingatkan berani macam mana sangat la. Dalam banglo mewah tu terdapat banyak bukti yang boleh disabitkan keatas Kamal. Dia lebih takut lagi kalau bukti pembunuhan juga berada bersama.

“Siapa saksi kami encik tidak perlu gusar. Encik Kamal tahu dimana tempat tinggal Hilmi. Dia mungkin boleh selamatkan encik.”

Menggunalan psikologi terbalik pegawai polis berjaya memujuk Kamal menyerahkan maklumat mengenai Hilmi. Orang kalau selalu sangat terlepas, dia takkan tahu macam mana bentuknya kalau disiasat.

Maaf atas kekeurangan dalam hal polis-polis ni. Takut tersalah tulis saja. Terima kasih pada yang selalu tunggu novel ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience