Firash sampai tepat jam 2.00 petang. Sepatutnya hari ni dia harus ke Bentong sebelum pukul 1.00 petang. Namun dia lajakkan waktu demi Sarah. Dia mahu temani Sarah berjumpa dengan Imdan petang ini. Tadi sebaik sahaja Shahrul dan Shamsul ke pejabat, Sarah ubah fikiran mahu berjumpa Imdan selepas Zohor.
“Sarah, dah siap belum. Sian Firash tunggu tu. Dia nak ke Bentong pulak kejap lagi. Jangan main-main dengan masa Sarah.”
“Dah siap dah ummi. Sory tunggu lame tak?”
“Tak, abang pun baru sampai.”
Sarah masih segan dengan panggilan abang apabila ahli keluarga dia ada bersama. Dia betul-betul tak boleh nak sebut dengan nyata lagi panggilan itu.
“Ummi, jom.”
“Boleh tak kalau ummi tak pergi Sarah? Adik pergi dengan Firash je ya. Ummi terlupa hari ni ummi janji dengan Aunty Hajar nak ke kedai baju.”
“La ummi, tu ni tak jadi ke nak pergi?”
“Ehhh jadi la kamu pergi la dengan Firash. Apa-apa call ummi ok. Sian Firash dah datang dah tu.”
“Abang Shah tahu mati Sarah dengan Firash nanti ummi.”
“Tak mati aih. Ummi cakap dengan dia nanti. Ummi percayakan anak ummi ni, ummi percayakan Firash jugak.“
“Ummi ni saje tau. Jangan-jangan ummi sengaje.”
“Ish kesitu pulak, dah pegi cepat.”
Sarah faham sikap umminya. Namun dia sendiri rasa bersalah apabila ahli keluarganya tahu. Malah dia kini masih dalam iddah. Bukannya sebelum ni dia tidak rasa berdosa, sangat berdosa. Namun dia tutup dengan anggapan Firash hanyalah sahabatnya.
“Firash okay ke ni pergi dengan Sarah je ni?”
Umminya bukan tidak faham, sekejap lagi Firash akan ke Bentong untuk 2,3 hari, jadinya dia memilih untuk percayakan Sarah.
“Boleh mak cik. Lepas ke hospital saya terus hantar Sarah balik ya.”
“Yla, mak cik dekat maghrib tu ada dah rumah.”
“Sarah pergi dulu ummi. Nak pesan apa-apa bagitau ya.”
“Makan dulu ye kejap lagi. Ummi tak masak hari ni tak sempat rasanya.”
“Baik ummi.”
Kedua mereka masuk kedalam kereta, namun Sarah hampir sahaja tidak mampu memandang mata Firash.
“Diam je ni Sarah. Tak mau pandang abang dah ke? Tak kesian ke dekat abang ni.”
“Pandang la, mesti tak nampak kan sebab tengah bawak kereta.”
“Sape tu yang tengah bawak kereta?”
Macam mana la dia tiba-tiba segan nak panggil abang dekat Firash. Sebelum ni elok je. Firash dah agak dah tadi ni itu yang sengaja dia mahu menduga. Firash menahan tawa. Pelik-pelik. Agaknya kalau dia ingat semula detik manja dia bersama Firash macam mana la kan.
“Sape-sape yang tengah bawak keta la.”
“Macam mana boleh tiba-tiba segan nak panggil abang dekat abang ni Sarah.”
“Bila semua tahu jadi segan pulak, err sory a..abang.”
“Hai sebelum ni tak gagap pun. Segan apenya sayang. Abang okay je. Segan sebab ape cuba bagitahu abang. Bila semua tahu patutnya kita lega. Sekurangnya tak perlu kita berahsia lagi.”
Meremang bulu roma Sarah tiap kali mendengar Firash menyebut sayang. Apasal dengan kau ni Sarah oiii. Bukan baru hari kenal dengan dia. Penantian lagi beberapa bulan akan jadi menyeksakan untuk dia dan Firash.
“Itu la yang lagi segan tu. Sarah suka semua orang tahu tentang kita. Tapi nak pandang abang jadi segan la bila terfikir tu. Tengok ummi tadi pun, bukan Sarah tak tahu ummi sengaje biar kita pegi berdua, mesti ummi buat untuk Sarah kan, ummi kesiankan Sarah sebab Sarah ni menyedihkan.”
Firash senyum apabila Sarah sudi menyebut ‘kita’. Bahagia rasa hati.
“Sarah… dengar sini abang cakap ni jangan nak rasa segan ok. Jangan nak rasa diri tu menyedihkan ke apa.Jangan rasa Sarah sorang yang salah. Abang pun salah dalam hal ni. Kita akan betulkan semula ok. Abang janji akan jaga batas kita. Abang takkan buat Sarah lagi rasa bersalah. Maaflah sebab dah bawa Sarah ke dalam lubang dosa.”
Firash tahu setelah ahli keluarga tahu perasaan yang selama ni mereka diamkan akan terasa seperti disebut oleh semua orang. Yang salah tetap salah. Mereka seolah membuka pekung didada.
“Sarah mintak maaf abang terpaksa hadap semua keadaan ni. Terima kasih masih kekal dengan Sarah, ada dengan Sarah. Sarah pun salah abang, tak mungkin yang salah hanya sebelah pihak.”
Sarah tertunduk malu mengaku salah diri.
“Abang akan selalu dengan Sarah, jangan risau. Abang pergi kerja ni paling lama 3 hari. Paling cepat 2 hari ok. Ape-ape boleh call abang ok.”
Iya baik, jangan risau.”
“Tangan Sarah macam mana sakit lagi tak?”
“Sakit sikit-sikit je. Gatal yang lebih.”
Malam lagi gatal sebenarnya, tambah bila luka tu kering lagi la gatal tambah dengan pedih.
“Sapu krim yang abang beli tu tak?”
“Sapu selalu sapu.”
Memang dia sapu pun, cumanya bila kesan krim tu kering tetap gatal jugak. Torehan tu bukan sikit.
“Tunggu sampai keruping dia keluar sendiri jangan la nak gatal-gatal tangan koyak.”
Sarah sengih, macam tahu-tahu ja dia.
“Abang takkan mintak nak tengok tangan Sarah, tapi tolong jaga elok-elok.”
“Iya abang baik.”
Inilah yang Sarah lemah dengan Firash. Dia terlalu baik.
“Agaknya Imdan masih dekat hospital tak ye?”
Jantung Firash berdegup laju demi sahaja mendengar nama Imdan disebut lembut oleh bibir itu. Sabarlah duhai hati.
“Ada lagi agaknya. Kejap lagi je dah nak sampai.”
“Dia ingat Sarah tak ye?”
Ada cemburu dihati Firash. Dia tak berdaya meluahkan rasa itu.
“Ingat la kan dia yang selamatkan Sarah, betul tak Sarah?”
“Agaknya la.”
Hampir 20minit mereka sampai, Sarah dari tadi terus diam sahaja. Firash mahu matikan enjin kereta namun terbejat gara-gara melihat wanita yang bertakhta dihatinya kini sedang lena dengan pulas. Wajah itu direnung sekejap, hanya sekejap supaya tidak menimbulkan rasa yang sukar ditafsir dengan kata-kata.
“Sarah, bangun sayang kita dah sampai ni. Mudahnya tertidor. Patut la tadi abang macam cakap sorang-sorang je.”
“Sory abang, Sarah makan ubat tadi sebelum keluar.”
“Laaaa Sarah tak sihat ke sakit dekat mana bagitahu abang.”
Telapak tangan Firash laju sahaja memegang dahi Sarah, tidak demam. Pegang pula leher Sarah pun tidak terasa suhu panas atau sebagainya. Terus tersentak Sarah apabila Firash tanpa berfikir panjang terus pegang dia didahi dan dilleher. Tadi dia baru sahaja cakap tak mahu sentuh Sarah. Akibat terbiasa dia lupa kata-katanya tadi.
“Bukan la abang, bukan demam la. Sarah sakit kepala sikit ja tadi ni. Panas sangat kot.”
“Jangan selalu makan panadol tu Sarah, tak elok.”
“Ye abang Sarah tak makan dah ok. Dah sampai ke ni?”
“Sampai dah, jom turun.”
Firash memegang lengan Sarah sewaktu melangkah ke bilik Imdan. Bilik dia dikawal oleh dua pegawai polis. Padahal Kamal sudah berjaya ditangkap. Namun disebabkan masih disoal siasat, mereka berjaga-jaga apa sahaja kemungkinan. Sarah masuk perlahan-lahan kedalam ruang yang menempatkan Imdan.
“Assalammualaikum Imdan, ingat saya tak?”
“Walaikumsalam.. eh Sarah, ya Allah awak berjaya lepaskan diri, Dan dok fikir la macam mana keadaan awak Sarah. Takkan la tak ingat, walaupun awak ni bukan Sarah milik Dan. Meh sini Dan nak tengok dekat-dekat, leganya Dan tengok awak ok.”
Dan? Ada nama manja rupanya. Firash tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Dada macam nak pecah. Sarah berjalan perlahan dekat dengan Imdan.
“Eh, ni sape Sarah. Abang Sarah ke?”
“Bukan, ni Firash.”
Hampa, dia tak perkenalkan sebagai apa-apa pun. Imdan bukannya bodoh untuk menilai. Namun tangan masih dihulurkan kepada Imdan.
“Dan awak macam mana ok ke? Saya ingat awak tak dapat selamatkan diri.”
“Yang penting awak selamat Dan dah lega sangat. Dan cuma kena tembak.”
“La… kena tembak dekat bahagian mana?”
“Bahu kiri. Jangan risaukan Dan. Tangan awak macam mana Sarah.”
“Saya okay je, tak lama lagi baik la.”
“Dan, awak saksi saya diceraikan kan Dan. Boleh nanti awak tampil untuk pengesahan cerai tak?”
“Apa yang tak boleh Sarah, untuk awak apa pun Dan sanggup buat. Tapi Firash jangan salah faham, saya anggap dia macam adik saya je tau. Dia macam arwah Sarah saya.”
Sebelum muka itu makin mencuka lebih baik Imdan berterus terang sahaja dengan dia. Kalau tidak nanti lagi mencuka wajah itu. Yang Sarah terus lupa akan hati itu.
“Ish tak de apa la Imdan. Saya faham. Saya temankan Sarah atas permintaan ibunya ni.”
Sayu suara itu, barulah Sarah rasa bersalah dengan Firash. Dia sendiri tak tahu nak kenalkan sebagai apa. Sebabnya akan jadi cerita panjang, sedangkan Imdan tahu dia masih isteri orang waktu dia diculik.
“Dan, kami tak boleh lama, pegawai polis dekat luar bagi masa 10minit je. Lain kali saya datang lagi ya. Awak simpan nombor saya ni. Nanti boleh contact saya.”
“Ya ok Sarah. Jaga diri dia baik-baik. Firash jaga dia baik-baik. Dan syukur sangat sebab Sarah baik-baik sahaja.”
Memang dia sangat terkejut dan pada masa yang sama dia juga rasa bersyukur Sarah selamat.
“In shaa Allah doakanlah ya Imdan. Awak pun moga baik-baik saje. Kami balik dulu ya.”
——————————————
“Abang, okay tak ni. Diam je ni.”
“Sarah jangan pegang abang macam tu, nanti abang pegang lagi banyak dari Sarah pegang ni.”
Sarah cepat-cepat melepaskan tangan Firash. Dia juga lupa dengan kata-kata tadi.
“Sory-sory. Abang kenape ni dari tadi diam je ni.”
“Abang tengah kawal rasa ni Sarah. Bagi abang masa ya sekejap je.”
“Sarah mintak maaf ok, abang cemburu ke?”
Firash menelah air lur, nampak sangat ka.
“Nampak sangat ke?”
“Takkan la tak nampak, Sarah cuma lega tengok orang yang tolong Sarah lepas tu baik-baik je abang, takde niat apa pun.”
“Iya sebab tu abang cakap abang mintak masa tadi, sebab abang pun rasa tak wajar abang rasa macam tu. Abang bukan siapa-siapa.”
“Wajar la apa abang cakap macam tu, tadi Sarah tak kenalkan abang sebagai sesiapa sebab Sarah tahu diri Sarah ni dalam keadaan macam mana, nak sebut nanti panjang pulak cerita nanti. Jangan la salah faham dengan Sarah. Tambah pulak dia saksi Sarah kena cerai talak tiga.”
Rasa bersalah pula Firash berkata begitu tadi.
“Abang mintak maaf okay, abang cemburu tadi ni sampai lupa nak fikir keadaan Sarah. Maaf okay sayang.”
Sayang lagi yang disebut, Sarah juga tidak mahu menghalang.
“Takpe abang Sarah faham jangan la risau ok, sabar sikit lagi je lepas ni semua akan ok kan abang.”
“Kita akan betulkan semua. Sekarang kita pegi makan lepas tu abang hantar Sarah balik ye.”
“Memandang abang menjadikan Sarah berdosa, menyentuh abang juga buat Sarah berdosa.”
“Sarah ingat…”
“Memori kita kan tu abang. Betul tak, Sarah peluk abang masa tu.”
“Masa tu Sarah merajuk dengan abang, abang nekad pujuk Sarah masa tu. Untuk elak kita hanyut lagi jauh abang janji tak mahu sentuh Sarah atau panggil sarah sayang lagi, tapi Sarah sedih sampai bertindak peluk abang. Mas atu perasaan abang sanagt berdosa tapi abang mintak 10saat pula dengan Sarah.”
“Abang baru cerai masa tu kan.”
Ya betul itu ingatan dia dan Firash. Hilmi? Masih belum ada. Hairan kenapa memori lelaki itu tidak mahu hadir. Dia teringtkan sahabat baiknya Katrina. Namun dia diamkan dahulu
Sarah,Firash…memori indah yang dia mahu simpan masih kekal dalam simpanan memori mereka.
Share this novel