LANGKAH 8

Romance Series 41503

Firash tidak senang duduk memikirkan Sarah. Semakin pelik disaat Sarah tidak jadi berjumpa dengannya pagi kelmarin,

Gelisah memikirkan Sarah walaupun Sarah sudah menghubunginya kelmarin. Mahu dihantar mesej dia khuatir mengundang barah pada hubungan dia dan suaminya.

Ting!Ting! Dua mesej masuk. Dari Sarah. Firash memang tidak sabar menunggu.

‘Ok kat sana?’

‘Sory lmbt feedback’ - AZ

‘Ok, sana?’

‘Fhm, no problm - ZA

‘Blk jmp x’? - AZ

‘Jmp’ - ZA

Firash sedikit lega mendapat mesej dari Sarah. Barulah dia boleh fokus dengan kerjanya dengan tenang.

—————————-

“Abang Hilmi, bila kau nak dapat balik untung hari tu? Duit aku setengah juta tau kau pinjam, jangan buat lupe.”

“Aku ingat la Kamal. Jangan risau la. Aku dah sain perjanjian semalam kan.”

Entah apa perjanjian dia dan Kamal buat. Zahrin hanya mendengar. Sofea disebelah Zahrin juga hanya menjadi pendengar dari tadi.

“Abang melabur dekat mana. Kenape tak bagitahu Mawar sekali. Boleh kite join kan Sof.”

“Aku malas nak melabur ni. Duit aku Daddy yang bagi. Mampus kalau dia tahu aku melabur. Ni keluar dengan korang ni lagi berkali-kali mampus.”

Zahrin memandang wajah Sofea saat nama Daddy disebut.

“Daddy kau bukan tahu kalau kau tak bagitahu.”

Malas mengulas panjang soal Daddy dia itu, Sofea memandang Zahrin yang tunduk tidak mahu berbalas pandang. Redup mata itu benar mengoyak hatinya.

“Ria mana tak datang ke hari ni?”

Sofea mengubah hala perbualan dia dan Mawar.

“Ria hari ni kena teman Daddy dia ke majlis apa aku tak tahu.”

“Abang, perjanjian ape abang buat dengan Kamal?”

“Nanti kau semua tahu la. Abang buat perjanjian tu sebab Kamal mintak. Kalau tak abang tak buat.”

Sofea hanya mendengar. Namun dia memilih untuk mengabaikan.

“Mawar, pukul berape kita nak balik ni. Aku esok kerje lagi. Kau tak pe la.”

“Aku pun keje la Sof. Kejap lagi la kita balik. Awal lagi la. Lagi pun abang Hilmi macam belum nak balik.”

Sofea memandang sekilas Zahrin disisinya. Meminta pengertian bahawa dia mahu segera pulang. Rindu barangkali.

“Fea nak balik rumah abang tak hari ni.”

Zahrin berbisik ditelinga Sofea. Sofea hanya diam. Hanya Zahrin yang memanggilnya Fea.

“Abang rindu, jom la balik rumah abang. Temankan abang ye malam ni. Kita minum sembang-sembang je. Abang tak sentuh Fea.”

Sofea angguk tanda setuju.

“Aku nak balik dah ni, korang semua have fun dulu la ok. Ada sape nak tumbang abang balik ke ni?”

“Sof nak tumpang abang la.”

“Ok jom la.”

“Mawar aku balik dengan Abang Zahrin la ok. Aku penat la. Nanti kau balik dengan diaorang ok.”

“La…kau nak tinggal aku ke ni. Okaylah balik la dulu.”

Sofea sudah dapat mengagak. Dia lagi suka kalau tinggal dia sorang je perempuan dekat situ. Dimana ada Hilmi disitu dia akan melekat. Sampai tidak peduli dengan status lelaki tersebut. Baru teringat dia pun sama. Bezanya dia dibayar.

“Awal sungguh kau nak balik Zahrin. Dari tadi abang tengok kau macam tak de mood je.”

“Eh tak la abang. Hari ni memang keje banyak sekit. Nak balik awal sikit hari ni. Lain kali kita have fun lame sikit. Abang pun jangan lewat sangat, isteri abang tunggu dekat rumah. Macam kite ni tak pe tak de sape nak heran pukul berapa kita balik.”

Zahrin bercakap seolah berseloroh dengan Hilmi. Dia kesian dengan Sarah. Seolah Hilmi tidak layak untuk Sarah.

—————————————————

“Abang tak boleh dengar la Fea sebut nama Daddy tu. Fea tinggalkan la dia. Abang ada boleh bayar semua duit untuk Fea.”

“Abang bagi masa untuk Fea habiskan lagi sebulan je lagi. Daddy dah bayar Fea. Fea kena akur. Duit tu pun Fea dah guna. Kalau langgar kontrak Fea boleh kena denda 5 kali ganda.”

“Yala abang tunggu. Ni kalau daddy tau ni tak pe ke.”

“Kalau tahu mati je la Fea ni abang.”

Zahrin menarik Fea dan memeluk Fea dengan erat. Dia rindukan gadis itu. Gadis dihadapannya mungkin sudah bukan gadis lagi. Dia tidak berani tanya. Namun apa yang dia faham jika kerja sebagai sugar baby ni bukan sesuatu kerja yang baik.

“Fea, abang hantar Fea balik terus la ya. Abang baru teringat ada keje belum setel.”

“Tak jadi minum ke abang.”

“Tak jadi la, abang hantar Fea balik terus. Lain kali je kita jumpa.”

Sofea pelik dengan tingkah Zahrin. Namun dia malas mahu bertanya.

“Abang, Abang Kamal buat perjanjian apa dengan Abang Hilmi.”

“Abang pun tak tahu. Pelik jugak dengar tadi. Harap bukan sesuatu yang tidak baik. Kesian isteri dia dapat suami macam tu.”

“Fea mula ingatkan Abang Himi belum kahwin. Dah lame sikit baru tahu dia dah kahwin.”

“Entah la Fea, kite sendiri pun bukan baik sangat. Tak tahu nak nilai macam mana. Hanya mampu kesian saje.”

“Hmmm yela abang.”

Zahrin mahu mengelak segera dari Sofea. Selepas memeluk Sofea tadi dia tidak mampu menahan gelodak nafsunya. Sofea tidak perasan akan hal tersebut.

————————————————-

Berkali-kali Sarah cuba menghubungi suaminya namun kekal tidak berjawab. Sesekali terasa mahu berputus asa sahaja dengan hubungan ini. Hatinya sudah terlalu tawar untuk terus bertahan. Namun terbanyangkan wajah umminya langsung fikiran itu dilontar jauh.

Entah kali keberapa barulah panggilan dijawab.

“Hello kak, sory abang pegi tandas.”

“Suruh dia call balik nanti.”

“Okay kak. Nanti Mawar bagitau abang.”

Lenggok bicara itu membunuh rasa hati Sarah. Pedih bukan kerana terasa cintanya dikhianati, kerana cinta itu sudah lama tidak dibaja. Lalu suburnya juga sudah tiada lagi. Namun seperti boneka yang hanya untuk pameran sang keluarga.

“Assalammualaikum.”

Sarah merenung telefon. Agaknya selalu la dia ada dengan mereka. Sarah menghantar satu sms untuk Hilmi dan segera mengambil kunci kereta.

—————————————-

“Assalammualaikum ummi, ummi. Mana pulak ummi ni? Masak la ni agaknya.”

Sarah kedapur dan memang seperti sangkaan Sarah umminya sedang masak. Sarah segera memeluk umminya dari belakang.

“Sarah dah makan?”

Umminya tahu itu dia. Padahal sudah berapa bulan dia tak balik. Kesal menyelimuti hatinya.

“Belum…ummi tahu ni Sarah?”

“Mesti la ummi tahu, Sarah ja suka peluk ummi macam ni.”

Sarah salam dengan umminya. Lama dia tidak bersama umminya.

“Sape cakap, abang pun selalu macam tu la.”

“Abang Sham… macam mana boleh ada sini? Abang tak keje ke?”

“Abang memang selalu singgah sini la dik. Kau je yang jarang.”

Sarah tunduk, menyedari kekhilafan diri.

“Sory… Sarah balik selalu ya ummi lepas ni.”

“Ishhh ummi tak pe la ummi paham. Dah jom makan. Dah solat isyak belum ni?”

“Belum ummi, nak pegi ni.”

“Sham, kenape melawak macam tu dengan Sarah. Kamu tahu kan dia isteri orang, macam mana pun keutamaan dia tetap suami dia.”

“Sham tahu la ummi, saje Sham nak tengok apa reaksi dia. Kalau dia rasa bersalah tu maksud kata dia memang selalu rasa nak balik la ummi.”

“Yala ummi paham. Ni kenape tiba-tiba balik ni. Lame dah kamu pun tak balik..selalu apenya.”

Sempat umminya mengusik.

“Saje je, terasa macam nak jumpa adik dekat sini. Rindu dah kat dia. Boleh bincang sekali nak reunion bila. Kalau boleh sebelum Mis dengan Lia bersalin la ummi.”

“Kita tunggu Sarah solat kejap. Ummi tak sedap hati dua tiga hari ni.”

“Sham pegi panggil dia jap. Takut tidur ja.”

Shamsul naik keatas untuk memanggil adiknya.

“Ya Allah permudahkan segala urusan hati ini ya Allah, aku sedar akan kekhilafan diri. Aku sedar aku hamba yang hina. Jika dia benar untuk aku panjangkan jodoh kami. Jika tidak Kau tunjukkan jalan arah tuju hubungan ini ya Allah. Bahagiakan abang-abangku dan ummi aku ya Allah. Berikan segala bahagia yang tersisa untuk aku kepada mereka ya Allah.”

Sarah berdoa yang sama hampir setiap hari. Masih sebak setiap kali dia lafazkan bait doa. Shamsul hanya menjadi pendengar dari tadi hampir saja menitikkan air mata. Lama dibalik pintu baru dia menyapa Sarah.

“Adik, ummi panggil makan. Jom kita makan.”

“Okay abang. Jom Sarah pun dah siap solat ni.”

“Memang la dah siap kalau tak adik mesti masih sujud ke ruku’ ke kan?”

“Sempat eh nak manipulasi ayat adik.”

Shamsul memegang bahu Sarah. Moga dapat salurkan sedikit kekuatan buat adiknya.

“Wahhh ummi masak satu lauk je pun Sarah dah kecur liur.”

“Adik, walau satu lauk tu cuma sambal sotong petai tapi bau dia tak boleh tahan ooo.”

“Dah.. jom makan. Baca doa dulu Sham. Dua lauk Sarah. Ikan masin goreng pun ada kan tu. Jangan abaikan dia.”

Sarah senyum dengan pembetulan dari umminya. Terlupa kira dengan lauk goreng.

“Ya Allah abang lamanye Sarah tak makan ummi masak. Sedap sungguh. Sehari dua ni ummi masakkan untuk Sarah ye. Sarah tolong kemas rumah basuh baju basuh pinggan.”

Ummi mereka memandang Shamsul. Riaknya menyatakan ha kan ummi kate ada sesuatu. Shamsul hanya mengangguk. Sarah antara yang paling susah membuka kisah dirinya.

*Maaf atas kelewatan. Terima kasih pada yang sudi baca. Boleh komen ya.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience