LANGKAH 9

Romance Series 41503

Sarah, Sham, ummi masuk tidur dulu tau. Jangan sembang sampai lewat sangat, uumi tak tahan mata dah ni.”

“Okay ummi, Sham nak sembang dengan adik dulu. Ummi naik dulu esok kita pegi pasar sama-sama. Sham tak balik malam ni.”

Ummi mereka tertegun. Tidak jadi melangkah.

“Kamu tinggalkan Mis dalam keadaan macam tu. Ummi ke yang ajar macam tu.”

“Tak la ummi, Mis ada rumah mama dia. Takkanlah Sham nak biar dia sorang-sorang kat rumah.”

Untung kakak-kakak iparnya semua punya suami seperti abang-abangnya. Sarah tunduk mengenangkan dirinya yang entah apa jalan cerita selanjutnya.

“Okaylah macam tu. Nanti call Mis tanya macam mana keadaan dia.”

“Baik ummi sayang. Ummi naik tidur dulu ya jangan risau.”

“Assalammualaikum anak-anak ummi.”

“Waalaukumsalam ummi.”

Kedua mereka membalas serentak.

“Abang Sham belum ngantuk ke?”

“Kenape adik ngantuk dah ke?”

Dia pulangkan soalan semula kepada Sarah. Berbeza dengan Shahrul, abangnya Shamsul tidak bercakap aku kau dengan Sarah.

“Belum lagi la abang. Adik belum ngantuk. Nak sembang dengan abang dulu.”

“Adik okay ke ni. Kenapa lama tak balik rumah ummi. Call abang pun jarang sekali.”

“Adik tak sempat nak telefon abang. Sory k. Abang Shah pun adik tak call.”

Bukan shamsul tidak tahu, Shah hubungi hari yang sama dia hubungi Sarah. Dia bimbang akan Sarah seolah ada masalah dengan suaminya. Namun dia tidak berjaya korek apa-apa. Jadi dia meminta tolong abang sulung mereka.

“Adik kalau ade masalah jangan pendam tau. Jangan lupe adik ada abang dengan Shah.”

“Adik tahu abang, adik tak pernah lupe tu. Cuma adik tak masih mampu bertahan.”

Sah la sangkaan Shah. Memang tak salah. Doa adiknya tadi juga kedengaran tidak seperti orang yang mahukan perkahwinan itu diteruskan. Apalah nasib Sarah.

“Abang, nanti anak abang nak letak nama ape. Mesti comel kan. Tak sabar adik nak pegang dua anak menakan adik.”

“Abang pun tak sabar nak anak dari Sarah dengan Hilmi.”

Sengaja abangnya mahu menduga sarah.

“Adik tak tahu la abang. Adik dengan Abang Hilmi masih belum terfikir nak anak. Lagipun Abang Hilmi sibuk sekarang ni.”

“Adik, abang ni bukannya buta tau adik. Abang tahu adik tak happy. Tak salah kalau adik nak cerita dengan abang. In the end adik yang akan buat keputusan.”

“Adik tak tahu nak cerita macam mana. Buntu sangat. Kalau dia sendiri tak sayang adik dia boleh lepas adik. Tapi tak abang, dia masih simpan adik untuk apa.”

“Kalau abang cakap ni adik jangan salah faham tau. Abang rasa adik ni cuma sekadar simpanan untuk kesusahan dia nanti. Dia tau adik ada duit.”

“Entahlah abang, Abang Hilmi pun lama sangat dah tak duduk sembang dengan adik. Adik sunyi kat rumah tu. Makan tak berteman. Mungkin sebab adik dah tak kerja agaknya. Duit pun semua sape je bagi untuk adik. Abang ngan Abang Shah yang bagi. Bukannya banyak pun dalam simpanan adik.”

“Itu pendapat abang je. Adik ni macam sandaran. Dia kalah tender lagi tau baru ni. Ni bukan pertama kali dia kalah. Banyak kali sangat dah.”

“Adik tahu hari tu Abang Shah bagitau adik. Abang Hilmi memang tak de cerita dengan adik dah. Biar la dulu abang kalau ada jodoh ada la. Adik tak mahu fikir lagi benda yang belum pasti.”

“Jangan lupa tau adik ada kami dengan ummi. Jangan nak bertindak sendiri pulak nanti.”

“Adik selalu keluar makan dengan sape?”

Sarah memandang tepat mata Shamsul. Dia dah agak abangnya pasti tahu.

“Dengan kawan adik, dia selalu teman adik. Abang Hilmi selalu bagi izin tanpa bertanya dengan sape adik keluar. Abang tahu?”

“Tak…abang tanya je. Mana la abang tahu kalau adik tak cerita dengan abang.”

Menduga lagi, masih mengumpan adiknya mengeluarkan cerita sendiri. Dia kenal Sarah dan tahu Sarah tak akan bertindak diluar kawalan.

“Lain kali adik cerita ya abang. Adik mintak abang percayakan adik je.”

“Iye abang percaya walau sape pun tak percaya adik abang tetap percaya.”

Panggilan video masuk, disangkakan Hilmi rupanya abangnya Shahrul. Mesti tadi dia call ummi.

“Assalammualaikum adik, kau dengan abang Sham ke, sampai hati tak bagitau abang kau balik rumah ummi.”

“Dengan sape pun adik tak bagitau, abang Sham ni je ada naluri agaknya. Dia sampai lepas seminit kot adik sampai.”

“Shah, esok kau balik la sekejap. Aku dengan adik ada sini lagi esok, ni kau ada mana? Masih dalam kereta lagi.”

“Aku ada depan rumah ummi. Aku tengok je kau dua orang tadi sembang tak ingat kat aku.”

“Masuk la dalam yang kau video call dah kenape.”

“Saje tadi aku baru lepas cakap dengan ummi.”

“K la bye.”

Serentak Sarah dan Shamsul memutuskan talian.

“Sampai hati adik kan tak bagitau abang nak balik.”

Dia masih berasa seolah dirinya tidak dijemput. Padahal dia datang jugak hari ni.

“Ni macam mana kau boleh ada sini Shah. Dah tak bagitahu kan.”

“Ummi bagitahu aku tadi masa aku call. Terus aku hantar Lia balik rumah mak dia. Dia pun memang nak balik.”

“Same la dengan aku. Baju satu ape pun aku tak bawak tadi.”

“Kau nampak macam aku bawak baju ke? Baju kita berlambak dekat sini.”

Ketawa kedua abang Sarah. Sarah kedapur menyediakan kopi o untuk ketiga mereka.

“Mana adik pegi.”

Shahrul tercari adiknya.

“Kedapur kot bancuh air, takkan mandi kolam kot.”

“Ish kau ni abang sempat je kan.”

“Lia salin bulan berape Shah, dia dulu kan baru kakak kau?”

“Haah Lia awal dua bulan macam tu kot dari Kak Mis.”

“Sarah ok ke abang, aku tengok tadi kau sembang dengan dia macam serius je.”

Shahrul seakan berbisik dengan Shamsul.

“Ha bisik ape tu, mengutuk la tu kan.”

“Kau ni main tuduh je adik, orang bincang pasal benda same nak pakai nanti tu. Kan giliran abang yang beli.”

“Dah tu kenape Abang Shah bisik dengan Abang Sham je, kan kita tiga orang.”

Dia dah pertikai dah, baru nampak bisik sikit je tu. Aduhai Sarah. Sarah menuang kopi untuk kedua abangnya. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Sahih ummi mereka berada dialam tidur dah.

“Abang, kau ada bagitahu adik tak lagi pasal Hilmi kalah tennder hari tu.”

“Abang, kan abang yang bagitahu adik.”

“Yela kot la Abang Sham bagitahu lagi sekali. Mana la tahu kan.”

“Teruk ke tender yang dia terlepas tu.”

Sarah penasaran, abang-abangnya begitu risau dengan tender yang satu tu.

“Adik, tender yang dia kalah tu dah kali ke10 tau. Kalau dia kalah lagi lepas ni memang muflis je la dia, dah tu sekarang dia baik pulak dengan Kamal. Bakal dato tu tau. Dia banyak duit tapi syaitan besar tu.”

“Abang tak bagitahu dia ke pasal Kamal.”

“Kau rasa dia nak dengar ke dik. Abang ni malas nak campur urusan dia. Selagi dia masih jaga kau dengan baik aku dengan Abang Sham memang akan diam je dulu.”

“Abang bukan ape adik, Kamal tu memang bukan orang yang baik. Tapi tak mahu la nak tuduh kan. Ni yang setahu abang dengan Shah. Adik hati-hati la nanti cuba tanya dengan Hilmi.”

Bicara dari Shamsul lebih lembut dari Shahrul.

“Aduhhh hari tu dia ade datang rumah makan nasik situ. Patut la semacam je adik tengok dia.”

Shamsul dengan Shamsul terhenti tangan mahu mengambil air.

“Hah! Dia datang sorang ke apa?”

Shahrul dah nak menyinga. Shamsul memegang tangannya.

“Tak… ramai-ramai datang.”

“Kau tak bagitahu abang pun.”

“Abang Hilmi bagitahu yang kawan dia nak datang rumah makan nasik. Itu je, adik mana kenal sape kawan yang dia maksudkan. Kawan keje dia cuma 4 5 orang je yang adik kenal.”

“Lain kali adik bagitahu abang atau abang Shah tau. Jangan diam je.”

Shamsul masih tenang. Padahal dalam hati dia dah risau dah. Kamal memang bukan orang yang baik.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience