Sayu hati dia melihat satu-satunya anak perempuan dia termenung begitu. Dia juga perempuan tentu sahaja dia memahami rasa hati Sarah. Pasti dia rindukan kasih sayang hingga dia menerima huluran dari Firash. Kalaulah dia dapat selam hati anak itu, kalaulah dia dapat baca fikiran itu. Puan Zulaikha sangat mengharapkan segala isi hati anaknya itu diluahkan. Entah berapa lama anaknya itu memendam rasa, alangkah baiknya kalau anaknya tidak ingat kembali segala rasa sakit yang ditinggalkan oleh Hilmi itu.
“Sarah, ummi nak cakap sikit boleh? Termenung fikirkan apa yang abang kamu katakan tadi ke? Ummi tak mahu Sarah terus macam ni tau. Bagi ummi kalau Sarah tak mahu ingat pun tak pe.”
“Sarah banyak dosa kan ummi. Agaknya ini balasan Sarah tak ummi. Mana ada suami nak seksa isteri yang baik. Tentu Sarah ada salah.”
Naifnya Sarah memikirkan tak mungkin suami seksa isteri yang baik. Teruk betul hilang ingatan sampai hilang kewajaran dalam berfikir.
Umminya sudah agak dari tadi lagi, lebih lagi Sarah langsung belum ingat apa-apa mengenai Hilmi menjadikan dia lebih rasa bersalah. Memang dia salah memilih Firash sebagai teman dikala dia masih bergelar isteri orang, namun kesalahan itu didorong oleh rasa yang dibina dari kebencian yang diberikan oleh suaminya sendiri.
“Ummi bukan nak cakap anak ummi ni baik atau jahat. Tapi tak kira apa pun alasannya seorang manusia memang tak ada hak sebesar zarah pun untuk menyeksa hidup orang lain. Ummi memang nak sangat Sarah ingat semuanya. Tapi kalau semua tu akan buat Sarah tambah sedih lebih baik Sarah tak payah ingat langsung.”
Sarah tunduk mendengar ayat pujukkan dari umminya. Dia sedar umminya nak sangat mendengar dari mulutnya sendiri, apakan daya dia tak mampu lagi nak ingat semuanya. Yang dia tahu Firash sangat sayangkan dirinya. Lelaki yang ada dalam setiap ingatannya. Tiada satu pun ingatan mengenai Firash terasa kabur walau berbalam-balam semua ingatan itu. Dari ingatan berbalam itu seolah-olah dia curang dengan suaminya. Masih dia ingat dia memeluk erat Firash. Yang lebih hatinya resah apabila dia yang memeluk Firash, masih terasa hangatnya pelukkan itu.
“Sarah ade nak cerita apa-apa tak dekat ummi?”
“Ummi, kenape bukan Firash tu suami Sarah? Kenape Firash je yang Sarah ingat ummi? Abang Hilmi Sarah ingat sikit-sikit je. Ape salah Sarah dengan dia ummi sampai dia buat Sarah macam ni.”
Bukan Sarah tidak boleh menerima kenyataan namun dia masih tertanya-tanya apa kesalahan dirinya.
“Ummi harap sangat ummi tahu semuanya. Kalau lah Sarah ceritakan semuanya dekat ummi atau abang-abang Sarah mungkin kita semua boleh tahu. Tapi siapa kita nak salahkan keadaan. Kalau Sarah nak tahu ape yang buat dia buat Sarah macam tu nanti kita pergi jumpa dengan Hilmi dekat penjara okay?”
“Boleh ke ummi? Kalau Abang Shah marah macam mane?”
“Abang temankan kau la adik. Jangan la buat abang susah hati lagi. Kita selesaikan baik-baik semuanya okay.”
Shahrul memeluk adiknya dari belakang. Dia marah pada dirinya kerana terlalu berkeras dengan Sarah tadi. Namun dia masih kecewa dengan keadaan sekarang. Terasa seolah-olah dirinya tidak berguna. Sebagai abang dia rasakan tiada satu apa dia mampu lakukan untuk Sarah.
“Abang bukan marahkan kau dik, abang sendiri tak tahu cerita yang sebenar. Masa abang jumpa dengan Hilmi tu pun dia macam tak tahu ape-ape pasal kau dengan Firash. Masa dia sebut dia tak tahu kau dekat mane tu abang memang dah habis limit dah, bagi abang kau sebagai suami boleh tak tahu isteri sendiri dekat mana memang sah pelik la. Rupanya dia yang jual isteri dia sendiri.”
Masa dia datang rumah, dia sengaja pula mereka cerita Sarah lari dengan lelaki lain. Sudah tidak tahu mahu lari kemana barangkali. Dijadikan cerita Sarah pulang dengan Firash. Namun mengenali Sarah, ummi dan abang-abangnya tetap mahu mendengar dari mulut Sarah sendiri.
“Masa Hilmi ceraikan adik tu, hanya itu ingatan yang ada tentang dia. Lepas tu ada sikit masa waktu dia tinggalkan adik dan Firash bantu adik.”
“Adik, kau tetap kena tunggu habis edah kau ni dik. Esok abang bawak kau jumpa dengan Hilmi.”
“Shah, ummi cakap ape dengan Shah. Isteri kamu dekat rumah tu lebih utama tau. Dia dah sarat dah tu. Tak lama mane dah nak salin.”
Sarah baru teringat, dia belum jumpa lagi dengan kedua kakak iparnya itu. Shahrul juga menyedari kekhilafan dirinya.
“Abang, bila nak bawak isteri abang jumpa adik? Walau tak ingat wajah nak jugak jumpa diorang.”
Shamsul datang membawa air dan kuih. Masa mana dia keluar beli pun semua tak perasan pun.
“Mana ambil kuih tu Sham, ummi tak dengar kamu keluar pun tadi.”
“Tak keluar beli pun ummi, memang beli tadi masa balik kerja.”
Sarah tersenyum melihat kuih kegemarannya ada depan mata. Dia mengambil sebiji kuih kole kacang lalu terus disuapkan kedalam mulut.
“Baca doa dulu tak tu adik, main suap je kan.”
“Lupe la Abang Sham.”
Tersenyih dia mengakui kekhilafan diri. Shahrul masih diam. Marah namun fikirkan sayang akan adiknya itu dia bersabar. Marah kerana dia tahu Sarah ke hospital tadi dengan siapa.
“Jangan balik rumah lewat sangat kamu berdua ni, ummi penat dah bagitau. Isteri kamu harus diutamakan.”
“Iya baik ummi. Kakak kamu nak jumpa dengan kamu adik. Esok lepas balik dari penjara kita terus ke rumah mak mertua abang.”
Shahrul tidak lupa pesanan isterinya itu. Terasa diri beruntung punya isteri yang sangat memahami sebegitu rupa. Walhal dia belum ceritakan hal yang sebenar kepada isterina itu. Berbeza dengan Shamsul yang lebih terbuka menceritakan semua kepada isterinya.
Selepas solat maghrib kedua abangnya bergegas kerumah mertua masing-masing untuk mengambil isteri mereka.
—————————————
“Abang, adik ok ke? Lama tau Lia tak jumpe dia, bukan Lia tak suka abang balik rumah ummi tapi Lia pelik tau abang gelabah semacam je bila sebut pasal adik. Cuba bagitahu Lia. Balik pun makin kerap kesana, sanggup hantar Lia balik rumah mama dulu pulak tu. Nak drive tak dibaginya pulak. Cuba abang terus terang dengan Lia. Boleh kan abang.”
Thalia memegang lengan suaminya. Malam itu dia nekad mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi hinggakan suaminya bersusah payah ambil dia, hantar rumah mama lepas tu bergegas kerumah ummi, datang pula ambil dia. Semakin difikir semakin pelik. Kedua ibu bapanya juga sudah mula bertanya. Bukan dia tidak pernah nyatakan hasrat mahu ikut kerumah ummi. Namun ada sahaja alasan yang diberikan.
“Abang memang nak cerita dekat Lia pasal benda ni. Tapi abang tak mau Lia gelabah sampai terfikir-fikir nanti.”
Shahrul sangat susah hati memikirkan anak mereka yang sedang Thalia kandung.
“Adik kena jual dengan Hilmi. Dia hilang beberapa hari sayang. Abang buntu tak tahu nak bagitahu Lia macam mana. Dengan isteri abang tengah saratnya. Abang Sham pun same tak bagitahu Kak Misha. Dia pun serabut fikir masa berlaku kejadian tu.”
“Allahuakbar, lepas tu ni sekarang macam mana keadaan adik. Dia ok ke tak? Allahu abang, siannya dia. Sampainya hati Hilmi buat adik kita macam tu.”
Thalia menyulam jemari suaminya. Dia terkejut sungguh-sungguh. Terasa hati sangat beruntung punya suami yang baik seperti Shahrul.
“Dia hilang ingatan, Lia dengan Kak Mis dia masih tak ingat lagi. Mula tu abang ingat nak bagitahu dekat Lia lepas dah jumpa adik, tengok-tengok dia tak ingat pulak. Dapat tahu pulak suami dia dah ceraikan dia talak tiga sebelum dia tinggalkan adik dekat situ. Serabut kepala abang fikir.”
Thalia menekup mulutnya, terkejut dengan apa yang dia dengar. Patutlah suaminya memilih untuk merahsiakan semuanya dari dia. Sungguh dia tidak terfikir sejauh ini seseorang yang pernah berasa disisi kita sanggup lakukan. Thalia merenung dalam anak mata suaminya.
“Abang, adik macam mana. Susah hati Lia dengar macam ni. Kesian dia abang.”
Shahrul memilih untuk tidak ceritakan soal Firash. Dia tidak tahu mulakan dari mana.
“Adik masih memerah ingatan dia tu. Dia masih tak tahu sejauh mana kehidupan dia dengan Hilmi. Dia rasa down sangat asyik fikir isteri jenis apa dia hingga suami dia lakukan dia sebegitu.”
“Itu sebab dia tak ingat sikap Hilmi tu kot abang. Kalau dia ingat tentu dia tahu sebabnya bukan salah dia.”
“Tapi walau apa pun salah adik, sebagai manusia layak ke dia jual orang macam tu. Dia ingat dia suami dia boleh buat suka hati ke?”
“Abang harap kita sembang sampai sini je ya sayang. Abang dengar pun tak habis fikir lagi tentang benda ni. Rasa bersalah sangat dekat adik, kalau la abang lebih peka dengan keadaan dia mesti dapat elak semua ni.”
“Benda nak jadi kita memang tak boleh jangka, kita ingat selama ni dia ada dalam tangan orang yang cukup elok untuk menjaga dia, tapi hati manusia macam mana kita nak selam.”
“Abang rasa bersalah sangat sebab abang dah tahu Hilmi banyak hutang, lepas tu masa jumpa adik dekat rumah ummi tu pun abang dah rase semacam dah tapi abang tak terkeluar kalam nak tanya adik ape-ape.”
“Lepas ni kita berjaga-jaga lagi ye. Dah la tu jangan salahkan diri sendiri lagi ok.”
“Entah la sayang, abang nak sangat adik ingat semula supaya dia ingat Lia dengan Kak Mis. Tapi bila fikir kalau dia ingat semuanya balik dia mesti ingat balik tentang lelaki tak guna tu.”
Tunduk lagi Shahrul. Enggan mengalah dengan rasa bersalah yang memenuhi dada saat ini. Ikutkan hatinya dia mahu Sarah sentiasa ada dengannya. Namun dia punya tanggungjawab lain. Ummi tentu sahaja tidak akan setuju. Thalia memandang wajah suaminya. Dia faham rasa dihati lelaki itu;
“Ummi mesti susah hati kan abang. Untung Lia ada suami macam abang ni. Kesian adik. Esok Lia nak jumpa dengan ummi ngan adik. Lia kemas baju siap-siap esok, kita duduk sana dua tiga hari. Boleh kan abang ualang kerja dari sana?”
Walau dia sudah tahu jawapan namun dia tetap bertanya.
“Adik pun memang nak jumpa dengan sayang. Esok abang ambik Lia lepas balik kerja kita terus ke rumah ummi. Lia okay ke duduk rumah ummi?”
“Kenape pulak tak okay abang, masa ni bukan Lia je yang perlukan abang tau. Adik dengan ummi pun perlukan abang.”
“Ya Allah terima kasih sayang.”
“Errr abang, Hilmi macam mana sekarang?”
“Melingkup dah dia dalam penjara. Padan la dengan muka dia.”
Tahu untuk mengakhiri perbualan, dia harus segera matikan soalan. Bimbang menambah emosi yang sedia ada dalam hati suaminya. Hatinya sakit mendengar kisah adik iparnya itu. Apatah lagi abangnya sendiri.
“Kita rehat ya abang. Esok kita tengok keadaan adik macam mana okay.”
“Abang lupe nak tanya, Lia dah makan ke ni?”
“Makan dah abang. Abang dah makan ke?”
“Abang tak rase nak makan. Letih sangat rasa nak tidor je lepas solat isyak jap lg.”
“Ok abang kita terus tidor ok.”
———————————————-
“Sampai hati abang kan baru nak bagi tahu dengan saya.”
Shamsul yang tenang juga baru sahaja selesai ceritakan hal sebenar kepada isterinya. Airmata seolah tidak dapat dibendung oleh Misha.
“Bukan abang tak nak cerita dengan awak sayang. Tapi tak tahu nak mula macam mana. Abang sendiri pun baru tahu adik tu kena jual dengan suami dia sendiri.”
“Saya faham abang, tapi kejamnya dia abang. Kenape buat adik kita macam tu. Mana hati perut dia.”
Sama dengan yang lain rasakan, begitu juga dengan Misha. Dia juga seolah disiat hatinya mendengar cerita dari suaminya.
“Esok kite tidor rumah ummi. Sampai hati abang kan tinggal ummi dengan adik.”
Hurmmm kalau tahu cerita dari awal kan senang. Tak payah la teruk-teruk ulang alik.
“Iyeee abang ni sampai sangat hati. Dah la tu nangis esok kita jumpe dengan adik ok. Tapi awak kena ingat tau sayang, adik memang tak ingat langsung tentang awak dengan Lia, nanti jangan terasa hati dengan adik pulak.”
Shamsul sedar isterinya mengandung semakin sensitif. Dah pesan pun nanti percayalah mesti akan jadi juga drama.
“Patutnya awak pujuk la abang, ini abang pulak kena pujuk dia. Senyum la sayang. Dah-dah tu ok.”
Angguk sahaja. Masih memeluk suaminya erat.
Masih ada yang tunggu sambungan? Maaf saya kekangan waktu dan macam-macam yang jadi.
Share this novel