Setiap kata-kata Firash kedengaran pedih dihatinya. Dia menumpang kasih dari suami orang? Suami dia bagaimana orangnya? Abang dan umminya tahu tak dia begitu? Semua persoalan bermain dimindanya.
“Sarah, abang nak masuk boleh.”
Firash mengetuk tiga kali sebelum meminta izin untuk masuk. Namun Sarah diam. Dia masih bertudung dan belum mandi pun lagi. Dia merenung pintu bilik.
“Sarah, abang tahu Sarah dengar. Abang masuk ya?”
“Ya..”
Akhirnya Sarah memberikan persetujuan. Firash masuk perlahan dan membiarkan pintu terbuka luas.
“Kenapa ni Sarah, tadi okay ja kan? Sakit kepala teruk ke?”
“Sarah ni isteri yang macam mana la kan abang sampai suami Sarah buat Sarah macam tu. Mesti Sarah teruk kan?”
“Abang dah agak dah mesti sebab tu. Itu la dengar semua separuh-separuh je. Sebelum nak terasa hati ke apa tanya dulu cerita penuh.”
“Kadang-kadang salah ni bukan dari sebelah pihak je, abang bukan nak salahkan sesiapa atau nak betulkan sesiapa tau. Tapi abang tahu hampir keseluruhan cerita Sarah. Dari fahaman abang, suami Sarah dah tak layan Sarah dengan baik. Apa yang abang kenal Sarah tak mungkin kerana sikap Sarah dia buat macam tu. Sebabnya hari-hari Sarah akan masak dulu walau tahu dia tak akan makan.”
Sarah menangis, sampai macam tu sekali suami dia benci dia. Patut la dia abaikan Sarah.
“Tak pe la abang, Sarah kena ingat semula semuanya baru boleh hadam benda ni.”
Sebagai manusia, dia sedar kalau seorang isteri keluar dengan suami orang tak mungkin perempuan tu baik. Dia ingin bertanya sejauh mana sentuhan dia dan Firash. Dia takut memikirkan dosa yang dia buat saat dia bersama Firash.
“Masa kita jumpa, abang hanya pegang tangan Sarah. Dan ada sekali sahaja Sarah peluk abang. Jadi Sarah jangan risau ok kita tak buat hingga tahap macam Sarah takutkan.”
Dia masih tidak dapat menarik nafas lega. Dia masih lagi risau. Tarikkan dia pada Firash sangat sukar ditolak. Takkan hatinya dah lama cintakan lelaki ini?
“Abang, walau apa jadi ummi tak boleh tahu tangan Sarah sakit.”
Dia melihat luka torehan ditangannya masih memerah. Kalau dipegang kuat pasti berdarah kembali walaupun sudah dibalut.
“Ya tak ada siapa tahu. Esok kita jumpa ya abang, Sarah nak rehat.”
“Sarah belum makan lagi kan, nak abang teman ke makan?”
“Esok Sarah makan. Abang pun mesti penat kan.”
“Betul ni, jangan tahan lapar pulak. Janji tau jangan fikir bukan-bukan.”
“Ya baik. Sarah tak fikir bukan-bukan.”
Malam itu Sarah terlena awal, usai sahaja dia menunaikan solat isyak terus dia lelapkan mata.
‘Nur Sarah binti Shahrizan, aku Hilmi Bin Hamdan ceraikan kau dengan talak tiga’.
“Abang! Apa abang cakap ni.”
Firash mendengar suara Sarah terjerit dari bilik sebelah. Dia mendekati pindu dan membuka sedikit pintu agar jelas pendengaran dia.
“Abang apa abang buat ni, apa salah Sarah.. tolong abang.”
Firash menjengok Sarah mamai teruk. Airmata dia mengalir deras dalam tidurnya.
“Abang, tolong Sarah abang. Ampunkan Sarah abang tolong..”
Rayuan Sarah terdengar sayu dalam tidurnya. Apa sebenarnya jadi pada dia. Dada Sarah berombak. Dia merayu dalam tidurnya.
“Sarah, bangun Sarah. Kenapa ni ha mimpi teruk sangat abang dengar ni.”
“Abang tolong jangan tinggalkan Sarah..”
“Sarah, tolong bangun sayang. Kenapa ni ha.”
Sarah terjaga dengan basah airmatanya. Firash sedang duduk dibirai katil tempat dia tidur. Jam sudah menuju ke waktu 3 pagi.
“Dia berikan Sarah talak tiga abang. Apa salah Sarah? Sampaikan rayuan Sarah dia tak mahu dengar.”
Jadinya Sarah dah diceraikan? Allahuakbar.
“Sarah ingat semua benda dah ke?”
“Ingat semua yang berlaku dari hari Sarah kena jual. Sarah ingat ada bagi sms dekat abang. Sarah ingat Sarah kena cerai. Imdan lelaki yang jaga Sarah dan jugak yang tolong Sarah lepas dari sana.”
“Sarah kena jual? Hilmi jual?”
Sarah angguk. Firash menggengam tangannya. Dia tak sanggup nak dengar dengan lebih lanjut.
“Sayang, sayang tidur dulu. Sekarang dah lewat. Esok baru Sarah cerita dengan abang ok?”
Mata Sarah masih basah, Firash menyeka airmata Sarah. Sarah tanpa berfikir panjang terus memeluk Firash, masuk ni sudah kali ketiga keimanan lelaki itu digugat.
“Abang, tolong jangan tinggalkan Sarah. Tolong bawak Sarah jumpa dengan ummi cepat. Sarah rasa terhina sangat-sangat. Sampai amcam tu sekali dia buat Sarah.”
“Ya abang janji abang bawak esok jumpa dengan ummi. Sekarang Sarah tido dulu ok. Abang teman Sarah tido.”
Sarah memejamkan matanya, tangan Firash masih digenggam kuat. Tak lama lagi dia akan halalkan wanita ini. Itu janjinya. Namun mata Sarah bukan semudah itu hendak dilelapkan selepas dia ingat insiden dia di ceraikan dengan talak tiga pulak tu. Tahap kebencian jenis apa hingga diperlakukan sedemikian rupa.
Firash keluar perlahan-lahan dari bilik. Sarah masih belum terlena, dia hanya pejamkan mata sahaja. Dia perlukan masa untuk berfikir. Lima belas minit berlalu Sarah masih terkebil-kebil. Dia bangun dan turun kebawah. Perut berkeroncong. Perlahan-lahan dia bancuh secawan air panas untuk makan dengan biskut.
“Sarah, bukan dah tidor ke tadi ni.”
“Ohhh mak kau, Ishhh abang ni terkejut la main terjah je kan.”
“Laaa terjah apanya, abang tanya ni tadi bukan dah tidor ke?”
Terkejut Firash sat terdengar pintu bilik Sarah dibuka tadi. Ingat kot apa la. Rupanya dia tak tidur lagi.
“Lapar tadi, tak boleh lelap.”
“No fon abang ade kan kenapa tak call atau mesej je abang, ke masih fikir pasal tadi hmm. Nak cerita dengan abang tak?”
Sarah diam memandang Firash. Mata lelaki itu sudah kemerahan. Macam magnet dengan Firash ni, tarikkan yang sangat kuat.
“Esok je la, abang tidor la dulu. Sarah nak makan lepas tu terus nak naik.”
Namun lelaki itu masih duduk disitu. Dia tahu apa yang Sarah fikir saat itu. Mustahil wanita itu turun semata mahu makan. Hilang Sarah yang manja, kini Sarah yang dia sering jumpa dulu hadir dihadapannya. Sarah versi ni semua Firash kena teka, kena tanya kena detail kalau tidak satu apa pun dia takkan cerita.
“Sarah percaya tak dekat abang.”
Buat kali kesejuta agaknya Firash tanyakan soalan yang sama.
“Percaya la…”
“Abang tahu semua kisah Sarah, Sarah mungkin ingat tak sepenuhnya, tapi percayalah dia buat semua tu bukan sebab kekurangan Sarah. Kena ingat benda tu.”
“Dah tu Sarah selalu jumpa abang, Sarah ni isteri yang berdosa la kan. Selalu…”
“Kenapa diam pulak, tak habis pun cakap pun selalu apa Sarah.”
“Macam deja vu, Sarah rasa macam pernah sebut macam tu dekat abang.”
“Yaaa memang pernah pun. Kita berdosa dan sama-sama kita berdosa.”
“Dah makan cepat lepas tu kita naik. Abang tak nak Sarah terus fikir lagi tentang benda ni k, nanti dah ingat sarah buat kesimpulan sendiri suami Sarah tu orang yang macam mana.”
“Dah nak dekat pukul 2 pagi dah ni abang naik la dulu.”
“Abang kata abang tunggu, Sarah nak tanya apa lagi abang boleh jawab. Jangan serabutkan kepala je ok.”
Abngguk, macam faham tapi kepala masih fikir. Hari ni hari paling panjangn dia bersemuka dengan Firash. Namun selepas dia ingat tentang kejadian yang menimpa dirinya dia sangat risau, macam mana kalau Kamal masih mencari dia.
“Abang, macam mana kalau Kamal masih cari Sarah?”
“Siapa Kamal ni?”
Firash terkejut, ni pertama kali nama itu keluar dari mulut Sarah.
“Dia jual Sarah kepada Hilmi, tangan Sarah ni Kamal yang buat. Dari cerita Imdan, Sarah bukan mangsa yang pertama.”
“Tadi Sarah tak sebut pun pasal Kamal ni.”
“Kan abang suruh tidor terus tadi ni.”
Ya tak ya jugak, memang salah dirinya.
“Okay sekarang cerita detail dekat abang, macam mana boleh jadi macam tu.”
“Malam tu dia terus suruh Sarah pakai baju yang dia bagi, Sarah tak mau pakai sebab seksi sangat. Tak sesuai dengan orang bertudung. Marah la dia. Sebelum keluar tu Sarah sempat hantar mesej dekat abang. Fon pun dia tak bagi bawak. Sarah dah tak sedap hati masa tu.”
“Kenapa tak call abang Syam atau abang Shah.”
Boleh dia nak pertikai benda dah jadi.
“Sarah masih ada sisi kepercayaan lagi dekat dia masa tu. Tak terfikir langsung nak jadi macam tu.”
“Jauh sangat perjalanan, masuk sampai dalam hutan. Sampai je sana terus dia ceraikan Sarah dengan talak tiga. Depan girlfriend dia dengan Imdan sekali ada depan tu. Rasa diri ni macam sampah je masa tu.”
“Dua malam jugak Sarah kena kurung baru Imdan suruh siap. Tapi dia tak gamak nak bagi pakai baju tak de tangan tu dekat Sarah. Dia berat hati tapi tak ada pilihan.”
Hati Firash timbul cemburu apabila nama Imdan dipetik. Dia segera tepis fikiran yang bukan-bukan.
“Masa turun bawah tu, Imdan disuruh koyak lengan baju Sarah.”
Suara Sarah sudah semakin kendur, dia semakin sebab saat ceritakan apa yang terjadi kepada dirinya. Firash mendekat, dia pegang tangan itu. Untuk salurkan sedikit kekuatan pada wanita itu.
“Sarah kalau tak boleh teruskan tak pe tau.”
“Boleh..masih boleh. Dia toreh tangan Sarah hidup-hidup abang. Dia cakap dah lama dia teringin nak tengok lengan Sarah ni. Nak toreh tengok apa jadi. Sarah takut sangat masa tu, merayu-rayu tapi langsung dia tak endah.”
“Allahukabar, sampai macam tu sekali.”
“Imdan dah tak tahan tengok Sarah merayu terus dia pukul Kamal dan bawak Sarah lari. Masa lari tu dia kena tembak. Sarah tak tahu dia masih hidup atau tak. Kak Ifah yang jumpa Sarah.”
“Mujur dia masih ada hati perut. Sakit lagi kan tangan tu, macam mana la esok nak tutup dari ummi.”
“Kurang-kurang Sarah kena ada alasan kenapa tangan jadi macam ni.”
Wajahnya risau memikirkan suaminya sendiri yang menolak dia kepada lelaki durjana tu.
“Sarah tak faham, kalau sebab duit, dia boleh je mintak dengan Abang Sham atau Abang Shah.
“Orang kalau dah terdesak ni Sarah dia akan buat apa saja untuk duit. Dia nak yang mudah.”
Sarah bangun untuk membasuh cawan.
“Abang, jom naik dah pukul dua lebih dah ni.”
Firash setia disisi Sarah sewaktu dia baring, tangan itu tidak dilepaskan. Dia mahu sarah terlena dahulu.
“Abang, pegi la tidor lewat sangat dah ni.”
“Kalau kesian dekat abang tidor cepat.”
Sarah tidak membantah kali ini. Dia terlena selepas 5minit sahaja. Firash terlelap tanoa sedar dibirai katil Sarah tidor.
Manusia jenis apa yang sanggup memebrikan isterinya talak tiga. Sejenis penghinaan saat sedar dirinya dijual oleh suami sendiri.
Share this novel