LANGKAH 21

Romance Series 41503

Assalammualaikum Hilmi, Hilmi. Aku tahu kau kat dalam tu. Keluar sekarang jugak.”

Lama juga Shamsul menegtuk pintu tapi tiada jawapan. Shamsul bergerak untuk jumpa dengan Firash. Gelisah memikirkan dari semalam dia telefon tidak berangkat. Pagi ni telefon terus tak dapat dihubungi.

“Assalammualaikum, kamu dekat mana? Baju warna apa.”

“Saya ada meja hujung sekali abang, baju warna hitam putih.”

Shamsul tergesa-gesa menghampiri meja yang dikatakan.

“Kamu Firash ke ni?”

“Ya abang saya. Maaf la terpaksa hubungi abang jugak sebab Sarah yang sent nombor abang.”

“Kamu ada hubungi dia tak lepas dia sent?”

“Saya tak call sebab takut ganggu ke apa. Pagi ni baru saya cuba call tapi tak dapat.”

“Abang pun call dia pagi ni tak dapat. Boleh abang tahu hubungan kamu dengan dia?”

“Saya kawan dia abang. Lain kali saya terangkan dengan abang. Saya rasa tak sedap hati tentang Sarah. Abang dah cari suami dia tak?”

“Abang dah pegi rumah dengan ofis dia tadi tapi semua dia takde. Dah lari agaknya. Apa la yang dia buat sebenarnya.”

“Abang tahu tak kat mana nak cari dia?”

“Abang pun tak tahu. Bukan sikit-sikit tempat yang nak cari ni.”

“Kalau ummi abang tahu ni entah la apa reaksi dia.”

“Kita akan usahakan cari dia abang. Sama-sama kita cari. Kalau perlu esok kita boleh buat laporan polis.”

————————————-

“Assalammualaikum abang, tolong Ifah bang.”

“Kenapa ni sayang?”

“Ifah langgar orang, kesian dia abang.”

“Allahu teruk ka tak tu? Atiya ok?”

“Sekarang Ifah nak dekat sampai klinik abang dah ni. Dia tak cedera teruk tapi dia pengsan. Atiya ok.”

Latifah keluar tadi untuk membeli barang dan terus mahu menuju ke klinik suaminya. Namun lain pula jadinya. Dengan segala kudrat yang ada dia mengankat wanita malang itu kedalam keretanya.

“Ok sayang bawak kereta dulu abang tunggu sini.”

Latifah memandu dengan cemas. Dia terasa seperti tidak sempat melanggar wanita itu, namun wanita itu pengsan betul-betul depan kereta dia tadi. Nasib baik sempat berhenti. Mujur anaknya diletakkan dalam car seat.

“Sayang ok ke tak ni? Atiya ok tak?”

“Ifah ok la abang. Atiya pun okay sebab duduk carseat. Abang tengok dia dulu.”

“Ifah tahu kan abang doktor psikiatri bukan doktor rawat orang kemalangan. Mahunya ada patah ke apa.”

“Tahu la abang tapi Ifah risau sebab macam mana boleh ada orang tengah laluan hutan macam tu. Dengan baju berdarah dia. Ifah tak langgar dia pun rasanya tapi entah la jom kita periksa dia dulu. Pesakit abang selalu datang semua memang cedera kan, jom la kita bawak dia masuk dulu.”

“Zura, Aaris tolong angkat pesakit ni letak atas katil dalam bilik satu, hati-hati kita tak tahu mana yang dia sakit.”

“Baik doktor.”

Latifah meletakkan Atiya di dalam bilik ayahnya. Anak itu tahu apa akan dibuat disitu.

“Tiya, duduk dengan uncle Aaris jap ya. Mama nak tolong ayah tengok auntie yang sakit tadi tu.”

“Sian dia mama. Tiya tunggu sini ok mama.”

“Aaris, kamu temankan dia ya. Saya nak tolong doktor kejap boleh?”

“Boleh la kak. Atiya duduk dengan uncle ya. Jap lagi mama dengan ayah datang tau.”

“Okay uncle.”

Atiya hanya memandang ibunya pergi kebilik sebelah.

“Abang keluar kejap awak dengan Zura tolong tengok mana yang cedera ya nanti bagitahu saya.”

Latifah buka jaket yang dipakai wanita itu. Kesan torehan yang berada ditangan kiri wanita itu membuatkan Zura dan Latifan memandang sesama mereka. Darah kering bercampur darah yang masih basah membuatkan Latifah tahu ada sesuatu yang tidak kena. Mujur dia tidak bawa ke hospital.

“Zura awak panggil doktor masuk ya. Awak keluar dulu ok.”

“Baik kak.”

“Macam mana sayang, mana yang… Allahu siapa yang buat macam ni. Lagi mana yang cedera ni. Awak betul ke tak mahu buat report.”

“Ifah pelik la abang tunggu dia bangun dulu. Ifah dah tangkap gambar dia nanti untuk dijadikan bukti ke apa. Kepala ada cedera sikit tapi tak teruk.”

Tudung wanita itu dibuka dan ditutup dengan kain sahaja bagi memudahkan untuk dirawat. Hati Latifah sangat kuat menyatakan wanita ini lari dari sesuatu.

“Pucat sangat muka dia ni abang tentu banyak darah yang dah hilang.”

“Zura masukkan air tadi. Tunggu dia sedar dulu. Abang balut luka dia dulu.”

Hampir dua jam baru pesakit tadi sedar.

“Ummi… adik lapar..”

Sarah memandang keliling. Dia mencari kelibat ummi dan abangnya. Namun tiada sesiapa.

“Kak, pesakit tadi dah sedar dah dia sebut apa saya tak dengar dia cakap perlahan sangat.”

“Awak dah sedar ke.. nama awak siapa ya?”

“Saya Sarah, mana ummi dengan abang saya ya doktor.”

“Saya bukan doktor tapi awak sakit bahagian mana-mana lagi tak?”

“Mana ummi dengan abang saya ya.”

“Tadi masa saya jumpa awak memang awak sorang je kat situ.”

Sarah diam lama. Seorang diri? Ummi dengan abang dia temankan dia ke hospital kan tadi.

“Abang, tolong tengok kejap dengan Sarah ni dia cari ummi dia.”

“Sarah, awak umur berapa sekarang?”

“Saya 18 tahun doktor.”

“Okay saya Doktor Faris, ni isteri saya Latifah. Saya nak tanya soalan awak jawab ja mana yang awak boleh okay.”

Faris memandang wajah Latifah.

“Awak tahu tak awak dekat mana sekarang?”

“Saya dekat hospital kan doktor.”

“Ya betul tu Sarah, awak masuk sebab apa ya?”

“Sebab hernia kan doktor.”

“Baik Sarah awak lapar tak ni?”

“Lapar sangat. Nanti tolong bagitahu ummi saya yang saya nak makan ya doktor. Tak mahu makan makanan hospital.”

“Okay awak rehat dulu nanti saya datang balik.”

“Okay doktor.”

Faris menarik tangan Latifah untuk keluar dahulu.

“Dia hilang ingatan la sayang. Ingatan dia sampai umur 18 ja. Macam mana kita nak cari ummi dengan abang dia.?”

“Kejap kita mintak nombor fon, mana tahu masih aktif.”

“Jangan lagi sayang, kita kena bagi dia tahu dulu keadaan dia sekarang.”

“Kalau macam tu Ifah berbual dulu dengan dia. Nanti kita bawak balik rumah la ya abang.”

“Yala mana yang awak rasa baik. Saya ikutkan je.”

“Okay Ifah bawak makanan ni masuk dulu.”

Latifah masuk semula kedalam untuk membawa makanan untuk Sarah. Wajah pucat itu mengundang simpati darinya. Sarah termenung memikirkan segala logik yang ada. Mana ummi dengan abang ni.

“Sarah, kalau akak bagitahu awak ni awak jangan terkejut ya.”

“Ya doktor.”

“Hari ni awak balik rumah akak ya, ummi dengan abang awak tak boleh datang dalam dua tiga hari ni.”

“Kenapa… tadi ummi ada kan.”

“Ya Sarah, ummi dengan abang awak ada urusan nanti diorang datang balik okay.”

Sarah diam seolah tidak percaya ummi dan abangnya akan tinggalkan dia kepada orang yang tidak dikenali. Tangannya sakit perutnya tiada luka pembedahan. Yang ada cuma parut.

“Kenapa tangan saya sakit ya. Luka pembedahan tak ada pun.”

“Sebab doktor awak tak bedah, dia just push the muscle back to the position. Tangan awak tu luka masa awak jatuh kata ummi awak.”

Sarah angguk namun masih ragu dengan semua maklumat yang dia dapat. Entah berapa lama penipuan ini akan bertahan. Lambat laun mereka harus nyatakan kebenaran kepada Sarah.

“Tudung saya mana ya kak?”

“Nanti saya bagi ya. Awak makan la dulu.”

Latifah keluar, lagi lama didalam lagi sukar untuk menjawab pertanyaan dari Sarah. Latifah menyuruh Zura dan Aaris keluar membeli keperluan Sarah. Bimbang lagi banyak pertanyaan dari dia.

———————————-

“Siallll, mana perempuan tu ha. Imdan mana bangang.”

“Dia cedera teruk Boss, kena tembak tadi. Perempuan tu terlepas boss ada kereta langgar. Mati agaknya.”

Menipu demi dirinya. Risau dia pula yang dibunuh.

Sebijik penumbuk dilepaskan kepada anak buah yang melaporkan kehilangan Sarah kepadanya.

“Jom blah dari sini sebelum polis ke apa datang. Memang sial. Perempuan satu pun tak boleh jaga ke.”

“Imdan macam mana boss.”

“Biar dia mampus situ. Lantak la. Dah jatuh hati dengan perempuan tu agaknya.”

Kamal sakit hati memikirkan Sarah terlepas. Baru sebelah tangan dia toreh. Bahagian akhir badannya patutnya ditoreh biar puas hatinya.

———————

“Assalammualaikum Ummi, Sham bawak kuih talam dengan bengkang ubi. Jom kita makan.”

“Kamu dapat tak hubungi Sarah?”

Sudah dijangka perkara itu akan dibangkitkan segera. Sebab tu dia datang terus.

“Kita makan dulu ya ummi. Nanti Sham cerita dengan ummi.”

Shamsul hanya memandang ibunya kedapur untuk bancuh air dan mengambil piring untuk kuih.

“Ummi dah sedia, Sham boleh terus terang je dengan ummi.”

Setenang-tenangnya wajah ummi dipandang Shamsul.

“Tadi Sham dah ke rumah dan ofis Hilmi tapi tak jumpa. Call adik sampai last tetap tak dapat. Kejap lagi Sham nak pegi cari tengok mana tahu jumpa dengan Hilmi.”

Ummi diam tanpa kata. Tangan yang memegang kuih tadi diletakkan semula.

“Dua hari ummi tak sedap hati, rasa macam adik panggil ummi. Ummi tahu dia sedang susah sekarang. Dengan Shah jangan bagitahu lagi, Lia tengah sarat tu tunggu masa je.”

Airmata ummi bergenang memikirkan anak perempuan yang satu.

“Kita usaha lagi ya ummi, ummi doa banyak-banyak untuk adik moga tak ade apa-apa yang tak baik.”

“Kau cakap ape ni abang. Kenape dengan adik?”

Baru sahaja nama disebut. Dia datang.

“Hati aku tak sedap dah dua hari. Aku call adik semlam dapat tapi tak angkat, pagi ni tak dapat terus. Aku pegi rumah tadi takde orang. Ni yang aku terus datang sini.”

“Shah, kita doa okay. Kau tu bini nak salin dah jangan selalu keluar. Aku ada nanti aku usahakan.”

“Adik aku jugak tu abang. Dapat Hilmi tu dekat aku emmang mampus aku kerjakan.”

“Jangan buat benda bodoh Shah, Sham. Kita minta dengan Allah sambil usaha. Ummi tahu Sarah ada dimana-mana.

Andai takdir dia adalah begitu maka begitulah. Namun dia terlupa dengan usaha dan tawakal mungkin dapat betulkan sesuatu yang tidak betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience