“Sarah, nanti datang lagi tau. Akak sayang Sarah. Jangan lupakan kami. Atiya pun sayang Sarah jugak. Betul tak mahu tunggu dia ni.”
“Tak sempat dah kak, nanti Sarah datang sini lagi. Maaf menyusahkan akak sekeluarga. Sarah terhutang budi sangat-sangat.”
“Tak susah langsung la Sarah, akak lega sangat keputusan akak tolong Sarah hari tu tak salah.”
Sarah memeluk Latifah buat kesekian kali. Lama pada kali ini. Dia bersyukur sangat-sangat.
“Sarah harap tak menyusahkan keluarga doktor.”
—————————————-
“Hari tu bukan Sarah panggil Abang Faris ke, kenapa tiba-tiba ubah pulak.
“Macam mana la tak ubah tengok muka abang macam nak makan dah doktor tu. Kalau cemburu pun jangan la cemburu dengan abang sendiri.”
“Mana ada abang cemburu. Suka kan tuduh abang macam tu.”
“Kenapa Sarah rasa macam debar sangat ni nak jumpa dengan keluarga sendiri pun.”
Firash genggam tangan Sarah, lagi sekali dia takkan pernah berjaya mengawal diri apabila dengan Sarah.
“Relaks okay, abang mungkin tak dapat bantu apa-apa nanti masa semua tanya tentang hubungan kita. Abang tahu Sarah belum ingat banyak benda lagi. Contohnya macam mana kita jumpa semua tu.”
“Ya abang, terima kasih sangat abang tak pernah jemu teman Sarah.”
“Dulu kan abang pernah pesan satu benda dengan Sarah, jangan selalu mintak maaf, dan jangan selalu cakap terima kasih dengan abang. Sarah ingat la balik nanti semua benda baru Sarah tahu.”
———————————————
Shamsul dengan Shahrul sengaja membiarkan permainan Hilmi. Dari tadi mereka hanya mendengar sahaja apa pun yang dia tipu. Hari tu Shahrul dah pergi jumpa dia, namun dia berkeras cakap tak peduli.
“Ummi, Mie memang tak tahu Sarah pegi mana ummi. Dengar dari orang cakap dia ikut lelaki pegi mana entah.”
Ummi hanya diam cuba bersabar. Sudahla wanita itu risaukan anak perempuannya. Dia disini menambah sakit dihati wanita itu.
“Hari tu kau bukan cakap kau dah cerai dia ke? Kau tak peduli dengan dia kan ha!”
Macam biasa diantara kedua beradik itu Shahrul selalunya lebih tak sabar.
“Ehhh abang ni biar betul, takkan saya ceraikan dia.”
“Jangan main-main dengan agama Hilmi. Kau tahu hukum kan sampai bila kau nak seksa dia.”
“Aku tak pernah pukul dia pun seksa macam mananya.”
“Sebelum penumbuk aku ni melayang dekat muka tu baik kau belah dari sini.”
“Mie, sementara kami masih ada budi bicara tolong la beredar dari sini. Ummi tak mahu dengar kalau Mie nak cakap buruk tentang anak ummi.”
“Assalammualaikum… ummi.”
Sarah dan Firash yang baru sampai ternganga dengan keadaan yang tidak disangka-sangka. Namun pandangan Sarah hanya pada umminya. Dia segera masuk memeluk umminya. Firash sempat salam dengan kedua-dua abang Sarah.
“Sayang, sayang okay ke ni? Abang cari merata tau. Ummi tengok kan Mie dah bagitahu dia memang ada hubungan dengan lelaki lain, dia bukan hilang ummi.”
Tanpa pedulikan Hilmi, Sarah menangis dibahu umminya. Rindunya dia pada umminya. Sakit pulak hati Firash mendengar Hilmi menyebut sayang. Nampak sangat tak ikhlas.
“Ampunkan Sarah ummi. Sarah mesti buat ummi risau.”
Sarah memeluk kedua-dua abangnya pula.
“Risau tau dekat kau dik.”
“Apa yang jadi Sarah, tolong la cerita dengan ummi. Ummi tak mahu anak ummi menipu demi ummi. Cakap yang betul-betul apa yang jadi. Ummi akan percaya tiap sesuatu yang Sarah cerita.”
Punya tahap memahami, tahu anaknya itu akan menipu demi dirinya.
“Abang Sham pun nak tahu juga semuanya. Jangan tinggal satu benda pun.”
Sarah memandang Firash meminta pendapat. Firash angguk tanda setuju jika diceritakan hal yang betul. Ummi dengan Shahrul keduanya tak pernah berjumpa dengan Firash, namund ari cerita Shamsul mereka tahu itulah kawan Sarah yang dimaksudkan.
“Sarah kena jual dengan Hilmi. Jual sebab duit hutang tak mampu bayar. Dia bawak Sarah jauh malam tu, Sarah sempat hantar sms dekat Firash ni je malam tu nombor Abang Sham. Lepas tu lepas berapa hari Sarah berjaya lari dengan bantuan seseorang.”
“Allahuakbar, apa kau buat ni Mie. Anak ummi ni bukan binatang tau boleh kau nak jual-jual.”
Shahrul dah sakit hati sangat-sangat. Shamsul memegang bahu adiknya itu, bimbang lelaki itu akan pukul lelaki itu sampai mampus. Hilmi mahu lari dari situ namun dihalang oleh Firash.
“Sampai hati dia buat adik kita macam tu bang. Kalau ikut hati aku ni mati aku kerjakan.”
Shahrul hanya mampu berkata-kata dalam kegeraman.
“Mie tak buat ummi, jangan percaya cakap Sarah dia tipu sebab dia takut ummi tuduh dia curang dengan Mie.”
“Lebih baik kau diam Hilmi, aku tak rasa aku boleh sabar lama kalau aku dengar lagi suara kau.”
Shamsul pula bersuara. Sarah pandang dia pun dah tak sudi. Tak guna bertutur dengan orang yang sanggup menjual isteri sendiri.
“Masa kena kurung tu..”
Sarah menangis, Firash memandang dengan hati yang luluh. Dia tak mampu memandang mata itu. Walau berapa kali harus dengar cerita ini hatinya tetap luluh mendengarnya.
“Masa kena kurung tu kenapa adik, bagitahu aku nak dengar. Biar aku balas dekat keparat sekor ni.”
Shahrul yang diam dari tadi sudah tidak dapat membendung lagi kata-kata. Sarah selak lengan bajunya, bersama airmata dia menangis dibahu Shamsul.
“Allahu, apa ni Ya Allah. Apa dosa anak aku ni sampai macam ni sekali suami dia buat dia.”
Firash berdiri jauh sedikit dari keluarga itu. Dia tidak tergamak melihat airmata seorang ibu melihat anaknya diperlaku sebegitu. Namun berbeza dengan Shahrul, dia sudah tidak dapat menahan dengan ringan sahaja penumbuk sulung tepat diperut, kedua dimuka, ketiga ditahan oleh Shamsul.
“Shah, kita ada undang-undang. Tolong lah fikirkan ummi.”
“Mie, tolong keluar dari sini, aku tak sanggup nak tengok muka orang yang aku pernah anggap sebagai anak berkelakuan begini. Tolong jauh dari sini.”
“Tapi ummi, nanti senang kita tangkap dia.”
“Biarkan dia Shah. Ummi tak mahu pandang dia sesaat pun dah.”
Hilmi segera keluar dari rumah keluarga itu. Sentap hatinya saat mendengar kata-kata ummi.
“Sarah, siape yang buat ni. Orang yang beli kamu tu ke?”
Sarah angguk. Dia mengesat airmatanya dan duduk menentang wajah umminya.
“Maafkan Sarah ummi. Sarah banyak susahkan ummi. Sarah lari dari sana dan jatuh depan kereta kakak ipar Firash. Dia bawak Sarah balik ke klinik suami dia. Diorang yang jaga Sarah. Allah ada untuk Sarah ummi. Lelaki yang beli Sarah tu tak sempat buat apa-apa dah ummi cuma tangan ni je. Ingatan Sarah banyak yang belum pulih.”
Ummi memeluk Sarah sekali lagi. Lengan Sarah yang ditoreh dipegang lembut.
“Sakit tak ummi pegang macam ni.”
“Tak ummi, Sarah ok.”
Padahal perit yang amat sangat. Sebab tu dia bagitahu Firash tak mahu ummi tahu perihal dia dikurung dan ditoreh.
“Terima kasih ya Allah Kau izinkan anak aku ini kembali kepadaku ya Allah.”
“Masa Sarah sedar tu kan ummi, Sarah umur 18tahun. Sarah ingat kena apendiks masa tu. Kak Ifah dengan Doktor Faris cakap ummi tinggal Sarah dekat situ sekejap, siap suruh tidor rumah diorang. Mula Sarah tak fikir ape sangat. Tapi dah mula pelik sebab semua benda macam tak kena.”
“Kesiannya anak ummi ni, nanti ummi nak jumpa dengan orang yang selamatkan anak ummi ni.”
Sarah skip bab dia bertemu semula dengan Firash.
“Abang Shah dengan Abang Sham diam je ni. Marahkan adik ke?”
“Pernah ke abang marahkan kau dik?”
“Adik, aku dengar dari mulut Hilmi dia ceraikan kau kan. Bila dia lafaz.”
“Masa hari dia hantar adik dekat orang yang dia jual tu. Dia lafaz depan orang bagi talak tiga terus.”
Shahrul menggengam penumbuk lagi.
“Dah berapa hari dik dia lafaz.”
“Dah 7 hari rasanya.”
Shamsul cuma mahu tahu detail supaya mudah nanti ke mahkamah. Keluhan berat dilepaskan namun tetap tidak mampu menghilangkan sakit dihatinya.
“Firash, mari sini kenalkan diri kamu dengan kami.”
Ummi tidak akan lupa untuk menyantuni tetamu walau keadaan apa sekali pun.
“Maafkan saya makcik. Saya Firash kawan Sarah. Mungkin dia tak berapa ingat macam mana dia jumpa dengan saya, tapi kalau makcik dengan abang nak tahu saya boleh cerita.”
“Terima kasih Firash dah bantu Sarah. Tak kira dari segi ape pun mak cik bersyukur sangat-sangat.”
Berbeza dengan fikirannya diangka dirinya akan dimarahi. Shahrul memandang serius wajah lelaki yang dari tadi adiknya emmandang tanpa henti itu.
“Ummi mungkin tak mahu tahu, tapi Shah nak tahu macam mana diorang boleh kenal.”
“Masa tu saya baru keluar sari kedai makan, terdengar Sarah bergaduh kecil soal nak makan dengan suami dia. Lepas tu suami dia tinggalkan dia tanpa duit, bag fon semua. Dia menangis dan saya tumpah simpati dengan dia. Niat hanya nak membantu.”
“Kemudian?”
“Lepas tu saya tolong call no dia, no suami dia semua tak berjawab. Jadi disebabkan dia kunci rumah pun tak ade, dengan laparnya dia saya buat keputusan teman dia sekejap makan.”
Sarah memang tak ingat lagi memori perit itu. Namun indah apabila mengenangkan dia bertemu dengan Firash.
Saya tak perasan chapter 28 tu ada dalam draft. Smalam masa nak pos chap 29 baru post semula. Jadi saya pos dua chapter berturut ya. Maaf atas kekurangan. Terima kasih yg sudi baca dan komen.
Share this novel