“Ummi, Sham aku nak bagitau satu benda ni. Tadi aku pergi rumah adik. Aku tunggu berapa hari dah last dapat jugak aku si Hilmi tu.”
“La lepas tu kau tanya tak ape dia buat dengan adik?”
“Aku tanya dia mana adik, dia cakap dia tak tahu. Dia kata Sarah bukan isteri dia lagi. Aku macam nak pecahkan je muka dia ikutkan hati aku ni.”
“Allahuakbar, apa masalah dengan Hilmi tu ha. Ummi tak sangka la dia sanggup cerai macam tu je.”
“Entah la ummi, masa aku cekak dia tu la kau telefon aku. Aku terus datang sini. Entah la aku nak fikir pun aku rasa benci. Kalau tak mahu kenapa simpan adik kita tu. Ambik cara baik lepas pun biarlah cara baik.”
Suara kecewa milik Shahrul kedengaran sayu ditelinga ummi dan Shamsul.
“Kita tunggu Firash kawan adik ni bawak kita jumpa dia. Ummi jangan susah hati kami ada ummi. Biar la siapa pun tak mahu lagi dekat adik tu, selagi kami ada takkan siapa pun boleh lukakan dia lagi.”
“Sebab tu la ummi paling risau dengan dia, sebab dia tak mahu cerita dengan ummi. Ummi selalu bagitahu dia sangka baik dengan suami walau apa pun mesti ada sekelumit rasa dalam hati, bukan sayang pun kurangnya sebagai manusia tentu ada belas.”
Lagi kecewa kalau dengar nada ummi. Dia tak sangka satu-satu anak perempuan dia ditinggalkan, tidak dipedulikan.
———————————
“Abang, hubungan kita macam kekasih gelap tu ke?”
“Ish apa cakap macam tu, kita tak buat apa-apa tau. Dah keluar dengan Sarah sebelum ni pun abang dah rasa bersalah sangat-sangat dah.”
“Betul la abang, kekasih gelapkan maksud dia hubungan tersembunyi tanpa diketahui sesiapa, memang la tak buat apa-apa bagi kita.”
“Tapi kita selalu jumpa atas dasar sahabat.”
“Abang, kalau sahabat kan kita tak perlu jumpa sembunyi-sembunyi tau.”
Pertikaian dari Sarah membuatkan Firash semakin rasa bersalah. Dia tahu dan Sarah juga tahu mereka sama-sama berdosa walau jumpa atas dasar sahabat. Niay takkan pernah menghalalkan cara.
“Yala sayang abang mintak maaf la sebab hubungan kita macam tu. Awalnya abang memang kesiankan Sarah ja masa tu. Lama kelamaan abang jadi tak boleh kalau tak jumpa dengan Sarah.”
“Sayang lagi… ish la abang ni. Sarah akan cuba ingat semua memori masa dengan abang, kalau salah Sarah pasti kita sama-sama bersalah.”
Sarah teringin nak tahu sejauh mana hubungan mereka. Dia langsung tak kekok saat bersama dengan Firash. Dia suka bersama Firash. Dia suka disentuh Firash.
“Lama tak kita kenal abang?”
“Tak lama mana pun Sarah, dalam beberapa bulan macam tu ja.”
“Mesra tak?”
“Mesra sampai Sarah menangis depan abang, abang boleh pegang tangan Sarah macam sekarang ni.”
Sarah baru sedar yang tangannya masih dipegang oleh Firash. Bertimba-timba dosa yang sedia ada.
“Sarah menangis depan abang?”
“Dah la tu Sarah, nanti kita cuba raih balik memori yang hilang tu ok. Ummi dengan abang-abang Sarah tak sabar dah nak jumpa. Abang yang mintak tangguh. Nampak Sarah macam lost. Dengan tangan macam tu mesti luluh hati ummi tengok.”
“Nanti Sarah sembunyikan dari ummi. Kak Ifah dengan Abang Faris tu keluarga abang?”
“Iya keluarga abang. Tapi abang tak selalu balik situ. Sebab tak nak diorang tanya tentang bekas isteri abang.”
Dup Dap Dup Dap. Jantung Sarah terasa sakit mendengar kalimah isteri dari mulut Firash. Punca dari dirinya ka Firash bercerai.
“Abang cerai sebab Sarah ke?”
“Bukan la sayang, abang memang dalam masalah dah masa tu. Nanti Sarah ingat balik semua ok.”
“Kenapa abang bukan suami Sarah?”
“Jodoh, kematian rahsia Allah Sarah. Jangan la pertikaikan benda macam tu. Kalau Sarah bukan isteri orang dah lama abang jadikan isteri.”
“Ingat ehhh abang cakap kalau Sarah bukan isteri orang abang nak jadikan isteri.”
“Iya abang jadikan isteri. Tak percaya abang la tu.”
“Dalam keadaan macam ni? Masih abang sangka Sarah tak percaya abang.”
“Abang gurau je la sayang. Dah la jangan sebut lagi sedih tau bila Sarah tak ingat abang mula tu.”
“Kesian abang. Kenapa suami Sarah tak ada dengan Sarah. Sarah langsung tak ingat dia la. Kenapa abang muncul depan Sarah dan muncul dalam mimpi lagi.”
Macam mana dengan Firash dia sampai termimpi-mimpi. Dengan suaminya jangankan mimpi, ingat pun tidak. Firash malas nak mengungkit semua sikap Hilmi. Dia akan biarkan Sarah lupa mengenai itu semua. Biar masa yang tentukan.
“Esok kita jumpa ummi dengan abang Sarah ok tak. Abang risau la kalau nak bagi ummi tengok keadaan Sarah macam ni.”
“Sarah rindu gila dengan ummi tau. Tak pe la abang, sampai bila nak sembunyikan. Ummi mesti risau dengan Sarah.”
“Ya, esok pagi abang bawak Sarah jumpa ummi dengan abang Sarah. Sarah dah ready ke nak balik ni?”
“Alaaa nak balik dah ke. Sarah nak duduk sini dulu.”
“Sarah, abang bagi Sarah fon dengan sim kad baru ya. Nombor lama tu kita tak payah guna dah boleh?”
“Tak yah la abang, nanti Sarah mintak dengan Abang Shah atau Abang Sham.”
Firash diam tidak menjawab. Kecewa? Ada la sikit. Dia kalau boleh mahu berikan seluruh dirinya dan apa adanya untuk Sarah.
“Ok la abang la yang bagi fon. Merajuk pulak dah. Sarah tak nak kalau abang nak bagi macam-macam. Sarah dah la tak ingat banyak lagi tentang abang, macam ambil kesempatan pulak.”
Firash terus berubah dari tak mahu senyum tadi dah happy pulak.
“Tapi abang pakai nama abang dulu tau, sebab Sarah tak ada kad pengenalan lagi kan. Nanti kita buat balik semua.”
“Terima kasih abang. Kita duduk kejap ya?”
“Kita kena balik sayang, jumpa dengan Kak Ifah dengan Faris. Abang nak cerita dengan diorang tentang kita.”
“Yala yala kita balik. Sarah nak duduk lama sikit dengan abang dekat sini pun tak boleh.”
Sarah versi yang ini sangat-sangat menguji keimanan Firash. Dia sangat-sangat risau dengan manjanya Sarah. Dengan penyerahan tanpa membantahnya dari Sarah. Sarah yang ini tidak ingat suaminya, jadi dia tiada rasa takut-takut saat bersama Firash.
“Nanti kita datang lagi ok. Dulu tak la manja sampai macam ni. Ni manja buat abang geram ja. Kalau abang pegang Sarah ke peluk ke Sarah jangan marah ya, siapa suruh manja sangat.”
“Ishhh jom la balik. Sengaja ugut macam tu.”
Sarah yang dulu selalu wajahnya berkerut, selalu memandang jam. Selalu risau jika isteri Firash rasa apa kalau tahu dia berjumpa dengan orang lain.
“Haa tahu pun cuak, abang ni dah la rindu gila dengan dia. Nak duduk berdua macam ni macam mana abang nak tahan diri dari sentuh Sarah.”
“Hurmmm…”
“Merajuk macam tu lagi rasa geram nak picit-picit ja abang rasa. Dah la hari tu peluk abang. Abang masih ingat tau perasaan dia.”
“Bila masa Sarah peluk abang. Masa tak lupa dulu tu ke?”
“Bukanlah, baru-baru ni je. Mimpi apa tak tahu la sampai tarik abang terus peluk, kita ni dah la rindu nak mati dengan dia. Mujur la abang ni sayang Sarah, kalau tak, tak tahulah apa abang buat dekat Sarah malam tu.”
“Sengaja kan nak usik orang, tipu la… dah jom balik.”
Firash masih memegang tangan Sarah, mereka berjalan perlahan menuju ke kereta. Dalam kereta Sarah teringat pernah ada waktu Firash terlena, tangan dipegang. Sarah menangis? Memori dia dan Firash asyik datang. Dimana memori dia bersama suami dia?
“Ni telefon, nombor pun abang dah letak nombor abang dalam tu. Sarah wasap abang nanti ya.”
“Iya abang, nanti Sarah wasap abang.”
Firash gigih mencari nombor telefon yang hampir sama denganya. Entah apa yang jadi pada dirinya. Dulu dia tak mampu buat semua itu. Sekarang dia seolah mahu lakukan semua dalam masa sehari. Entah sampai bila dia dapat nikmati rasa ini. Andai kata Sarah tidak menjadi miliknya dia akan redha.
————————————————
“Is, esok aku nak bawak Sarah jumpa dengan keluarga dia.”
Faris sudah dapat mengagak jadinya dia tidak terkejut.
“Sarah, esok pagi kita jumpa dengan kawan saya kejap sebelum jumpa keluarga Sarah.”
“Baik doktor.”
Firash senyum mendengar panggilan doktor dari mulut Sarah.
“Yaya ada mana ni kak?”
“Ada dalam bilik dia, merajuk dengan adik sebab tak bawak dia tadi keluar dengan Sarah. Kejap lagi dia keluar sendiri la tu.”
Atiya lepas tahu saja Firash keluar dengan Sarah dia terus mengamuk. Sakit hati sungguh dia tadi.
“Esok mesti dia tak mahu cakap dengan Sarah kan kak.”
“Tunggu la esok Sarah. Biar si Firash la pujuk dia. Kalau dengan Firash ni kalah la dia.”
“Kejap lagi la Rash pujuk dia.”
Sarah hanya tersenyum mendengar ulah anak itu.
“Sarah, jom tolong akak kita goreng cucur dengan buat air.”
“Boleh kak.”
“Rash, ape kata kau cerita dengan aku betul-betul. Apa hubungan kau dengan Sarah?”
Latifah memahami suaminya mahu bertanyakan soalan cepumas kepada adiknya. Dia akan tinggalkan mereka sekejap.
“Aku kenal dia lama jugak dah. Masa aku jumpa dia, dia isteri orang. Aku masih dengan Nabila lagi.”
“Jadi sebab dia kau cerai dengan isteri kau?”
“Kau kenal aku kan Is, puas aku merayu dengan dia last dia pilih kerjaya dengan lelaki tu. Dia cakap aku tak mampu bagi kepuasan dekat dia. Maruah aku dia pijak macam tu je.”
“Aku dah agak dah kau dengan memang takkan lama. Sampai hati dia cakap macam tu dekat kau. Kalau aku memang aku terajang je la. Jadinya tak ada kaitan ke dengan Sarah?”
“Memang tak ada kaitan, masa aku jumpa dia tu aku tahu salah sebab aku suami orang, dia pulak isteri orang.”
“Yala aku faham. Mama kalau tahu kau cerai lepas kawin tak sampai berapa tahun tak tahu la apa mama cakap.”
“Itu la sebab aku cakap dengan dia jangan bising lagi. Dia tergedik sangat nak kawin.”
“Apa la yang dia cari dalam hidup ni kan. Sarah kau jumpa macam mana.”
“Masa aku jumpa dia memang niat aku nak tolong dia je. Suami dia tinggal dia lepas gaduh kecil. Fon, bag, duit, kunci rumah semua tinggal dalam kereta. Aku dah cuba call dua-dua fon tapi suami dia macam sengaja tak angkat.”
Firash pun tak tahu kenapa dia terangkan semua benda ni. Dia tak mahu berulang kali Sarah dituduh dengan soalan dia punca penceraian Firash dan Nabila. Dia sanggup lagi membuka aib dirinya berbanding Sarah dituduh macam tu.
“Ishhh bermasaalah sungguh kau dengan Sarah ni. Kalau kau bukan adik aku memang aku tak percaya apa kau cakap ni tau.”
“Ya.. kau bayangkan setiap kali kita orang keluar, memang suami dia tahu. Suami dia tak pernah tanya dengan siapa. Aku yang selalu teman dia makan atau beli barang.”
“Sampai macam tu sekali ke. Ni entah-entah kerja suami dia. Ni dia masih isteri orang la kan Rash. Kau jangan buat bukan-bukan tau Rash.”
“Laaa kau ni ingat aku ape Is. Takkan la aku bodoh sangat. Dia isteri orang kot. Kau tahu bahagianya dia masa ada dengan aku tu. Masa jumpa muram ja muka dia tau. Entah la kalau aku cerita semua benda pun mesti kau susah nak percayakan aku.”
“Aku bukan tak percaya, aku tu risaukan kau je.”
“Malam dia hilang tu, dia hantar nombor abang dia dekat aku. Aku punya la risau. Kau bayangkan 5 hari dia hilang tiba-tiba aku jumpa dia dekat rumah abang aku sendiri. Tapi dia pulak tak kenal aku. Aku ni memang dah fikir bukan-bukan tau.”
“Ni senang ja dia baik dengan kau padahal dia tak kenal kau masa jumpa.”
“Dia mimpi aku Is. Aku pun tak tahu kenapa sedangkan suami dia pun dia tak ingat.”
Belum sempat Faris membalas, Latifah dah panggil suruh makan.
“Abang, Rash. Meh makan cucur udang.”
“Sarah mana Ifah.”
“Dia naik atas tadi katanya nak mandi. Sakit kepala dia kata. Kerap dia sakit kepala.”
Faris masih hairan sebenarnya, kepala Sarah tak ada tanda trauma apa-apa. Latifah pun cakap dia tak sempat langgar pun Sarah. Apa yang dia traumakan sangat hingga tak mahu ingat kejadian yang menimpa dia.
“Kau makan dulu, kejap lagi baru jengok dia.”
Faris melihat wajah susah hati Firash. Betul-betul cinta ni.
“Jengok siapa abang.”
“Atiya la sayang. Sarah dah makan ke tadi sebelum naik.”
Faris bertanya mewakili Firash. Tak senang duduk dah dia tengok Firash dari tadi. Jangan kata itu, Latifah juga sudah tidak sabar mahu mendengar cerita dari Faris. Tapi sakit hati pulak dia ja asyik bertanya tentang Sarah. Latifah dah senyum-senyum, memahami.
“Tak makan lagi, dia kenyang lagi katanya. Tak tahu la kenapa dia tiba-tiba nak naik atas. Jap lagi la Ifah tengokkan dia.”
Beberapa kali Firash melihat telefonnya. Namun tiada satu notifikasi pun dari Sarah pun. Dia sedikit kecewa. Pandang pula tangga, namun tiada kelibat Sarah turun.
“Hai Firash, dari tadi asyik pandang tangga ja akak tengok. Cari Sarah ke? Naik la keatas kalau dah risau sangat.”
“Eh tak la kak, Rash tak tengok tangga pun.”
Terus tunduk makan diam tak cakap apa. Tahu pun malu. Masa tertoleh-toleh tadi sampai tak makan la punya tengok tangga tu.
“Kamu la ni Ifah, malu dah adik kita.”
Rajin mengusik suami isteri ni. Firash tidak dapat sembunyikan rasa hatinya. Dia tidak peduli jika Sarah masih isteri orang. Dia mahu wanita itu tersenyum sahaja.
“Is, kak Rash naik atas dulu la ya.”
“Tolong aku jap Rash.”
“Apa dia Is?”
“Tolong tengokkan Sarah, ketuk pintu dulu.”
Suka bagi nampak macam Firash ni bodoh sangat.
“Lepas aku mandi aku tengokkan dia.”
Padahal dalam hati tak sabar nak tahu punca Sarah naik macam tu sahaja. Dia dengar ke aku cakap tadi?
———————————————
Share this novel