LANGKAH 14

Romance Series 41503

“Rumah ni saya nak tau Firash. Awak cari rumah lain.”

Tidak berakhir dengan penceraian yang berpunca entah dari ‘siapa’. Dengan tidak tahu malunya Nabila berani sekali memintakan rumah pulak.

“Boleh dengan syarat awak kena diam jangan bagitahu mummy dengan daddy tentang penceraian ni selama 6 bulan. Kalau tidak awak hilang hak keatas rumah ni.”

“Baik, 6 bulan je kan, sebab saya nak kahwin nanti tetap kena bagitahu juga.”

Firash langsung tidak sudi memandang wajah bakal bekas isterinya itu. Pasti dia ingat Firash bodoh. Rumah ni memang sudah ditukar kepada nama isterinya. Namun masih berbaki 200 ribu lagi. Bayar la sendiri nanti.

“Saya harap sangat tak jumpa awak lagi. Dalam tempoh iddah ni tolong jaga maruah awak. Sabar la hanya bebarapa bulan saja. Nafkah saya akan bagi macam biase hingga habis iddah.”

“Nafkah zahri je batin tak perlu. Sebab memang awak tak boleh lunaskan pun nafkah batin tu.”

Provokasi dari pihak Nabila tak pernah kalah. Seolah-olah masih nak tegakkan bahawa dia tak bersalah.

“Awak mesti fikir perkahwinan ni semata berlandaskan zahir dan batin sahaja kan. Dan awak mesti fikir kalau zahii duit, kalau batin nafsu awak tu. Awak lupa banyak lagi cabang lain dalam perkahwinan. Andai awak berkahwin semula nanti ubahlah permikiran awak tu. Kalau tidak perkahwinan awak nanti akan jatuh kelubang yang paling dalam.”

“Yang nak nasihat tu pun…hmmm sudah-sudahla tu Firash, saya malas dah nak hina awak. Tapi awak memang lemah.”

“Iya saya lemah, semoga awak jumpa lelaki gagah yang awak inginkan tu.”

Tidak terus melayan provokasi dari Nabila, Firash memilih untuk bertenang.

“Dah jumpa dahhh.”

Firash sudah cukup baik masih mampu berkata-kata dengan nada baik. Kalau ikutkan apa yang dilakukan oleh Nabila, layakkah dia menerima nada sebegini.

Firash menitiskan air mata setelah keluar dari rumah. Dia belum ambil apa-apa pun barangnya. Niatnya cuma mahu keluar segera dari neraka dunia itu.

————————————

Sarah gelisah teringatkan Firash, seolah ada yang tak kena. Dia cuba menghantar pesanan ringkas untuk hubungi Firash sebentar.

‘Call kjp’ - AZ

‘X’ - ZA

‘Abg ok tak?’- AZ

Sarah beranikan diri menghantar pesanan penuh.

‘X’ - ZA

‘Sarah call?’ - AZ

‘Ok’ - ZA

Sarah lega. Sekurangnya Firash memberikan keizinan untuk menghubunginya.

“Assalammualaikum abang, abang ok tak ni?”

“Abang tak ok Sarah, tak ok sangat. Lambat lagi ke Sarah balik. Abang nak jumpe Sarah. Please. I really need someone.”

“Abang kenape ni. Bagitahu Sarah. Sarah tak jadi balik hari ni. Esok baru balik. Kita jumpa esok boleh?”

“Okay…”

Sayu suara Firash benar-benar buat Sarah tidak senang duduk.

“Abang, malam nanti Sarah call abang balik tau. Sarah nak siap nak keluar kejap. Malam ni Sarah janji call abang.”

“Okay.. have fun k sayang.”

“Abang jangan tak angkat tau. Janji?”

“Janji.”

Sarah masih belum boleh bertenang. Dia tahu sesuatu yang buruk pasti telah berlaku. Sarah menafikan fikirannya. Fiarsh sedikit lega setelah mendengar suara Sarah. Namun fikirannya kekal serabut.

“Adikkkkk… dah siap belum. Ummi tunggu kita kat bawah. Dah pukul 6 dah ni.”

Shamsul mengingatkan Sarah supaya segera siap. Dia dengar Sarah bercakap ditelefon. Siapa gerangan yang adiknnya hubungi tu. Shamsul sangat ingin tahu.

“Jom abang, kenape tak turun lagi ni. Jom,jom.”

“Amboiii abang ni sanggup la tunggi dia tau.”

“Yela,yela, gurau je. Jom jom. Adik tahu abaang sayang Sarah.”

“Haih la adik bila la kau nak berubah. Tiap kali nak keluar selalu lambat. Nak kata sebab klau perempuan, Ummi pun perempuan. Nak kata kau bersiap sakan, abang tengok biase je.”

Giliran Shahrul pulak membebel dengan Sarah.

“Alaaaa bukan lame pun. Sory k. Dah jom nanti lewat tak sempat tengok mula dia.”

Masih risaukan tidak sempat tengok permulaan cerita Slam Dunk tu. Tapi dia yang siap lambat.

“Dah, dah jom. Ada je nak ngusik bagai kan.

Jam 7 petang mereka sampai dirumah mak ngah. Sementara tunggu azan maghrib sempat berbual kosong sambil minum air teh.

“Sarah, kamu masih kosong lagi ke?”

Soalan yang selalu tipikal orang tua akan tanya.

“Belum ade rezeki lagi mak ngah. Mana Amanda dengan Aulia mak ngah?”

“Biasa la dua orang tu, mana nak letak dekat rumah. Malam nanti la kalu nak ada rumah pun. Balik keja terus keluar dengan kawan-kawan.”

“Adik, dah azan tu pegi ambil air semayang. Abang kamu pun dah ambil air semayang tadi, lewat-lewat nanti tak sempat pulak.”

Umminya tahu dia benci mendengar soalan tentang anak. Betapa dia inginkan anak. Namun Hilmi tidak mahukan anak. Sentuh dirinya saja boleh dikira berapa kali sepanjang perkahwinan.

“Ummi, mak ngah kami pegi dulu ye.”

Sarah masih bersikap sopan, dia positifkan diri menganggap mak ngahnya itu sayangkan dirinya. Jadi bertanyakan soalan sebegitu adalah biasa sahaja.

“Pegi baik-baik. Apa-apa call ummi tau.”

———————————————

Mereka sampai di mall tepat jam 8 malam. Masih ada masa 15minit sebelum tayangan. Kelibat seseorang membuatkan Sarah gelisah. Dari belakang pun dia tahu tu suami dia.

“Sarah ternampak macam Abang Hilmi je tu, Abang Shah, abang nampak tak?”

“Yang mana dik? kau ni biar betul.”

“Yang dengan perempuan baju pink tu abang.”

Sarah yakin ternampak suaminya disitu. Untuk kepastian di hubungi suaminya. Jika lelaki tersebut melihat telefon makan benarlah apa yang dia nampak. Ternyata lelaki itu suaminya. Namun Hilmi tidak angkat. Dia hanya memandang telefon.

“Sampai hati dia…”

“Dah la tu adik, jom abang belikan popcorn. Jangan fikir benda yang tak nyata.”

“Abang, aku pegi toilet jap. Jangan masuk lagi tunggu aku tau.”

Shahrul sakit hati dan dia juga ingin tahu siapa lelaki dan wanita tersebut. Dia sempat snap gambar kedua pasangan yang sedang bersuap-suap, mengusap-ngusap.

“Sial! Nanti berani kau kata kau tak de hubungan dengan betina tu siap la. Memng sial.”

Memang sial la Hilmi. Kalau tak mahukan adiknya kenapa masih menyimpan lagi. Pelik sangat-sangat. Adikknya langsung tak nampak bahagia dengan Hilmi. Shahrul segera kembali pada adik dan abangnya. Marah meruap dalam hati. Namun dia memilih untuk bersabar.

“Dah jom masuk.”

Keras suaranya. Shamsul memegang bahu adiknya itu. Berharap agar adikknya mampu bersabar demi Sarah.

“Kenape abang Shah suara macam tu. Jom masuk. Esok dah nak pisah dah. Jangan muka ketat macam tu. Kita nak have fun kan malam ni.”

“Yela-yela, abang je muka ketat. Jom jom. Adoi la manje sangat.”

Lebih kepada tidak tahu hendak beri jawapan apa kepada Sarah, lebih bimbang akan penerimaan Sarah jika dia tahu suaminya memang berada disitu bersama perempuan yang entah layak digelar perempuan atau tidak itu.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS. MAAF ATAS KELEWATAN YANG AMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience