LANGKAH 2

Romance Series 41503

Apa ni sayang, awak cakap minggu depan baru pergi. Lagi 3hari baru minggu depan.”

Firash memberitahu Sarah tidak dapat berjumpa dengan Sarah selama 3 hari kerana dia berniat nak bawa Nabila bercuti bebrapa hari. Namun sebentar tadi Nabila menghantar sms bahawa dia kan pergi petang ni.

“Syarikat suruh pergi awal la. Kena pergi awal la.”

“Awak hantar sms ja tadi terkejut saya.”

“Kenapa nak terkejut pulak.”

Firash memandang anak mata Nabila. Mencari cinta di mata itu. Mungkin sudah hilang ditelan masa.

“Takpela. Kurangnya call la.”

Firash hanya melafazkan dengan perlahan. Hanya dirinya dapat mendengar bait kata darinya.

“Sayang, awak pergi lama tak kali ni.”

“Sayang sayang apa ni Firash, geli tau tak. Berapa kali saya nak bagitahu awak jangan panggil saya sayang.”

“Okay sory, lama tak awak pergi kali ni?”

“Entah la berapa hari, saya pun tak tahu.”

“Tak kan syarikat awak suruh pergi macam tu ja.”

Semakin pelik dengan kerja Nabila. Asyik outstation sahaja.

“Lebih kurang seminggu macam tu la.”

“Saya ikut awak ya. Dekat mana tempat awak nak pergi ni.”

“Perth kot entahlah.”

Nabila semakin rimas dengan pertanyaan dari Firash. Dari dahulu dia tidak sukakan dengan sikap Firash yang terlalu mengawal hidupnya.

“Nabila, saya tanya awak baik-baik ni. Kenapa jawab macam awak tak tahu pulak.”

“Firash… saya pergi Perth dan tak tahu berapa hari. Siap awal habis pun awal la.”

“Sayang, bagitahu saya baik-baik awak pergi mana dan berapa lama.”

“Tak cukup baik lagi ke tadi tu Firash.”

“Awak tu isteri saya tahu tak, kenapa susah sangat awak nak faham.”

“Awak cari ja la isteri lain senang.”

Firash tersentak. Takkan tiada langsung rasa cinta hingga Nabila sanggup lafazkan ayat sebegitu rupa.

“Cari isteri lain mungkin mudah kedengaran dia Nabila. Tapi janganlah awak dengan semudahnya melafazkan ayat macam tu.”

“Saya cakap yang betul Firash. Awak tak perlu fikirkan saya lagi. Senang kan macam tu.”

“Tak apalah, awak pergilah saya izinkan.”

Firash takut isterinya keluar dengan berdosa. Lebih baik dia izinkan. Dia tidak tahu segala tindakkannya menyebabkan Nabila tersenyum girang.

“Ha kan senang macam tu. Ini tanya macam-macam.”

“Saya tanya sebab awak masih isteri saya.”

“Tinggal berapa bulan ja lagi saya nak jadi isteri awak.”

“Kenapa cakap macam tu sayang. Awak memang isteri saya.”

“Sayang-sayang apa lagi Firash. Okaylah saya nak pergi dah ni.”

“Nanti bagitahu bila awak sampai sana nanti.”

Hati Firash bagai ditusuk duri berjuta. Sakit dia hanya Allah yang tahu. Dugaan jenis apakah ini.

“Tengoklah macam mana nanti.”

Tanpa menoleh atau bersalam dengan suaminya, Nabila terus melangkah pergi. Begitu mudah menjadi dia.

‘Tggu tmp biasa, jmp jp. 5’- AZ

‘K’ - ZA

Bermaksud jumpa tempat yang biasa dan jam 5ptg. Kali ni Firash pula memerlukan Sarah. Baru tadi dia bagitahu Sarah tak dapat jumpa 3hari. Terasa lambat masa berlalu.

——————————

Sarah tahu ada sesuatu yang berlaku. Dia mahu menjadi pendengar untuk Firash pula.

“Nabila dah pergi. Padahal dia bagitahu saya minggu depan.”

Belum sempat apa-apa Firash langsung luahkan rasa hatinya. Terasa seperti harus diluahkan.

“Abang cakap apa bila dia bagitahu nak pergi awal.”

“Abang tanya dia kenapa tiba-tiba kena pergi awal. Katanya syarikat yang suruh. Entah betul ke tidak abang pun tak tahu dah.”

“Sarah rasa baik abang percayakan dia dulu. Mana tahu kalau betul.”

“Kalau tak betul macam mana. Setiap kali abang sebut pasal soal suami isteri, dia akan suruh abang cari isteri lain. Mana logik akal dia Sarah.”

“Mungkin dia tergesa-gesa masa tu.”

“Entahlah abang rasa dia memang tak pernah cintakan abang. Macam mana abang boleh terjebak kawin dengan dia.”

“Kenapa abang macam menyesal pulak. Itu kan jodoh abang. Mungkin ni ujian untuk abang.”

“Mungkin Allah berikan jodoh yang salah pada mulanya untuk didik abang. Entahlah mungkin jugak ni salah abang.”

“Abang jangan fikir yang bukan-bukan dulu la. Balik nanti abang bincang baik-baik dengan dia.”

“Sarah dah makan ke ni. Teman abang makan kejap boleh?”

“La.. abang pun belum makan ke. Abang nak makan ape?”

“Belum, kita makan sama ya. Abang lapar sangat.”

Lembut bicara Firash buat dia terbuai. Dia bukan tidak tahu semua ni dosa, namun hatinya sangat memerlukan Firash.

“Sarah last makan tadi dengan abang jugak. Jom la kita makan dulu.”

“Sarah, abang tanya sikit boleh?”

“Apa dia abang?”

“Kalau abang pegang tangan Sarah sekejap boleh.”

Sarah memegang tangan Firash dan menggengam dengan lembut, berharap dia dapat salurkan sedikit rasa kasih buat Firash dan dirinya.

“Kadang tu abang tak tanya pun.”

“Kali ni saja abang nak tanya dulu. Ingat Sarah akan tolak.”

“Entahlah abang, bila dengan abang ni Sarah macam tak boleh fikir.”

“Sarah nak makan apa ni?”

“Makan apa-apa ja. Abang pilihkan untuk kita.”

Firash senyum dengar perkataan kita. Bagi dia sangat berharga untuk perkataan itu.

Selesai makan mereka berjalan sebentar ditepi pantai. Sarah dan Firash sukakan pantai.

“Sarah, abang nak tanya sikit boleh tak?”

“Tanya banyak pun boleh..”

“Andai kata suatu hari, suami Sarah tahu tentang kita. Apa Sarah nak bagi alasan pada Suami Sarah?”

“Sarah bagitahu semua yang betul. Lepas tu terpulang kepada suami Sarah nak percaya atau tidak. Kenapa abang tanya?”

“Abang nak Sarah salahkan abang dalam semua hal. Jangan cakap Sarah sunyi.”

Sarah memandang pelik muka Firash. Alasan apa macam tu.

“Sarah tak mungkin buat macam tu. Sarah tak mahu buat macam tu. Kalau abang pulak apa abang buat.”

Giliran Firash pula memandang wajah Sarah. Dia nak jujur saja tentang semuanya.

“Kalau abang lain Sarah. Nabila memang seolah tak kisah dengan abang. Dia kalau tahu pun silap-silap dia tak kisah langsung.”

Kalaulah Firash tahu Sarah pun fikir benda yang sama.

“Entah-entah Sarah pun senasib dengan abang.”

“Kita jangan fikir benda ni lagi la ya Sarah. Salah abang timbulkan soal ni.”

Firash sebenarnya dah lama rasa cinta Nabila untuk dirinya sudah lama sirna.

Apa yang Firash tidak tahu, Sarah juga dah lama fikir benda yang sama. Tetapi itu tidak menutup bahawa mereka sedang melakukan dosa.

“Sarah, walau apa pun jadi Sarah jangan pernah lupakan abang tau.”

“Ya abang Sarah tak akan pernah lupa. Ni janji sarah.”

“Sarah nak balik dah ke. Nanti lewat pulak sampai. Nak balik pun dekat sejam ni.”

“Abang nak balik dah ke?”

“Abang tanya dia, dia tanya abang balik pulak. Abang risau Sarah tu nanti suami sarah balik.”

Entah kenapa semakin hari Firash semakin kasihan melihat Sarah. Ada suami namun seperti tiada. Kalau dia dapat isteri seperti Sarah adakah dia akan bahagia. Persoalan itu sering bermain diminda selepas dia kenal Sarah. Dia tahu fikiran itu sama sekali salah.

“Jom la balik. Kiranya yang abang kata kita tak jumpa tiga hari tu salah la kan. Dah tak valid betul tak?”

“Betul la tu sayang. Kita jumpa juga bila Sarah nak ok. Tapi nanti abang pergi kerja tak boleh jumpa juga.”

“Okay abang. Nanti Sarah wasap abang.”

Kedua mereka berjalan ke kereta. Sarah melihat wajah Firash lama. Wajah itu tadi sangat serabut. Kini semakin okay. Bukan kerana dirinya, namun kerana dia ada seseorang untuk meluahkan rasa.

“Abang, abang ok dah ke ni. Nanti balik rumah abang solat doa la banyak-banyak moga dilembutkan hati isteri abang.”

“Abang setiap hari tak pernah lepas dengan doa buat isteri abang. Tapi kalau hanya sebelah pihak yang terus berusaha mana cukup Sarah.”

“Yala abang Sarah cuma cakap tak mahu bagi abang terus fikir lagi. Sibukkan diri abang. Ni abang pergi kursus bila.”

“Lagi 6hari baru pergi. Abang sanggup cakap tak jumpa Sarah sebab nak luang masa dengan Nabila, tapi last-last dia yang pergi dulu. Abang sory k Sarah.”

“Ish tak de apa la abang. Sarah dah biasa dah.”

Perkataan yang buat Firash tersentap setiap kali. Bila Sarah sebut yang dia dah biasa. Seolah-olah itu sesuatu yang melukai hatinya. Firash cukup tidak mahu mendengar perkataan yang dia dah biasa tu.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

ORANGE BORAHAE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience