“Abang, macam mana Sarah nak pakai baju macam ni. Nak pakai tudung macam mana ni.”
“Hish awak ni kan, kan saya dah cakap tak payah pakai tudung. Pakai je baju tu.”
Sekejap awak saya,sekejap aku kau, sekejap abang awak. Entah kecelaruan identiti agaknya suaminya itu.
“Abang keluar la Sarah nak siap.”
Hilmi malas terus berkata. Yang penting malam ni hutang dia selesai. Itu sahaja yang penting bagi dirinya.
Sarah keluar dalam keadaan yang menyakitkan hati Hilmi. Sudahlah baju yang dipilih tidak dipakai. Tudung pun dililitnya jugak. Benci betul tengok. Namun Hilmi terus sahaja keluar menghidupkan enjin kereta.
“Kejap lagi awak ikut ja ape kata saya. Telefon awak tak payah bawa.”
“Abang nak bawak Sarah pergi mana ni.”
“La… kan nak keluar makan ni. Jangan la banyak tanya.”
Sarah sempat menghantar pesanan ringkas pada seseorang sebelum Hilmi menyimpan telefon miliknya. Hati Sarah sudah tidak tenang lagi. Dia tahu ada yang tak kena namun masih menafikan rasa hatinya. Masih memilih untuk percayakan suaminya.
‘Ya Allah Kau kuatkanlah aku. Lindungi aku dari segala musibah yang tidak diingini.’ Sarah akhiri doanya dengan ucapan syahadah.
“Abang, Sarah masih percayakan abang. Sarah harap sangat abang tak buat sesuatu yang diluar otak fikiran Sarah.”
“Awak jangan fikir yang bukan-bukan. Benda takde apa pun. Ikut je ok.”
Sarah cuba meraih tangan Hilmi namun Hilmi berpura memegang stereng kembali. Sarah faham dan diam kembali menguasai suasana kereta. Hampir 3 jam memandu akhirnya barulah sampai entah kemana. Sarah bersangka baik.
“Jauhnya nak makan pun abang.”
“Ish awak ni bawak makan pun banyak pulak bunyinya. Ikut je la. Dah jom turun.”
“Hello, aku dah sampai ni. Bawak sekali perjanjian kita.”
Hilmi menghubungi seseorang. Bercakap mengenai perjanjian.
“Perjanjian apa ni abang. Jangan pelik-pelik abang. Jom la balik Sarah tak sedap hati la.”
“Jom masuk.”
“Tempat ni tak nampak macam tempat makan pun abang. Macam rumah orang je ni.”
Sarah makin gelabah. Entah dimana tempat ini dia pun tak pasti lagi. Gelap malam menghalang dia meninjau permandangan sekeliling.
“Jom masuk dulu ya. Kejap lagi awak tengok la.”
Tanpa rasa bersalah dia masih meneruskan niatnya. Mampu nada itu dilembutkan. Hatinya sudah hitam.
“Tunggu sini kejap abang pergi sana kejap.”
Sarah hanya angguk melihat kelibat Hilmi dan seseorang yang dia kenal. Dua orang? Tiga orang? Dia kenal, itu Kamal, Mawar dan Maria. Ada seorang lagi dia tidak kenal. Segera dia menepis kebimbangan diri. Mereka mendekati dia.
“Hai kak, cantiknya kakak hari ni jeles tau Mawar tengok.”
Sarah hanya diam tidak tahu mahu memberikan reaksi jenis apa.
“Kak, Ria tengok kak monyok je dari ntadi kenape ni.”
Lenggok percakapan mereka sangatlah tergedik hinggakan Sarah terasa sesuatu. Perasaan yang sukar dibahasakan.
“Tak de apa pun. Akak tak biasa datang tempat dalam macam ni.”
“Ohhh… sini rumah…”
“Makan kan Maria.”
Belum sempat Maria habiskan Mawar segera memangkah kata.
“Errr ya, rumah makan.”
Hilmi mendekati mereka. Sarah memegang lengannya namun dileraikan oleh Hiilmi. Kamal dan seorang lagi lelaki yang Sarah tak kenal juga ada bersama. Hati Sarah sangat berdebar.
“Abang, jom balik bang. Sarah tak selesa la macam ni.”
Hilmi langsung tidak memandang wajah milik Sarah.
“Ala kak, Mawar kan ada sekali ni. Jangan risau okay.”
Mawar berkata seolah mengejek.
“Nur Sarah binti Shahrizan, aku Hilmi Bin Hamdan ceraikan kau dengan talak tiga.”
Maria segera berpaling. Terkejut dengan ucapan dari bibir Hilmi. Agenda apa yang dia dan Kamal sedang lakukan.
“Abang! Apa abang cakap ni.”
Kamal tersenyum senget. Mudahnya seseorang melepaskan kata cerai. Demi setengah juta.
“Mulai hari ni kau bukan milik aku. Aku dah jual kau dekat Kamal. Kamal, hutang aku setel hari ni kan?”
Kamal memandang Sarah atas dan bawah. Akhirnya berjaya dia miliki wanita yang menjadi igauan malamnya. Sarah sangat sesuai dengan projeknya yang baru ini.
“Setel…takkan ada hutang-hutang bagai. Jom sayang kita naik atas. Abang Kamal dah sediakan bilik untuk sayang.”
Kamal sengaja mengusik Sarah terlebih dahulu.
“Apa kau cakap ni ha. Aku ni isteri orang tau. Jangan macam-macam.”
“Abang apa abang buat ni, apa salah Sarah.. tolong abang jangan buat macam ni.”
“Jom Maria. Kita balik dulu. Jangan ganggu urusan diorang.”
Sarah memandang wajah Maria meminta belas darinya. Tangannya diangkat seolah memohon untuk tolong dia. Maria masih tercengang.
Sarah sudah berlinangan air mata. Dia memegang kaki Hilmi namun Hilmi menolak sekerasnya. Dalam perjanjian badan Sarah tak boleh ada satu luka pun. Kamal mahu dia bersih.
“Abang, tolong Sarah abang. Ampunkan Sarah abang tolong..”
Sarah cuba merayu dan mengejar namun ditarik oleh lelaki yang disebelah Kamal tadi.
“Lepaskan aku tolong, jangan sentuh aku.”
Sarah terduduk. Lelaki tadi melepaskan pegangannya. Ini wanita pertama membuat hatinya gundah. Sudah berkali dia membantu Kamal dalam hal begini. Dia tunduk membisikkan sesuatu ditelingan Sarah.
“Awak senyap dulu, malam ni Boss takkan apa-apakan awak lagi. Mari saya bawak ke bilik dulu.”
Sarah memandang anak mata lelaki itu namun pandangannya kabur. Lemah sungguh rasa. Air matanya masih tersisa. Dia hampir saja menyerah namun maruahnya tidak membenarkan dia mengalah.
“Tolong saya…”
“Mawar, tolong akak Mawar.”
Sarah masih cuba merayu. Wajah lelaki itu dan Mawar dipandang berselang-seli. Mawar hanya membatu disebelah Kamal.
“Sayang, jom la kita naik dulu. Sayang belum nak buat ape-ape dengan dia kan. Jom sayang.”
Mawar manarik tangan Kamal dan segera naik ke bilik tempat mereka bergelumang dengan dosa. Kamal berpaling sebentar. Dia menarik pinggang Mawar dan mereka berjalan seiring menaiki tangga disebelah kanan.
‘Ya Allah tolong aku Ya Allah.”
“Dan, buat ape lagi tu. Cepat bawak dia naik.”
“Jom, saya bawak awak naik.”
“Kau jangan cuba sentuh dia berlebihan Dan. Aku dapat tahu mati kau kerjakan. Periksa dia bersih atau tidak je faham!”
“Faham boss.”
Sarah mengikut langkah lelaki yang dipanggil Dan itu. Mereka menaiki tangga sebelah kiri bertentang dengan yang kedua manusia tadi naik. Suasana sekeliling langsung tidak menarik minatnya. Lengannya masih dalam pegangan lelaki bernama Dan. Berkali dia menarik namun lelaki itu akan memegangnya semula.
“Ini bilik awak. Mari masuk.”
Masih bersopan lelaki bernama Dan itu. Namun Sarah tidak mampu bersangka baik dalam situasi ini.
————————————
“Dy… tak kesian ke dengan Kak Sarah tadi.” (Dy singkatan untuk daddy)
Maria masih punya perasaan. Kesian melihat wanita baik seperti Sarah diperlakukan sebegitu.
“Malas nak fikir pasal dia. Janji hutang Dy dengan dia selesai.”
“Ni kita nak pergi mana ni.”
Maria mengubah hala cerita.
“Balik kemas bag semua. Kita belah dari sini nak tak Bie?”
“Tak boleh la Dy.. Bie ada hutang lagi dengan Dato M. Lagi tiga bulan.”
Maria dan Sofea masing-masing masih punya ikatan perjanjian dengan Daddy masing-masing.
“Dy tak boleh tunggu lama macam tu.”
Maria juga mahu segera berjumpa dengan Zahrin dan Sofea. Dia mahu bantu Sarah. Sarah bukan seperti koleksi Kamal yang lain. Kali ni tentu berbeza dengan koleksi yang lain.
“Dy hantar Bie dekat rumah je la.”
“Okay.”
Hilmi lega memikirkan hutangnya selesai, malah diberikan lagi 300k untuknya stabilkan kembali bisnesnya yang memang dah menunggu diumumkan muflis. Dia langsung terlupa beberapa insan yang masih menyayangi Sarah.
Entah apa nasib Sarah. Siapa yang akan tolong dia… ORANGE BORAHAE -
Share this novel