LANGKAH 23

Romance Series 41503

Assalammualaikum abang, saya dah jumpa Sarah. Tapi boleh tak abang bagi masa dua tiga hari dekat saya sebelum saya bawak balik dia.”

“Waalaikumsalam, Alhamdulillah jumpa dekat mana? Abang nak jumpa dia sekarang dekat mana dia. Dia okay kan?”

Firash faham dengan suara cemas dari Shamsul. Siapa saja yang tidak terasa cemas dengan kehilangan adik mereka.

“Keadaan dia ok abang, malam ni kita jumpa boleh abang?”

“Boleh, boleh. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.”

“Malam ni in shaa Allah kita jumpa.”

“Allahukabar abang kena bagitahu ummi dengan Shah tentang benda ni.”

Shamsul berasa sangat bersyukur dengan berita yang baru saja dia terima dari Firash. Walau dia masih tertanya-tanya tentang hubungan Firash dan Sarah namun dia memilih untuk percayakan Sarah. Jika tidak Sarah tidak akan kongsikan nombor telefon dia kepada Firash. Selesai kerja Shamsul terus kerumah umminya. Dia tidak sabar untuk beritahu tentang hal ini.

“Ummi, berkat doa ummi agaknya. Kita dah jumpa adik. Ummi jangan susah hati lagi ya.”

“Alhamdulillah Sham… Allah dengar doa ummi.”

Airmatanya tumpah lagi buat kesekian kalinya. Hati tuanya sedaya upaya menahan rasa, berdoa dengan khusyuk setinggi yang boleh diperoleh. Shamsul memeluk ummi. Dia juga lega walau belum bertemu mata.

“Mana dia Sham. Ummi nak jumpa dia.”

“Malam ni Sham jumpa kawan Sham yang jumpa dia tu dulu. Nanti baru Sham bagitahu ummi.”

“Kenapa tak boleh jumpa sekarang Sham, ummi nak jumpa dia.”

“Takpe ummi kawan Sham ni memang boleh dipercayai. Ummi tunggu ja berita baik dari Sham.”

Sebenarnya Shamsul sendiri juga mahu bertentang mata dengan Sarah terlebih dahulu. Dia tidak mahu keadaan diri Sarah mengundang sedih atau luka dihati umminya.

————————————-

“Assalammualaikum Ifah, tadi Rash kata nak datang. Mana dia?”

“Waalaikumsalam abang, dia datang dah tadi ni macam biasa la prinsess abang tu lama tak jumpa dengan uncle dia pun masih boleh pegi macam tu je ikut uncle dia.”

“Hurmmm biasa la dia kan. Dia datang sorang?”

“Sorang je. Kenapa abang kerap tanya macam tu.”

Faris memang sudah beberapa kali terasa pelik dengan tingkah laku adiknya itu. Dia tahu adiknya sembunyikan sesuatu.

“Entahlah abang cuma tanya je. Lama dah tak nampak isteri dia.”

“Memang bukan selalu ke dia tak ikut sekali. Jangan fikir bukan-bukan sampai dengar sendiri dari mulut dia.”

“Sarah mana?”

“Sarah kat atas katanya sakit kepala. Dekat sejam dah dia naik. Tengok la kalau lewat sangat jap lagi Ifah pegi tengok dia.”

“Sayang, awak dah cakap ke dengan Sarah?”

“Belum sempat nak cakap tadi adik datang. Lepastu dia sakit kepala pulak.”

“Awak cakap la dengan dia Ifah, abang risau jugak lama dia dekat sini entah ahli keluarga dia cari dia kita pun tak tahu.”

“Assalammualaikum ayah…. Tiya dah balik.”

“Kejapnya pegi tak sempat nak keluar berdua dengan mama.”

Sengaja Faris mengusik anaknya itu. Firash salam tangan abangnya dan matanya tercari-cari kelibat Sarah. Namun tidak kelihatan.

“Tak cakap kalau tidak boleh keluar lama sikit tadi.”

“Ehhh mana boleh mama nak keluar dengan ayah je tak bawak Tiya.”

“Pandai la, dia kelaur dengan uncle tak bawa sape-sape pun kan. Ntu beli apa pulak tu. Dah lekuar tak bagitahu ayah, siap lawa-lawa nak keluar dengan uncle. Tak sayang ayah dah la tu.”

“Sayang ayah lebih dari uncle la.”

Atiya memeluk ayahnya. Sengaja Faris mengusik anaknya.

“Sengaja kan mengusik anak macam tu abang ni.”

“Abang, aku tumpang tidor sini dua tiga malam boleh tak?”

Mengubah topik perbualan mereka, Firash mahu berada dekat dengan Sarah.

“Gila ke apa kau ni tanya nak tidor rumah abang sendiri. Ifah awak tengok la adik ipar awak sorang ni.”

“Abang pun dia tanya mungkin sebab ada Sarah ke kan.”

Faris menepuk dahinya. Ya tak ya jugak…

“Boleh la kau pun bukan lekat dekat rumah.“

“Ifah, esok awak bawak Sarah datang klinik ya. Abang nak periksa dia.”

“Abang, esok Ifah tak sempat kot.”

“La…awak nak pegi mana pulak dah esok sayang.”

“Abang suka lupa tau, esok kan Ifah nak pergi rumah anak-anak yatim tu. Ingat nak bawak Sarah sekali, tapi nak kena pegi jumpa abang pulak dah.”

Dia lupa lagi dengan urusan isterinya yang satu itu.

“Kejap je tak sempat ke sayang.”

“Esok dari pagi tau Ifah pegi tu. Atiya pun nanti hantar rumah mak dengan abah.”

“Takpe bang, aku bawak dia esok. Nama dia Sarah kan?”

Belum sempat Faris membalas kata, Firash memintas.

“Kau esok lepas bawak dia datang klinik tu terus keluar tau. Jangan tinggal berdua dengan dia dalam rumah. Kakak Ifah kau balik dalam pukul 3 macam tu.”

“Ish kau ni macam la aku tak reti sangat.”

Firash tersenyum girang dalam hati. Persetujuan dari abangnya membuatkan hatinya berbunga.

—————————

Malam itu seperti yang dijanjikan, Firash keluar bertemu dengan Shamsul. Agak jauh sebenarnya rumah abangnya dan tempat mereka bertemu. Sejam lebih pemanduan. Firash memandang jam, hampir jam 9.00 malam. Lepas maghrib tadi dia terus keluar. Kelibat Sarah tidak kelihatan hingga saat dia keluar tadi.

“Assalammualaikum Firash, lama tak tunggu?”

“Abang, abang… abang nak pegi mana?”

Firash terkejut dah dia mengalih padangan ke arah Sarah, namun dia melihat Sarah masih terlena. Nafas berat dilepaskan. Risau jugak tak pasal Sarah menjerit nanti.

Firash mandi dan terus menunaikan solat. Dia masih marah dengan apa yang lihat tadi. Hatinya meronta mahu mengubati wanita itu. Namun alasan apa yang harus diberikan kepada abang dan kakak iparnya.

“Pasti remuk hati ummi dan abang dia kalau tengok luka ditangan itu.”

Keluhan berat keluar dari bibir Firash. Dia cuba mengawal emosi. Teringat pelukkan Sarah tadi seolah dia sangat memerlukan insan dalam mimpi buruknya. Siapa lelaki yang Sarah panggil?
“Abang, boleh bagi saya dua hari sebelum saya bawak Sarah jumpa dengan abang?”

“La…kenapa pulak. Ade yang tak kena ke dengan dia.”

“Saya belum tahu cerita apa-apa lagi, yang pasti dia sekarang berada ditempat yang selamat. Dia ada dekat rumah abang saya.”

“Jadi?”

“Masalah dia sekarang ni, dia hilang ingatan. Dia seolah tak ingat saya langsung.”

“Kamu nak dua hari untuk? Dia mesti kenal abang kan?”

“Saya nak tahu cerita punca dia jadi macam tu, abang boleh tunggu? Dia sekarang umur 18tahun.”

“Kalau ikutkan abang nak terus jumpa dengan dia, abang memang baru jumpa dengan kamu tapi memikirkan Sarah percayakan kamu jadi abang turut rasa macam tu.”

“Saya cuba secepat mungkin, saya cuma nak tahu kisah sahaja. Boleh kan abang?”

Agak mementingkan diri sebenarnya apabila dia yang tanpa ada hubungan yang sah memberi kata begitu kepada ahli keluarga Sarah sendiri. Sebenarnya dia mahu Sarah kenali dirinya. Itu sahaja. Terasa pedih apabila dirinya dilupakan.

“Baiklah, jangan la lama-lama sangat. Ummi abang betul-betul risau.”

Dekat jam 10.30 malam barulah mereka selesai berbincang itu ini. Walaupun agak kurang senang dengan masa yang diminta oleh Firash, namun Shamsul bersetuju jugak akhirnya.

Lewat malam baru Firash sampai kerumah abangnya. Dia terus naik keatas. Lalu dihadapan bilik Sarah dia terasa mahu menjenguk namun dibatalkan niat risau melihat aurat wanita itu. Padahal hatinya meronta mahu bersua wajah dengan Sarah.

“Abang, abang tolong Sarah… tolong abang…tolong. Sarah sayang abang..”

Belum sempat kaki Firash melangkah kebiliknya, telingnya menangkap bunyi suara Sarah meminta tolong. Rayuannya jelas. Firash tidak menunggu lama terus melangkah pantas kedalam bilik.

“Sarah… okay tak ni.”

Perlahan suara Firash hampir tidak dapat didengari. Dia tidur. Cahaya dari luar memancar samar kewajah Sarah. Dahi wanita itu berkerut, peluh halus memercik.

“Abang, jangan tinggalkan Sarah…tolong Sarah abang. Sarah sayang abang..”

Rayuan kali ini lebih merintih dari tadi, hampir keluar airmata Firash mendengar rayuan Sarah. Dia melangkah lebih dekat berhadapan dengan wajah Sarah. Tangan Sarah dipegang erat.

“Ya Allah…abang rindu sangat dengan sayang. Kalau la Sarah ingat tentang abang…”

Firash menitiskan airmata. Dia cuba menarik tangannya setelah Sarah diam lama. Belum sempat dia menarik tangannya Sarah memeluknya.

“Abang, Sarah rindu sangat dengan abang. Jangan tinggal Sarah lagi.”

Terbuai dengan pelukkan dari bukan haknya. Dia membalas pelukkan itu. Kerinduan yang amat sangat pada wanita itu. Namun Sarah langsung tidak sedar perlakuan dirinya. Firash segera sedar akan dosa yang dia sedang cipta. Dia melepaskan perlahan-lahan pelukkan erat dari Sarah.

“Abang, jangan tinggal Sarah…”

Rayuan dari bibir itu sekali lagi meruntun jiwa Firash. Namun demi sayangnya dia kepada Sarah dia cuba melepaskan.

“Sarah, abang ada sini. Sarah tidur ok.”

Walau dia tahu Sarah tidak sedar kelakuannya itu namun Firash terasa mahu berkata-kata dengan Sarah. Tangan Sarah masih dalam genggaman Firash. Rambut Sarah juga pertama kali ditatap. Teringat tangan yang dikatakan oleh Latifah siang tadi Firash menyingkap lengan baju Sarah.

“Allahuakbar… allahuakabar… siapa punya kerja ni Ya Allah.”

Suara ditahan takut mengejutkan Sarah. Dia mengesat airmatanya. Marahnya pada pelaku. Pasti perit rasa itu. Firash bangun kebiliknya. Dia selimutkan Sarah dengan baik.

“Sekurangnya abang dah jumpa Sarah.”

Firash bisikkan ditelinga Sarah sebelum berlalu keluar. Ikutkan hatinya dia mahu terus menemani tidur wanita itu dibirai katil itu.

““Abang, abang… abang nak pegi mana?”

Firash terkejut dah dia mengalih padangan ke arah Sarah, namun dia melihat Sarah masih terlena. Nafas berat dilepaskan. Risau jugak tak pasal Sarah menjerit nanti.

Firash mandi dan terus menunaikan solat. Dia masih marah dengan apa yang lihat tadi. Hatinya meronta mahu mengubati wanita itu. Namun alasan apa yang harus diberikan kepada abang dan kakak iparnya.

“Pasti remuk hati ummi dan abang dia kalau tengok luka ditangan itu.”

Keluhan berat keluar dari bibir Firash. Dia cuba mengawal emosi. Teringat pelukkan Sarah tadi seolah dia sangat memerlukan insan dalam mimpi buruknya. Siapa lelaki yang Sarah panggil?

Kerinduan yang membawa tingkah laku tidak sedar. Kecintaan yang membawa tingkah laku luar kawal…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience