LANGKAH 32

Romance Series 41503

“Abang hantar Sarah balik terus la ye lepas makan. Terima kasih sangat dekat ummi Sarah benarkan abang jumpa Sarah hari ni. Walau dia tahu salah tindakkan dia tu.”

Firash bukan tidak faham tadi, namun dia diamkan sahaja kerana memang dia mahu berdua sekejap dengan Sarah. Dia juga tahu abang-abang Sarah akan marah kiranya tahu dia pergi berdua dengan Sarah hari ni.

“Abang pun boleh agak ummi sengaja tadi kan.”

“Memang la dapat agak, jelas sangat kot. Abang nak tanya sikit dengan Sarah ni, jawab jujur dengan abang.”

“Tanya la abang apa pun Sarah jawab.”

“Nanti dah ingat semua Sarah akan pilih abang jugak kan?”

“Ish abang masih tak yakin ke dengan Sarah, mesti pilih abang sejuta kali. Tapi… ade ke ingatan tentang abang yang akan buat Sarah tak pilih abang nanti?”

Firash senyum sambil geleng. Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa seakan Sarah akan memilih suaminya.

“Sarah memang tak ingat tentang Hilmi, atau Sarah sengaje selindung dari semua yang Sarah dah ingat tentang dia? Bagitahu betul-betul dekat abang.”

“Sarah memang tak ingat langsung dari detik kenal hingga kawin. Tak tahu kenape semuanya macam ingatan bertompok-tompok. Macam tak de yang indah dalam memori dengan dia. Yang Sarah ingat bila memeri tu ade abang, dan masa hari Sarah kena cerai tu. Itu je.”

Sarah memandang ke luar, dia agak sedih mengenangkan jenis kehidupan yang dia sendiri pilih itu adalah yang bagaimana bentuknya.

“Sarah ingat yang bagitahu abang tu je ke?”

“Iya abang, susah ke abang nak percaya cakap Sarah ni. Jauh dalam hati ni Sarah kalau boleh tak mahu ingat langsung. Entah hidup apa yang Sarah lalui hingga dicerai talak tiga, dijual pada orang entah apa-apa. Kalau fikir entah Sarah yang salah agaknya. Kalau boleh tak mahu tahu, lebih baik tak ingat.”

Jadi dari awal dia memilih untuk tidak berusaha mengingati tentang suaminya itu, dia risau dirinya yang salah hingga diperlakukan sebegitu rupa. Firash baru tersedar, dia terlupa hakikat yang pernah disebut ioleh Sarah itu.

“Ni Sarah nak makan ape ni?”

Segera mengubah hala cerita tadi. Dia terlupa Sarah ini masih Sarah yang ingatannya berbalam, Sarah yang manjanya lebih.

“Rasa macam nak balik terus je la. Macam tak lapar dah.”

“Sarah merajuk dengan abang ke ni?”

Wajah Firash sudah tidak dipandang lagi, Sarah masih merenung ke arah luar.

“Tak pun, cuma risau kalau balik lewat nanti abang Shah atau abang Sham marah ummi sebab biar Sarah keluar berdua dengan abang.”

“Cakap tak pandang abang pun, kenape ni hmm.”

Firash bertindak menyulam jemari Sarah dengan jarinya. Dia sekali lagi kalah dengan nafsu.

“Abang berapa kali dah langgar janji. Tadi marah Sarah pegang abang.”

“Sory sayang, jangan la merajuk macam ni abang tak tenang nak ke Bentong kalau macam ni.”

Hampir terlupa dengan masa Firash yang dicuri demi dirinya.

“Abang ni, Sarah tak marah la cuma masih fikir kenape Sarah tak pernah nak ingat tentang Hilmi. Jangan la fikir bukan-bukan. Sarah ajak balik sebab abang nak ke Bentong la ni. Nanti lewat.”

Padahal tadi dia lupa tentang hal tersebut, sibuk nak merajuk tanpa sebab.

“Tak marah takpe la, abang tapaukan makan dulu ok. Lepas tu abang hantar balik.”

Firash belikan nasi ayam di kedai kegemaran Sarah, dia juga tapaukan cendol kegemaran Sarah.

“Kenape tak bungkus asing yang abang punya ni.”

Sarah menegur setelah melihat ada dua bungkus cendol dalam satu plastik, nasi ayam juga begitu. Memang Firash sedang mengejar masa namun dia memilih untuk bersama dengan Sarah terlebih dahulu.

“Bukan abang punya itu untuk ummi Sarah sekali. Abang makan dekat rnr je kejap lagi.”

“La… abang tapau semata untuk Sarah ke, kenape buat Sarah macam ni abang, baik sangat dengan Sarah. Sarah tak buat ape-ape pun untuk abang.”

Macam mana la dia boleh rasa diri tak buat apa-apa untuk Firash, sedangkan dia sudi ada dengan Firash pun dah cukup bahagia untuk Firash. Sudi terima setiap pelawaan Firash pun dah cukup bermakna bagi dirinya. Orang yang sudah terbiasa dengan dirinya selalu tidak diperlukan, disaat orang seperti Sarah sanggup untuk mengharapkan dia, adalah kebahagiaan besar buat dirinya.

“Dah jangan la fikir macam tu, selagi abang boleh abang akan buat untuk Sarah. Lagipun tapaukan makanan je kan, abang dah buat banyak dari ni dulu dan abang suka dapat buat semua ni untuk Sarah.”

“Terima kasih tau abang, betul-betul limited edition abang ni kan.”

Firash suka melayan, dulu isterinya hampir semuanya dibuat sendiri. Panggil sayang pun kena marah.

“Yala duda yang limited edition untuk Sarah je la, untuk orang lain entah-entah rasa abang ni tak de harga.”

“Ish abang ni jangan cakap la macam tu tak suke la dengar.”

Sarah bila teringat detik Firash menangis apabila isterinya katakan dia tidak mampu puaskan diri sang isteri hatinya sendiri pun pedih apatah lagi Firash.

“Kirim salam dengan ummi ya. Abang balik ni nak solat asar terus keluar tau, abang call jap lagi.”

“Elok-elok tau abang, ape-ape bagitahu Sarah.”

“Iya sayang jangan risau abang call jap lagi.”

Terpelanting semua janji pada dirinya tidak mahu memanggil sayang kepada Sarah. Sarah segera masuk kedalam rumah, dia tahu ummi memang ada dirumah. Sebelum abang-abang dia terjah baik dia masuk segera.

—————————

Tidak lama selepas sahaja kelibat kereta Firash pergi kereta Shamsul sampai di parkir rumah. Sarah yang baru sahaja mahu menyuap suapan pertama cendol juga turut terkejut. Mesti akan ada soal jawab lagi nanti.

“Berapa kali dah ummi pesan dengan abang kamu ni Sarah, degil la. Bukan nak bawak isteri tu datang sini, datang jugak sorang konon tak mahu bagi isteri risau.”

“Ummi boleh bebel je la ummi. Tetap la degil datang jugak nanti. Biar je la ummi.”

Ummi dah mengomel nampak sahaja kelibat kereta Shamsul.

“Assalammualaikum ummi, adik. Sedapnya cendol makan tak ajak pun.”

“Shamsul, mana isteri kamu? Datang terus dari ofislah agaknya ni kan?”

Shamsul menggaru kepalanya yang sememangnya tidak gatal.

“Dah bagitahu dia tadi ummi. Alaa Sham singgah kejap je nak jumpa adik dengan ummi.”

“Alasan je kan, sebelum ni kalau tak jumpa lama okay je ummi tengok.ni adik kamu ni pun belum kenal lagi isteri kamu tu, Mis dengan Lia dua-dua mane dia ingat. Tapi kamu sibuk nak fikir kesian ke diorang tu takut risau, dua-dua tu dah jadi ahli keluarga kita tau Sham esok-esok dia tahu kecewa dia.”

“Balik ni Sham bagitahu dia ummi.”

Sedang ummi marah abangnya yang sulung, datang pula yang kedua, memang silap besar la.

“Hah, ni lagi sorang same je dengan kamu penat dah ummi cakap. Jangan la tinggal isteri kamu tu macam tu. Dah la tak dibagitahu tentang adik ni, macam mana dua-dua nak faham nanti. Nanti difikirnya ummi ni mengawal hidup anak-anak ummi.”

Dia berfikir jauh, hati menantu yang sedang Sarah mengandung itu juga harus difikirkan. Perut dah semakin membesar, pasti banyak perkara yang perlu bantuan suami untuk membantu.

“Maaf la ummi nanti Shah bagitahu hal sebenarnya dengan Lia.”

“Hmmm ya la.”

Ummi kalau bebel sekejap sahaja.

“Kau macam mana adik hari ni okay ke?”

“Okay je, tadi dah pegi jumpa dengan Imdan dah. Dia pun sudi nanti datang dekat mahkamah kalau ada hal tak dapat selesai nanti.”

“Ha okay la macam tu. Imdan tu macam mana keadaan dia?”

“Dia okay, kena tembak tu yang jadi kes polis. Mujur Imdan tu buat tindakkan yang betul cerita semua dengan pihak polis.”

“Uihhh siap ada pistol bagai ke orang yang culik kamu tu Sarah.”

Ummi turut terkejut mendengar. Padahal rasanya dia dah bagitahu hal ini.

“Syukur la dia dah bantu kamu keluar dari situ. Allah temukan kamu dengan orang yang hati lembut.”

“Entahla ummi, Sarah sepanjang masa berdoa semoga dilepaskan dari situ. Selalu merayu dengan dia untuk keluar dari situ.”

“Entahlah sedih ummi kalau dengar bab ni. Kamu pun jangan ingat-ingat lagi Sarah tentang kejadian hari tu.”

“Baik ummi, Sarah akan cuba lupakan.”

Sarah masih menghirup cendol yang dibelikan oleh Firash tadi. Mustahil semudah itu dia akan lupakan detik dan ketakutan yang dia lalui.

“Adik, abang bukan nak cakap yang kau buat ni betul tau. Dan abang pun tak salahkan kau sepenuhnya. Tapi satu je abang nak tanya kau, kenape selama ni kau tak bagitahu pun perkara yang Hilmi buat dekat kau dik, kecewa tau abang dengar macam tu.”

Shahrul sudah mulakan detik menghukum Sarah dengan kata-kata.

“Adik mintak maaf abang Shah, adik tak tahu nak jadi sampai macam ni sekali. Adik janji benda macam ni takkan berulang lagi. Tolong la percayakan adik.”

Jelas Sarah kesal dengan apa yang berlaku, dia tahu dia salah dalam menilai semua tindak tanduk Hilmi. Namun dia juga serabut jika Shahrul masih belum berpuas hati hal yang sama.

“Aku bukan tak percayakan kau dik, lepas ni kau mesti nak kawin dengan si Firash tu kan. Kau akan lalui lagi sekali fasa perkahwinan, kalau jadi lagi macam sebelum ni aku tak mahu tau kau diam je, cerita ape yang jadi dekat ummi ke kan.”

“Iya, adik tak buat lagi. Abang Shah pun doakanlah adik jangan jadi macam tu lagi.”

“Selalu aku ni dia untuk kau adik, tapi kau tetap kena berusaha sendiri jugak.”

Shamsul sudah buat muka tidak puas hati, sikap Shahul yang suka mendesak itu ada kalanya mengundang resah. Kadang sampai tidak menggunakan rasional.

“Adik mintak maaf abang. Adik janji lepas ni tak jadi macam tu lagi dah. Adik tak sangka dia akan buat sejauh tu. Adik akan berusaha lebih lagi.”

Shahrul masih masam mencuka. Langsung tidak mahu bertentang mata dengan Sarah.

“Shah, dah la tu. Abang tengok pun penat dah sian dengan adik nak bersoal jawab lagi tentang itu je.”

“Aku risau la bang. Takkan kau tak risau?”

“Aku pun risau, ummi opun mesti lagi risau. Tapi benda ni bukan kita boleh duga.”

“Ummi tak masak ke hari ni kenape makan nasi ayam je ni?”

Shahrul memandang Sarah yang sedang menyuap nasi ayam pula.

“Tak masak la hari ni dah ummi dengan Sarah pegi dengan Firash tadi ni.”

Shamsul cuma selamatkan keadaan. Dia nampak tadi hanya Sarah yang keluar dari kereta Firash. Dia tunggu sekejap baru dia masuk ke perkarangan rumah tadi.

Maaf atas kelewatan. Terima kasih sudi membaca. Sudi-sudi la komen dan donate ya. Terima kasih daun keladi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience