Bunyi kereta milik Kamal keluar dari kawasan langsung tidak menarik minat Sarah untuk melihat. Dia masih terkejut dengan situasi yang paling tidak dijangka terjadi. Wajah kesayangan bermain dalam fikiran. Kalau ummi tahu mesti ummi sedih. Firash? Harap Firash dapat pesanan yang tidak sempat dihantar penuh.
“Awak mari makan sini. Saya mintak awak selesakan diri awak. Saya memang akan teman awak sampai boss datang semula nanti.”
Sarah masih terperuk dihujung sudut bilik. Langsung tidak mahu membuka mulut. Air matanya juga tidak segan turun tanpa henti. Dugaan apakah ini Ya Allah. Dia diceraikan dengan kejam. Tanpa sebab yang munasabah. Kalau betul Hilmi nak pakai duit kenapa dia tak mintak dengan Abang Shah atau Abang Sham?
“Sarah, saya tak tahu nak pujuk awak macam mana. Tapi awak kena makan, kena kuat. Cakap la sesuatu.”
Imdan masih cuba meraih kalam dari Sarah. Dia buntu mahu memujuk Sarah. Kasihan dengan wanita itu namun dia hanya kuli. Kalau Kamal tahu dia tolong Sarah pasti mati dia dikerjakan. Kamal itu psiko. Dia mahukan Sarah untuk koleksi sahaja. Untuk apa dia sendiri tak tahu. Wanita-wanita lain juga ada ciri-ciri yang disukai Kamal. Jadinya Sarah dia tidak tahu ciri jenis apa yang dimahukan.
“Dan… kalau awak lepaskan saya tak boleh ke?”
Suara serak milik Sarah benar meruntun hatinya. Bukannya wanita lain tidak pernah merayu minta dilepaskan namun ini berlainan. Sarah teringat dia belum solat isyak. Namun Imdan memilih untuk tidak menjawab. Sarah bersuara lagi.
“Dan.. saya belum solat isyak. Awak ada sejadah dengan stokin tak?”
Memandangkan Sarah sudah memakai baju lengan panjang dan tudung, dia hanya perlukan stoking untuk menunaikan solat. Khilafnya dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Terlalu banyak kekhilafan yang dia sedar.
“Kejap saya cuba cari. Awak pergi la basuh muka dulu.”
Sekali lagi hatinya disentuh rasa kerana mengingatkan dirinya yang solat sesekali sahaja. Berdosa-dosa dirinya.
——————————-
“Assalammualaikum Sham, ummi susah hati la teringatkan adik. Dia ok ke tak agaknya kan Sham.”
“Esok Sham call dia. Ummi jangan fikir sangat. Nak Sham pegi sana tak esok?”
Shamsul juga risaukan adiknya. Sejak pulang dua hari lepas belum ada panggilan dari dia. Masih bersangka baik dia tidak mahu berfikir yang buruk.
“Eh tak yah la kamu jaga isteri kamu tu dah sarat dah. Ummi saje ja nak tanya mana tahu dia call kamu.”
Menolak segala rasa kurang enak didada, umminya memang terasa semacam dari tadi. Tak enak rasa hati.
“Ummi letak dulu la Sham, kacau kamu pulak malam-malam macam ni.”
“Ish mana ada kacau ummi, kalau ummi nak malam ni juga Sham boleh balik tau.”
“Ummi tahu la, esok kita call dia tengok macam mana. Pagi esok Hilmi dah pergi keja baru call dia.”
Ummi selalu ingatkan dia dan Shahrul supaya jangan ditanya sangat mengenai rumah tangga adiknya. Namun dengan cara berbeza mereka selalu mengambil tahu perihal Sarah dan Hilmi.
—————————————
‘Tolong’ (abg sham)- AZ
“Ape la maksud dia ni… buat orang gelisah je. No telefon sape la yang dia bagi. Abang dia?”
Firash memandang pesanan yang seolah tidak lengkap itu, dia berkira mahu menghubungi Sarah atau tidak. Dia save no telefon tersebut. Namun dia memilih untuk tunggu jika ada sms dan call dari Sarah. Bimbang akan keruhkan hubungan dia dan suaminya. Lebih gelisah lagi jika mahu tolong Firash juga tidak tahu mahu kemana. Rumah hanya dia tahu kawasan sahaja. Alamat penuh dia tidak tahu.
—————————
“Sarah, saya tak ade sejadah, tapi ada kain tuala ni dengan stoking ni awak pakai la untuk solat.”
“Awak keluar sekejap boleh tak, saya tak selesa kalau berdua macam ni.”
Imdan keluar tanpa banyak soal. Dia tahu Sarah tak akan cuba lari. Tingkat tiga banglo ini takkan memudahkan Sarah lari. Dia duduk di depan pintu yang dibiarkan terbuka sedikit. Dia merenung Sarah yang sedang solat. Hingga saat Sarah berdoa dia masih kaku melihat. Sarah bangun dan sambung solat lagi dua rakaat.
“Ya Allah, Ampunkan dosa Ummi dan abang-abang aku Ya Allah. Mudahkanlah perjalanan arwah ayah disana. Aku sangat berdosa Ya Allah. Jika ini adalah ujian dan kifarah buatku, aku redha Ya Allah. Peliharalah diri ini dari segala kesulitan. Kau lembutkanlah hati insan yang berniat tidak baik padaku Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah, aku seorang pendosa Ya Allah. Izinkan aku pergi dari lembah kehinaan Ya Allah.”
Sarah berdoa dengan penuh khusyuk. Dia teresak-esak. Tahu akan diri yang berdosa. Mahu segera diampunkan dosanya andai kata hidupnya sudah tidak lama lagi. Mata Imdan juga berkaca mendengar rayuan Sarah pada Sang Pencipta. Imdan menjadi takut dengan kesalahan yang dia sedang lakukan.
“Sarah, awak kena makan. Saya janji akan tolong awak. Tapi janji dengan saya esok awak jangan buat apa-apa yang boleh Boss marah. Kalau tidak dia akan hantar awak lagi jauh.”
“Kalau saya tanya awak tolong jawab dengan jujur dengan saya boleh tak?”
“Tanya la saya cuba jawab kalau boleh.”
“Hilmi jual saya dengan pertukaran ape?”
“Errr duit…”
“Duit..dia boleh minta dengan saya atau abang saya kan.”
“Masa dia buat perjanjian dengan Boss sememangnya perjanjian dia nak jual awak dekat Boss. Dengar kata Boss lepas tengok awak kali pertama tu dia memang dah pilih awak.”
“Pilih untuk apa?”
“Yang tu saya memang tak tahu langsung.”
“Awak tolong saya bagi saya buat satu panggilan.”
“Tak boleh awak panggilan atau sms memang tak boleh, Boss tahu.”
Puas Sarah berfikir atas sebab apa dia dijual sedang dia ada pilihan lain lagi. Dijual?
“Kalau macam tu awak lepaskan saya boleh tak? Lagi penting kita ada area mana?”
“Pahang, tu ja saya boleh bagitahu awak. Saya memang nak tolong awak tapi rumah ni penuh cctv, kat luar ada 4 pengawal.”
“Pahang? Area mana Pahang ni.”
“Saya tak boleh bagitahu lebih lagi. Tolong jangan tanya lagi.”
Sarah masih mahu bertanya lanjut namun dia memutuskan tidak bertanya lagi. Jauh sungguh dengan rumahnya. Dirasakan perjalanan tadi hanya 3 jam. Sarah sudah terlalu letih untuk terus berfikir.
“Awak tidurlah ya, saya tunggu dekat luar. Kalau ada apa-apa panggil saya.”
Sarah hanya diam. Dia buntu. Macam mana nak lepaskan diri dari sini. Setahu dia semasa dalam perjalanan masuk ke rumah ni agak jauh kedalam.
“Kalau nasib awak tak baik, mungkin esok Boss akan datang pada awak.”
Sarah masih diam. Dia masih berfikir. Sampai hati Hilmi jadi sekejam ni. Baju pun dia tidak bekalkan untuk Sarah. Sehelai sepinggang. Sarah cuba berbaring dan menutup mata namun gagal menempuh alam kematian sementara itu.
Imdan masih berfikir macam mana dia mahu pastikan Sarah bersih seperti yang dimahukan Kamal. Tak sanggup dia nak menyuruh wanita itu tunjukkan semua. Mahu dilepaskan juga tidak tahu cara.
——————————-
“Sofea, aku nak cerita satu benda ni dekat kau.”
“Apa dia tu Ria. Macam serius sangat.”
“Kau ingat tak isteri Abang Hilmi tu.”
“Ish kenape pulak tak ingat, kenape dia dapat tahu hubungan kau dengan Abang Hilmi ke?”
“Ni lagi teruk dari tu Sof. Kau tahu tak abang dah jual Kak Sarah dekat Kamal. Kau tahu pertukaran dia dekat sejuta tau.”
“Siallll… kau biar je ke. Sian la wei dia tu bukan macam kita tau.”
“Aku nak buat ape wei laki dia cerai dia depan semua orang. Terus Kamal suruh budak Imdan tu bawak dia naik cek bersih ke tak.”
“Ape dia nak buat sebenarnya dengan perempuan yang dia ambil semua Sof. Dalam sebulan ni aku rasa dah 5 orang semuanya.”
“Entahlah Ria. Aku nak cakap pun tak tahu. Mawar je tahu aku rasa. Tapi dia takkan cakap sebab dia sayang gila dengan Kamal tu. Entah kemana pergi semua perempuan tu aku tak tahu.”
“Yang pasti hanya Kak Sarah saje isteri orang dan bertudung.“
Kedua gadis itu hanya diam membatu. Sofea berkerut dahi memikirkan. Teringat wajah lembut milik Sarah. Apa la nasib wanita itu.
“Ria, aku keluar jap la ya.”
Sofea memandu keretan dan terus ke rumah Zahrin. Dia mahu tahu jika Zahrin tahu tentang ini.
“Abang, oh abang. Ni Fea ni.”
“La… kenape ni datang malam-malam ni Fea. Ok tak ni?”
Sofea tanpa berfikir panjang terus sahaja datang kerumah Zahrin. Bukan dia tidak pernah datang. Namun Zahrin tidak pernah melebihi seperti Daddynya.
“Masuk Fea, kejap abang buatkan air.”
Zahrin tahu pasti ada yang tak kena, jika tidak Sofea tidak akan datang tanpa bertanya dahulu.
“Abang, tahu tak Abang Hilmi jual isteri dia dekat Kamal.”
“Allahuakbar… sampai macam tu sekali ke.”
“Macam mana Fea tahu ni.”
“Tadi Maria kan ikut Mawar dengan Kamal pergi banglo dia dekat Pahang tu. Masa tu dia ingat Abang Hilmi datang sorang. Sekali dia bawak isteri dia. Rupanya dah ada perjanjian nak jual isteri dia. Dekat sejuta jugak la.”
Zahrin terkejut yang amat sangat. Tergamaknya dia menyerahkan isteri dia kepada seseorang yang tahu dah teruk perangai dengan perempuan.
“Dia serah macam tu je ke?”
“Dia ceraikan dulu katanya. Sekarang katanya ada dengan Imdan. Kesian la abang dekat Kak Sarah. Teringat tau kebaikkan dia pada kita., tak sangka sungguh dia sanggup jual isteri sendiri. Banyak lagi pilihan lain. Buat pinjaman pun boleh.”
“Abang teringat hari lepas balik dari makan dekat rumah Abang Hilmi tu kan, Kamal memang tak henti cakap pasal Kak Sarah tu, abang ingat dia hanya cakap main-main je.”
“Dia cakap ape abang, mana tahu kita boleh agak dia nak buat apa dengan Kak Sarah.”
“Dia cakap dia suka tengok kulit Kak Sarah.”
“Ishhh ape yang pelik sangat dengan kulit pulak dah, jarang dengar orang suka kulit.”
“Entah la Fea abang pun tak tahu sangat.”
“Abang tahu tak dekat mana banglo Kamal tu.?”
“Tahu rasanya. Abang pernah pergi dua tiga kali, tapi jalan masuk dia jauh kedalam. Tempat persendirian tu.”
“Esok kita pergi boleh tak abang.”
“Kamal tahu mati kita tau sayang. Jangan macam-macam.”
Kerisauan jelas terpancar diwajah Zahrin. Sofea tidak senang duduk memikirkan Sarah. Namun dia tahu bagi Zahrin, Sarah bukan seorang yang wajar dipertaruhkan nyawa.
Imdan dalam dilema. Wajar atau tidak Sarah diselamatkan. Apa perasaan ummi dia kalau tahu terjadi perkara begini? Sarah akan selamat atau tidak keesokkan hari?
Share this novel