LANGKAH 16

Romance Series 41503

Namun Sarah sedar dia seolah-olah sedang meludah kelangit. Dia sekarang sedang memegang tangan suami orang. Dia juga berdosa. Lebih berdosa barangkali. Sarah merenung tangannya. Berpaling sekali lagi pada Firash didalam kereta.

“Allahuakbar, apa perasaan ni. Jantungnya berdegup sangat laju seoloh-olah mahu terkeluar dari rongga dadanya.”

Sarah berjalan perlahan dikawasan tersebut. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Cuba peroleh ketenangan, namun masih gagal.

Langkah kaki semakin jauh dari kereta Firash. Dia duduk sebentar merenung ke pantai. Panggilan masuk dari Katrina membunuh renungan kosong yang dia lemparkan tadi.

“Assalammualaikum K, lamenya tak dapat panggilan dari kau kan.”

“Waalaikumsalam, amboi… kau pun call la aku lain kali. Okay tak ni. Bila nak jumpe ni.”

“Aku okay agaknya, entahla kau pun macam tahu je aku sekarang tengah serabut. Nanti jumpa aku story k. Kau macam mana. Anak kau dah dapat balik?”

“Entahlah, kena tunggu rayuan semula. Hebat dia Sarah aku tak terlawan. Aku nak bagi dapat jumpe ja pun ok dah. Tak mampu dah nak fight untuk dapat terus hak penjagaan.”

“Laaa… siannya kau. Nanti nak pegi mahkamah bagitahu aku tau. Aku tak bnoleh nak tolong ape-ape tapi boleh la takat nak teman kau.”

“Sarah, nanti kita jumpa tau. Aku rindu sangat dekat kau. Kat tempat keje semua pun asyik sebut nama kau je.”

“Eleh ye la tu. Aku pun rindu jugak. Nanti aku call kau lain tau K, aku kat luar ni.”

“Dengan sape la tu, dengan Hubby ke.”

“Bukanlah, Hilmi keje hari ni. Aku jalan-jalan kat pantai je ni.”

“Okay k nanti kita cakap lain k. Take care tau Sarah. Sayang kau.”

“Sayang kau jugak. Assalammualaikum.”

Sahabat yang satu-satunya yang masih setia dihubungi dan menghubungi. Katrina namanya. Indah namun kisahnya juga tidak indah seperti dirinya juga. Malah lebih teruk dari dirinya. Semasa dia bekerja dengan syarikat sama dengan Sarah, dia dah bergolak dengan suaminya. Sampai sekarang belum selesai lagi masalah anaknya itu.

Jadinya Sarah memilih untuk tidak menceritakan sangat kisahnya pada Katrina. Tidak mahu dia terbeban dengan banyak masalah lain. Ceritakan sedikit sahaja.

———————————————

Firash terjaga dan mencari kelibat Sarah namun tidak ada. Cuba dihubungi namun panggilan masuk ke voice mail.

“Mane pulak dia pegi ni. Takkan balik kot.”

Firash keluar berjalan mencari disepanjang pantai. Dia melihat Sarah sedang bercakap ditelefon dengan seseorang.

Sayang? Dengan siapa la dia bercakap tu kan.

“Amboiii dengan sape tu siap bersayang-sayang bagai.”

Terasa sangat ingin tahu. Cemburu barangkali.

“Dengan K, dia call tadi bagitahu belum dapat keputusan lagi dari mahkamah. Cepatnya abang bangun.”

“Bangun cepat la dah Sarah tak de tepi abang. Abang sedar tengok Sarah tak de.”

Seolah-olah merajuk, sengaja nak buat Sarah gelabah.

“Sory k abang Sarah tengok abang nyeyak sangat tidurnya pun. Abang marah Sarah ke?”

“Ehhh tak la sayang, abang saje usik tadi jangan fikir macam tu.”

Sayang lagi… adoiii… Berdebar kembali jantung Sarah mendengar panggilan sayang dari Firash, aura lelaki ini sangat meruntun jiwa. Firash susuk ditepi Sarah, rapat sangat. Sarah menggengam tangannya dan meletakkan di belakang, dia tahu Firash akan memegang tangannya. Firash senyum, tahu Sarah melarikan tangannya.

“Sarah nak keluar ambik angin tadi pastu nak cari makanan untuk kita, duduk kejap tengok-tengok Katrina telefon. Abang marah Sarah?”

“Hei sayang, pandang abang sini kenape ni. Abang tak marah pun abang usik ja k. Bahu Sarah diraih dan digosok perlahan. Berapa kali nak cakap yang abang marah Sarah ni, hmmm?”

“Errr tak la Sarah ok je.”

Gelisah sungguh Sarah hari ni. Dia cuba sedaya upaya membuang debar didada. Cuba memandang Firash. Dia cuba membebaskan tangan Firash yang memegang bahunya. Firash juga faham lalu membebaskan bahu Sarah.

“Abang, Sarah lapar la, jom cari makan. Abang, boleh Sarah mintak tolong?”

“Ape dia sayang cakap la.”

Nampak tu berapa kali punya sayang dah ni. Haih la.. serabut kepala Sarah. Masalahnya bukan Sarah tak suka, dia sangat suka. Tapi dia tak mahu hanyut dengan rasa itu. Dia sangat sayangkan hubungan dia dan Firash.

“Sarah suka sangat dengar abang panggil sayang, tapi abang boleh kurangkan tak, sentuhan abang pun mendamaikan tapi Sarah takut..”

“Sarah takut ape?”

“Sarah takut sangat dengan sentuhan abang. Jantung Sarah ni kalau abang dapat rase macam nak terkeluar dah.”

“Sarah.. bukan Sarah sorang yang rase macam tu, abang pun rase. Abang tak sentuh Sarah k. Jangan fikir dah ye. Kita kawan dan akan kekal kawan selagi Sarah milik orang.”

“Terima kasih abang, jom la kita pegi makan Sarah lapar la.”

“Kita makan dekat gerai selalu tu ye.”

“Iye mane je pun okay.”

Macam biasa Sarah akan memilih menu cendol dengan laksa dan Firash akan pilih laicikang dengan bihun sup. Baru Sarah dapar rasa semua yang dia suka.

“Sarah, makan dulu bihun sup abang ni.”

“Boleh ke? Abang macam tahu-tahu je kan.”

“Aikkk tak pernah-pernah tanya boleh ke tak. Bukan baru sekali kita kongsi makanan, takkan abang tak tahu Sarah suke ape.”

“Hehe, yela-yela. Sarah rase ye.”

Dua tiga mulut baru dia bagi bihun sup Firash. Sarah tersenyum begitu jugak Firash. Firash yang tadi awal sudah kembali senyum, esok entah bagaimana siapa yang tahu. Terlupa pada yang akan mendatang nanti.

Mereka berjalan perlahan menuju ke kereta. Langkah berat melangkah pertanda hampir berpisah sekejap lagi. Firash memandu perlahan.

“Sarah, dah delete semua mesej abang dengan Sarah?”

“Dia tak pernah cek pun fon Sarah. Jadi Sarah jarang delete.”

“Sarah delete sekarang. Bahaya tau jangan buat macam tu.”

Suara Firash naik sedikit, dia risau sangat-sangat kalau dia punca mereka bergaduh nanti. Kenapa la Sarah pandang ringan sangat benda macam ni.

“Kenape abang marah Sarah ke?”

“Bukan la Sarah macam pandang ringan dengan benda ni. Tahu tak kalau suami Sarah tahu macam mana nak berjawab. Ingat abang pesan salahkan abang dalam semua bendn nanti.”

Pandang ringan? Sarah terasa hati dengan ayat pedih dari Firash. Dia tunduk sebelum membuka kata.

“Orang tak duduk tempat Sarah mane la faham kan. Sarah ingat abang faham selama Sarah luah semua dengan abang. Kalau abang tahu ape Sarah rase setiap kali duduk kat rumah macam tunggul kayu. Lepas kenal abang Sarah nak simpan sikit memori tentang kita. Bukan Sarah pandang ringan.”

“Bukan itu maksud abang. Abang faham.. Sarah jangan cakap macam tu. Sedih abang dengar.”

“Sarah hari-hari kat rumah buat semuanya, tapi balasan yang Sarah dapat setimpal ke? Kalau Sarah pandang ringan Sarah takkan pernah jumpe pun abang. Masa abang hulur tangan bantu Sarah mula-mula dulu Sarah takkan sambut. Abang saksi semua yang jadi. Itu sedikit tau. Sarah tak mau sebut ape-ape lagi dah.”

Terasa sungguh Sarah dengan ayat Firash.

“Sayang, abang faham jangan la cakap macam tu. Bukan itu maksud abang. Abang tak mau Sarah gaduh dengan dia itu je.”

“Abang nampak macam hari-hari yang Sarah lalui tu ada peluang ke nak gaduh bagai. Kalau dia sebut tentang abang Sarah takkan teragak-agak mengaku je. Kita kawan dan memang selalu jumpe.”

“Sarah! Abang cakap abang faham kan. Abang tahu Sarah.. tolong jangan cakap macam tu. Cume abang kalau boleh nak Sarah selamatkan rumahtangga Sarah.”

Sarah diam sepanjang perjalanan hingga sampai tempat yang Firash ambil dia petang tadi.

“Sarah, jangan diam macam ni. Abang tak boleh nak hantar Sarah balik la kalau Sarah macam ni. Pandang muka abang sini.”

Sarah tidak berpaling. Masih terasa hati dengan Firash. Hingga sampai diparkir kereta Sarah masih merenung keluar kereta.

“Kalau Sarah ni isteri abang senang abang nak pujuk. Takpe lah abang cakap Sarah dengar je ya.”

Diam lagi.

“Abang baru bercerai tau, perit dia dalam hati ni tak tahu nak nak cakap macam mana. Walau abang tahu lame dah dia tak cintakan abang, tetap perit pedih hati ni tau. Abang tak sanggup nak dengar sahabat yang paling abang sayang ni nak gaduh ke cerai sebab abang.”

“Abang ingat Sarah tak tahu ke abang fikir macam tu, tapi suami Sarah bukan macam abang tau.. cume Sarah nak abang faham yang Sarah takkan tipu andai kantoi ke apa. Abang penting bagi Sarah dan hubungan Sarah dengan abang bukan untuk dipergunakan nama abang ke ape.”

“Abang tahu tak perasaan dia bila kita terhegeh-hegeh masak, tapi takde kawan nak makan pun. Orang tak sudi nak sentuh pun. Terhegeh-hegeh tunggu nak makan sekali nak keluar sekali. Abang tahu tak bukan sehari dua Sarah kene macam tu. Abang yang selamatkan hati Sarah yang hampir hancur. Sekarang abang nak Sarah guna name abang untuk selamatkan perkahwinan yang entah ape yang tinggal tak tahu la. Benda memang belum jadi tapi andai jadi memang Sarah takkan jual name abang. Assalammualaikum.”

Sarah terus keluar dengan ayat tu tanpa menunggu kata-kata dari Firash.

“Sarah, sayang jangan pergi macam tu je. Sarah!”

Firash tidak mahu mengejar. Dia membiarkan Sarah pergi. Dia risau ada mata yang memerhati.

Di dalam kereta Sarah melepaskan tangisan. Dipukul dadanya yang sakit. Hati seakan disiat. Manusia yang menghargainya bukan miliknya. Dan berjumpa dengan dia menjadi dosa. Merenung wajahnya menjadikan Sarah perempuan yang tidak bermaruah.

Firash masih merenung kereta Sarah yang belum bergerak. Dia memandang keliling. Mahu pergi atau tidak?

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience