LANGKAH 24

Romance Series 41503

Hilmi berjalan pantas memerhati kiri dan kanan. Dia tidak keluar dari Malaysia. Dia beberapa kali memandang belakang memerhati jika ada sesiapa mengikutinya. Sejak dari hari dia melepaskan Sarah dia menginap dihotel. Duit juga semakin surut. Penyesalan sudah sampai ketahap paling tinggi.

Panggilan dari sesiapa juga dia tidak betah untuk menjawab. Dengan kebodohan tahap maksimum dia kini bukan sahaja kehilangan duit, malah isterinya.

“Woi, mana adik aku!?”

Shahrul tidak mahu bermain kata lagi dia tahu ini semua ulah Hilmi. Dia mencekak baju Hilmi tanpa memberikan ruang untuk lelaki itu bernafas. Dia tahu lama-kelamaan dia akan jumpa juga dengan Hilmi jika tunggu disini beberapa hari. Isterinya sudah dihantar kerumah mak dan ayah mertuanya, dia risaukan keduannya namun perihal kehilangan Sarah lebih merisaukan.

“Mana aku tahu, adik kau kan.”

Sial! Hilmi memang sial. Isteri dia kot. Dengan muka selamba dia menjawab, jiwa sudah mati barangkali. Dia langsung tidak fikir apa terjadi kepada Sarah, wanita yang pernah menjadi isteri dia.

“Sebelum dia sebagai adik aku, jangan lupa dia bini kau. Mana dia aku tanya.”

Nada suara Shahrul semakin tinggi apabila Hilmi masih bermain dengan helah.

“Aku dah ceraikan dia la, mana aku tahu dia pergi mana.”

Semudah itu di menyebut ceraikan Sarah seolah adik dia itu adalah kain buruk yang boleh dibuang apabila sudah tidak diperlukan.

“Itu la aku kata bila bodoh agama jangan ditunjuk sangat, berapa lama dah kau ceraikan dia hah, berapa?! Kalau baru takkan kau biar dia keluar rumah macam tu ja.”

“Dia nak ikut jantan lain kisah apa aku. Kau abang dia kan cari la sendiri. Jangan serabutkan kepala aku boleh tak?”

“Adik aku lari dengan jantan? Last aku tanya mana Sarah.”

Kesabaran memang sudah tiada yang tersisa lagi dalam dirinya, dia ikutkan hati mahu sahaja lunyaikan Hilmi disitu juga.

“Aku tak ingat la, lepas la aku sial.”

“Siapa yang sial selain kau ha! Mana adik aku sebelum aku lapor pada polis.”

Telefon berbunyi membejatkan tindakkan dari Shahrul. Dia mengangkat telefon dengan kadar paling segera.

“Wasalam, abang aku dah jumpa Hilmi? Kau dekat mana aku pegi sekarang.”

“Okay jumpa kejap lagi.”

Dia mengelak menyebut tengtang Sarah dihadapan Hilmi, entah apa jantan keparat ini akan rancang lagi. Panggilan dari Shamsul mengenai Sarah sudah ditemui sangat melegakan hati.

“Aku lepaskan kau, tunggu la apa-apa jadi dekat Sarah memang sampai mampus aku cari kau.”

Hilmi melepaskan keluhan yang amat berat, entah syaitan apa yang telah merasuk dia hingga dia bertindak sejauh ini.

————————————

“Kak Ifah, mana Sarah dari tadi saya cari tak nampak dia.”

“Amboiii bangun-bangan terus cari Sarah, kenal ke dengan dia Rash? Ada dekat luar selalunya pagi-pagi macam ni.”

Firash menelan air liurnya. Dia memang agak pelik dengan perhatian yang diberikan Firash kepada Sarah.

“Kenal kak.”

“Hah apa dia, kenape baru nak bagitahu dekat akak, apa yang Rash nak rahsiakan sebenarnya dari akak.”

“Nanti la saya cerita kak, rumit nak ceritakan. Masalahnya dia tak kenal saya. Izinkan saya pulihkan sedikit ingatan dia kak.”

Suara Firash seakan merayu kepada Latifah, terdesak sangat dah tu.

“Pergilah Rash, dia suka duduk dekat luar tu.”

Firash seperti tidak sabar mahu berjumpa dengan Sarah. Dia mendekat namun Sarah masih jauh tenggelam dalam dirinya. Entah apa yang dia menungkan. Dia terkenangkan kata-kata Sarah tak akan lupakan dia. Dia merenung wajah Sarah, ada mendung disitu.

“Abang tahu tak? Dalam mimpi Sarah selalu muncul seseorang yang macam muka abang. Sarah kenal abang ke?“

Sarah dari pagi tadi seolah pasti dia kenal dengan Firash, semalam lelaki dalam mimpinya jelas. Dia rindukan Firash tapi kenapa. Kalau Firash suami dia kenapa Faris dan Latifah tak kenal dia.

“Pelanduk dua serupa tak Sarah. Untungla lelaki tu masuk mimpi Sarah. Sarah mimpi pegi mana dengan dia.”

“Sarah mimpi ada tepi pantai tengah duduk dia pegang tangan Sarah lepas tu dia suruh janji jangan lupakan dia. Lepas tu Sarah balik Sarah rindukan dia. Sarah tak tahu siapa dia.”

“Nama dia apa Sarah panggil.”

Firash pasti itu kenangan dia dan Sarah yang sama dalam ingatan dia tadi.

“Sarah panggil dia abang sama macam abang ni, tapi kan Sarah macam tua sikit dari sekarang, entah-entah itu jodoh Sarah nanti tak abang?”

Ceria suara dia menyebut tentang itu seolah kegusaran tadi hilang ditiup angin.

“Ha..mungkin la tu kan. Petunjuk la tu.”

“Abang Sarah rasa kan ingatan Sarah ni salah la, tadi Sarah tengok kalendar tahun 2023, entah kenapa baru hari ni Sarah jenguk kalendar tu.”

“Sarah ingat tahun berapa sekarang ni?”

“2016 la kan sebab Sarah kena operate tahun tu. Lepas tu parut ada tapi luka tak ada, lagi satu kan tangan Sarah ni sakit yang amat sangat.”

“Boleh Sarah tunjuk dekat abang tak?”

“Tak boleh la abang, luka ni tak elok sangat Sarah sendiri tak sanggup nak tengok lama-lama.”

Firash menahan rasa, kalau ummi dah abang dia tengok ni entah apa diorang rasa.

“Ishhh tak pe la Sarah tak yah tunjuk ok.”

Sarah memandang Firash disebelahnya. Dia rasa sangat dekat dengan lelaki ini, dia ke lelaki dalam mimpi tu?

“Petang ni nak tak Sarah ikut abang?”

Lamunan Sarah terhenti. Firash nampak renungan mata itu, redup pandangan itu sangat-sangat dirindui.

“Nak pegi mana?”

“Boleh tak kalau abang mintak Sarah percayakan abang walau kita baru kenal.”

“Okay boleh, nanti Sarah tanya Kak Ifah dulu.”

“Nanti abang yang tanya. Jangan bagitahu Yaya. Nanti dia nak ikut.”

“Iya baik. Abang betul kan abang kenal Sarah.”

Sarah mahu tahu kerana Firash tidak mahu mengulas tentang itu tadi.

“Petang ni k, abang nak keluar kejap ni. Ha lupa abang nak tanya semalam mimpi apa sampai meracau-racau.”

“Yang Sarah cakap tadi tu la.”

“Sarah cakap tadi macam duduk diam je, ni macam Sarah tengah nangis je.”

“Kan balik rumah tu nangis. Sarah ada buat benda pelik ke masa mengigau?”

“Ada, tapi biarlah rahsia. Abang pegi dulu.”

“Abang, belikan buku boleh?”

Firash senyum dan angguk, sedikit lega setelah mendengar Sarah mimpi mengenai dirinya. Dia agak pasti itu kenangan dia dan Sarah.

“Abang tahu ke buku ape nak beli?”

Firash diam tidak menyahut, dia senyum lagi. Bahagia sungguh wajahnya. Latifah hanya melihat telatah Firash yang nampak sangat bahagia dihadapan Sarah, padahal masa mula dia datang muka sangat sugul hingga dia nampak Sarah. Hanya dalam beberapa minit tingkahnya berubah.

———————————————

“Ummi, Shah kawan Sarah cakap dah jumpa dia tapi dia minta dua tiga hari sebelum jumpa dengan Sarah.”

“Ummi tahu kamu bagitahu dah semalam, ummi kenal tak kawan dia tu Sham?”

“Macam mana kau boleh percaya dengan orang macam tu ja abang aku tak faham.”

Shamsul enggan mengulas soal itu, apa yang dia boleh katakan semangnya Firash itu bukan kawan biasa dengan Sarah. Shahrul pula sememangnya sejenis yang kepala angin. Dia lagi geram bila dengar minta dua tiga hari.

“Sham pun baru ja kenal ummi, apa pun adik tinggalkan number fon Sham dekat dia.”

Terpaksa menyatakan yang sebenarnya. Dia sangat tidak sabar mahu mendengar penjelasan Sarah. Namun kini itu bukan pilihan utama, keselamatan Sarah adalah yang paling penting.

“Ummi boleh tunggu, kalau betul dia memang boleh bawak adik balik semula ummi sanggup tunggu.”

Umminya juga tertanya-tanya, namun jika dia dapat berjumpa semula dengan Sarah, dia akan bersabar. Ummi memegang tangan Shahrul.

“Kita makan sikit okay ummi, semalam pun mesti ummi tak makan.”

“Hurmmm, kalau itu kata ummi aku ikut je la. Jangan la dia tipu kita sudah.”

Shahrul masih tidak puas hati, wajah Hilmi terbayang dihenyak sepuas hati. Kalau la dia tiada iman tentu dah mampus dah Hilmi tu kena.

“Ummi makan jangan risau Sham. Isteri kamu macam mana Sham, Shah?”

“Inshaa Allah kita doakan yang baik-baik. Ikut hati abang ni nak je terus jumpa dia. Tapi kawan dia mintak masa, mungkin dia ada sebab yang kukuh.”

Ummi dia dalam pada sedang memikirkan Sarah, dia masih tidak pernah lupa tentang Misha dengan Thalia. Kedua mereka sedang sarat terutama Thalia sudah terlalu dekat dengan tarikh bersalin.

“Jangan risau ummi, Lia faham bila Sham kata ada masalah sikit.”

“Mis pun faham ummi, Shah dah bagitahu dia serba sikit.”

“Yalah, jom la makan sama dengan ummi.”

————————————

Imdan yang berada dihospital sudah sedar dari bius. Peluru berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan serius. Namun polis tetap akan menyiasat perihal ini. Imdan akan memberikan kerjasama penuh.

“Encik Imdan, kami ingin mengambil sedikit keterangan dari encik. Boleh encik bercakap sekarang? Saya Detektif Razak, dan ini Detektif Mansur.”

“Boleh tuan?”

“Bagaimana encik boleh terkena tembakan pada hari kejadiaan?”

“Saya ditembak oleh konco boss saya sendiri tuan.”

Kedua pegawai memandang sesama sendiri. Kes tembak selalunya melibatkan kegiatan haram. Setelah bertanyakan beberapa soalan mereka meminta diri. Seorang pegawai ditugaskan untuk menjaga Imdan sepanjang kes ini disiasat.

Maafkan saya diatas keamaturan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience