Malam itu Sarah merenung keluar jendela, dia memerhatikan laluan masuk ke banglo mewah ini. Sekeliling semua hutan semata-mata. Dalam hatinya masih berfikir mahu melarikan diri. Namun lalaun mana akan membawa dia kearah jalan besar. Walaupun begitu dia perlukan bantuan Imdan. Dia tidak tahu lagi sampai bila dia akan selamat dari Kamal.
“Sarah, pakai baju ni esok boss nak jumpa awak.”
Imdan masuk semula ke kamar Sarah. Sayu dia memandang wajah wanita itu. Bagaimana harus dia menolong wanita malang ini. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang Kamal akan buat dengan Sarah.
“Saya tak boleh pakai baju ni Dan, tolong la Dan. Awak je yang boleh tolong saya.”
Bukannya baju itu mendedahkan, namun terlalu nipis baju itu. Apa la nasib dia agaknya esok hari. Allahuakbar dia benar tak kuat.
“Saya tak boleh Sarah, awak tolong jangan serabutkan kepala saya. Saya memang tak boleh. Dulu ada seorang perempuan tidak bertudung namun baik seperti awak. Dia juga meminta tolong seperti ini.”
“Kenapa awak tak tolong dia Dan.”
“Saya nak tolong macam mana Sarah, saya cintakan dia dalam sehari sahaja pertemuan kami, namun saya sendiri yang bawak dia turun untuk Kamal. Saya tak tahu pun apa jadi dengan perempuan tu.”
Sarah terdiam mendengar, dah kalau orang yang dia cinta pun dia tak dapat tolong, apatah lagi aku ni.
“Saya mintak sangat-sangat awak tolong bawak saya sampai laluan mula sahaja. Saya akan lari sendiri.”
Rayuan Sarah seakan dapat menembusi tembok hati Imdan. Namun dia tidak boleh, benar tidak boleh.
“Awak tidurla Sarah. Saya memang tak boleh tolong awak.”
“Pinjamkan telefon pun tak boleh ke Dan? Saya nak call ummi atau abang saya.”
Teringatkan ummi dan abang-abangnya hati Sarah tersiat rasanya.
“Memang tak boleh, line hanya dapat untuk hubungi Kamal sahaja.”
Sarah diam, dia baring diatas katil. Mindanya sudah lama tidak berada disitu lagi. Dia berharap sangat Firash dapat pesanan itu dan menghubungi Abang sham. Sarah dengar Imdan menutup pintu bilik. Dia akhirnya terlelap.
Kira-kira jam 6 pagi Sarah bangun untuk menunaikan solat. Dengan bersungguh hati dia doakan semoga maruahnya terpelihara. Dia takut memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Kamal. Tidurnya cuma beberapa jam.
“Sarah, makan ni lepas tu bersiaplah. Boss dah sampai.”
Sarah sudah tidak terkejut lagi dengan kehadiran Imdan secara mengejut. Dia tahu Imdan masih boleh dipujuk. Debaran kian kuat didada Sarah. Namun dia tetap diam. Sudah tiada rasa mahu bercakap. Makan apatah lagi.
—————————————-
“Assalammualaikum ummi, Sham dah call adik, tak angkat. Lame lepas tu call terus tak dapat. Call suami dia pun sama jugak.”
“Waalaikumsalam Sham, ummi pun ada call jugak tadi ni. Tak pe la kita tunggu dulu nanti cuba lagi. Jangan bagitahu Shahrul lagi la ya. Nanti dia bising.”
Kalau ikutkan hati umminya sekarang jugak dia suruh kedua anak lelakinya ke rumah Sarah dan Hilmi. Namun dia risau memikirkan tentang rumah tangga anaknya itu. Kalau dulu Sarah pun bukannya selalu telefon tetapi dia tidak pernah rasa sebimbang ini.
“Nanti petang Sham pergi rumah dia la ummi. Ummi jangan risau okay?”
“Iye ummi tunggu Sham bagitahu ummi nanti. Lepas pergi tu cepat-cepat call ummi tau.”
“Baik ummi. Ni Sham nak sambung buat kerja dulu. Nanti Sham call ummi balik.”
Sebab itu la kalau nak minta tolong atau apa pun umminya akan memilih Shamsul berbanding Shahrul. Shahrul agak baran dan garang. Tidak setenang Shamsul.
————————————-
Firash memutuskan untuk menghubungi no telefon yang diberikan Sarah.
“Assalammualaikum, ni Abang Sham ke?”
“Ya saya, siapa bercakap disana?”
“Saya kawan Sarah, Firash. Semalam Sarah ada hantar pesanan ringkas dekat saya mintak tolong dan dia bagi no telefon abang.”
Shamsul tidak mahu bertanya lanjut perihal hubungan dia dan Sarah. Dia lebih risau memikirkan Sarah menghantar pesanan meminta tolong. Kenapa tidak hantar kepadanya atau Shahrul sahaja. Tergesa-gesa barangkali.
“Firash abang kena keluar sekarang kalau macam tu. Sarah takkan saje-saje nak hantar macam tu. Boleh kita jumpa dekat mana-mana?”
“Boleh abang. Abang wasap lokasi. Saya gerak sekarang.”
“Dalam sejam lagi kita jumpa. Abang nak ke rumah dia dulu ni.”
Firash pun sudah tidak tenang setelah berapa lama Sarah tak hubunginya semula. Shamsul terpaksa tangguhkan dahulu kerjanya.
———————————
“Bawak dia masuk bilik dua Dan. Aku nak ambil perkakas aku dulu.”
“Errr baik boss.”
Bilik dua adalah bilik yang selalu digunakan untuk menyiksa orang. Jadinya Imdan lebih dari tahu perihal bilik itu.
“Kau dah periksa ke badan dia clean atau tidak?”
“Dah boss, clean.”
Padahal dia tidak periksa pun. Dia tidak tergamak. Sarah dibawa turun dengan hati yang berat. Sarah perhatikan keliling, tidak banyak pengawal pada siang hari. Sarah tidak memakai baju yang diberikan semalam. Imdan hanya membiarkan sahaja.
“Awak tunggu boss dalam bilik ni okay.”
Dalam bilik yang diperkatakan itu terdapat kerusi elektrik, tali gantung tangan, rantai besi, gari, tali pemukul dan banyak lagi. Sarah semakin sesak dada.
“Dan, kau suruh semua pengawal balik. Tinggal kau sorang je sini.”
“Baik boss.”
“Hai sayang, seronok ke kena jual dengan suami sendiri.”
Sarah diam memandang wajah Kamal dengan perasaan jijik, rupa ada namun jijik dengan sikapnya. Kamal mendekati Sarah. Dia mengelus pipi Sarah kemudian mencium tangannya sendiri. Lagaknya seperti orang ketagihan dadah.
“Dan, aku pesan suruh perempuan ni pakai baju tu kan. Apasal masih pakai baju sama lagi. Tudung je aku pesan jangan buang.”
“Saya dah suruh boss, tak muat katanya.”
Sarah menjeling sekilas dengan penipuan dari Imdan demi dirinya. Kononnya la.
“Kamal, aku ni masih dalam edah lagi. Walau dia dah cerai aku tapi kau tak boleh sentuh aku sesuka hati. Kau nak buat ape dekat aku hah!”
“Jangan risau sayang…aku tak sentuh pun aku boleh buat apa aku nak dekat sayang.”
Kamal mendekat dengan Sarah, Sarah cuba mengelak dari disentuh Kamal lagi.
“Ape salah aku dengan kau Kamal. Yang hutang tu Hilmi bukan aku.”
“Aku memang sengaja beri dia duit walau aku tahu dia takkan mampu bayar. Aku buat perjanjian dengan dia untuk kau sayang.”
Semakin meluat dia melihat wajah Kamal. Wajah Hilmi juga pada ingatannya sangat menjijikkan. Lelaki tak guna.
“Dan, ikat dia dekat tali tu tangan kanan dan kiri.”
Imdan hanya mengangguk. Dia tidak sanggup melihat Sarah disentuh Kamal. Kenapa wanita baik ini yang menjadi mangsa dia?
“Dari hari pertama aku tengok kau, aku dah jatuh hati dengan kulit kau sayang. Aku nak sangat tengok kulit kau yang tertutup tu semua. Nak aku kelar kulit tu biar berdarah.”
Kelar? Imdan memandnag wajah Sarah yang ketakutan. Dia nak kelar kulit Sarah? Sial betul. Psiko jenis keparat mana la ni. Kamal mengeluarkan sebilah pisau. Dia mainkan pisau dengan jarinya.
“Dan.. koyak lengan baju sebelah kiri dulu Dan. Aku dah tak tahan nak kelar tangan dia. Dah lama aku nak tengok tangan tu.”
Selama ni dia fikir Sarah akan jadi mangsa untuk dia lepaskan nafsu sia. Rupanya orang psiko ni tak boleh buat main. Fikiran mereka berlainan benar dengan kita.
“Dan… kau tak dengar ke aku cakap ni.”
“Saya tak sanggup tengok Boss. Dia wanita bertudung.”
“Sebab dia bertudung la aku suruh kau koyakkan baju dia. Kalau dia dah terdedah aku tak ingin dah nak tengok dah kelar.”
Imdan mendekati Sarah. Sarah dah menangis tergeleng kepala pada Imdan.
“Tolong saya jangan tolong saya merayu dengan awak.”
“Maafkan saya Sarah.”
Imdan hanya berbisik. Kamal tersenyum melihat Sarah yang semakin galak menangis. Lengan sebelah kiri Sarah dah terdedah. Imdan berpaling dari memandang wajah Sarah.
“Sayang…awal lagi nak menangis. Belum sentuh pun lagi.”
Kamal memegang lenagn kiri Sarah, menghidu lengan itu. Sarah berpaling, dia sangat jijik dengan tingkah laku Kamal. Kelaran pertama dia lakukan dari bahagian bahu hingga hujung lengan.
“Ya Allah…sakitnya Ya Allah… tolong aku Ya Allah.”
Jeritan Sarah hanya mengundang ketawa pada Kamal. Darah menitik ke lantai. Tanpa belas kasihan Kamal mengelar kali kedua dari siku ke jari.
“Tolong… Ya Allah sakitnya Ya Allah.”
“Boss dia sakit sangat dah tu boss. Kesian dia boss.”
Imdan semakin tidak tahan melihat Sarah menjerit memanggil Sang Pencipta. Sudah tiga kelaran pada tangan yang sama. Memang sakit yang amat sangat. Ini wanita pertama yang dia dapat lihat apa yang dilakukan Kamal.
“Itu yang kita nak Dan. Jeritan dia mengujakan aku.”
Kamal tanpa berlengah mengoyak baju Sarah disebelah kanan. Kali ini Imdan sudah tidak tahan lagi. Dia mengambil pemukul baseball dan menghentak belakang Kamal.
“Sarah, awak jom saya bawak awak lari. Cepat sebelum dia terjaga.”
Darah semakin banyak menitis dan Sarah hampir tidak sedarkan diri. Imdan membuka ikatan kedua tangan Sarah. Imdan sudah tidak mahu fikir lagi apa akibat yang akan dia hadap gara-gara melepaskan Sarah.
“Imdan tolong saya Imdan. Ummi saya mesti risaukan saya.”
“Jom Sarah saya bawak awak keluar dari sini, bangun cepat.”
Sarah bangun dengan kudrat yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
“Saya hanya boleh bawak awak lari sampai sekerat jalan je, awak kena keluar sendiri.”
Mereka berlari mengikut laluan hutan. Walau cahaya matahari sudah membayangi bumi namun didalam hutan tetap menakutkan. Tangan Sarah sangat pedih. Imdan memberikan jaketnya kepada Sarah.
“Awak kena keluar sendiri Sarah, kalau Kamal jaga nanti saya cakap awak larikan diri.”
Belum sempat Imdan memberikan pesanan kepada sarah dia terdengar bunyi kereta masuk kearah banglo.
“Bukan tadi pengawal dah keluar ke?”
Seakan berbisik Imdan kerisauan. Dia menarik tangan Sarah dah berlari dengan lebih pantas lagi.
“Kita kena cepat Sarah, Kamal dah jaga.”
Imdan juga tidak akan selamat pada kali ini.
“Jauh lagi tak dengan jalan besar ni.”
“Kalau berlari ni dalam 10 minit lagi kita akan dapat jalan besar.”
Sarah sudah tidak cukup nafas, dia kehilangan banyak darah. Darahnya masih menitis dari tadi. Namun dia tetap berlari bersama Imdan.
“Cepat Sarah, kalau diorang datang nanti memang tak boleh lari dah.”
Hampir sahaja sampai kejalan besar bunyi tembakkan mengejutkan Sarah, Imdan terbaring dan dia masih berlari tidak dapat menolong Imdan yang darah membuak keluar. Tembakkan tepat mengenai dada Imdan.
“Pergi Sarah cepat. Sikit lagi. Saya nak awak sela..mat.”
“Imdan terima kasih tolong saya.”
Sarah berlari sepantas mungkin dan terus kejalan besar.
Sarah adalah wanita yang dicintai oleh Imdan. Namun Sarahnya bukan Sarah yang sama. Nama itu menginatkan dia kepada Sarah dia dulu. Dia mahu Sarahnya pada kali ini selamat.
Share this novel