CUA - 46

Romance Completed 81171

"Gila! Aku takkan bunuh dia lah!" Gertak suara nyaring itu bergema .

      Shaidi merengus kasar.

     Dia bingkas bangkit dari kerusi dan menuju ke arah perempuan yang sedang berdiri dengan lagak itu.

    Tangannya menarik rambut wanita itu hingga terdongak.

        "Sial! Sakitlah!"

     Shaidi mendekatkan wajahnya pada telinga wanita itu
  
          "Aku dah bayar deposit dekat kau lah perempuan! Kau cakap kau boleh buat! Apasal lepas kau tengok gambar sasaran kau , kau taknak buat?!" Jerkah.

        "Luhan tu sepupu aku! Orang yang aku suka! Kau ingat aku boleh bunuh dia disebabkan dendam kau dengan anak saudara kau?!" Husna membalas kasar.

        Shaidi melepaskan genggaman itu kasar hingga Husna jatuh ke lantai.

      Dia ketawa.

         "Perempuan gila, baby dalam perut kau boleh bunuh, ni atuk baby tu kau tak boleh bunuh!" Jarinya menunjal kasar kepala Husna.

        "Aku benci Adara! Sebabtu aku tak kesah kalau anak dia mati! Ni kau suruh aku bunuh Luhan? Jangan harap! Kalau kau arah aku bunuh bini baru dia baru aku sanggup!"

      Shaidi terdiam seketika.

    Berfikir.

         "Tapi bini baru Luhan tu cantik... No , aku akan simpan dia, bunuh LUHAN, KALAU TAK, KAU YANG AKU BUNUH" ugutnya sinis.

     Husna yang melihat wajah seram lelaki yang kemungkinan sebaya dengannya ini terus menelan air liur.

        Shaidi melemparkan beberapa ikatan tebal duit not RM100 ke depan muka Husna.

    Husna ternganga.

        "Ni separuh bayaran kau ,kalau kau berjaya bunuh Luhan, lepas telinga aku dah dapat berita bapak mertua Hud mati, aku Double , ops bukan setakat double , triple and seangkatan dengannya" ujar Shaidi.

    Husna terus mengangguk laju bersama tanganya sedang memeluk duit duit itu.

    Shaidi mengangkat senyum sinis.

     

...

Adara mengelap dahi Hud dengan keluhan.

Sudah seminggu Hud tak sedarkan diri.

Adara tetap setia tunggu disisi Hud walaupun dia juga harus menerima rawatan.

Atas arahan, Adara dan Hud ditempatkan didalam wad yang sama.

"Abang...Abang taknak bangun ke? Luna rindu Abang tau" Adara mengeluh.

Adara senyum sambil mengusap tangan Hud.

"Abang...bila Abang sedar nanti, Luna sendiri nak cakap depan mata Abang, sambil Abang pandang Luna, Luna nak cakap yang..." Adara tergelak lalu geleng kepala.

"Luna taknak cakap lagi, Luna nak tunggu Abang bangun dulu, Luna teringin nak dengar suara Abang panggil Luna sayang, Luna suka, lagisatu, Luna rindu la nak makan masakan Abang lagi, air kopi buatan Abang.. hmm , Luna rinduuu sangat!" Adara bercakap sendiri dengan tersenyum-senyum.

Adara meletakkan tangan Hud semula dan ingin bangun.

Saat Adara berdiri untuk pergi, terasa ada tangan yang sedang menarik lengannya dari belakang.

Adara menoleh.

Adara melihat Hud sedang tersenyum lemah padanya.

Adara mengemam bibir dan sebak.

"Abang!" Adara terus berpaling dan memeluk tubuh Hud yang sedang berbaring.

Hud bernafas perlahan sambil membalas pelukan Adara.

"I miss you sayang" bisik Hud.

...

Adara hanya berdiri tidak jauh dan melihat doktor sedang memeriksa Hud.

Adara senyum.

"Alhamdulillah, keadaan tuan semua dalam keadaan baik, otot kaki dan tangan Tuan Alfa juga boleh berfungsi secara baik, cuma kondisi Tuan je yang masih sedikit lemah, mungkin lagi 3 hari Tuan dah boleh balik dan rehat dirumah" ujar Doktor Lelaki yang kelihatan agak berusia itu sebaik selesai memeriksa keadaan Hud.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor" Adara menunduk sedikit.

"Tiada masalah, ini menjadi tanggungjawab saya, izinkan kami keluar dahulu" Sopan doktor dan dua jururawat yang berdamping dengannya meminta pamit keluar.

Adara terus duduk di sisi Hud dengan senyuman.

Hud membalas senyuman Adara, tangan Hud mencapai tangan Adara dan melabuhkan ciuman disitu lama.

"Abang minta maaf , Abang tak ada di sisi sayang masa sayang perlukan Abang, Abang pentingkan kerja dari isteri Abang sendiri...Abang minta maaf" Hud memandang sayu pada Adara.

"Tak, Luna tak kesah, asalkan Abang sembuh dan bercakap dengan Luna pun, Luna dah gembira" Adara membalas.

Hud senyum.

"Luna...Dah terima Abang?"

Adara mengangguk.

Adara mengambil tangan Hud dan meletakkan tangan Hud didahinya, memohon ampun.

"Luna sedar, Luna berdosa dengan Abang, kalau Yusuf tak muncul haritu, mungkin Luna akan tetap salahkan Abang, Luna isteri derhaka, maafkan Luna..."

Hud mengusap kepala Adara yanh dilitupi tudung.

"Tak, Luna tak berdosa, Abang redha semua perbuatan Luna, mungkin itu ujian untuk Abang atas apa Abang pernah buat dekat Luna dulu, Abang tak kesah, asalkan sekarang Luna dah terima Abang, Abang bersyukur sangat" balas Hud lembut.

Adara senyum sebak dan memeluk Hud lagi.

Hud tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience