CUA- 2

Romance Completed 80488

"Sampai bila you nak bela perempuan tu Qai! I penatlah!" Bentak Maya.

     Suffian memeluk bahu gadis ini.

      "Sampai I berjaya balas semula dendam I , mungkin dia dah lupa apa dia pernah buat dekat I dulu"

     Maya merengus, asyik dengan alasan yang sama.

     "Dah hampir setahun you bercinta dengan dia dendam you tak terbalas lagi ke hah? you jangan macam-macam! I ni tunang you tau tak? Lagi 5 bulan kita nak kawin Qai!"

    "sayang, dont worry, sikit je lagi okey? jangan risau dalam hati I cuma ada you je sayang" Suffian membujuk Maya.

     Maya memeluk tubuh dan berpaling wajah.

     Suffian ketawa kecil, dagu Maya dia pegang.

     "sayang... dont be like this, trust me" Mata Suffian menatap dalam anak mata Maya.

    Maya mengeluh.

    "You jangan bunuh dia sudah" pesan Maya.

     "I takde lah sekejam tu sayang, I cuma nak buat dia merana seperti mana dia buat dekat I dulu" balas Suffian.

    Tangan Suffian dia pegang.

     "Apa sebenarnya yang Adara dah buat dekat you sampai you berdendam sangat dekat dia?"

    Soalan Maya buat Suffian termenung.

(TB)

Beberapa tahun yang lepas .

      BUK!

     Kepalanya dipijak.

     Perutnya ditendang.

    "Ini akibat kalau kau kacau awek aku! Dara dah suruh kau menjauh dari dia kan! Aku bengang betul dengan kau ni!"

    perut Suffian disepak lagi.

     "Aku tak kenal dia siapa!" berani membela dirinya.

     "Hey! kau pikir Dara nak sangat ke dengan lelaki hodoh macam kau ni? dah la miskin! Hodoh! muka macam tapak bulan! Benci aku tengok muka kau!" Muka nya pula menjadi sasaran tapak kasut itu singgah.

     Rakan-rakan yang lain hanya ketawa dan memerhati sahaja.

      Suffian memegang kaki lelaki yang dia kurang kenali itu.

    "Aku tak kenal Dara, tolonglah... kau silap orang..." Rayunya.

     Lelaki itu abaikan rayuannya dan memijak tangan Suffian.

    Suffian terjerit.

    "Luna Adara, kau tak kenal? tipu sangatlah! Dia perempuan top dalam kolej ni! dia cakap ada sorang mamat nerd yang dah kacau dia, so kau lah mamat tu kan? Nerd dan bodoh!"

     Luna Adara?

    Langsung dia tidak pernah menegur gadis itu walaupun sekali.

     Kenapa dia cakap aku kacau dia? takkan hal sepele yang dia dah buat Adara berdendam?

    Dia cuma tertumpahkan air didalam makanan gadis itu tidak lama dahulu, itupun sudah dia terima pelbagai hinaan yang keluar dari mulut kawannya.

     "Maaf, aku janji aku tak dekat dengan dia lagi" Suffian merayu lagi.

    Lelaki tadi berhenti dari menendangnya.

     "Kan bagus mengaku dari tadi, aku nak kau check out dari kolej ni, aku tak suka ada anasir macam kau ada dalam kolej ni" Kepala Suffian dia tunjal.

    Suffian hanya diam.

     "Adara mesti happy bila dapat tahu aku dah settel kan mamat ni" mereka berlalu pergi meninggalkan Suffian sendirian.

    Suffian terus duduk bersandar lemah dibalik dinding.

    Dia mengendap.

    Terlihat Adara menunduk hormat kepada lelaki-lelaki tadi sebelum berlalu pergi bersama.

    Suffian mengepal tangan.

     "sampai hati kau Adara, kau cakap dah maafkan aku..."

...

     Adara mengeluh kecil.

     Cincin pemberian Suffian dia pegang.

     "Kita kawin? Nak?" ajak Suffian tiba-tiba.

    Wajah Suffian yang seakan teruja itu dia pandang.

    "you dah pikir masak-masak?" Adara cuba mendapat kepastian.

    Suffian tersenyum dan mengangguk.

    "Yes! I dah pikir habis-habisan, kita kawin, I tak sanggup nak menahan rasa rindu I bila tak tengok muka you sebelah I" balas Suffian lembut.

    Adara kemudian senyum dan mengangguk.

    "okey, I setuju, nanti I bawa you jumpa babah I"

     Suffian senyum lebar dan memegang erat tangan Adara.

...

   

   
     "Suffian ajak kau kawin?" Nedina agak terkejut dengan berita yang satu ini.

     Adara mengangguk.

    "Yea, Alhamdulillah lah atleast dia pikir masa depan dengan aku, aku ingat dia dah taknak ajak aku kawin" Adara senyum nipis.

    Nedina mengambil tangan Adara dan dibawa ke dadanya.

     "Tapi kau nampak tak happy, kau okey tak ni?"

     Adara mengangguk perlahan.

    Tangan Nedina dipegang semula.

     "Aku okey , cuma hati aku rasa berdebar, entah kenapa" ujar Adara sayu.

     Nedina mengemam bibir.

     "Aku rasa , aku patut tunjuk kau benda ni, mybe ini boleh jadi sebab kau was was dengan lamaran Suffian" Nedina melepaskan tangan dan terus membuka telefonnya.

    Adara hanya perhati.

     Nedina menyuakan telefonnya kepada Adara.

    Adara hanya pandang video itu dengan pandangan biasa.

     "Ni Maya, sepupu dia, baru balik overseas... that's why they are like closed each other" Adara memberikan semula telefon Nedina.

     "Seriously kau percaya ni sepupu?" Nedina pandang Adara dengan riak tak percaya.

    Adara angguk.

    "Aku faham culture dekat sana Nedina, bila dah lama dekat barat nak hilangkan budaya yang kita ikut tu susah... Suffian tu dah jelaskan dekat aku masa aku terserempak dengan diorang dekat mall" balas Adara bersama senyuman.

     Sebelah hati kata nak percaya, yang sebelah lagi suruh tak percaya.

    Adara jadi berbelah-bagi.

      Nedina faham riak wajah Adara.

    "Batalkan , masih sempat Adara... dia pun belum jumpa babah kan? Kau boleh slow talk dengan Sufi, Insyaallah dia faham" ujar Nedina lembut.

     Wajah mulus Nedina dia pandang sekilas

    "Jangan risau, Aku kenal Sufi, dia baik , dia takkan curang belakang aku"

     Nedina mengeluh.

    "Suffian tu something tahu tak? Dari awal kau bercinta dengan dia aku dah rasa something wrong... percayakan aku Dara, aku macam pernah tengok muka dia , familiar..." Nedina masih cuba untuk buat Adara percayakan bahawa Suffian tu jahat.

     "Kau jangan nak burukkan dia boleh? Kau kawan aku, sepatutnya kau support aku"

     "Sebab aku kawan kau lah aku cuba nak bagi kau sedar Dara!" balas Nedina tegas.

"Kalau kau kawan aku, kau sepatutnya sokong aku Ned! bukannya burukkan lagi Sufi! Aku percayakan Sufi!" Adara balas separa jerit.

     Adara merengus dan kemudian terus berjalan pergi meninggalkan Nedina sendirian di ruang tamu.

Pintu biliknya dan dihempas kuat, bebal la tu.

     "Aku buat ni sebab aku sayang kau Adara, kau je lah satu-satunya kawan aku, aku taknak kau tersakiti" Nedina mengeluh.

    Keras betul hati Luna Adara ni , dibutakan dengan cinta

-edit-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience