CUA - 5

Romance Completed 80488

Adara yang tengah bernyanyi kecil sambil menyapu ruang depan terhenti membuat kerja apabila terdengar pintu pagar sebelah rumah dibuka.

     Hud dengan wajah serius membuka pagar.

     Adaea hanya perhati kereta warna putih itu masuk ke dalam perkarangan rumah Hud.

     Hud keluar untuk menutup pagarnya semula.

     "Hey jiran, lama tak nampak? Gi ane dua hari rumah tak berpenghuni?" Adara menegur Hud sambil meletakkan dagunya pada batang penyapu.

     Hud tidak melayan pertanyaan Adara dan terus membuka kunci rumahnya.

    "Kau period ke harini?" Hairan sungguh dengan mood pendiam garang Hud ni.

     Hud menjeling tajam.

    "Tak payah nak ambik tahu pasal aku" ujarnya kasar sebelum tubuh badan itu lesap dibalik pintu.

     "aiii? Marah?" Adara menjuling mata ke atas.

     Telefon dalam poket bergetar.

     Tangan diseluk dan melihat nama si pemanggil.
  
     Senyuman kian melebar.

     Laju jari Adara menyeret butang hijau menjawab panggilan itu.

     "Hai!" Ceria suara Adara menyapa si pemanggil.

    'Sayang, i'm really sorry, I serba salah dengan you ni, kan tiga hari ni I dah janji nak ikut you balik kampung jumpa babah you, sorry , I ada kursus emergency sayang... I janji lepas habis kursus I terus gerak Kedah boleh?' I minta maaf sayang, I nak hantar wakil untuk meminang you pun tak boleh, I sebatang kara dalam hidup ni, I cuma ada you and dua orang kawan I je, Saudara mara semua buang I sayang, I dah tiada sesiapa lagi, I minta maaf sayang' Lebar .

     Adara terdiam lalu ketawa kecil.

    'sayang! Kenapa you gelak! I serba salah dengan you ni! You boleh gelak?' Suara Suffian sudah berubah mengada.

     "It's sokey sayang, I faham, kalau you dah balik dari kursus mesti lah you busy balik kan? , no need lah datang jumpa babah, kesian dengan you, nextime I cuti pun boleh jumpa babah ye? Don't worry sayang" Adara memujuk Suffian.

     'Betul ni? you okey ke?'

     "I okey, jangan risau, hati-hati ye kerja"

      Suffian ketawa dihujung talian.

     'ini sebablah I nak sangat percepatkan nikah kita sayang! You sangat memahami I!" Ujar Suffian membuat Adara sengih malu.

     "Ish you ni! Yelah, I pun dah tak sabar nak kawin dengan you!" Balas Adara.

    "Adara! Aku dah siap ni! Jom gerak! Sufi dah sampai belum?!" Jerit Nedina dari dalam.

     Adara berlari anak masuk ke dalam rumah.

    "I tutup call dulu ye, see you soon"

    'okey sayang, take care my love, love you much damn' panggilan terus mati selepas dia membalas lambaian 'maya' Suffian.

     "Sufi tak jadi ikut lah , dia sibuk ada kursus" balas Adara perlahan.

    Bagasinya ditarik masuk semula ke dalam rumah.

    Nedina yang perhati terus menghalang Adara dari terus masuk ke dalam bilik.

    "Kenapa kau masuk balik ni? Tak jadi balik?"

     Adara geleng.

    "Dah sufi tak jadi ikut, buat apa aku nak balik lagi?" Balas Adara.

    Nedina mengeluh, kedua belah bahu Adara dia pegang.

     "Kau tau kan butik cuti seminggu dua sebab nak renovation?"

     Adara angguk dengan wajah polos.

    "So jom kita balik , spend time masa dekat sana" pujuk Nedina.

    "Taknak, aku niat nak balik pun sebab Sufi nak jumpa babah je, kalau tak, tak ingin aku nak balik" kasar.

    "Tolong Adara , kesian babah kau, dia rindu dekat kau tau tak? Sesekali kau buang Sufi dalam fikiran kau boleh? Sufi syurga kau ke? Takkan? Babah tu syurga kau sekarang, dah tiga bulan kau masam muka dengan babah sebab hal kecik tu Dara" Nedina berkata lembut.

      "Hal kecik? Dia ajak aku masuk minang Nara tahu?" Tangan Nedina dia tepis.

     "Babah yakin dengan pilihan dia Dara, kau dendam dengan Nara sebab Nuqman kan? abang dia suka belasah lelaki yang dekat dengan kau kan?" Soal Nedina lembut.

    Adara mengeluh dan mengangguk.

    Mana tidaknya masa zaman belajar dulu, habis semua lelaki yang dia tegur ataupun terserempak kena belasah.

    Dah lah claim Adara ni awek dia , suka hati tok nenek dia ja!

     Kebanyakan lelaki yang Nuqman bantai sudah keluar kolej, tak pun terus menjauh darinya.

     "Lagipun aku dengar Nuqman dah matang sekarang, cakap pun sopan je sekarang, and up dia dah kahwin Adara...Sudahlah bencikan Nara tanpa sebab Adara, kesian babah kau, dia perlukan peneman dikala sunyi" Nedina memujuk lagi.

      Adara rasa serba salah, merasa terpujuk kali ini.

    Tambahan pula dia lemah bila Nedina sudah bersuara lembut begini yang tidak jemu menasihatinya.

     Nedina baik, manis orangnya, sopan.

    Wajah Nedina dia pandang dengan senyuman.

    Adara mengangguk setuju akhirnya.

    Terus Nedina peluk Adara erat.

    "Dah! Jom gerak!"

     "Let's kajjaaa!" Semangat bestie!

...

  
     Hud melihat lukisan yang separuh jadi itu.

     Pandangan Hud berubah sayu.

    "Kenapa kau nak kawin dengan dia Luna?"

     Berus cat yang berada ditangan dia genggam kuat.

    "Kau tak nampak aku ke? Aku sentiasa ada dengan kau!" Berus itu terus patah dua.

     "Aku cari gaduh dengan kau sebab aku nak perhatian kau Luna..." suara berubah lirih semula.

    Kecewanya dia apabila dengar Suffian sudah berencana mahu berjumpa dengan ayah Adara.

      Muka diraup.

    Rambut diselak kasar ke belakang.

     Bip!

    Bunyi itu buat jari Hud laju membuka telefon.

   GPS Adara sudah mula bergerak.

     Hud menarik sengih.

    "Kau nak balik kampung Luna?" Wajah Adara yang naik di skrin aku pandang.

    Nombor Johan dia cari pantas.

    Lepas beberapa deringan Johan laju menjawab panggilannya.

     "Yes boss!"

    "Aku cuti seminggu ni, nak balik kampung" ujar Hud senada.

       "Sejak bila kau ada kampung bro?" Suara Dani menyampuk.

    Sah Johan bukak loud speaker.

    "Alang-alang kau dah bukak loud speaker, aku nak buat pengumuman sikit..." Hud berdehem.

"Aku nak seminggu ni aku nak korang keja non stop faham?" Hud kemudian bersuara tegas.

     Ada yang sudah menarik suara malas.

    "Serius la matt! Bapak ah!" Safuan dah mengeluh.

     "Lepas seminggu aku bagi cuti bergaji, tak payah nak anggap aku ni kejam sangat!" Sambung Hud buat mereka bersorak gembira.

Cuti, sapa je tak suka?

     Mereka bertiga dah tepuk tangan.

    "Bereh bro! Seminggu ni payment sehari 5k punya!" Yakin betul si Dani ni.

     "Okey aku tunggu , dah cau!" Hud terus matikan panggilan.

     GPS Adara yang bergerak itu Hud gigit bibir dengan senyuman.

    Wait for me Luna!

Hud terus berlari anak keluar dari bilik , tak sabar nak curi hati bapak kesayangan kita!!

anything tak okey bagitau tauu, nanti saya betulkan -edit-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience