CUA - 3

Romance Completed 81171

Hud perhatikan segenap ruangan kecil itu.

     Senyuman kecil dia ukir.

    Penuh dengan lukisan yang dia sendiri coret apabila bosan ataupun fikiran tengah down.

     Setiap lukisan itu di sentuh.

     Senyuman kecil tidak turun dari bibirnya saat kaki sudah memijak ke dalam ruangan 'rahsia' nya ini.

     Wajah manis seseorang yang dia coret di setiap kertas lukisan itu dia sentuh lembut.

     "Damn, why I'm so obsessed with you?" Dia tergelak , tangannya naik menyentuh dahi.

     Dia menarik satu kerusi dan duduk di hadapan salah satu gambar yang paling menarik dia pernah lukis.

     Tangannya mengeluh lukisan halus itu.

      "You look pretty in this shawl my princess... damn it" pujinya.

     Wajah manis gadis itu dia sentuh.

     Senyuman kian lebar.

     "Why you always being a part of my mind? I can't control it , I always want to see you princess... touch you in real, feels you"

     Satu keluhan berat dilepaskan.

    Namun itu semua mustahil.

      Gadis itu sudah membencinya, mustahil dia dapat buat gadis yang dicintainya jatuh dalam hangat cintanya.

     "I will make you mine, only mine" gadis itu tersenyum dalam lukisan.

    Hud tersenyum sendiri.

   

...

     "Alahai, kenapalah nak rosak time ni?" Jalan yang sunyi dia pandang.

    Sudahlah mahu hampir waktu maghrib.

    Tayar kereta dia tendang perlahan.

    Geram!

     "Aku baru je nak gi healing dekat mamak , kau memang sengaja kan?!" Adara marah pada keretanya sendiri.

     Adara mebuka telefonnya.

    Nama Nedina paling atas dia cuba hubungi.

     Terputus.

    "Takguna!" Melihat bar yang kosong buat dia terjerit kesal.

     Adara masuk kedalam kereta.

    Mencari lampu LED kecemasan.

     Dia ambil dan menyalakannya.

    Lampu itu Adara letakkan di atas bumbung kereta.

    Berharap ada kereta yang lalu.

    "Ya Allah bantulah aku Ya Allah..." sambil  berdoa , Adara cuba menghubungi Nedina lagi.

    Nombor Suffian juga dia cuba hubungi.

    Memang langsung tiada internet.

    "Menyesal lalu jalan pintas! Nak elak jem , last sekali kau yang jem otak dekat sini Adara!" Stereng kereta dia hentak.

     Cuaca kian gelap.

    Sudah hampir sejam dia terperangkap disini.

    Melihat ada cahaya sebuah kereta dari jauh .

    Adara segera keluar dari kereta.

    Adara sudah menghulurkan tangan melambai tangan.

    Kereta tu memberi signal ke kiri , tempat dimana keretanya terparking.

     "Alhamdulillah" ujar Adara perlahan saat melihat figura tinggi lampai itu keluar dari kereta.

    Perlahan-lahan lelaki itu menghampiri Adara.

    "What are you doing here Luna? alone? here?" Lelaki yang masih samar-samar wajahnya , dek terkena sinar cahaya lampu kereta yang menyilau itu terus menyerangnya dengan soalan cemas.

    "You know me sir?" Adara cuba mengecam wajah itu.

     Adara dengar lelaki itu berdecit.

    "It's me, Hud Al-Falah" Dia mendekatkan wajahnya pada Adara.

     Kini jelas terpampang muka kacak Hud depan muka Adara.

    Adara mengundur sedikit ke belakang.

    "Hud, Macam mana kau boleh lalu sini?" Soal Adara hairan.

    Hud diam dan mengabaikan soalan Adara.

    Dia hampiri kereta milik Adara.

     "Apahal kereta kau ni?" Lengan baju kemeja yang dipakai dia selak ke paras siku.

     Adara yang leka melihat lelaki ini yang tiba-tiba nampak kacak ni terus tersedar.

    Adara berdehem.

   "Entah, tiba-tiba buat hal" balas Adara bersandar di dinding kereta.

     "yang kau nak pergi mana maghrib maghrib ni? Tak reti duk rumah?" Hud bebel ringkas sambil matanya memandang Adara atas, bawah.

     "Makan, aku lapar, lepastu kereta stuck dekat sini dan niat aku nak makan pun terbantut" ujar Adara senada.

    Lama Hud diam sambil matanya memandang Adara.

     Adara menggoyangkan tangan depan wajah Hud.

     Eh, mengelamun pulak dia.

    Hud berdehem perlahan.

    "Dah berapa kau tercangak dekat tepi jalan ni?" Kasar saja bunyinya.

      "Sejam lebih?" balas Adara.

     Hud geleng kepala bersama keluhan.

     "Dah jom, aku hantar kau balik, lainkali masak lah, jangan asyik nak makan luar sangat! jadi perempuan kena la pandai masak, gatal nak kawin, masak malas" kutuknya.

     "Yang kau sibuk kenapa? Yang nak kawin aku bukan kau!" Geram je.

    "Cepatlah! Jom!" Ajaknya seakan terpaksa.

    "Taknak aku, kau bukan ikhlas pun kan?" Adara menjeling.

    Hud melihat Adara tajam.

     "Sebelum aku angkat kau masuk kereta baik kau masuk sendiri" ugutnya.

    Adara senyum mengejek.

    Berani ke?

    "Kau ingat aku main-main ke?"

    Belum sempat dia nak masuk dalam kereta, terasa ada tangan yang memegang pinggangnya

     "Hud!" Adara menolak tangan Hud dan segera menjauh .

     Hud ketawa sinis.

     "Kau cabar aku kan? Kau nak sangat aku dukung kau kan? Meh la" Hud menghampiri Adara lagi.

    Adara menampar tangan Hud yang dekat dengannya.

    "Yelah! Yelah! Sabarlah! Aku nak ambik beg!" Tubuh Hud Adara tolak kebelakang.

    Selesai ambik beg Adara pandang sayu ke arah kereta.

    Macam mana dengan dia?

     "Pasal kereta buruk kau ni, aku dah panggil orang tunda bawak pergi kedai, jadi jangan nak risau sangat, kereta buruk kau ni tak dak siapa pun nak curi lah"ujar Hud tiba-tiba.

     "Buruk-buruk dia , tak seburuk perangai kau lah!" Bentak Adara geram.

     "Kunci kereta tinggal je" Adara yang satu melihat kunci yang ada di tangan,  terus ditegur.

    "Kalau hilan-"

    Pin! Sebuah truk penarik kereta tiba.

     Adara pandang tidak percaya.

    "I told you girl, don't worry, so let's go, biar diorang handle" tangannya ditarik oleh Hud.

     Adara masih kaku dan berfikir.

Macam mana Hud yang baru sampai ni, malah tak sampai 10 minit dia berhenti kat sini boleh panggil mekanik yang mungkin akan ambil masa 30 minit datang?

     Adara pandang Hud, merasa sangsi.

"Kau ni something wrong la Hud, kau skodeng aku kan?" Adara tunding jarinya pada Hud.

"Hello? Aku? skodeng kau? memang taklah! dah jom lah! aku tinggal kau kat sini karang!" Ugut Hud menunggu Adara mengikutnya.

"Eleh, Kau yang paksa aku ikut kau!" Balas Adara jeling sambil terpaksa ikut Hud dibelakang.

    Hud dengan wajah kering menjeling saja.

kalau ad sikit typo or apa-apa kira halal lah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience