CUA - 43

Romance Completed 81171

Babah mengusap rambut Adara , sedia memujuk setiap masa.

       Air matanya masih tidak dapat dihentikan dari mengalir sejak 3 hari lepas.

      Sedih kerana kehilangan nyawa yang hadir dalam rahimnya walaupun datang tidak diundang.

      Namun sejak kandungan kian membesar, Adara mula menerima kehadirannya.

      Tapi, malangnya anak itu menjadi mangsa kebencian manusia yang busuk hati.

      Adara sebagai seorang yang bakal bergelar  ibu dapat merasakan sakit kehilangan nyawa yang kandung didalam rahimnya sendiri.

          Hatinya juga sedih kerana tiada sosok yang dia nantikan sejak hari pertama keguguran langsung tidak muncul.

        "Sudahlah Dara, babah tak sanggup lagi nak tengok Dara sedih laguni, tengok mata hang ni, bengkak!" Mata Adara babah usap perlahan.

        "Anak Dara mati babah, Hud pulak terus hilangkan diri , langsung tak pedulikan Dara dekat sini, anak mati pun langsung dia tak ambik kesah!" Hambur Adara sedih.

        "Apa kata lagutu, kan Hud habaq dia sibuk sampai tak sempat tengok fon, pikir yang baik-baik sayang" lembut suara babah memujuk.

        "Dalam dua hari tu takkan tak boleh sekalipun dia buka fon? Ni dah empat hari babah, dalam dua hari tu boleh je dia curi-curi bukak kejap tanya khabar Dara, jelas dia langsung tak pedulikan Dara dengan anak yang dah mati tu!" Balas Adara kasar.

        Babah mengeluh , senyuman tetap babah tunjukkan pada Adara.

        "Kalau macam ni lah keadaan Dara, babah kena batalkan majlis babah esok, Dara tengah sedih, babah tak sanggup nak-"

        "Just do it babah, ignore me, esok Dara tido je , Dara tak kan susahkan babah esok" celah Adara.

      Babah geleng.

         "Dara tak pernah susahkan babah, babah yang salah, Dara gugur sebab babah, babah gagal protect anak babah dari Una, si gila tu layak meringkuk dalam penjara, tak guna punya perempuan, tak puas aku, hang nak fitnah, kau bunuh pulak cucu aku" wajah babah menyinga saat teringatkan muka makcik Una.

          "Ikutkan hati babah, nak aje babah pukul dia sampai lunyai, tapi siapalah babah nak buat macam tu kan... Babah serahkan dia dekat polis, senang" sambung babah.

        Adara senyum nipis.

            "Terima kasih babah, sentiasa ada untuk Dara..." Adara memeluk erat tubuh babah.

     Babah mengangguk dan menepuk perlahan belakangnya.

         "Babah tetap kena teruskan majlis esok, kesian Ned dah lama dia tunggu saat ni..."

      Babah tergelak.

        "Betul ni?" Babah menyoal.

      Adara angguk sedikit yakin.

         Terdengar bunyi pintu terbuka.

       Wajah Hud muncul di balik pintu itu, dia sedang tersenyum nipis.

        Adara terus pandang dengan beriak kosong.

         "Bila sampai Hud?" Babah bersuara menyambut Hud di muka pintu.

     "Baru je babah, jalan jem Hud gerak semalam" suara garau yang dia rindui tanpa sedar itu bersuara balas.

     Mereka berdua saling bersalaman.

      Hud hampiri Adara, Adara terus berbaring dan terus menarik selimut berselubung penuh.

         "Sayang... Abang dah datang ni..." Adara rasa tangan Hud berada di atas bahunya yang terlindung dengan selimut itu.

      "Babah, Dara penat nak tido, dah boleh keluar wad nanti baru kejutkan Dara ye" ujar Adara.

      Suara babah tidak terdengar hanya keluhan dari dua lelaki itu saja didengari.

      "Babah nak cakap sikit, jom keluar dulu, biarlah dia rehat"  Bunyi pintu ditutup.

     Adara menyelak selimut untuk melihat.

      Keluhan dilepaskan perlahan.

...

     Babah terus menyilang tangan ke dada dan merenung Hud dengan muka garangnya.

        "Mana hang pi? Dara tak henti-henti tanya babah mana laki dia, babah call langsung tak berangkat" soal babah tegas.

     Hud tegak berdiri.

        "Maaf babah, Hud terpaksa matikan fon sebab hal yang tertentu, Hud sedar Hud salah, maafkan Hud" Hud membalas lemah.

       Babah merengus kasar.

      "macam-macamlah alasan hang, jangan minta maaf dengan babah, minta maaf dengan bini hang tu" balas babah menjeling.

       "Macam mana Luna boleh gugur babah?" Hud menyoal.

     Retak luluh hatinya saat mendengar berita itu, kalau dia boleh merasakan sedih apatah lagi isterinya yang sendiri merasakan kehilangan permata itu.

        Babah mengeluh, babah pandang muka Hud dan pelawanya duduk terlebih dahulu.

     "Babah taktau hal lebihnya sampai-sampai je babah tengok Dara dan terbaring tak sedarkan diri dekat belakang rumah sorang diri" balas babah.

       "Seorang diri? takkan dia boleh baring dekat situ tiba-tiba babah? mesti ada pelakunya kan?" Kasar suara Hud bertanya.

      "Makcik Husna, tau kan?"

      Hud mengangguk, sempat dia baca mesej Adara yang mengadu pasal makcik tu haritu.

       "Dia lah yang jadi punca penyebab semua ni, Babah tipu Dara yang dia dah masuk lokap, tapi sebenarnya tak, lepas babah tampar muka dia terus dia lari dan menghilangkan diri macam tu je, polis pun masih tak dapat jejak dia lagi, maafkan babah, babah gagal protect anak dan cucu babah sendiri" Babah meraup wajah kesal.

    Hud memegang bahu bapa mertuanya.

          "Babah nampak macam mana dia buat Luna sampai gugur macam tu sekali?" Mata Hud tepat ke dalam mata babah yang sayu itu.

       Babah menahan sebaknya, Hud memberi kekuatan untuk babah.

      "Lepas babah dengar suara Dara jerit, terus babah lari ke belakang rumah, sampai ja dekat belakang babah dah nampak Una pijak perut Dara dengan kejam sekali, langsung tiada ehsan!" balas babah.

      Hud melihat sekeliling , belakang tengkuknya yang tiba-tiba merasa sengal dia urut, dia tergelak sinis sungguh tidak sangka wujud manusia begini.

         "Hud akan cari dia, sembunyilah ke dalam lubang cacing pun Hud akan cari dia"

      

...

           Hud membantu Adara mengemas barang masuk ke dalam beg.

     Adara hanya memerhatikan tingkahnya itu dengan riak kosong.

       Hud tersenyum pada Adara bila mata kami saling bertembung.

      "Mana babah?" seingatnya dia suruh babah yang jemputnya pulang , bukan lelaki ini.

      "Babah sibuk sayang, banyak dia nak kena check untuk majlis esok..." Hud duduk dibirai katil.
 
     Senyumannya masih menghiasi bibir.

     Tangan Adara dia capai, Adara cuba menarik semula.

       Dia tetap capai dan pegang tangan Adarad kemas.

      "Abang tau abang salah abaikan Luna... Maafkan abang sayang, kita hilang anak kita sebab abang tak protect sayang, abang gagal jadi suami dan baba yang baik untuk family kita... abang minta maaf sangat-sangat sayang" Kepala Adara dia tarik dan melepaskan kucupan di dahi lembut.

      Adara diam saja, tiada rasa mahu bicara.

        Hud tetap tersenyum walaupun riak ku kosong dan dingin padanya.

       "Jom, kita balik ya sayang?" Rambut Adara dia elus manja.

     "Hm" respond Adara bersahaja.

      Hud terus memegang bahu Adara dan memimpin Adara ke arah kerusi roda dengan penuh cermat.

       "Hati-hati sayang" Ujarnya lembut saat dia membantu Adara duduk di atas kerusi roda itu.

       Hud mencapai sebiji beg milik Adara dan menggalasnya.

        "Let's go home princess" Hud mula menolak kerusi roda itu.

...

   (Di suatu tempat yang lain)

     

      Satu beg berisi duit itu diletakkan depannya.

       Dia tersenyum lebar dan terus memeriksa isi dalam beg itu.

     Senyuman puas ditunjukkan saat melihat isinya.

       Tangan besar itu memegang semula beg itu dengan muka serius.

       "Kau pasti anak dia mati?" Soalnya.

        Husna menjeling lalu mengangguk.

       "100 peratus pasti, aku dah pijak perut dia ! Tekan lagi! Puas hati aku! Macam seribu dendam dah terlepas!" Husna terus ketawa.

      Lelaki itu memandang ketuanya yang hanya memerhati.

       Ketuanya memberi isyarat.

      Lelaki itu mengangguk faham.

      Beg itu ditolak ke arah Husna, melebar senyuman Husna saat duit itu berada dalam tangannya.

      "Thanks! Seronok bekerja dengan kau, anything panggil je aku, and makesure keselamatan aku!" Ujar Husna teruja.

       "Sure" ketuanya membalas sinis.

     Husna meminta untuk pamit.

          Salah seorang dari mereka memimpin Husna hingga pintu keluar.

      "Aku dah cakap Hud, pelan-pelan aku akan buat kau rasa terseksa and akhir sekali kau yang mati lepas semua orang disekeliling kau mati" Ketuanya ketawa jahat.

           "And the history will be repeate again, and your generation will gone from this world!"

      Gambar keluarga Hud dia pandang penuh sinis, gambar perut Adara dia pangkah.

       Satu wajah dia bulatkan.

         "Turn kau lepasni" senyumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience