CUA - 50

Romance Completed 81171

Adara menghampiri Nedina yang sedang duduk dihujung katil sambil menatap sayu gambar arwah babah yang sudah hampir 2 bulan meninggalkan kami di dunia ini.

Harini Adara bertandang ke rumah sewa lama kami berdua dahulu.

Nedina minta nak duduk sini selepas babah meninggal.

Adara ikutkan saja kehendaknya, Hud ajak duduk sekali dirumah agamnya , tapi Nedina taknak.

Tambahan pula dia sedang mengandung.

Kerisauan Adara terhadap Nedina membuat dia harus bertandang ke sini hampir setiap minggu bagi memastikan kesihatannya terjamin.

"Ned... Jom makan, aku dah masak" Adara menegur.

Nedina mengesat air mata dan senyum nipis.

"Aku tak lapar lagi, rasa kenyang" perutnya yang semakin membuncit itu dia usap.

Adara meletakkan tangan di atas perut Nedina.

"Adik aku apa khabar harini?" Adara mengusap-usap perut Nedina.

Nedina tertawa.

"So kau kena panggil aku mak la nanti" dia berseloroh.

"Boleh ke? Mama Ned?" Kening diangkat mengusiknya.

Kami berdua tertawa.

Nedina memegang tangan Adara.

"Terima kasih ada dengan aku, kau tak penat ke asyik datang sini?" Soalnya.

"Kau ada amanah yang babah tinggalkan dekat kau, aku sebagai anak yang baik, tolong jaga mak dan bakal adik aku ni sebaiknya, tiada istilah penat bagiku untuk kau Ned , kau sahabat dunia akhirat aku, aku bertanggungjawab jaga kau selagi aku hidup, aku dah kehilangan parents aku, but babah tinggalkan kau dengan baby ni, aku sayang kau Ned" Adara memeluknya erat.

Nedina membalas pelukan itu.

"Eh semenjak kau datang sini kau dah pernah masuk rumah Hud kat sebelah?" Tiba-tiba Nedina bertanya mengenai rumah lama Hud.

Adara baru terlintas di fikiran.

"Yelah, belum aku terfikir nak masuk cek, mana tau ada perempuan simpanan dalam rumah tu, jap tau" Adara melepaskan pelukan dan bangun berdiri.

"Laju je kau kalau bab bab selongkar rumah orang eh" tegur Nedina saat Adara buka beg tangan untuk mencari segugus kunci pemberian Hud.

"Rumah laki aku juga" kunci itu Adara tarik keluar.

"Aku pegi sebelah kejap tau, anything jerit" Adara melambai tangan dan berlari anak menuju ke pintu keluar.

Nedina senyum.

...

Setiap jenis kunci Adara sumbat masuk kedalam lubang tombol pintu.

Merengus geram dibuatnya, baran.

Kunci terakhir Adara pandang dengan penuh harapan.

"Kau satu-satunya harapan aku kunci, kalau kau pemilik lubang ni aku akan hargai jasa kau" Adara cium hujung kunci itu.

Perlahan-lahan Adara masukkan ke dalam lubang.

Klak!

Adara pulas tombol pintu selepas bunyi pintu terbuka dari dalam.
Senyuman melebar melihat ruangan yang kemas tersusun rapi.

Tak berhabuk.

Mesti Hud ada singgah rumah ni sekali sekala.

Dengan bismillah fia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Kali pertama dia jejak kaki masuk kedalam rumah bujang Hud.

Kemas dan bersih.

Adara naik ke tingkat atas.

Bilik Hud dituju.

Pintu dibuka.

"Wah... Kemasnya, kalah bilik bujang aku" katil sentuh.

Adara tersenyum nipis melihat gambar perkahwinan yang dibingkaikan dan diletak kemas atas meja.

Bum!

Adara sedikit ternaik bahu terkejut mendengar bunyi kuat itu.

Adara terus keluar dari bilik Hud dan menuju ke bilik hujung.

Siap dilekatkan nota amaran jangan masuk lagi.

Adara pegang tombol itu, saat pusing nak buka ianya terkunci.

Adara mengeluh.

"Bilik tu bilik larangan banyak barang tajam dalam tu, ada akses tertentu kalau nak masuk, tombol hanya hiasan semata" suara garau asing itu mengejutkan Adara.

Adara menoleh ke belakang.

"Qawie!" Adara mengurut dada lega apabila melihat wajah yang dia kenal.

Muka Qawie yang serabai seakan baru bangun tidur itu Adara pandang.

Jam dinding dah tunjuk pukul 12.

Adara cekak pinggang dan pandang Qawie yang terpisat-pisat mata itu dengan garang.

"Kau baru bangun? Dah pukul 12 ni! Kau ponteng keje eh!" Adara dah mula nak bebel.

Qawie berdecit dan berlalu menuruni tangga.

"Hud bagi aku cuti harini, yang akak ni tiba-tiba masuk rumah orang kenapa?" Soalnya apabila Adara membuntui langkahnya dibelakang.

Adara tersengih malu.

"Akak saja nak cek rumah lama Hud, tak sangka pulak kau wujud dalam rumah ni" Adara menuju ke arah pintu.

Qawie hanya mengangguk dengan muka mamai.

"Hud bagi rumah ni dekat aku, disebabkan sayang nak biar tak berpenghuni dia izinkan aku stay sini bila-bila masa aku nak me time" balasnya senada.

Adara yang sudah berada diluar rumah terangguk-angguk faham.

"Maaf Qawie terjah masuk ikut suka" Adara meminta maaf kepadanya.

"No hal, ni rumah laki kau kak, aku ni menumpang kejap je"

Adara senyum

"Dara, kau okey tak tu? Lama sangat dah ni kau dekat sebelah" Muka Nedina muncul dibalik dinding.

"Eh Encik Haz!" Nedina menunjukkan riak terkejutnya apabila melihat muka Qawie.

Qawie hanya pandang Nedina dengan senyuman nipis.

"Encik stay sini? Tak tau pun?" Tanya Nedina.

Qawie tidak membalas dan tersenyum.

"Baru semalam, okey la aku nak sambung tidur ni, bye!" Pintu terus ditutup.

Adara tercengang melihat pintu yang ditutup secara tiba-tiba itu.

Adara oandang Nedina , Nedina geleng kepala padanya.

"Kau ni, mujur tak kena tangkap khalwat tahu!" Mukanya garang.

Adara lari keluar dari kawasan rumah Hud.

Nedina dengan perut boyotnya menghampiri.

"Kau ni kan, mujur tu sepupu Hud, kalau orang lain yang sewa dengan Hud? Tidak ke naya? Masuk tanpa info suka hati, bahaya tau" dia mula nak buka sesi tauliah pada Adara

Adara memeluk bahu Nedina dengan sengihan.

"Maaf lah, jom , mesti baby dah lapar, jom jom jom" Adara mengheretnya masuk ke dalam rumah.

..

Qawie menutup langsir yang dia selak sedikit.

Telefon dibuka .

Hud dia hubungi.

'apa hal?' suara garau Hud menegur.

"Tadi Dara masuk rumah ni macam yang kau expect" ujarnya.

Hud diam.

'dia tak buka kan bilik tu?"

"Aku sempat halang, nasib dia tak tanya banyak dan terus keluar" balas Qawie jelas dan ringkas.

'bagus, kau stay je situ jaga Nedina diam-diam sampai bini aku berjaya ajak dia tinggal dengan aku, thanks Haz' ujar Hud perlahan.

Qawie senyum.

"No hal, Nedina bawah jagaan aku" panggilan dimatikan.

Terasa pintu rumah diketuk oleh seseorang.

Qawie terus memeriksa ke luar rumah.

Adara yang muncul di depan pintu buat Qawie segera membuka segera pintu rumah.
Adara menyuakan satu mangkuk tingkat didepan muka Qawie.

"Ni Ned suruh akak kirim dekat kau, dia tau kau stay sini so dia suruh aku bagi sikit makanan dekat orang bujang sebelah rumah ni" ujar Adara dengan nada mengejek.

Qawie tergelak.

"Thanks both of you, dah nak balik ke?" Melihat beg tangan yang turut dibawa buat Qawie bertanya.

Adara mengangguk.

"Alang-alang kau duduk sini, tolong tengokkan Ned tau, dia tu bukan yang jenis minta tolong orang, akak dah pesan dekat dia untuk panggil kau kalau ada kecemasan ke apa, so kau alert sikit boleh?" Wajah Adara penuh berharap.

Qawie senyum, itu memang tugas dia sejak 2 bulan tinggal dekat sini seperti bayang-bayang.

"Baik, kau boleh harapkan aku kak" balas Qawie.

"Beres, okey aku balik dulu, jangan lupa makan" Adara terus melambai tangan dan masuk kedalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience