Yusuf bersandar pada kusyen kereta bersebelahan Qawie yang sedang memandu.
"Sekarang boleh kau lepaskan aku?" Yusuf mengerling sekilas pada Qawie.
Qawie geleng.
"Not yet, aku tunggu arahan Hud untuk lepaskan kau, selagi Hud tak sedar, selagi tu kau dalam tangan aku, kau takkan dapat lari dari aku, faham?" Qawie kerling tajam.
Yusuf keluh, sungguh dia penat.
"Aku tak sanggup lagi, aku rela serah diri dekat polis, Dara dah tau semuanya, aku janji aku akan bagitau semua dekat polis" Yusuf cuba lagi.
Qawie tidak membalas dan mengambil sesuatu dari dalam dashboard lalu diberikan kepada Yusuf.
Yusuf ambil dan buka.
"Siapa makcik ni?" Yusuf melihat beberapa keping gambar wanita yang agak berusia itu.
"Husna, perempuan yang dah gugurkan kandungan Dara" balas Qawie masih fokus kepada pemanduan.
Yusuf memandang wajah itu dan mengamatinya.
"Jadi?"
"Senang kerja kau, cari dia dan bawa jumpa aku, aku tau Hud mesti akan cari perempuan ni walaupun dia tak suruh, jadi lebih baik kita bergerak lebih pantas kan? Mungkin kalau kerja kau clean, Hud akan kurangkan hukuman kau nanti" balas Qawie.
"Baik" Yusuf terus setuju.
Qawie menoleh sekejap ke arah Yusuf.
"Benda yang Hud suruh kau buat sebelum ni, kau dah dapat apa dia nak?"
Yusuf mengangguk.
"Dah, tapi aku nak bagi sendiri dekat Hud" balas Yusuf.
Qawie sengih.
...
"Dara nak jumpa Hud! Mana Hud!" Adara mengamuk.
Habis saja majlis Adara mula mengamuk apabila mengingatkan kata-kata Yusuf pagi tadi.
Babah cuba menenangkan Adara.
"Babah sendiri tak tau mana Hud pergi sayang, kita tunggu berita ya?"
Adara geleng, dia menangis.
"Dara nak Hud, tolonglah Babah, Dara berdosa dengan suami Dara, babah...tolong carikan Hud" Adara memeluk kaki Babah merayu.
Babah keluh berat dan duduk bercangkung di hadapan Adara.
Kepala Adara babah usap.
"Nedina tengah cuba call sepupu Hud, kita tunggu ya? Sabar ya sayang" Babah memujuk.
Nedina termundar mandir sambil menghubungi Qawie.
Mana mamat ni?
Selepas buat 10 missed call akhirnya panggilan Nedina dijawab oleh Qawie.
"Assalamualaikum Qawie, korang ni okey tak? Diam je, Dara dah mencari suami dia ni, Hud okay tak?" Nedina terus menerjah.
'Waalaikumsalam, sorry Ned, aku okay, tapi Hud-'
Nedina terkesima mendengar balasan Qawie sambil memandang Adara.
Nedina menutup telefon dan mendekati Adara dengan perlahan, mukanya serba salah.
"Hud okay kan?" Adara bertanya.
Nedina menyentuh lengan Adara.
"Hud excident, sekarang dia cedera parah dekat hospital, Qawie dah sediakan pesawat peribadi untuk kau terbang ke KL esok" ujar Nedina.
Adara tergagam.
"Ned...suami aku, aku nak jumpa dia sekarang, tolonglah"
...
Adara segera meluru ke dalam bilik rawatan VIP milik Hud.
Adara menekup mulutnya apabila melihat sekujur tubuh yang dia rindui sedang terbaring lemah.
Adara hampiri sisi katil dan melihat Hud dari jarak dekat.
Adara menangis perlahan, Adara memegang tangan Hud.
"Abang... Luna datang nak minta maaf, Luna berdosa dengan suami Luna, kenapa Abang dekat sini bukan dekat sisi Luna? Luna rindu Abang , rindu sangat..." Adara merintih.
Tangan Hud dia bawa ke tepi pipi dan mengusap.
"Abang sedarlah, jangan seksa Luna macam ni, Luna sakit ni Abang, Luna nak Abang jaga Luna..."
Adara memandang sepi Hud yang masih belum sedar.
"Hud dah tak sedar 3 hari, aku nak inform dekat kau, tapi, kau sendiri sakit, so, aku rasa baik aku rahsiakan dulu sampai kau keluar wad" Qawie muncul.
Adara angguk saja, faham.
"Aku dapat tau Yusuf pura-pura jadi Hud untuk ganggu kau? Betul ke?" Soal Qawie serius.
"Aku dah malas nak peduli hal Yusuf, biarlah polis sendiri cari dia, aku dah buat report, sekarang, aku nak tunggu Hud, macam mana dia boleh jadi macam ni?" Adara bertanya semula.
Qawie duduk di kerusi kosong.
"Aku taktau Dara, Hud hubungi aku and up panggilan terputus sebab aku dengar bunyi letupan, bila aku track je GPS, polis sampai, kereta Hud dah hangus, Hud pulak jatuh dalam gaung... Aku menyesal tak ikut dia haritu, sepatutnya-"
Adara mencelah.
"Tak ada guna menyesal sekarang, kita doa agar Hud sedar..." Adara sedikit tenang.
Qawie mengangguk.
"Aku akan cari semua orang yang dah susahkan hidup korang berdua"
Adara senyum nipis dan mengangguk.
Share this novel