CUA - 16

Romance Completed 81171

Majlis perkahwinan yang kian berlangsung itu Adara hanya melihat dari jauh.

       Shawl berwarna putih yang dipakainya bergerak ditiup angin kipas.

     Adara hanya berdiri disudut berselindung dengan tetamu yang hadir.

      Tangannya hanya memegang segelas air oren.

      Melihat kedua pengantin sudah bersanding buat dia mengeluh.

       Suffian dah jadi milik orang.

      Gelas berisi air oren dia letak di tempat asalnya.

      Adara membuka langkah untuk pergi apabila dia sudah menghadirkan diri ke majlis ini.

       Adara melihat kedua ibubapa Suffian.

     Mereka masih hidup dan sihat.

     Malah ceria menyambut tetamu.

      Adara bersalaman dengan mak Suffian sebelum keluar dari situ.

      Adara menoleh melihat pasangan yang sedang berbahagia di atas pelamin itu.

    Ya, dia perlu melepaskan Suffian.

      Adara berjalan hingga ke persimpangan jalan dan menghubungi Nedina.

      "Kau kat mana Ned? Dah sampai?" Adara melihat jalan raya yang agak lenggang itu.

      'sorry, Hud ambik kau tau, aku ada hal la' balas Nedina dihujung talian.

    Panggilan terus dimatikan tanpa biar Adara berkata lanjut.

     Ada sebuah kereta jenama BMW berwarna putih datang ke arah Adara yang sedang berdiri.

      Siapa? Adara cuba melihat siapa yang berhentikan kereta didepanya saat ini.

     Pintu kereta sebelah pemandu dibuka, maka keluarlah si empunya kereta.

       Adara cuba mengecam lelaki yang sedang tersenyum itu.

     "Hai Dara, saya Qawie ingat? Kawan Hud yang semalam tu?" Qawie tegur mesra.

     Adara memetik jari dan mengangguk.

      "Haah! Kenapa kau kat sini?" Adara bertanya.

      Qawie sengih, pintu sebelah penumpang bahagian belakang dibuka.

      "Masuklah, Hud yang arah saya jemput awak" Qawie memegang pintu kereta.

      "Hud arah kau? Amboi, bukan main dia nak mengarah kau, kau pun ikut jeee" Adara tetap masuk ke dalam kereta itu.
  
      Qawie tertawa dan menutup pintu.

    Qawie segera menggerakkan kereta meluncur laju.

      Adara bersandar dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.

      Qawie melihat muka Adara dan senyum nipis.

     "Lepaskan apa yang berlaku, In Shaa Allah nanti akan ada seseorang yang ikhlas cintakan awak" ujar Qawie tiba-tiba.

     Adara melihat Qawie dari pantulan cermin.

      "I hope so, Aku rasa aku dah malas nak bercinta lagi, aku dah buang masa dengan semua ni, aku patut dengar cakap orang sekeliling aku selamani..." Balas Adara sayu.

       Qawie angguk faham.

       "Awak sukakan Hud?" Soalan Qawie buat Adara ketawa.

      "Aku suka Hud? Puih, memang taklah, mamat tu setiap hari buat aku hangin je" Adara geleng kepala mengingatkan sikap Hud itu.

      Qawie tertawa kecil.

      "Hud tu dengan awak je dia macam tu, dengan orang lain main ketat je muka" ujar Qawie.

      "Kau dengan Hud kawan baik ke?" Soal Adara.

      Qawie geleng.

      "Kitaorang sepupu, saya rakan kerja merangkap setiausaha dia" balas Qawie.

     "Wait, setiausaha? Owner kedai cafe pun kena ada setiausaha ke?" Adara tergelak sinis.

      Qawie sedikit terkejut.

      "Awak tak kenal Hud?" Qawie pula bertanya bila dapat mengagak mereka tidak terlalu mengenali Hud.

      "Taknak kenal dia, yang aku tahu dia poyo" balas Adara sambil memejam mata.

      Qawie sengih.

      Kereta diparkir depan kedai cafe milik Hud.

       "Kita dah sampai, jom turun" Qawie mematikan enjin.

     Adara turut turun dari kereta dan berjalan dibelakang Qawie.

     "Bro" Qawie berjabat seketika dengan Hud.

     Hud melihat Adara.

      Melihat gadis itu memakai tudung berwarna putih bersama baju kurung moden berwarna biru muda itu membuat Hud menyembunyikan senyuman.

      Cantik...

     Sungguh jika Adara berpakaian sopan dan bertutup begini wajahnya akan makin berseri.

         "Kau pandang apa? Nak kena cucuk mata tu?!" Adara cekak pinggang.

     Hud terus menjulingkan matanya ke atas.

         "Kau ni, cakap baik-baik tak boleh? Nak minum apa?" Soal Hud.

     "Bagi jelah apa-apa" balas Adara duduk dikerusi bersama Qawie.

      Hud mengangguk dan berlalu.

Adara hanya melihat ke luar jalan raya dengan senyap.

Otaknya masih memikirkan Suffian.

Hud hanya perhati dari jauh sambil membuat kopi.

...

Adara bersandar pada kerusi panjang yang tersedia di depan tasik itu.

     Fikirannya perlukan sedikit ketenangan.

      Adara membetulkan shawl yang dipakainya yang meleret jatuh ke lengan.

     Akhirnya Adara memilih untuk bertudung sepenuhnya kini.

      Perlahan-lahan dia cuba memakainya atas dasar kesedaran dan cuba selamatkan sang ayah dari terus mendapat dosa kerana sikap seorang anak gadis sepertinya.

      Demi seorang ayah dia akan cuba berpakaian sopan dan patuh agama.

       Adara menenangkan fikiran sambil menutup mata menikmati sepoi angin yang menyapa wajahnya.

       Terasa ada seseorang yang duduk di sebelahnya.

     Adara membuka mata dan cuba melihat siapa yang menganggu ketenteraman nya saat ini.

       Melihat wajah yang tidak asing itu buat Adara tergagam.

     "Yu...Yusuf!"

     Yusuf dengan senyuman manisnya melambai mesra.

       "Did I late or terlepas something? Oh damn, finally I can see you wearing this hijab!" Yusuf bersuara teruja melihat penampilan baru dari Adara.

      Adara senyum malu.

    Yusuf Rizki, kawan lamanya di zaman kolej, namun sekejap saja sebab Yusuf kena berpindah ke luar negara lepas 5 bulan belajar di koleh iu.

        "Aku ingat kau dah lupa aku do matt lepas jumpa minah saleh kat sana, muka kau pun dah macam mat saleh" Tyara tertawa.

     Yusuf senyum kecil.

       "Minah saleh ka , Minah jawa ka, kau paling cantik dekat mata aku" sempat Yusuf bermadah kata hingga Adara tersipu.

       "Ish kau ni, bila balik?" Tyara melemparkan pandangan ke tengah tasik semula.

     Yusuf bersandar dan turut melihat ke tengah tasik.

       "Minggu lepas, and aku dapat tahu kau couple dengan tunang orang? Betul ke?" Yusuf memandang Adara.

     Adara mengeluh.

      "Aku sendiri tak tau dia dah ada tunang Yusuf... Dia game aku..." Balas Adara perlahan.

      Yusuf memandang sayu ke arah Adara.

      "And aku pasti yang kau tak tahu dia siapa..." Ujar Yusuf.

      "Apa maksud kau?" Adara kembali melihat Yusuf yang sudah mengeluarkan telefonnya.

     Lalu disuakan pada Adara.

     Adara ambil dan melihat.

      "Dia siapa?" Adara bertanya sambil memerhati lelaki skema dalam gambar itu.

      "Dia salah seorang mangsa pukul si Nuqman dulu, kau ingat?" Yusug bertanya semula.

      Adara cuba mengingati wajah ini, dan mula tersedar.

      "Jangan cakap dia Sufi?" Adara mula melopong mulut terkejut.

    Yusuf mengambil semula telefonnya dan mengangguk.

       "Yes lelaki tu adalah Suffian, and aku rasa dia sengaja dekatkan diri dengan kau sebab nak balas dendam, dia ada motif selama ni Dara..."

      Adara meraup mukanya dan mengeluh kesal.

      "Ya Allah... Kenapa aku tak perasan selama ni, jadi dia cuba balas dendam? Apa salah aku?" Adara berkata perlahan.

    Yusuf menepuk kecil bahu Adara.

      "It's not your fault, aku rasa kau patut bincang baik-baik dengan dia semula dan minta penjelasan dari dia" cadang Yusuf.

      Adara melihat Yusuf dan merasakan itu idea yang agak bernas.

     Entah apa tanggapan Suffian padanya selamani.

      Adara menjadi serba salah, mungkin kerana diri dia sendiri Suffian bertindak membalas dendam begini.

      "Thanks Yusuf sedarkan aku" senyum Adara.

     Yusuf angguk dan tersenyum mesra.

      "And kau pasti dah jumpa ex crush lama kau juga kan?" Teka Yusuf lagi.

      "Bro, aku tak tahu kewujudan dia lagi, entah mana dia, disebabkan dia aku keluar dari kolej tu" Adara mengepal tangan apabila teringatkan hal lama.

     Yusuf gelak.

        "Serius la? Bukan kau dah jumpa dia ke?" Tanya Yusuf lagi.

     "Tak la, bila aku jumpa dia, kalau aku jumpa dia lagi, memang aku bantai dia cukup-cukup!" Adara menumbuk telapak tangannya sendiri.

    Yusuf tertawa lucu melihat sikap Adara yang nampak comel di matanya.

byk scene kena potong hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience