Masuk saja sebelah kaki ke dalam ruangan lobi hotel barisan panjang kaki tangan pekerja terus menunduk 180 darjah ke bawah tanda menghormati.
"Tuan Alfa" Qawie Al-Qasar selaku assistent merangkap sepupu kepada Hud menegur.
Hud dengan wajah 'kering' menoleh ke arahnya yang sedang menyuakan sebuah file.
"Siapa yang buat hal dalam hotel aku?!" jerkah Hud ditengah lobi.
Semua diam menikus di tempat masing-masing.
"Imej hotel aku dah tercemar!" file tu Hud campak ke lantai, habis berselerak kertas-kertas didalamnya.
Hud dengan sikap panas barannya tidak dapat dipisahkan.
Qawie membuat isyarat agar mereka kutip kertas itu.
Dua orang pekerja menunduk kepala dan segara mengutip helaian kertas yang bertaburan dan diberikan semula kepada Qawie.
Qawie senyum berterima kasih , dia berdehem sebelum bersuara pada Hud.
"Rileks Alfa, aku dah dapatkan semua maklumat dua ekor kaki zina tu" ujarnya.
"jangan campak dulu, cuba relaks duduk dan baca baik-baik" sambung Qawie sambil memberikan semula fail itu.
Hud menjeling dan mengambil semula fail itu dari tangan Qawie.
Hud kemudian melihat kesemua pekerja yang masih diam tertunduk.
"Korang nak rukuk syukur apa? Dah blah pergi buat kerja" Hud segera menghalau mereka.
Mereka menunduk hormat sekali lagi dan gelabah ke posisi masing-masing.
Qawie geleng kepalda dan mengajak Hud duduk di sofa dahulu.
Hud menghenyak punggungnya ke atas sofa sambil membuka fail itu dan menyelak satu persatu.
Melihat sebaris nama itu buat Hud tersengih sinis.
"Gosh, kau sendiri bagi bukti tanpa aku terpaksa palsu kan kecurangan kau" Hud ketawa besar.
Beberapa orang pekerja dan Qawie memandang Hud dengan hairan.
"Kau pahal?" tanya Qawie dengan penuh hairan.
Hud meletakkan fail itu ke atas meja dan menepuk bangga bahu Qawie dengan senyuman lebar.
"Nice Qawie, aku extra gaji kau sebab maklumat ni penting untuk aku"
Qawie senyum kekok.
"apa maksud kau maklumat ni penting?" Qawie menarik fail itu ke arahnya dan membaca.
"Suffian Qailish, boyfriend Luna Adara..." Hud bersandar di kerusi sofa bersama senyuman.
Qawie kemudian dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran lelaki dihadapannya kini.
"Kau nak buat apa dekat mamat ni? bunuh dia ke?" Qawie mula bertanya, Hud bukan boleh dibuat main dengan otak gilanya.
Hud senyum jahat.
"Ini Hud Al-Falah, I never make my hand dirty for the shit person like he"
Qawie jeling menyampah.
"Ye ye, Hud AL-Falah, CEO Alfa's Hotel 5 star in Malay yang TERpaling suci kononya" Perli Qawie , kenal sangat dengan sepupunya yang otak psiko and over protective akan sesuatu yang dia sayang.
Hud gelak saja.
Qawie sajalah satu-satunya saudara sedarah yang paling dia percaya.
Keluarganya yang lain hanya dekatinya untuk harta peninggalan kedua arwah mama papa nya semata-mata.
Qawie sanggup ketepikan keluarga demi membantunya membangunkan hotel ini satu ketika dahulu dengan wang modal papa nya wasiatkan.
"Aku ada job untuk kau, ready for it?" Hud angkat kening dengan senyuman misteri.
Qawie turut tersenyum sinis mengerti maksud senyuman misteri milik Hud.
"Always bro"
Hud tergelak sinis sambil melihat matlumat dalam file itu.
"Suffian Qailish , Maya Wadina" sebut Hud perlahan.
Hud tersenyum membayangkan wajah Luna Adara yang bakal menjadi miliknya tidak lama lagi.
"Wait for me princess"
...
Adara termenung.
Jalan raya yang sibuk dia pandang sepi.
Sudah nak masuk 3 hari semenjak Suffian pulang ke Kuala Lumpur, Suffian terus menyepi.
Mesej yang dihantar juga dibiarkan dua tick tidak dibaca.
Panggilan?
Lagi lah.
Kalau nak dikira , mungkin dah beribu missed call Adara dah buat.
Langsung tidak di angkat.
Bila ke tempat kerjanya pula, kata Suffian sibuk.
Takkan sibuk sampai satu ayat pun tak boleh nak type?
Adara buka telefon dan cuba hubungi nya lagi.
Adara mengeluh.
Nedina yang sibuk menyusun gaun menoleh ke arah Adara yang bermuka muram.
"Kenapa? Sufi tak jawab juga?"
Adara angguk.
Adara terus bangun dari kerusi dan membantu Nedina memakaikan gaun di patung.
"Aku ada buat salah ke dekat dia sampai dia tiba-tiba ignore aku??" Adara mengeluh lagi.
"Mungkin dia ada hal mustahak yang buat dia tak sempat nak tengok fon?" Nedina cuba menyedapkan hati Adara.
Adara angkat bahu.
"Entah la Ned, apa hal mustahak sangat sampai tak sempat nak jawab call aku" pasrah.
Bunyi loceng yang terpasang dipintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk.
Kami berdua menoleh memandang kedua tubuh lelaki yang sedang memandang segenap ruangan butik.
"Biar aku pergi, kau buatlah" Adara meninggalkan Nedina bersama patung itu dan terus menuju ke arah kedua lelaki yang memakai pelitup muka itu.
"Selamat datang ke Butik Liona , ada apa yang boleh saya bantu encik berdua?" Adara bertanya penuh ramah.
Mereka berdua memandang sekeliling kedai sebelum bersuara balas.
"Cik Luna Adara ada?"
Adara toleh pandang Nedina dan memandang kedua lelaki itu semula dan menunjukkan diri sendiri.
"saya Luna Adara, kenapa ya?" Adara bertanya.
"Saya diminta oleh Tuan Suffian untuk bawa cik ke satu tempat"
Mata Adara bersinar saat mendengar nama itu.
"Suffian Qailish?" Soal Adara semula untuk memastikan dia tak salah dengar.
"Ye cik, boleh ikut kami sekarang?"
Adara angguk laju tanpa berfikir panjang, beg tangan dicapai.
Nedina menghalang Adara dan menarik Adara sedikit jauh dari kedua lelaki itu
"Senang betul kau nak ikut diorang? Entah penculik or perogol bersiri nanti tak ke naya?" Bisiknya.
Adara pegang bahu Nedina.
"Don't worry"
Nedina geleng dengan wajah gusar.
"Tak pelik ke? Sufi ignore kau and then tiba-tiba hantar orang untuk pick up kau?"
"Mungkin dia nak buat surprise? Dah lah jangan risau, aku keluar kejap ye"
Nedina muncung dan geleng.
"Jangan matikan fon eh" pesannya.
Adara senyum dan mengangguk.
"Ye, okeyy jom" Adara ajak kedua lelaki itu.
Nedina hanya menghantar pemergian Adara dengan ekor mata sahaja.
Nedina menjadi risau.
Share this novel