"Dia bagi jemputan kahwin dekat kau?"
Tersedak terus Nedina saat Adara menghulurkan kad kahwin Suffian.
Adara angguk dan berwajah bersahaja.
"Yes, lebih gila dia cakap nak aku kahwin dengan aku lepas settel majlis" sambung Adara membuat Nedina meneguk air kosong laju.
"See! Aku dah bagi warning dekat kau Dara yang Sufi tu something wrong!"
Adara mengeluh.
"I know...and disebabkan Sufi jugak haritu aku kasar dengan babah, Ya Allah... Berdosa nya aku" Adara meraup wajah kesal.
"Aku dah cakap jangan percayakan jantan tu" sampuk satu suara.
Kami berdua toleh melihat Hud bersama Qawie muncul berdiri di depan meja kami.
"Benda dah jadikan?" Adara jeling saja.
Sakit hati dekat Suffian belum habis dia menambahkan sakit hati dengan muka kerek dia.
Hud menjeling semula.
Kerusi plastik didepan Adara ditarik dan duduk di situ.
"Bang! Teh tarik dua eh!" Jerit Qawie lantang.
Pakcik mamak tu angguk dari jauh.
"Padan muka, lainkali dengar cakap babah , naluri seorang ayah tak pernah salah tahu?" Tambah Hud jengkel.
Adara malas nak layan , dan hirup air sirap limau perlahan.
"So kau dah tau yang dia dah kawin?"
Adara angguk .
"Dia bagitau tak cara dia kahwin?"
Adara merengus kasar.
"Dia kahwin guna tok kadi lah! Yang kau banyak cakap sangat apahal? Diam sudahlah , menyemak sungguh lah!" Bidas Adara geram.
Orang tengah panas hati dia boleh tanya soalan bodoh macam tu.
Qawie menahan tawa.
Hud dengan muka kerek tak dapat dipisahkan.
"Do I care? Tuhan bagi aku mulut untuk aku bercakap, so apa hak kau nak suruh aku diam? Aku ni as ABANG kau , aku patut nasihatkan kau yang degil ni!" Hujung rambut Adara dia tarik perlahan.
Adara berdecit dan menepis tangannya.
Muka Adara dah masam mencuka.
"Bila pulak kau jadi abang aku? Jangan perasan lah!"
Hud mengejek.
"Bukan abang tu , ni abang sayang" sampuk Qawie selamba.
Adara jeling lelaki yang disamping Hud itu tajam.
"Abang sayang? Puih boleh pergi mampus" kasar.
Qawie tercengang.
"Rileks Qwi , perempuan baru lepas kena curang memang macam ni, hormon perasaan dia tak stabil" Hud memerli.
Nedina mengemam bibir menahan senyum.
"Kepala otak kau! Kau ni menyakitkan hati jelah!" Rasa nak jerit je dekat muka poyo Hud.
"Harap muka je handsome! Tapi menyakitkan hati! Dasar biawak! Tempe!" Sambung Adara lagi melepaskan geram melihat sikap selamba Hud.
"Aku handsome eh? Terima kasih puji abang" Hud kenyit mata.
Adara buat muka mual.
Geli siak!
"Menyampah betul lah , jom Ned blah"
Nedina geleng.
"Kita datang mamak ni dengan diorang tau, how nak balik?" Soalnya.
Oh Adara lupa yang mereka berdua menumpang kereta lelaki poyo ni.
"Kau ingat kita duduk zaman apa hah? Call la grab, itupun payah ke?"
"Tak payah nak call call grab , kau duduk sini makan diam-diam, makan tak habis kalut nak balik kenapa? Membazir tahu? Ke tahu? Nak aku bagitau?" Sampuk Hud.
Adara yang berdiri terus berdiri ditepi Hud.
Tangan naik ke leher lelaki itu buat gaya nak cekik.
"Kau ni tak ingat kau ni manusia memang aku dah cekik kau sampai masuk ICU" geram!
Banyak cakap pulak mamat ni.
Hud ketawa.
Adara pandang.
Senyum pipit lelaki itu terserlah saat tertawa begitu, matanya pula sedikit tertutup bila senyum begini.
Adara tolak muka Hud kasar.
"Diam lah!"
Terus Hud berhenti gelak , muka garangnya ditayang semula.
"Main kasar eh kau?"
Adara cekak pinggang.
"Pahal? Aku nak balik , so kau dengan member kau duduk lah sini! Jom Ned!" Tangan Nedina dipegang oleh Adara.
Belum sempat Adara buat apa-apa terasa tangannya ditarik dan terduduk disebelah Hud.
Terlepas pegangannya pada tangan Nedina.
Hud angkat kening.
"Aku cakap duduk habiskan makanan end up baru aku hantar balik, jangan degil sangat boleh? Aku ikat kau dekat sini nanti duduk lah dengan mamak ni" ujarnya tegas.
Nak taknak Adara terpaksa duduk juga, sebelah Hud pulak tu!
Tangan Hud masih memegang tangannya.
Adara tarik semula.
"Kau ambil kesempatan kan?"
Hud mendekatkan wajah kepada Adara.
"Kenapa? Kau tak suka aku pegang kau ke?" Ujarnya bersuara gemersik, seram!
Adara meremang.
Adara menolak kepala Hud menjauh.
"Orang tengok!"
"Eleh, dengan Suffian berpeluk macam dah kahwin tak malu? Aku setakat tak perasan pegang tangan kau yang kasar macam buruh ni tak boleh pulak?" Amboi perli.
"Hey! Tangan aku ni lembut lah! Kasar apa nya!" Pantang betul!, susah susah Adara jaga kebajikan fizikal kini Hud nak hina tangan dia lak.
Hud ambil tangan Adara dan angkat.
"See! Kasar siot! Kalah tapak kasut aku!" Hud mencantumkan tangan besarnya pada tangan Adara.
Tangan Hud hangat.
"Amboi sejuk betul tangan kau eh? Suka latu?" Usiknya.
Nedina mencampak ketul ais kepada Hud.
Tangan Adara ditarik oleh Nedina.
"Kau jangan suka-suka pegang anak dara orang tanpa tau hukum halal haram Hud! Pantang betul la aku, tak rasa berdosa ke pegang tanpa berlapik macam tu? Aku yang tengok ni dah meremang semacam! Berdosa tau tak? BERDOSA! HARAM!" bebel Nedina.
Hud terdiam terus.
Adara senyum mengejek. She's my best friend tahu?
Qawie yang dari tadi diam hanya tersenyum lucu.
"Yelah maaf mama" balas Hud menunduk kepala.
"Sejak bila member aku jadi mak kau hanat?" Kepala Hud Adara tolak guna straw.
"Nanti dia jadi mak tir...." Lagi sekali seketul ais dilayangkan kepada Hud.
Mujur Hud elak.
"Kau jangan bukak mulut lagi Hud, kalau tak siap kau" ugut Nedina.
Hud angguk saja.
Qawie bantai gelak.
"Bro! Mana kau jumpa minah minah ni? Lain dari yang lain layanannya pada kau yang CE-" mulut Qawie ditekup oleh Hud.
Hud sengih.
"Dah habis makan? Jom balik ladies? Sehari suntuk aku tinggalkan cafe aku ni! Entah apa pekerja aku buat dekat cafe aku" ujar Hud gelabah.
"Ha jomlah , Kau yang melambatkan waktu tahu?"
Hud angguk, not RM50 dua keping diletakkan di atas meja.
Qawie dia heret.
Adar dengan Nedina saling berpandangan.
"Agaknya dua-dua mental rosak tak?" Nedina menyoal.
Adara angkat bahu.
bhaa, happy reading
Share this novel