"Hud minta maaf, Hud pasti ada yang dah bagitau pasal Hud dekat Babah, perangai Hud masa kolej, apa Hud buat dekat Adara dulu" Hud menunduk kesal.
"Hud buat semua tu sebab Hud ingat, dengan Hud buli Luna...Hud akan dapat lebih banyak perhatian dari Luna, rupanya Hud buat Luna bencikan Hud, hal kisah sebelum Luna berhenti kolej, sumpah Hud tak buat! Hud tak gila lagi nak tuang sampah dekat dia dengan penuh air busuk! Demi Allah Babah, bukan Hud, Hud tau Hud ni nakal buli anak babah! Tapi percayalah yang tu bukan Hud walaupun ada gosip yang kata tu Hud yang buat" Hud bersungguh-sungguh bersuara.
Babah diam masih memproses.
"Babah...Hud tau Babah mesti tak percayakan Hud, jadi Hud bawa dalang kes buli tu sekali dengan Hud" ujar Hud sambil memetik jari.
Qawie datang bersama seorang lelaki disebelahnya.
Babah melihat.
"Sufi?"
Suffian menunduk kepala serba salah.
"Pakcik..." Suffian menjadi serba salah.
Babah keliru.
"Sekarang kau sendiri bagitau yang kau buat Adara berhenti kolej dulu" Hud berkata tegas.
Suffian mengangguk.
"Sebenarnya..."
...
Suffian mengangguk kepada ketiga lelaki yang diupahnya.
Mereka bertiga menerima arahan dan segera menghalang Adara yang sedang berjalan sendirian ke kelas.
Adara termenggu-menggu melihat ketiga lelaki yang pelajar atas darinya.
"Maaf, boleh saya lalu?"
Mereka bertiga ketawa.
"Kau tau Hud dah pesan sesuatu dekat kitaorang masa dia tak ada dalam kolej ni" Salah seorang dari mereka bersuara.
Adara mengeluh.
"Cukuplah, saya penat kalau setiap masa dia nak ganggu saya! Pesan dekat 'boss' awak tu, supaya berhenti ganggu saya!" Adara menjadi tegas dan mula berjalan pergi.
Belum beberapa langkah kepala Adara sudah dipekup oleh satu tong berbau busuk.
Adara menjerit sekuat hati kegelian melihat ada air busuk dan beberapa sampah yang jatuh ke atasnya.
Orang sekeliling ketawa besar.
"Apa ni?!" Jerkah Adara mencampak tong sampah yang lengkap pepejal makanan dan sisa air kotor itu menjauh.
Adara rasa loya dan pantas berlari.
Busuk! Dia sendiri tidak tahan!
Huf! Nama tu akan dia pahat di hati supaya benci seumur hidup!
Suffian yang bersembunyi dan merekod segalanya itu tertawa jahat.
"Ini balasan kau bila kau rasa diri kau tu hot sangat! Hadiah terakhir dari aku!" Suffian berkata sinis sambil memuat naik video itu dilaman web rasmi kolej.
Seminggu Adara cuba bertahan dari perlian dan hinaan dari pelajar-pelajar disitu sebelum dia memilih untuk keluar saja dari kolej itu.
...
"Saya gunakan nama Hud untuk buat Adara bencikan Hud bukan saya, waktu tu saya ingat Adara upah orang pukul saya, rupanya..." Suffian kerling sekilas sebelum perasaan wajah ketat Hud memberi amaran.
"Rupanya Nuqman yang sengaja buli saya sebab saya dekat dengan Dara...saya minta maaf, Hud ba..baik sebenarnya" Teragak-agak Suffian mahu cakap BAIK tu, gatal lidah nak sebut Hud ni baik!
Babah terdiam , entah bagaimana dia harus bereaksi kini.
"Bantu Hud dapatkan Luna babah, Hud janji, Hud akan bahagiakan Luna" ujar Hud setelah lama mendiamkan diri.
Babah mengeluh.
"Babah dah cuba pujuk dia, tapi dia takmau, dia benci sangat dengan hang" balas Babah putus harapan.
Hud senyum.
"Hud ada cara Hud sendiri, Babah cuma ikut semua rancangan Hud"
here we come!
Share this novel