CUA - 41

Romance Completed 81171

Adara membuka mata perlahan-lahan.

     Bau ubat itu membuatnya berdecit.

       Adara melihat tangannya yang sudah dimasukkan jarum.

      "Babah?" Adara memanggil lemah pada babah yang menjadi penunggu di atas sofa dengan wajah penat.

       Babah terus laju ke arah Adara.

     "Dara dah sedar sayang?" Rambut Adara babah usap.

     Adara angguk lemah.

        Adara menyentuh perut dan mula teringatkan sesuatu.

      "Anak Dara, anak dara okey?" Adara menyoal.

     Babah senyum paksa sambil memberikan pandangan sayu.

     Tangan Adara babah capai dan pegang erat.

       Adara mengerti maksud pandangan babah itu membuat Adara terus terdiam.

     Sebak bertandang tanpa dipinta.

      Bibirnya terketar-ketar menahan sebak.

         "Maafkan bonda sayang... Bonda gagal jaga kamu" Adara terus menangis sambil mengusap perutnya yang sudah kosong.

          "Mungkin bonda banyak dosa dengan baba sebab tu Allah ambik awak dari bonda untuk buat bonda menyesal..." Adara merintih.

    Babah mengeratkan genggaman dengan wajah sayu.

        "Dara ibu yang tak gunakan babah?" Adara mula toleh pandang babah dengan mata yang merah.

     Babah geleng, air mata Adara yang mengalir babah usap.

      "Ini ujian untuk Dara dan Hud, Dara sabar, anak Dara mesti tengah tunggu Dara dekat syurga... Ya sayang?" Babah memujuk.

       Adara mengangguk.

     Tubuh babah Adara dakap erat sebelum melepaskan.

        "Hud mana?" Adara mencari-cari kelibat sang suami.

     "Babah akan cuba call dia lagi, telefon dia masih tak aktif... Sabar ya" babah mengusap belakang Adara.

        Adara hanya mengangguk.

...

      2 hari Adara terperap di hospital menunggu kehadiran Hud yang mungkin akan datang menjenguk .

      Namun ia hanya harapan kosong.

      Adara jadi terasa , Hud memang tak peduli kalau anak ni mati ke?

     Ke dia memang tunggu saat ni sebab dia tahu anak ni bukan anak dia , jadi sebab tu dia tak kesah?

      Sampai hati Hud.

      Adara melihat telefonnya lagi, mesej yang kali terakhir dia hantar masih dibiarkan sepi walaupun ada double tick.

     Sibuk sangat kah sampai langsung tak ada masa untuk tengok telefon?

      Tak berasa nak tanya khabar isteri sendiri?

     Dia baru nak mula terima Hud, tapi ini yang dia dapat?

    Diabaikan saat diri ini sakit?

      Saat Adara tengah terpikirkan Hud terus saja bunyi deringan itu menyentak lamunannya.

      Nama insan yang dia tunggu naik di skrin.

        Selepas dibiarkan berdering lama , Adara seret not hijau ke atas menjawab panggilan.

        'Assalamualakum bidadari abang' suara Hud ceria menyapa gegendang telinga.

       Adara diam menjawab salam dalam hati.

      'sayang?'

      "Kau pergi mana? Kenapa call aku or babah , kau tak pernah nak jawab?" Kasar Adara bertanya.

      'Maaf Abang sibuk sayang, Abang minta maaf, ni Abang dah on the way nak ke Kedah jumpa sayang' Hud membalas lembut.

     Adara merengus.

     "Baguslah, bini dah dua hari terperuk dalam hospital ni , suami baru nak datang, kalau Luna mati sekalipun mungkin Abang orang terakhir tengok jenazah Luna!" Bentak Adara kasar , tanpa dia sedar , dia menggunakan panggilan diri yang Hud nanti-nantikan.

       'Luna... Abang minta maaf, Abang janji, Abang akan sampai secepatnya dan jumpa Luna, okay sayang? Jangan marah Abang, Abang sayang Luna'

      "Ey! Malaslah Luna nak cakap dengan Abang! Biarlah Luna mati kat sini! Abang bukan kesah! Pergilah hidup dengan kerja Abang tu! Takyah hiraukan Luna!" Adara terus mematikan panggilan dan meletak kasar telefon ke tepi.

       Adara meraup wajahnya dan menangis sendirian.

      Perhatian Hud...

     Dia sedar, dia rindukan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience