"Babah suka yang ni lah!" Jerit Adara perlahan.
Roti Gardenia berperisa coklat kami saling rebut.
"Babah dah ubah selera! Dia suka jagung!" Hud pun taknak kalah.
"Aku anak kandung babah, aku tahu lah!" Akhirnya roti itu berada di tangan Adara .
"Kau anak kandung yang tak pandai nak balik kampung, aku ni every month balik sini, aku tahu la babah suka yang ni!" Roti Gardenia berperisa jagung Hud tunjuk depan muka cemberut Adara.
"Okey, kita balik tengok yang mana babah pilih" Dia mencabar.
"Kau nak main challenge macam ni? Budak-budak" Hud senyum sinis.
Adara berpeluk tubuh dan melihat Hud sinis.
"This is not childish, kau yang suka hati cakap babah tukar selera! So aku cuma nak pastikan babah masih suka yang ni!" Roti itu ditempek pada wajah kacaknya.
Hud berdengus.
"Amboi Dara, gaduh-gaduh manja dengan laki hang kat sini pulak noh?" Ada satu makcik dengan gelang emas penuh ditangan menegur kami berdua.
Hud lihat Adara jeling makcik tu.
Sah ni makcik bawang.
"Dia bukan laki saya makcik oi"
Makcik itu melihat Hud atas bawah.
Hud angkat kening , apahal?
"Dahtu makcik nampak dia keluar masuk rumah hang setiap hari, ha? Apa ceqita?" Amboihhhhh!
Adara cekak pinggang.
"Dia mai rumah saya sebab nak jumpak babah, yang makcik dok kalut sangat pasai pa? Nak canang ceqita apa lagi pasai saya?" Kasar sungguh bunyinya.
"Cukuplah dulu makcik dok canang , habaq kata babah saya cuqang(curang) ngan arwah mak saya sampai depa dua hampir nak ceqai beqai (cerai berai), makcik tau dak?! Sah la taktau! Qeja dia dok kalut sangat pasai oqang! Fitnah sini sana!" Bidas gadis ini kasar.
Wajah Makcik Onion tu dah merah, malu kot?
Hud sembunyikan senyuman melihat Adara yang tengah cekak pinggang dengan muka bengis, comel betul!
Rasa nak picit picit!
Adara menonong saja jalan tinggalkan Hud berdua dengan makcik onion ni tengah tengok dia macam nak telan.
Hud senyum manis.
"Lenkali , jangan dok kalut sangat nak jaga tepi kain orang, tu gelang emas makcik tu, jaga-jaga zaman sekarang bahaya" ujar Hud selamba.
Membara dah rasa makcik tu .
Ayyyaaaa , Hud mampu gelak dalam hati saja.
"Sekali ye pakcik" Hud meletakkan barang yang aku beli bersama barang Adara.
"Asing ja Pak Tam, tak yah kiqa sekali" balas Adara.
"Pakcik, kira sekali ye?" Hud lembutkan suara sambil mata dah jegil pada Adara.
"Tak payah , asing ja"
"Sekali"
"Asing!"
"Sekali!"
"Asing!"
Pak Tam dah mengeluh , tengah kami berdua tengah bergaduh mulut Pak Tam mengira semua dan masukkan ke dalam satu plastik.
"Dara oi! Tak baik melawan cakap suami, Hud, semua sekali dua puluh ringgit, tepat!" Pak Tam senyum pada ku.
Aku angguk dan menyuakan not RM20.
"Terima kasih pakcik" ucap Hud senyum kemenangan.
"Dia bukan suami Dara la pakcik! Eeyyy Ya Allah!! Dia ni lelaki penyibuk yang muncul dalam kamus hidup Dara! Dara tak inginlah nak bersuami kan lelaki macam mamat ni!" Kaki pendek Adara menghentak lantai.
"Apa salahnya, sesuai apa hampa dua ni, bagai pinang dibelah dua gitu" pandai Pak Tam bergurau.
Hud gelak.
"Bukan belah dua pakcik, belah empat ada lah, minah ni memang bukan bini saya pakcik, saya pun taknak dia jadi isteri saya pakcik, tengok lah perangai budak-budak macam ni tiada siapa nak layan" balas Hud selamba.
"Macam-macam la hampa dua ni, pakcik jual ya..." plastik itu disua.
"kami beli, terima kasih" Plastik bertukar tangan.
Kemudian kami berdua meminta pamit pergi.
Adara melanggar bahu Hud kasar.
"Apa masalah kau?" Soal Hud sambil mengusap bahunya.
Adara jeling.
"Diam ah kau biawak! Bising je!" Adara mengayuh basikal tinggalkan Hud.
"Oi!! Tunggulah!!" jerit Hud.
"Lantak!" Adara menjerit dari jauh.
Hud meletakkan plastik ke dalam raga motor dan cuba hidupkan motor EX5 milik babah itu.
Vroom! Vroom!
Hud senyum senget, gear dimasukkan.
Pedal minyak motor dipusingkan mengejar Adara.
Hud melintasi Adara dan memicit hon.
"piwit!! awek muka masyam! nak nombor boleh?" Hud bersiul nakal mengusik.
Adara menjeling tajam.
"eh eh, jual mahal, abang suka!" Hud mengusik lagi sambil membawa moto mengikut kelajuan Adara yang mengayuh.
"Eh diamlah hang! semak sungguh!!" Adara berkira mahu menendang Hud.
Hud yang melihat kakinya yang tidak sampai ketawa terbahak-bahak.
"pendek! Tata!" Hud pecut kedepan.
Adara mengecilkan mata memandang geram Hud yang sudah memecut laju ke depan.
"Eii! menyakitkan hati!"
Tambahan dialog and cut dialog, new version -edit-
Share this novel