Suffian mencelikkan matanya.
Akibat mata ditutup begitu lama dengan kain hitam dia terkebil-kebil membuka matanya.
Silau.
"Suffian Qailish?" Suara garau itu buat Suffian cuba melihatnya dengan jelas
Tanpa basa basi wajah Suffian disimbah air sejuk.
Suffian terus sedar sepenuhnya.
Tangannya diikat ke belakang kerusi, didepanya ada sebuah meja.
Suffian melihat lelaki yang sedang duduk dihadapannya dengan anak mata yang garang.
"Kau siapa? Kenapa aku ada dekat sini? Jangan cakap aku kena culik?" Suffian tertawa, lucu sinis.
Lelaki yang berpakaian lengkap formal itu bangun dari kerusi dan berdiri di tepi Suffian.
Kerusi terus ditendang hingga Suffian jatuh bersama kerusi itu, tangganya terhempap kasar.
Suffian menjerit sakit apabila kaki lelaki itu menekan kuat pada belakang kerusi sengaja mengepit tangan Suffian yang diikat dibelakang itu.
"Aku dah cakap dekat kau Suffian...jangan mainkan perasaan Luna!" pipinya dicengkam kuat oleh lelaki itu.
"Kau siapa hah? Kenapa kau tangkap aku!" Jerkah Suffian sambil cuba melepaskan wajahnya dari cengkam lelaki asing itu.
Lelaki yang menutup wajahnya menggunakan pelitup muka itu hanya memandang tajam pada Suffian dengan mata kelabuny.
Kepala Suffia ditolak kasar olehnya.
Lelaki itu kemudian meninggalkan Suffian yang masih terbaring dengan keadaan duduk di atas kerusi di atas lantai.
Kerusinya diangkat oleh seseorang.
Kerusi ditolak rapat ke meja, dadanya tersepit, sesak.
"Puas kau honeymoon dengan bini kau? Dah tunang tau-tau kena kawin segera terus tanpa tunggu majlis?" Ujar lelaki itu sambil mencampak beberapa gambar ke depan muka Suffian.
Suffian melihat semua itu dengan perasaan, terkejut beruk!
Tidak silap semua berita itu sudah berjaya dia tapis dari orang luar, bahkan keluarga mereka sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini.
"Mana kau tau?"
Lelaki itu hanya mengangkat kening.
"Apa motif kau jumpa Luna lepas kena tangkap basah dengan bini kau?" Dia bertanya lagi.
Suffian terdiam, dia hanya ingin berjumpa dengan Adara selepas terkantoi buat benda begitu.
"Macam mana kau kenal Dara?" Suffian menyoal pula.
Entah siapa identiti lelaki ini yang dapat tahu semua hal peribadinya .
"Aku tanya kau jawab je lah bangsat!" Kakinya ditendang dari bawah meja.
"Aduh"
Kasar betul.
"Aku takkan jawab selagi aku tak dapat jawapan aku lah! Kau siapa!" Marah Suffian semula, ingat aku tak baran ke?
Lelaki itu berdengus.
"Luna milik aku, hanya aku, kau faham? Aku akan buat kau menyesal seumur hidup Suffian! Kau akan merana!" Jerkah lelaki itu kuat.
Suffian kemudian tertawa, rasa lucu dengan kata-kata lelaki asing ini.
"Kau pasti? LUNA tetap akan pilih aku walau apa jadi sekali pun, cinta dia dekat aku melebihi siapa pun" ujar Suffian sinis.
"Walaupun kau kantoi dah kawin?"
Suffian angguk yakin, Luna Adara sudah seratus peratus jatuh cinta padanya .
"Mybe dia pun sanggup jadi bini kedua aku?" Suffian sengaja menguji tahap kesabaran lelaki gila ini.
Suffian lihat nafas lelaki itu naik turun laju, marah.
Lelaki itu terus mencengkam leher Suffian kuat.
Nafasnya terasa sesak, namun dia menahan , Suffian hanya memberikan senyuman sinis mencabar lelaki itu.
"Jangan kau berani! Aku akan pastikan Luna benci kau sepenuhnya!"
Tengah kena cekik pun Suffian masih gelak.
"Ak...aku, aku , ak...akan, pas..tikan... Dia... Tetap, pilih aku!" Suffian berkata dengan gagap, nafasnya tidak teratur.
Lelaki itu melepaskan pegangannya pada leher Suffian dan berdehem.
Terbatuk-batuk Suffian mencari nafas.
"Kau bencikan Luna sebab kononnya dia upah orang untuk pukul kau masa dekat kolej dulu kan?" Ujarnya tiba-tiba.
Suffian terkejut lalu terus melihat lelaki itu sedang menanggalkan pelitup wajahnya.
Dia tersenyum sinis.
"Kau, Hud! Jiran Adara!" Suffian berkata kuat, sungguh dia tidak menyangka ini.
Hud tergelak sinis , mask muka dia letak dalam poket seluar.
"Skema, selekeh, miskin, muka jamban, kau kan?"
suffian semakin jelas terkejut dengan kenyataan itu, macam mana dia tahu?
"Kau buat baju Luna kotor dengan air yang kau tumpahkan dekat baju dia dulu betul? And up ada orang datang pukul kau? Right?" Wajah sinis Hud tayang.
Terasa ikatan pada tangannya kini mula longgar dibuka oleh lelaki yang sedari dari tadi hanya diam memerhati.
Sebaik saja ikatan dilepaskan Suffian terus mencengkam kolar baju Hud.
"Mana kau tahu!"
Hud hanya senyum mengejek, Hud genggam kuat tangan kurus Suffian.
Dia mengaduh sakit.
Lemah.
"Kau glow up macam ni hanya untuk balas dendam dekat Luna Adara kan?" Sambung Hud lagi.
"Macam mana kau tahu sial!" Jerkahnya.
Hud berdecit, Hud garu telinga perlahan. Sumpah bingit.
Suffian dia tolak hingga tersandar semula ke kerusi.
"Aku tahu semua Sufi, aku ada dekat sana" Hud senyum penuh makna.
Dia berkerut, cuba mengingati wajah milik Hud.
"Kau...Falah! Anak arwah Tuan Suhaimi!" Ujarnya.
Hud tersengih dan mengangguk.
Dekat kolej siapa yang tidak kenal dengan arwah papanya?
Suhaimi Al-Fateh, peneraju utama Kolej dulu.
"Dah ingat aku siapa? Aku yakin kau pasti faham siapa dalang disebalik kes dulu if berkenaan dengan Luna Adara right?"
Hud tergelak sinis.
"Jadi selama ni aku sangka Adara sendiri gunakan Nuqman untuk pukul semua pelajar yang dia tak suka... rupanya kau-"
Hud angguk dengan muka sombong.
"Yes, semua atas arahan aku! Aku cuma nak Luna Adara selesa dekat situ! Bukan diganggu oleh manusia nerd , selekeh macam kau!"
"Gila..." Ujar Suffian perlahan.
"Yes aku gila, aku cuma gilakan Luna Adara, kau berani cuba rampas dia dari aku?"
Suffian senyum dan bersandar di kerusi.
"Aku agak mesti kau simpan banyak gambar dia kan? Orang gila macam kau obses macam kemaruk cinta! Psiko!" Ujar Suffian.
Hud angguk tidak menyangkal.
"Itu bukan cinta, itu obsession only Falah"
"Yes, I'm obsessed with Luna Adara only, Whoever wants to take her from me, he will die" Hud berkata selamba sambil memandang Suffian.
Suffian terdiam, dia tidak mampu mahu melawan kuasa Hud yang lagi tinggi darinya.
"Okey, bagi aku masa" Suffian berkata perlahan.
"Kau ingat aku ada masa nak berunding dengan kau?" Hud menjeling Suffian.
"You should have too if Kau nak Adara jadi milik kau, and masa tu biar dia buat keputusan sendiri, yang penting, gambar ni, kau jangan nak tunjuk pada sesiapa" balas Suffian sedikit tegas.
Hud berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju.
Share this novel