Hud mundar-mandir menunggu kedatangan Suffian di cafe nya.
Dah tiga hari sejak dia terlepas pandang mesej Suffian buat dia tak senang duduk.
Mesej terakhir berkenaan Suffian tahu dalang itu buat Hud menjadi tidak sabar untuk berjumpa Suffian.
Namun lepas mesej itu Suffian langsung tidak lagi hubunginya.
Hud duduk dan mengetuk meja tidak sabar.
"Boss rilek la, pahal gabra semacam?" Johan datang menegur sambil meletakkan secawan kopi ke atas meja Hud.
Hud jeling Johan tajam.
Johan sengih dan segera berundur memberi ruang kepada Hud untuk gabra sorang-sorang.
Panggilan yang masuk itu buat Hud segera menjawab.
Namun bukan suara dari lelaki yang dia tunggu.
'Hud! Kau datang lokasi aku bagi dekat kau sekarang! Emergency! Cepat!' Panggilan terus dimatikan.
Hud membuka mesej Qawie dan melihat gambar dan lokasi yang dihantar olehnya.
Hud terkejut besar.
Mayat Suffian?
....
Adara memandang sayu ke arah Maya yang sedang menangis teresak-esak disamping kubur Suffian yang masih merah.
Adara mendekati Maya dan menyentuh perlahan.
"Maya, tak elok menangis macam ni tepi kubur, jom kita duduk bawah bangsal dulu?" Ajak Adara.
Sedikit Adara juga terasa dengan pemergian lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini.
Maya tidak membantah dan mengangguk saja sambil mengikut langkah Adara duduk di bawah bangsal redup berhampiran kubur.
"Qhai dah tak ada Dara, suami I dah mati Dara" rintih Maya.
Adara sebak dan memeluk tubuh Maya.
"I tau Maya... I tak sempat nak minta maaf betul-betul dengan dia..."
Maya melepaskan pelukan dan menggeleng.
"Tak, Qhai setiap hari nak jumpa you nak minta maaf dah permainkan hati you, I tau apa yang pernah berlaku antara you dengan Qhai, malah I pun galakkan dia supaya balas dendam dengan you, tapi-" Maya menangis lagi sebelum menyambung katanya.
"Tapi Allah bagi karma dekat I dengan Qhai, kitaorang tertangkap basah masa Qhai tipu you yang dia outstation pada hari sepatutnya dia ikut you jumpa babah you, Aib kitaorang hampir tersebar, mujur ada yang bantu halang dari tersebar, dan orang tu suami you, Hud, Hud ugut nak sebarkan gambar-gambar khalwat kitaorang dekat you and family, tapi Qhai taknak kitaorang malu dan kitaorang percepatkan perkahwinan..."
Cerita Maya buat Adara terdiam, jadi Hud dah tau selama ni? Patutlah Hud beria kutuk hubungan Adara dan Suffian selamani.
"Apa-apapun I minta maaf bagi pihak arwah atas apa yang dia pernah buat dekat you selama ni, dan I sendiri tak terlepas dari bersubahat dengan arwah, kitaorang minta maaf sangat-sangat Dara, kitaorang banyak buat salah dekat you..." Maya memegang tangan Adara dengan muka ikhlas meminta maaf.
Adara senyum dan mengangguk.
"I maafkan, I pun nak minta maaf, sebabkan I Suffian bertindak macam ni... Benda dah jadi dan berlaku sekarang kita serahkan kepada Allah dan pihak polis untuk siasat kes Suffian, I tak terkata ada yang tergamak nak bunuh Sufi..." Adara mengeluh berat.
Polis jumpa mayat Suffian dalam gaung berhampiran GPS telefon Suffian.
Keadaan mayat Suffian juga agak mengerikan untuk dilihat.
Semoga siapa yang buat begini akan dikenakan hukuman setimpal.
..
"Kau menambahkan masalah Yusuf!"
Yusuf berdiri tegak saja apabila dia mendengar suara ayahnya sudah naik menyinga.
"Kau tau dengan tindakan kau ni boleh hancurkan syarikat aku! Aku cuma suruh kau kacau perempuan tu! Bukan pergi bunuh budak tu! Lembab! Menyusahkan!" Kepala Suffian ditunjal kasar.
"Sebab ni lah aku tak suka tengok muka kau!"
Yusuf biarkan saja dirinya diperlakukan kasar oleh ayahnya sendiri.
"Aku dapat detect, budak yang kau bunuh tu ada send email pada seseorang, kalau kau masih nak aku anggap kau anak aku, baik kau cari tau siapa orang tu, faham?!" Jerkahnya lagi.
"Baik daddy"
"Sekarang keluar! Kau balik sana semula! Jangan sampai tertangkap! Kalau tertangkap ingat apa aku pernah bagitau kau! Faham?" Kepala Yusuf dia usap kasar.
Yusuf mengangguk.
...
Jari itu membuka setiap fail yang diterima.
Mulutnya yang terlopong terkejut melihat itu tertutup dengan tangan.
Ini bukti yang amat kukuh.
Tapi kenapa email ni dihantarkan kepadanya?
"Dara..."
Tangan dikepal membentuk menjadi buku lima.
Bibirnya digigit menahan amarah.
Share this novel