Adara mengeluh berat apabila melihat tayar keretanya yang pancit.
"Aduh, kenapa waktu-waktu macam ni lah kau nak pancit?" Adara mengeluh, sudahlah dengan cuaca panas terik!
Adara membuka log panggilan dan menghubungi Nedina.
3 kali cubaan Nedina tetap tidak angkat panggilannya.
Adara mengeluh.
Jam ditangan dia pandang sekilas, lagi sejam nak masuk pukul 5.
Tadi Babah call cakap ada emergency.
Sebuah van warna hitam berhenti tepat dibelakang keretanya.
Adara berdiri tegak, kaku!
Melihat wajah bengis dua lelaki yang sedang berjalan ke arahnya membuat Adara takut.
Dia takut kalau kejadian kian berulang.
Adara memeluk beg tangannya erat dan mengeluarkan sebatang pen diacukan pada mereka.
"Jangan dekat! Kau siapa!" Jerit Adara sambil melangkah ke belakang.
Mereka berdua tersengih sinis.
"Kalau kau nak selamat, baik kau ikut kitaorang diam-diam dan jangan cuba buat apa-apa!" Gertak lelaki itu.
Adara geleng.
"Berani jalan setapak lagi saya akan jerit!" Ugut Adara tidak teragak-agak.
Entah kenapa lorong kedai itu harini sunyi semacam.
Tiba-tiba mulut Adara dipekup dari belakang, bau ubat yang kuat itu buat Adara lemah.
Perlahan-lahan tubuhnya mulai jatuh.
Lelaki itu mengangguk dan membawa Adara masuk ke dalam van.
Van hitam itu meluncur laju.
...
Adara membuka mata, cahaya itu membuat Adara silau.
"Kau dah sedar?" Suara itu menyapa Adara.
Adara bangun dari baring dan melihat wajah Nedina yang ada didepan mukanya.
"Aku kat mana?" Mata Adara melihat keadaan sekeliling.
Adara melihat dirinya, mujurlah lengkap berpakaian.
"Kejap! Tadi aku kena culik! Jangan cakap aku kena-"
Nedina menepuk tangan Adara dan geleng menidakkan sangkaannya.
"Kau kena bersiap sekarang!" Nedina menarik tangan Adara segera.
Mereka sudah tidak ada banyak waktu.
Adara yang ditarik itu dipakaikan gaun yang datangnya dari butik tempatnya kerja.
Adara masih tercengang apabila dia langsung tidak dibenarkan bercakap mahupun keluarkan sepatah pendapat.
Ada shooting emergency ka?
Memang dia kadang-kadang akan jadi model gaun baru butik, tapi kali ini kelihatan agak rushing.
Kesemua pekerja butik ada disini sedang menyiapkan diri Adara, wajah mereka tampak sangat serius.
Nedina dan Melur tidak terkecuali, mereka menyiapkan Adara pantas dan dengan keadaan senyap.
Suasana dalam bilik ini sangat dingin, bagai dikelilingi oleh aura negatif.
"Ned..." Adara mula bersuara.
Shup!
Mereka serentak memberi arahan untuk diam dan membiarkan saja mereka menyolek Adara.
Setelah hampir satu jam Adara menjadi patung mereka , akhirnya berakhir juga.
Adara melihat dirinya yang disiap dengan anggun.
"Our bride is done" Melur memberi sentuhan akhir dibibir mungil Adara.
"Kejap, bride? Apa maksud korang ni?" Adara melihat mereka yang menunduk agak serba salah selepas suasana dingin tadi.
Kini berubah sayu pula.
Nedina menghampiri, bahu Adara dia sentuh.
Nedina seperti sedang menahan sebak.
Sah! Ada benda tak kena.
"Kenapa korang macam ni? Apa maksud korang siapkan aku macam pengantin malam-malam ni?" Adara bertanya lagi apabila soalannya tadi dibiar sepi.
Nedina memberi isyarat agar mereka semua keluar dan memberikan ruang untuk Nedina berbual dengan Adara dari hati ke hati.
Apabila mereka hanya tinggal berdua, Nedina duduk disebelah Adara.
Tangan Adara dia capai, Nedina sebak.
Bibirnya menggeletar menahan tangis.
"Ada benda aku nak bagitau kau, lepas kau dengar apa aku nak cakap memang kau akan bencikan aku dan kitaorang, aku cuma nak kau tau, Aku sayang kau sangat Dara, sayang sangat" Ujar Nedina sambil menitiskan air mata.
Adara terkedu, hatinya berdebar untuk tahu apa sebenarnya akan terjadi.
"Sebenarnya..."
...
"Aku terima nikahnya Luna Adara binti Luhan Asyraf dengan mas kahwin sebanyak Lima Ribu Ringgit Tunai"
Dengan lafaz itu, Adara yang duduk di atas pelamin dengan wajah terpaksa beramah mesra menitiskan air mata.
Hatinya hancur apabila Hud menggunakan orang terdekatnya untuk buat rancangan gila ini.
Melihat Hud mula menghampiri ke arah Adara yang duduk di atas pelamin disamping Nedina , Adara sebak melihat wajah selamba Hud dengan penuh kebencian.
Kami berdua saling menyarungkan cincin.
Saat Hud mencium dahi Adara, Adara sempat berbisik.
"kau buat aku makin bencikan kau Hud, aku akan pastikan kau ceraikan aku"
Namun melepaskan ciuman didahi.
Mereka berdua saling melihat mata, setiap pandangan ada makna tersendiri.
Hud menarik senyum.
Kerlipan kamera tidak henti-henti merakam gambar detik 'bahagia' mereka berdua.
Hud mendekatkan wajahnya ditepi telinga Adara dan berbisik perlahan.
"What ever you do, I still can aceept and love you my princess, Luna Adara"
Share this novel