Tiga hari berturut-turut akan ada orang hantar kopi ke butik.
Bukan setakat kopi je, pelbagai aneka kek turut serta ada dalam box tu.
Meriah butik ni dengan santapan petang.
"Wah, macam biasa peminat setia Adara hantar kopi mahal dengan dessert" Julia Si tukang ambil delivery terus pandang Adara sambil tersengih-sengih.
Adara jeling.
Yang dia salute dekat Hud, bukan dia sorang ja dapat kopi dari cafe tempat dia kerja, semua staff dapat.
Hairan juga Adara.
Banyak pulak duit mamat ni nak belanja mewah macam ni.
Tak silap kek ni bukan dari cafe dia.
Secret recipe pulak tu.
Bukan satu dua jenis kek, berbeza-beza!
Yang Adara pasti semuanya mahal!
"Pahal Dara tak makan? Mahal ni" Melur menegur dengan mulut penuh.
Semberono jugak perangai bossnya.
Adara geleng.
"Tiga hari telan benda ni muak aku Melur" sumpah tak lalu beb.
Tambahan hadiah dari Hud , lagi mual.
Mereka bertiga ketawa.
"Ke nak boyfriend kau suapkan?" Julia mencuit bahu Adara.
"Aku takde boyfriend eh, ini entah siapa hantar pun aku tak tahu"
Nedina tertawa.
"Ye ye la taktau, tu boyfriend baru kau dah muncul?" Nedina menjuihkan bibir ke pintu utama.
Adara menoleh laju.
Hud dengan pakaian kasual tersenyum dan melambai tangan padanya.
"Ha go Dara, helok boyfriend kau tu"
Melur dia jeling.
"Aku keluar jap" Adara bangun.
Adara peluk tubuh dan memandang ke arah lain.
"Nak apa?" Bosan je suara aku.
"Nak kau" selamba.
"Aku dah cakap tarik balik niat kau nak kawin dengan aku Hud, aku taknak!" Tegas!
Hud menyuakan sesuatu.
Adara pandang.
"Mana kau dapat ni?" Adara terus ambil dari tangan Hud.
Hud angkat bahu.
"Aku jumpa dekat pasar raya"
Adara ketawa memerli.
"Elok-elok lah Hud, kereta aku dah sebulan masuk bengkel tahu?" Adara cekak pinggang.
Hud berdengus, kunci kereta dia rampas semula.
Butang on dia tekan.
Adara pandang kereta yang berbunyi tidak jauh itu.
Tercengang dibuatnya.
Terus dia meluru ke arah Myvi miliknya, yang buatnya terkejut, berkilat macam baru!
"Kereta siapa?"
"Kau lah princess, tengok nombor plat" arahnya.
Hud mendekati Adara.
Adara segera pandang nombor plat, sama!
Adara terus buka pintu kereta.
Seat pun masih belum terbuka plastik.
Adara geleng laju.
"No way, kereta aku buruk, ini bukan kereta aku"
Hud tertawa.
"Yes ini bukan kereta kau, kereta kau dah terus sangat rosaknya Luna, masuk banjir kan? Semput macam tunggu ajal right?" Hud bertanya.
"Then?" Pening dibuatnya.
"Aku belikan kau kereta baru, nombor plat kau still yang lama" balas Hud buat dia terkelu.
"Kau? Belikan kereta baru? Untuk aku?" Adara tergelak.
"No way! Kau kerja barista je! Kau merompak kan?!" Adara melemparkan fitnah selamba.
"This is your car, baru aku ambik dari kedai, reception pun ada dalam dashboard tu" ujarnya.
Adara terus selongkar dan mencari.
Bila dah jumpa dia terus belek-belek isi kertas itu.
Namanya terpampang tertulis sebagai pemilik kereta , dan penjamin adalah Hud dibayar secara tunai.
"Apa semua ni?"
Hud senyum.
"Present for you princess, aku tak sanggup nak tengok kereta kau asyik mati and rosak, daripada habis beribu nak repair baik beli baru terus kan? Lagipun kereta kau tu kereta second hand je kan?" Dengar macam berlagak.
"Mana kau dapat duit nak beli kereta ni cash?"
Hud senyum misteri.
"Kahwin dengan aku , kau akan tahu semuanya" balasnya.
"No! Aku taknak kereta ni, aku nak kereta aku! Entah kereta curi mana kau calas!" Bentak Adara.
Hud tergelak.
"Kereta kau? Aku dah suruh owner bengkel tu buang" selamba.
"Hud Al-Falah!" Jerit Adara geram.
Hud ketawa saja.
"Just accept the car Luna, nanti kau akan jadi isteri aku jugak" dia kenyit mata.
Adara hentak kaki geram.
"If you don't accept me in 3 days I will do more than this" Kepalanya yang dilitupi tudung dia usap perlahan.
"See you again princess" Hud bagi flying kiss sebelum berjalan pergi.
"Princess apa? Blah la!" Jerit Adara.
Adara kembali bercekak pinggang melihat kereta baru ini, makin aneh.
Siapa Hud sebenarnya?
...
Termenung seketika Adara melihat keretanya dah jadi 'arwah'.
"My boo!" Raung Adara didepan sisa keretanya yang sudah sepenuhnya remuk.
"Alah cik, kan suami cik dah belikan kereta baru?" Sampuk salah seorang daripada makenik kedai itu.
Adara menoleh laju dan jeling tajam.
Terus dia berdiri tegak melarikan anak mata .
"Suami? Sejak bila I ada suami?!" Marah Adara
Sah Hud ni yang memandai claim diri as suaminya!
Lepastu hancurkan kereta kesayangan Adara sampai hampir jadi debu!
Melampau!
Mujur ganti even kereta entah mana dia kebas!
"Tuan Alfa bukan suami cik ke?" Ujarnya gagap gagap saat menyedari wajahku dah merah macam tertelan cili.
"Bukan!" Balas Adara marah.
Tapi Adara terdiam seketika.
Tuan Alfa?
Siapa pulak Alfa ni?
"Wait, Tuan Alfa?" Adara kendurkan suara.
Lelaki itu menekup mulutnya saat menyedari sesuatu.
"Sorry saya keliru, Maksud saya Encik Hud" dia tersengih.
Adara mengecilkan mata.
Laju dia angkat tangan.
"Betul! Salah! Keliru banyak sangat customer dua tiga harini!" Gegabah member.
Adara jeling.
Adara seluk tangan ke dalam beg tangan, dompet dia keluarkan.
"Berapa last kos you guys baiki kereta I yang I masih belum bayar?" Soalnya.
"Tak perlu Cik, Encik Hud dah settel everything pasal baby boo Cik Dara..." Balasnya.
Adara jeling mata keatas.
"Seriously? Bukan sikit tau hutang I dekat kedai ni, beribu-ribu kot! I pun ambik masa nak bayar"
Dia sengih.
"Ye cik Dara, dalam satu hari dia selesai semua hutang Cik , langsai, and sekarang cik bebas dari Ammar Bengkel!" Dia menepuk tangan ceria.
Adara rasa nak hempuk je budak ni , seronok agaknya bila penghutang cantik macam dia ni dah langsai.
"And lagi satu..." Adara lihat lelaki itu menyeluk tangan ke dalam poket seluar nya dan mengeluarkan sehelai kertas.
Dia menyuakan pada Adara.
"Seperti encik Hud agak yang cik Dara mungkin akan terjah bengkel ni pada harini... Dia kirimkan saya untuk berikan surat ni pada Cik bila cik dah selesai tenung kereta lama cik" dia tersengih.
Adara geleng kepala.
Isi kertas itu dia buka dan baca.
' dah puas meraung princess? Kau tenunglah 'bangkai' kereta kau puas-puas sebelum jadi debu sepenuhnya princess, and sila datang ke Cafe aku lepas dapat surat ni ye, i'm waiting for you my beloved princess'
Adara mencebik.
Lelaki itu dan tersengih-sengih melihat Adara.
Adara berdehem.
"Dah, terima kasih atas servis selamani , cau lu" Adara tepuk bahu lelaki muda itu sebelum pergi.
Dia menabik pada Adara sambil ketawa.
Adara berjalan menuju ke arah kereta.
Agak hairan apabila dia melihat ada nota kecil yang tertampal di cermin kereta.
Adara menarik keluar nota itu.
Dengan tulisan warna merah Adara baca dengan mimik wajah geli.
Dia benci warna merah.
'Just wait a little bit Cinta, I will came to you'
Adara geleng lalu kertas itu dia ronyok dan campak ke dalam longkang.
Laju dia masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu.
Baru dia hendak mengundurkan kereta ada kereta asing tiba-tiba berhenti menghalang keretanya.
Adara bengang dan menekan hon.
Adara keluar dari kereta dan mengetuk cermin kereta.
"Oi! Blah la! Jangan block jalan orang boleh tak?!" Adara berkata tegas.
Cermin kereta diturunkan, lelaki dengan muka bengis itu hanya memandang tajam pada Adara.
"Apa pandang-pandang? Boleh tepikan kereta tak? Saya nak keluar"
Lelaki itu kemudian tersenyum sinis.
"Nak jumpa Hud kan?" Dia bertanya.
Adara mengangguk.
"Hud arahkan kami untuk jemput kau, boleh masuk" pintu kereta dibahagian belakang sudah terbuka.
Adara tidak percaya dan geleng.
"Saya ada kereta , saya akan pergi sendiri, jadi encik, sila ketepikan kereta anda" Adara cuha bersikap rasional.
Lelaki itu menarik senyuman misteri.
"Kau tiada pilihan, masuk!" Tangannya ditarik oleh seseorang.
Adara sedikit memberontak.
"Lepas! Tolong!" Sempat Adara menjerit.
Namun dia ditarik masuk ke dalam kereta dan pantas meninggalkan kawasan itu.
Mulutnya ditekup rapat.
Share this novel