CUA - 54 (end)

Romance Completed 81171

"Kau sihat?" Qawie menegur dahulu setelah kami berdua saling menyepi.

     Nedina hanya membalas dengan anggukan.

        "Baguslah..." Selepas itu mereka berdua kembali diam dan hanya memerhati kelibat anak-anak sedang bermain dengan gembira.

        "Aku dah kawin" ujar Qawie tiba-tiba.

     Nedina menoleh separa terkejut.

        "Serius?"

     Qawie mengangguk bersama senyuman bahagianya, sesuatu dikeluarkan.

      Dia suakan Nedina.

      Nedina automatik tersenyum melihat wajah gembira Qawie disamping wanita pilihannya.

       "Cantik, siapa nama dia?" Nedina memberikan semula gambar itu kepada Qawie.

     Qawie memang gambar itu dan menatap wajah sang isteri dalam sekeping gambar.

        "Bunga nama dia, aku jumpa dia dekat airport and guess what, dia cinta pertama aku, and dia pernah berkahwin and then dah bercerai dengan bekas suami dia, dia kerja bawah aku dekat England, how indahnya takdir..." Tersenyum-senyum Qawie menceritakan kisahnya walaupun singkat, mudah difahami.

    Nedina turut tersenyum.

          "Awak nampak happy, mesti awak bahagia dengan dia" teka Nedina.

     Qawie angguk.

       "Alhamdulillah, happy, kami sama-sama bahagia, aku doakan kau pun dapat jumpa kebahagiaan kau satu hari nanti" ujar Qawie ikhlas.

      Nedina hanya mampu tersenyum.

      Nedina kerling ke arah anaknya Lukman, nampak gembira.

        "Mana dia? Kenapa tak bawak sekali?"

       Qawie kemudian senyum sayu.

     "He's died 5 year's ago.., after one year we are married... excident" Sayu.

       Nedina terdiam.

       "Sorry" Nedina serba salah.

      "No, I'm glad to tell you about this, it will make me better, selamani aku cuma pendam dan tak tau nak cakap dengan siapa, Hud sendiri tak tau aku dah kawin, kami kawin dekat sana, bahagia, sedih duka bersama, dan dia tinggalkan aku, tapi aku redha , cinta aku dekat dia tak pernah mati" Qawie mengukir senyuman paksa .

      "Saya faham, memang susah kita nak lupakan orang yang kita cinta... Hanya doa yang mampu kita berikan sebagai tanda rindu kita padanya" balas Nedina.

       Mereka berdua saling berpandangan dan senyum nipis.

     Saling memahami perasaan yang menimpa dan berkongsi nasib yang sama.

...

     "Abang..." Merdu suara sang isteri menegur.

     Hud yang sedang berdiri di balkoni menoleh memandang ke arah Adara yang berada dibelakangnya.

     Hud menarik Adara mendekatinya secara berhati-hati.

     Hud meletakkan Adara didepanya.

     Dia memeluk tubuh Adara dari belakang.

         Hud melabuhkan dagunya ke atas bahu kanan Adara.

       "I miss you" Hud mencium pipi Adara.

       Adara tergelak.

      "Luna keluar tidurkan anak-anak tak sampai sejam tahu?" Dia jeling suaminya manja.

      "Bagi abang, seminit tu bagaikan sejam, sejam pula bagai satu hari, satu hari pulak bagaikan seminggu, then seminggu bagaikan setahun dan setahun-" Adara menekul mulut Hud.

       "What's ever lah abang, now Luna dah ada depan abang kan?" Sebelum Hud sambung baik dia buat Hud diam.

       "Yup, but i still miss you, everytime" ujar Hud penuh nada romantik, dia benamkan wajah di batang leher Adara.

      Adara tersenyum gembira, Adara memegang tangan sasa Hud yang berada di perutnya.

      "I'm happy, happy being your wife, abang tak pernah biarkan Luna sendirian, abang selalu ada dengan Luna, abang bagaikan malaikat pelindung bagi Luna, tanpa abang entah apa jadi pada Luna sekarang, orang yang buat Luna trauma sudah tak ada, tak mungkin wujud lagi, Luna harap abang sentiasa ada dengan Luna..." Adara tiba-tiba meluah.

     Hud tersenyum manis.

        "Abang akan sentiasa ada dengan Luna, abang akan cinta dan sayangkan Luna sampai akhir hayat abang, maafkan abang atas semua salah abang selama tempoh perkenalan kita, I love you so much, much, much, love" Hud membalas.

         "Abang tak ada salah, apa pun abang buat, Luna tetap maafkan abang, Abang syurga Luna, cinta untuk Luna Adara" Adara memusingkan badan dan memeluk Hud dari depan.

        "I love you abang, terima kasih sudi cintakan Luna yang tak sempurna" luahnya dalam pelukan.

    Hud mengeratkan pelukan.

         "Terima kasih jadi isteri dan bonda kepada anak-anak kita, and terima kasih sudi terima baik buruk abang"Hud mengucup dahi licin Adara lama.

     Mereka berpelukan di bawah sinaran bulan yang menjadi saksi luahan cinta dan kasih nereka.

       Semoga Allah menjaga segala aib mereka.

       Semoga segala doa dan taubat yang dia tunduk kepada Sang Pencipta diterima dan diredhai.

        Semoga hubungan mereka dijaga dan dilindungi Allah hingga ke syurga, Aamiin.

       Perjalanan Cinta Untuk Adara tak seindah yang kita bayangkan, doakan semoga kami sentiasa bersama dan berkekalan hingga ke syurga.

                  -THE END OF CUA-

      

note from author:

Hai assalamualaikum readers semua, Alhamdulillah saya nak ucapkan seratus ribuan terima kasih kepada kamu yang sudi baca dari chapter awal sampai akhir, terima kasih sangat-sangat [love] walaupun saya rasa agak annoying and agak mengarut jalan ceritanya, awak tetap baca tu yang saya terharu [SOB SOB]

      Saya sedikit sedih ye nak tamatkan kisah ni , tapi saya happy sebab brjaya tulis sampai habis, selalu saya tulis separuh jalan je lepastu unpublished tauuu [Say congrat for meee HUAA] jk.

      Semoga apa yang saya tulis ni ada terselit sikit sebanyak pengajarannya, ambil yang baik untuk dijadikan tauladan dan segala yang buruk attitude watak ciptaan saya sila buang, campak jauh-jauh , mohon jangan ikut, sangat-sangat tak baik ye.

     Okey, semoga kita berjumpa di next my project, doakan saya ada banyak idea.

     Dipersilakan untuk follow saya di novelplus mahupun di Instagram untuk dapatkan segala notification and update terbaru!

     Sekian, salam sayang dan kasih from saya Honeypea , bye semua Assalamualaikum  ^ _>  .

(Thank you untuk yang re-read cerita ni, Saranghaeee)

  

[Cinta Untuk Adara kini melabuhkan tirainya, semoga semua terima ending seadanya]

okey done edit utk new version, terima kasih kepada yang sudi baca semula CUA, selamat berpuasa untuk semua dari HUD AL-FALAH DAN LUNA ADARA. (4/4)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience