Pintu rumah diketuk kuat.
Adara yang sendirian di rumah tersentak dengan bunyi ketukan pintu itu.
Dengan tiada ucapan salam buat Adara takut.
Dia datang ke?
Jantungnya berdegup kencang.
"si...siapa?!" Adara menjerit dari dalam.
"Ni babah! Dara! buka pintu sayang!" Ketukan dan balasan buat Adara mengeluh lega.
Adara turun dari sofa dan membuka pintu rumah.
Babah dengan muka sebak terus memeluk erat Adara didepan pintu rumah.
Serta merta air mata Adara mengalir saat mendapat pelukan dari Babah.
"Maafkan babah, maafkan babah" berulangkali Babah berkata begitu.
Adara mengeratkan pelukan, esakannya makin kuat di dalam pelukan Babah.
"Dara mesti takut...Babah ada untuk Dara, Dara jangan takut lagi, Babah akan jaga Dara" Babah menepuk belakang Adara.
"Dara kotor..."
Babah menggeleng, pelukan dilepaskan, Babah mengesat air mata yang mengalir di pipi Adara.
Wajah kecil anaknya dipegang dan ditatap penuh sayu.
"Dara bersih di mata Babah, Dara bidadari kecil Babah, Dara tanggungjawab Babah, jangan sesekali cakap Dara kotor, yang kotor jantan jahanam tu! berani dia sentuh anak Babah!" Babah mula mengepal tangan geram.
Adara mengangguk dan kembali memeluk Babah, sungguh dia perlukan seorang ayah saat ini.
Matanya menangkap susuk lain yang memerhati dari luar.
Adara melepaskan pelukan dan menuju ke arah lelaki paling dia benci ini.
"Kau! pergi! pergi!" Tubuh Hud dia tolak kasar.
Hud hanya mampu diam dan mengeraskan badan.
Babah segera menghampiri Adara dan memegangnya erat membawa masuk kedalam rumah.
Babah menjemput Hud masuk.
"Jangan kau berani jejak kaki dalam rumah aku! aku benci tengok muka kau!" Jerit Adara memberontak kecil dalam pegangan Babah.
"Dara...Sabar bukan Hud yang buat Dara macam ni, Dara tak boleh asal main tuduh" Babah bersuara lembut.
Adara membentak.
"Dia sendiri bagitau Dara yang dia akan buat lebih dari sebelum ni untuk dapatkan Dara kalau Dara masih tolak lamaran dia!" Adara menolak bahu Hud yang berdiri dekat dengannya.
Hud menunduk memandang lantai, dia kelu tidak tahu mahu cakap apa lagi.
Adara sudah seratus peratus menganggap Hud adalah pelakunya.
Kebencian Adara terhadapnya buat dia terkelu.
"Tapi Babah percaya bukan Hud yang buat semua ni" ujar Babah.
Adara menjadi marah, Babah dia tolak dari terus memeluknya.
"Babah percaya sangat dengan anak angkat babah yang konon baik ni! kalau bukan dia kenapa dia buat benda terkutuk tu pada Dara dalam hotel dia sendiri! lepastu tulis surat nak bertanggungjawab! sampai mati pun Dara akan anggap dia lah perogol Dara!" Lantang Adara bersuara.
Hud melihat Adara.
"Bukan aku Dara...percayalah, aku ikhlas nak kawin dengan kau, kalau aku berniat buruk dengan kau, dah lama aku paksa kau Dara, tapi aku cuba dapatkan hati kau..." Hud berusaha memujuk Adara.
Adara hanya senyum sinis, sedikit pun dia tak percaya dengan kata-kata Hud.
Adara merenung dingin wajah Hud dan merengus.
Adara meninggalkan kedua lelaki itu kemudian masuk kedalam bilik.
Pintu dihempas memberontak.
"Macam mana Hud? masih dengan rancangan kamu tu?" Babah memandang Hud yang berwajah sugul itu.
Hud senyum dan mengangguk.
"Masih Babah, Hud tetap akan kahwin dengan Dara, Dara nak atau tak, Hud tak peduli, asalkan Dara sentiasa ada dalam pandangan Hud, kita tak tau apa langkah lelaki tu lepas ni" Hud duduk di sofa sebelah Babah.
Babah mengangguk dan menepuk paha Hud.
"Babah akan percayakan Hud" ujar Babah.
Hud senyum nipis.
...
"Dara..." Nedina menyuakan sebekas air yang baru dibelinya sebentar tadi pada Adara yang sedang duduk termenung sendirian.
Adara menoleh dan senyum kecil.
Air itu bertukar tangan.
Nedina duduk bersimpuh disebelah Adara diatas pasir pantai.
Adara menghirup perlahan air itu.
"Rasa okey sikit?" Nedina bertanya prihatin.
"Alhamdulillah, hampir sebulan aku terperup menangis Ned...Aku buntu , kecewa , marah , semuanya bercampur baur..." luah Adara.
Nedina memeluk bahu Adara.
"Aku ada untuk kau Dara, sentiasa ada..." Nedina membalas sambil mengusap bahu Adara.
Adara senyum sebak.
Bersyukur Allah hadirkan sahabat yang setia ada disisinya dalam semua situasi luka bahagia bersama.
Nedina sahabat paling berharga bagi Adara.
Cukuplah satu sahabat yang baik , bersahabat tidak perlukan ramai kawan.
"Terima kasih Ned, kau sentiasa ada untuk aku" Adara melentok kepala ke atas bahu Nedina.
Nedina senyum manis.
"Ned? Dara?" satu suara menegur.
Mereka berdua yang sedang berpelukan persahabatan itu menoleh.
"yusuf?" Nedina terkejut melihat Yusuf yang tiba-tiba boleh muncul disini.
"hai, tak sangka boleh terjumpa dekat sini, apa khabar?" Yusuf bertanya sopan.
"Alhamdulillah" Adara dan Nedina menjawab serentak.
Yusuf melihat wajah Adara yang sedikit cengkung dan kusam itu.
"kau okey Dara? kenapa kau nampak kusam je? macam tak bersemangat je, kau okey tak?" yusuf mula bertanya.
Adara senyum nipis dan mengangguk sahaja.
"Dia okey , cuma ada masalah sikit sejak dua menjak ni... so Dara perlukan rehat dan ketenangan" Nedina menjawab untuk pihak Adara.
Adara hanya mengangguk setuju dengan balasan Nedina.
Yusuf angguk faham.
"kau muka macam ni pun still cantik...bertuah siapa dapat kau" ujar Yusuf tiba-tiba.
Adara terdiam.
'kau cantik princess walaupun macam ni...bertuah siapa dapat kau, tapi aku dapat dulu' memorinya kembali , suara asing itu bermain dalam minda Adara.
"aku pergi dulu" Yusuf melambai kecil kemudian berlalu pergi.
Adara perhati langkah Yusuf.
Bahunya disentuh perlahan.
"kau okey?" Nedina bertanya prihatin .
Adara mengangguk.
Kata-kata dari suara yang agak tidak asing itu kerap bermain dalam kepalanya.
tq reader's
Share this novel