CUA - 30

Romance Completed 80488

Adara berdiri dibalkoni dan menarik nafas panjang.

     Dia kini di biarkan berehat sekejap selepas majlis akad nikah, lepas sejam kena bersiap untuk majlis sanding pula.

     Sungguh merimaskan bila sentiasa kena berdiri setiap masa ditepi lelaki yang dia benci.

       Selendang yang dipakai Adara ditarik dan dicampak ke dalam bilik.

     Rambutnya yang panjang mengurai dia tarik dan biarkan disapa angin malam.

       Adara tersentak apabila merasa ada tangan yang sedang memeluknya dari belakang.

      "What are you doing here?" Hud bertanya dengan suara berbisik tepi telinga Adara.

     Adara memegang tangan Hud yang melingkar dipinggannya dan menolak kasar.

     Hud dengan senang biarkan saja Adara begitu.

     Adara melihat Hud tajam.

      "Kau yang rancangan semua ni dan libatkan semua orang?" tanya Adara.

     Hud menyilang tangan ke dada dengan bersandar di slinding door.

     Hud mengangguk dengan senyuman tenang.

      "Kalau ikutkan, harini tarikh nikah kita Luna, so Abang terpaksa buat macam ni untuk tunaikan janji Abang pada Babah" balas Hud bersahaja.

        Adara berdiri di depan Hud, ketinggian mereka amat berbeza.

      "Jangan ingat aku akan terima kau Hud! Dengan paksa aku kawin? Oh please, kau mungkin dapat kahwin dengan jasad aku, hati aku? Jangan harap kau dapat!" Adara menekan jarinya pada dada Hud sebelum dia merempus kasar bahu Hud untuk masuk ke dalam.

       Hud hanya tertawa kecil.

    Marah pun comel.

...

       Sekali lagi mereka berdua bersanding untuk kali kedua dengan pakaian berwarna biru lembut sedondon.

       Adara dan Hud duduk bersama di atas pelamin sambil melayan tetamu yang naik ke atas pelamin untuk bergambar dan ucapan tahniah.

       Adara hanya menunggu kelibat yang dinanti-nantikan dari tadi, muka Babah langsung dia tak nampak lepas akad nikah.

       "Awak cari siapa?" Hud berbisik.

     "Babah" balas Adara matanya masih melilau mencari keberadaan Babah.

         Hud senyum, tangan Adara dia pegang.

     Hud berdiri dan mengajak Adara untuk turun dari pelamin bersama memandangkan tiada lagi tetamu yang ingin berjumpa raja sehari.

     Adara mulakan mengeraskan badan, melihat pandangan aneh dari tetamu Adara ikut juga langkah Hud.

     Hud mencantumkan tangan besarnya pada tangan Adara dan membawa ke arah Babah yang sedang duduk berbual bersama beberapa orang tetamu.

     "Babah!" Adara menarik tangannya dari Hud dan segera memeluk tubuh Babah.

     Babah tergelak dan membalas pelukan Adara, belakang Adara ditepuk perlahan.

        "Selamat pengantin baru anak Babah, jadi isteri yang solehah" pesan Babah perlahan saat berpelukan.

    Adara melepaskan pelukan.

     "Sampai hati Babah berkomplot dengan Hud demi hancurkan masa depan Dara" ujar Adara perlahan, cukup mereka berdua saja dengar.

     "Nanti kita bincang, now Dara jaga adab dulu, jaga air muka Hud sebagai suami, hormat dia" Babah bantu mengemaskan tudung yang pakainya.

      Adara tidak menjawab mahupun mengangguk.

       "Jom, kita jumpa orang yang paling teringin nak jumpa Luna" Hud kemudian membawa Adara ke arah lelaki yang hanya duduk dengan beriak wajah tegang.

       "Uncle? Kenalkan, isteri Hud, Luna Adara" Hud menyapa lelaki yang dipanggilnya pakcik itu.

      Lelaki berusia itu menoleh, senyum sinis dia berikan pada Adara, Adara dia tilik.

    Hud menolak Adara agar berdiri dibelakangnya.

        "Thanks for coming uncle, ingatkan dah taknak jejak kaki ke tanah air sendiri" Hud memerli dengan muka mesra.

     Lelaki itu hanya tertawa kecil dan cuba bersikap mesra juga, rata-rata kamera sedang menangkap gambar mereka saat ini.

     Hud berjabat tangan dengan Tuah Shaidi, dia sempat berbisik perlahan.

      "Kau jaga anak kau baik-baik kalau taknak dia mati dalam tangan aku..." Hud senyum manis selepas berbisik dan melepaskan pelukan konon bermesra dengan keluarga sendiri.

     Wajah Tuan Shaidi menjadi tegang.

     Tuan Shaidi mengerti maksud Hud .

      "Kau dah tau"

     Hud senyum dan ketawa dibuat-buat mesra.

       "Terima kasih sudi hadir, Hud nak sapa yang lain" ujar Hud kemudian pergi ke arah lain.

     Tuan Shaidi hanya tertawa sinis melihat Hud yang pergi bersama Adara disisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience