Jendela kayu itu dibuka dengan penuh gaya.
Rambut yang panjang paras pinggang diikat ke belakang.
"Selamat pagi dunia!!!" Jerit Adara sekuat hati.
"Oi anak dara!" Babah yang berada dibawah terus menegur.
"Pagi apa nya! Matahari dah terpacak atas kepala! Bertuah punya anak! Nedina yang dah keluar balik rumah dia subuh tadi , dah mai balik siap bawak mangkuk bertingkat isi nasik lemak untuk babah! Yang anak dara aku sorang ni , tak qeti qeti nak bangun lagi!" Bebel babah sambil menyiram pokok bunga.
Adara sengih melihat babah yang sedang membebel.
Melihat pokok bunga yang arwah mamanya tanam dahulu masih segar dan hidup elok.
"Alah babah! Tengah ABC lah seronok tido!" Balas Adara, lalu duduk di sisi birai tingkap.
Maklumlah rumah babah ni, rumah kayu moden.
"Jangan nak seronok sangat! Meh sini tolong babah siram pokok! Babah baru balik dari Kedai ni tak dan nak siram!"
Adara angguk.
Matanya melihat ke bawah.
Agak-agak kalau lompat dari tingkap apa jadi ek?
Adara memanjat naik sepenuhnya ke atas tingkap kayu itu.
"Babah babah!" suaranya lantang memanggil babah.
"Iye?" Babah tidak memandang ke arahnya.
"Kalau Dara lompat boleh?" Soal Adara buat babah terus menoleh.
Terlihat anak daranya sedang duduk dijendela macam beruk!
"Astaghfirullahalazim! hoi anak dara! turun!" Babah dah cekak pinggang.
Babah terus mencampak paip yang dipegang dan pecut ingin menyambut anak daranya yang sudah bersedia terjun.
Adara dengan penuh semangat terus terjun dan jatuh dalam dakapan babah.
Adara ketawa suka.
"Nice! Babah masih kuat!" Adara picit otot Babah.
Babah menurunkan Adara dan memulas telinganya dengan gigi di ketap, geram!
"Mujuq babah kuat tau dak? Kalau dah babah ni dah arwah kena hempap hang! Harap badan kecik! Lemak bukan main!" Kutuk babah.
Tubuh babah dia peluk erat.
"Of course la babah Dara ni kuat, baru 46 kan?"
Babah gelak.
"Pandai lah hang!" Hidungnya dicuit manja oleh babah.
"Babah sihat?" Soal Adara yang masih dalam pelukan babah.
"Alhamdulillah" babah mengusap manja kepalanya.
"Ehem?" Ada suara gurau yang tiba-tiba muncul.
Adara melepaskan pelukan dan menoleh.
Lelaki ni?
Apa dia buat dekat sini?!
"Oh ya Adara, Ni Hud" ujar babah.
"Macam mana babah kenal dia?" Adara pandang wajah babah.
"Ingat dak pasai lelaki yang tolong babah excident dulu? Dia lah yang tiba-tiba muncui tolong babah tu" balas babah ceria.
Adara jadi teringat cerita yang sudah 5 bulan berlalu.
"Apa kau buat dekat sini?" Soalnya pada Hud.
Hud langsung tidak menunjukkan riak dia terkejut melihat kewujudan Adara disini.
Wajahnya hanya berlagak biasa.
"Aku balik nak jumpa babah, salah ke?" Soalnya selamba .
"Babah, ni Hud dah beli bahan mentah" Hud tersenyum manis pada babah.
Babah mengangguk.
"Dara kenai ka dengan Hud?" Soal babah .
Adara jeling.
"Mamat ni lah yang Dara cerita tu babah, mamat yang selalu sakitkan Dara tu"
Babah hanya mengangguk saja dengan wajah biasa.
"Ohhhh, dia ka? Alah gaduh-gaduh manja ja tu , lama-lama okey la ,kan Hud?"
Hud mengangguk setuju. Eh?
Babah kemudian mengajak Hud masuk kedalam.
"eh, aku? babah tinggal macam tu je?" Adara bentak kecil.
Ayy, dalam call setiap kali dia bercerita kegiatan nakal Ud mengusiknya pasti babah ugut nak belasah.
Ini apa dah jadi?
Hud aku tarik.
"Dara nak cakap dengan Hud" Tangan Hud ditarik menjauh dari kawasan rumah.
"Apa kau ni? Aku nak tolong babah lah" Hud bersuara malas.
"Kau stalk aku kan?" Adara bercekak pinggang.
Hud mengeluh.
"Buang masa aku nak stalk kau, aku kebetulan ada cuti, aku datang lah sini buat hilang tekanan , salah ke?" Soalnya.
Adara menyilangkan tangan ke dada dengan muka jengkel.
"Yes salah! Ini rumah bapak aku, bukan bapak kau! Kau balik lah rumah mak bapak kau!" Ujarnya kasar.
Hud terdiam.
"Aku tak ada sesiapa Luna, parents aku dah lama meninggal..." Hud membalas perlahan.
Aku terkelu mendengar ayat itu.
"Maaf Luna, aku cuma nak tumpang rasa ada bapak macam kau je, babah baik sangat, sebab tu setiap bulan aku akan balik sini jenguk babah, itu buat aku hilangkan rindu aku dekat arwah kedua mak ayah aku" sambungnya bersama senyuman nipis.
Bertambah kelu Adara dibuatnya.
"Hud, sorry..." serba salah, tangannya yang bersilang segera diturunkan.
"Aku tak tahu, maaf"
Hud senyum kecil dan mengangguk.
"tak pe Luna, aku tak kesah kalau kau yang cakap" balasnya lembut.
Adara terdiam mendengar nada suara Hud.
Hud terus berlalu pergi.
...
Adara hanya perhati Hud yang sedang termenung jauh di tepi sawah itu dengan sebuah buku ditangannya.
Dulang air kopi yang dia bancuh tadi diletakkan di depan babah yang sedang leka bermain telefon.
Nedina yang baru sampai turut membantunya membuat juadah minum petang.
"Babah, Ned ada buat cekodok pisang" Ujar Nedina turut bersimpuh disebelah Adara.
Babah angguk dan tersenyum manis.
"Babah, macam mana babah boleh terdetik nak ambik Hud jadi anak angkat babah ni?" Adara menyoal sambil tangan menuang air kopi ke dalam cawan.
"Kan babah dah cakap, dia tolong babah excident dulu, hang yang anak babah pun tak balik jenguk babah terlantar dekat rumah dua hari , dia lah yang tolong uruskan babah, lepastu babah ada tanya dia... first time ka mai Kedah?" Babah sesekali menoleh ke arah Hud yang jauh dari mereka.
"Dia habaq, sebelum ni pernah ja duduk kedah sebelum pindah ke KL dengan arwah parents dia, dengaq ja perkataan arwah tu , terus babah kesian laa, lagipun dia budak baik , setiap kali datang kampung ni jenguk babah, tak pernah dia skip pergi masjid setiap subuh" ujar babah lebar.
"Tapi dia tak pernah cakap babah pulak yang dia kenai Dara , jiran pulak tu, sepanjang babah kenal dia, dia jarang bercerita sangat pasal sesiapa, babah bukak mulut tanya baru dia jawab, babah tak terdetik pula la nak tanya pasal Dara, yelah nak tanya apa kan? Babah taktau yang dia kenal Dara, babah ja yang beria cerita pasal hang dekat dia" sambung babah bersama tawa kecil.
Sebutir cekodok masuk ke dalam mulut.
Sisi Hud yang tak pernah dia tahu, ingatkan kasar baran 24jam.
Adara bangun.
"Dara nak panggil Hud kejap" Adara menuruni anak tangga dan berjalan ke arah Hud.
"Babah suka tengok diorang, Suria suka?" Soal babah tiba-tiba.
Nedina angguk.
Babah seorang saja yang suka panggilnya dengan nama Suria, nampak unik katanya.
"Ye babah, suka"
"Suka apa? Suka babah?" Usik babah nakal.
Muka Nedina merah.
"Ish babah ni, bagitau kak Nara kang" balas Nedina .
"Nara dah kawin bulan lepas" balas babah dengan senyuman nipis.
Nedina terkejut, dia langsung tak tahu menahu!
"Dara tahu tak?"
Babah geleng, babah pandang wajah Nedina.
"Babah single balik ni, so babah tunggu Suria jelah eh?" selamba saja babah cakap macam tu.
Dengar dek Adara naya .
"Babah jangan macamni, Ned kawan anak babah tau" dia gugup bila berdua dengan babah macamni.
Perkenalkan mereka sekeluarga bukan singkat, malah makan bertahun.
"Tak salahkan?"
Nedina diam sahaja, babah kalau bab kenakan dia memang laju.
"Babah suka bergurau macam ni dengan Ned, Ned segan la" jujurnya.
Babah ketawa , comel betul gadis di depannya apabila malu.
"Yelah, babah tak gurau macam ni lagi dengan Suria yeee, don't worry darlinggg" balas babah.
Nedina senyum kekok , cepatlah naik beranda semula Adara!!!
Seram aku dengan bapak kau ni!!
dua tiga kucing berlari, tak kena dek selera komen je, nnti hp akn betulkn -edit-
Share this novel