[10 tahun kemudian]
Bunyi riuh rendah suara kanak-kanak itu membuat kami memandang dengan gelak tawa.
Adara senyum melebar melihat suasana yang agak meriah itu.
Alhamdulillah, keluarga yang bahagia.
Dia dan Hud kini sudah menerjah masuk 10 tahun menjadi sepasang suami isteri yang bahagia bersama 2 orang anak kami.
Anak sulung kami , Lutfiah Al-zahra binti Hud Al-Falah yang Kini sudah masuk umur 5 tahun.
Anak kedua kami pula lelaki, the handsome boy, Hulaif Al-Fiz bin Hud Al-Falah , berumur 3 tahun.
Perutnya yang kini tengah memboyot mengandungkan bayi ketiga kami berusia 7 bulan.
Anak Nedina , satu-satunya mutiara berharga baginya , anak lelaki, Luqmanul Adha bin Luhan Ashraf berumur 6 tahun.
Dia berharap hubungan kekeluargaan mereka kini aman selamanya.
"Sayang! Tengok anak ni pukul abang!" Suara Hud buat Adara tersedar dari lamunan.
Adaea senyum lucu melihat Lutfiah dan Hulaif memukul papa mereka menggunakan pemukul plastik dengan muka tak puas hati.
Ada la tu yang disakat Hud.
"Padanlah muka abang, sakat anak-anak lagi" Adara malas nak peduli dan membiarkan Hud melayan karenah anak mereka diluar.
Adara mendekati Nedina yang sedang mengelamun sendirian.
"Ned..." Bahunya Adara sentuh.
Nedina berpaling dan membantunya duduk di sofa sebelahnya.
"Kenapa tak duduk luar?" Adara menyoalnya.
Nedina senyum nipis.
"Aku pening kepala sikit, Lukman okey je kan main dengan anak-anak buah dia?" Soal Nedina.
Adara mengangguk, lalu tangan Nedina dicapai.
"Kau rindu babah kan?" Adara faham riak mukanya kini.
Nedina mengeluh.
"Aku rindu sangat, tapi aku hanya mampu sedekahkan doa je dekat dia, dah sepuluh tahun aku cuba lupakan dia, tapi aku tak boleh, walaupun masa yang Allah bagi aku bersama dengan dia terlalu singkat, ia cukup buat aku rasakan penuh cinta pada dia, cinta dia dekat aku tak terganti, aku cintakan arwah Luhan... Tak ada siapa boleh gantikan dia dalam hati aku, walaupun dia tak ada , Lukman ada dengan aku, Allah tak kejam, dia tak tinggalkan aku seorang diri, dia tinggalkan Lukman sebagai pengganti Luhan... Aku sayang anak aku" luah Nedina lebar.
Adara memeluk bahu Nedina erat.
Memberikan semangat.
"And, terima kasih Dara, kau dengan Hud banyak bantu aku selamani, tak ternilai harganya, aku hargai jasa korang" ucapnya penuh sayu.
"Kau kawan dunia akhirat aku Ned, tambah pulak Lukman tu adik aku, kau isteri arwah babah aku, kau dengan aku dah terikat dengan satu hubungan yang tak mungkin terputus..." Adara membalasnya.
Kami berpelukan erat.
...
Hud dari jauh memandang kami sambil tersenyum senang.
"I will make sure our life is always in a peace..." Ujarnya perlahan.
"Uncle Qawie!!!!" Suara budak-budak tu menjerit riang melihat kelibat Qawie yang baru muncul .
Hud senyum senget melihat muka Qawie yang sedikit berseri itu.
"Hai anak-anak syurga uncle, see what I got for you guys!!" Qawie mengeluarkan sesuatu dari belakangnya.
Satu plastik berisi mainan itu digoyangkan.
Budak-budak tu pun apa lagi, di serbu Qawie.
Qawie menyuakan plastik kepada Hulaif.
Terkedek-kedek kedua anak Hud dan Adara berlari ke arah Hud menunjukkan hadiah dari Qawie.
Qawie menunduk dan bercangkung dihadapan Lukman yang tidak turut berlari bermain.
Qawie mengusap kepala Lukman.
"How are you my boy?"
Lukman tak terus jawab malah dipeluk leher Qawie pantas dan erat.
"Kenapa uncle tinggalkan Lukman? Lukman rindu uncle!" Luah budak kecik itu.
Qawie mengusap belakang Lukman lembut.
"Sorry my boy, uncle busy dekat sana" Qawie mengucup sekilas pipi Lukman.
Dia kini telah mengambil alih sepenuhnya syarikat di England atas arahan Hud memandangkan semua hak syarikat kembali semula kepada Hud selepas dirampas oleh Shaidi dan Suhaimi ayahnya.
Jadi dia jadi jarang pulang ke Malaysia sejak menjadi pengurus di sana sejak 5 tahun lepas.
Lukman mengangguk faham.
"Semua okey?" Hud menegur sambil mendukung Hulaif.
Qawie melepaskan Lukman bermain bersama Lutfiah.
"okey, kau semua okey dekat sini?" Qawie duduk dikerusi.
"Yes" sepatah.
"Eh Qawie? Bila sampai?" Adara menegur disamping Nedina yang membantunya berjalan.
"Baru je" Qawie membalas, matanya memandang ke arah Nedina, dia tersenyum nipis.
Nedina hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda menegur.
"Abang, bawa Luna ke atas boleh? Luna rasa lenguh la" Adara merengek perlahan.
Hud senyum dan mengangguk.
Hulaif dia letakkan ke bawah , lalu tubuh Adara pula dicempung masuk kedalam pelukan.
"Abang!" Adara menyembunyikan mukanya didada Hud.
"Korang lepak la dulu, aku nak naik jap, tengokkan budak-budak ni ye" pesan Hud sebelum berlalu pergi masuk ke dalam rumah.
Kini hanya tinggal mereka berdua , keadaan agak kekok dan janggal walaupun mereka berdua sering berjumpa sebelum ini.
"Aku dah kawin" Qawie memberitahu tiba-tiba.
Nedina menoleh terkejut.
almost! Maafkan saya sebab saya telah semakkan notification awakk dengan berdas-das update!! (4/4)
Share this novel