CUA - 10

Romance Completed 81171

Adara memasak di dapur dengan tenang sendirian.

       Sambil-sambil dia bernyanyi kecil menghiburkan hati.

      "Luna"

     Ada yang memanggilnya.

     Tyara menoleh ke arah pintu dapur yang bersambung dengan kebun kecil milik Babah.

       Melihat wajah Hud yang sedang sengih itu buat Adara menjulingkan mata ke atas dan sambung memasak.

        "Babah ada dalam tak?" Hud bertanya, dia masih berdiri di depan pintu.

        "Ada, tengah solat kot" balas Adara malas-malas sambil menggoreng ayam.

Hud melihat jam, pukul 11.

Solat apa eh? Dhuha?

Hud mengangguk dan terus masuk berdiri disebelah Adara.

     Dia melihat ke dalam kuali.

       "Kau nak masak apa?"

     Adara menoleh , tangan dicekak ke pinggang bersama senduk ditangannya.

         "Yang kau sibuk kenapa?" Adara bertanya semula.

     Hud bersandar.

        "Tanya pun tak boleh?" Hud pula tanya.

      "Tak boleh, dahlah blah la, rosak resepi aku nampak muka kau kat sini" Adara menghalau.

       "Eleh, paling tidak ayam goreng je, acah je lebih" Hud mengkritik selamba.

        "Eh, kau jangan nak sibuk lah, pergi la kau makan tengahari dekat luar, sibuk nak makan sini kenapa?" Adara mula bergerak mengangkat ayam dari dalam kuali.

          "Babah yang suruh aku datang kalau masuk waktu makan" Hud bantu menutup api dapur.

     Adara meletak pinggan berisi ayam goreng ke atas meja.

     Adara mencapai bawang merah dan bawang putih yang sudah dikupas untuk dipotong.

       "Pergi lah duduk depan dengan babah, jangan nak sibuk kat sini" Adara memotong bawang itu.

     Hud berdehem dan mula membuka langkah.

      "Auch!" Adara menjerit, pisau jatuh ke lantai.

     Hud yang sudah berjalan ke tangga segera berlari ke arah Adara.

      Adara meniup tangannya yang berdarah.

     Hud mengambil tangan Adara dan menghisap darah dari jari Adara dan meludah ke dalam singki.

       Adara kelu dengan tindakan Hud.

      Hud membasuh jari Adara dan mengelap.

      Plaster Hud capai dari laci dapur dan segera diletakkan atas jari Adara yang terluka.

     Hud membuatkan semua itu tanpa bersuara, bebel tidak apa pun tidak.

        Hanya risau terpalit di wajahnya.

       "Lain kali hati-hati sikit" Hud berkata selepas selesai menutup luka itu.

     Jari Adara dia usap perlahan.

     Adara menarik tangannya semula.

       "Tha...thanks" Adara memandang jarinya.

      Pisau yang jatuh ke lantai Adara ambil semula.

      Hud memegang tangan Adara, pisau itu berada ditangan Hud.

      "Just rest, I will do this cook, kau nak masak apa?" Hud melepaskan tangan Adara.

     "Kicap" Adara membalas sepatah.

      Hud mengangguk.

    Hud pantas memotong bawang itu dengan pergerakan yang pantas.

      Adara terkejut melihat cara Hud memotong bahan-bahan itu.

     Macam chef!

     Kagum!

        "Heyh, kenapa tadi jerit-jerit?" Babah dengan bersongkok dan berkain pelikat datang tergesa-gesa ke dapur.

       Adara sengih.

      "Dara terkena pisau, sikit ja" Adara menunjukkan jari telunjuknya yang terluka.

     Babah mengurut dada.

        "Ingatkan penculik mana lah masuk tadi" Babah senyum.

      Hud mula memasak.

      "Eh, Hud masak?"

     Hud senyum nipis.

       "Hud tak bagi Dara masak, suka hati dia ja" Adara mengadu.

    Hud jeling.

       "Diam lah, aku cuma nak tolong, kang hilang terus jari, potong bawang pun boleh luka..." Perli Hud selamba.

         "Eh eh hang ni, ingat aku ni qajin dok bagi luka jari sendiri ka?" Adara bercekak pinggang.

      "Oh ya? Tak kesah, babah, Hud handle menu tengahari untuk harini ya?" Hud pandang Babah.

      "Betul tu Dara, harini biarlah Hud yang masak, Hud masak sedap! Dara kena rasa!" Puji Babah dengan muka teruja.

      Adara terus berdecit dan bebel sendiri.

      Hud tawa kecil dan senyum bangga pada Adara.

...

Nedina melambai tangan ceria kepada kami yang berada di bawah pondok kecil bawah pokok.

      Basikal yang dia kayuh dihentikan tepat tepi pondok.

       "Assalamualaikum" ucapnya saat tiba.

     "Waalaikumussalam, mana kau pergi? Sakan cuti?" Adara menepuk ruang disebelahnya.

     Nedina sengih dan duduk di tepi Adara.

       "Aku bawak mak aku pergi jalan-jalan, esok kan dah balik...bukan selalu dapat balik kampung" Nedina senyum malu apabila terpandang Babah yang senyum memerhatikannya.

        "Mak Ned sihat?" Babah bertanya sambil menyisip kopi panas.

      Nedina angguk.

      "Alhamdulillah, Babah sihat? Ned nampak sejak Dara balik kampung ni Babah nampak ceria je" Nedina tertawa.

      "Alhamdulillah, dua-dua bidadari Babah balik, takkan Babah tak happy?" Babah angkat kening.

         Nedina mengangguk.

      "Makanlah Ned, Hud buat cucur udang harini" Babah pelawa.

       Nedina pandang Hud yang sudah tersengih bangga itu.

      "Kau buat Hud? Pandai ke kau masak?" Nedina mencapai sebutir cucur dan menyuap ke dalam mulut.

      "Eh, jangan pandang aku sebelah mata, lupa ke aku buka kedai cafe? Mestilah aku pandai masak, celah jari je" Hud membalas dengan nada bangga.

      Adara sudah menjeling menyampah, sombong!

        "Ye lah sedap! Kena lepak kedai kau la lepasni, kitaorang akan jadi pelanggan tetap!" Nedina ujar teruja.

      Adara terus menyampuk dan menggeleng.

      "Aku taknak, kau jadilah pelanggan tetap dia sorang-sorang"

       "Eleh, haritu kau dah mai kedai aku kan, berlagak kau ni" kutuk Hud.

       "Eh, itu sebelum aku tahu tu kedai kau la, kalau aku tahu tu kedai kau, takdak nya aku nak support si sombong macam kau ni" balas Adara.

        "Eh eh, sedap mulut cakap orang sombong, Babah, Hud ni sombong ke?" Hud mula menarik perhatian Babah.

      Babah geleng.

       "See, mata kau je yang rosak" sinis Hud mengata.

      Adara merengus geram.

       Nedina mencuit bahu Adara.

      "Depan Babah pun nak gaduh ke?" Nedina menggeleng kepala, tension juga hari-hari dengar dua makhluk ni asyik berbalah mulut.

     Sebuah kereta berwarna putih masuk ke dalam perkarangan rumah.

     Masing-masing menoleh.

       "Sapa tu?" Babah bertanya.

     Adara senyum lebar dan turun dari pondok menghampiri kereta berwarna putih itu.

      Cermin kereta diketuk dan membuat isyarat agar keluar.

     Tubuh lampai itu keluar dari kereta dan menundukkan kepala memberi hormat.

     Adara mengajak menghampiri Babah.

     Dia tunduk bersalaman dengan Babah dengan sopan.

      "Kenalkan, boyfriend Dara, Suffian Qailish" ujar Adara saat mereka bersalaman.

      Hud mula berwajah dingin.

       "Saya Suffian abang..." Sopan Suffian berkata.

     "Abang?"

     Suffian menjadi keliru.

     "Bukan Abang kepada Dara ke?" Suffian bertanya.

     Adara dan Babah saling berpandangan kemudian tertawa.

       "Ni lah Babah I, muda eh?" Adara tertawa.

      Suffian menjadi malu.

       "Alamak, maaf pakcik...Ingatkan abang Dara tadi" Suffian menunduk kepala lagi.

     Babah mengangguk dan cuba maniskan wajah.

       "Jadi ni lah lelaki yang nak kahwin dengan anak pakcik?" Babah menepuk bahu Suffian.

      Suffian sengih dan mengangguk.

       "Marilah kita masuk sembang kat dalam" Babah mengajak Suffian.

     Suffian mengangguk dan mengikut langkah Babah.

      Adara hanya senyum melihat Babah bersama Suffian.

     "Oi Dara, cakap Suffian sibuk?" Nedina menegur sambil menarik gadis itu duduk di pondok semula.

      "Dia yang nak datang, baru habis kerja je tu, terus dia datang ke sini" balas Adara menyusun cawan ke dalam dulang.

       "Bila korang naik KL balik?" Hud bertanya.
 
      "Esok pagi, kau?" Nedina pula bertanya.

      "Petang ni" balas Hud.

      "Cakap nak stay sampai esok?" Adara menyampuk.

      "Malas ah, aku ada emergency , ada orang buat hal" balas Hud dingin sambil memandang telefonnya.

      Adara dan Nedina angguk saja.

new version -edit-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience