CUA - 17

Romance Completed 80488

Adara tersenyum saat melihat nama si pemanggil.

      Babah.

     Laju jarinya meleretkan punat hijau ke atas untuk menjawab panggilan.

       "Assalamualaikum syurga" Adara menyapa babah mesra.

     'waalaikumsalam bidadari babah, sihat anak babah? Anak babah dah okey?' penuh prihatin suara babah bertanya.

       "Alhamdulillah everything okay babah, babah , apa reaksi babah tengok gambar-gambar Dara tu?" Adara menopang dagu.

      Babah tertawa dihujung talian.

      'Babah bahagia tengok penampilan baju Dara, manis cantik... Alhamdulillah doa babah Allah dah makbulkan... Semoga anak babah terus jadi wanita solehah' pesan babah penuh sayu.

      Adara senyum bahagia apabila mendengar komen babah.

       "Terima kasih babah...ni kenapa call Dara?" Adara menutup tv dan cuba mendengar suara babah.

       'ada orang masuk meminang Dara'

     Tersedak ulu hati Adara mendengar kata itu.

      "Siapa? Ya Allah, Dara baru nak belajar move on dari Sufi babah" balas Adara.

     'Sebab itu babah terima pinangan dia, disebabkan hubungan yang lama dan akhirnya tak buat hasil pun, tengoklah apa jadi, Dara kecewa dan dah sia-siakan banyak masa dalam bercinta kan?' ujar babah lembut.

      "Wait, babah terima?"

     'haah, babah dah terima pinangan dia'

      Adara menepuk dahi.

        "Tanpa Dara persetujuan Dara? Siapa lelaki tu?" Adara bertanya.

     'Hud lah, tiba-tiba dia masuk meminang Dara, katanya dia boleh jagakan Dara lepas Sufi buat macam tu dekat Dara, lagipun babah dah lama berkenan dengan Hud' balas Babah.

      Tergamam Adara mendengar.

     Hud masuk meminang?

      Dah hilang akal agaknya.

      "No, Dara taknak, Hud tu menyebalkan lah babah, mulut laser! Tolak pinangan dia" ujar Adara cemberut.

      'mana boleh, lagipun Hud tu dah lama sukakan Dara, so babah dah tetapkan tarikh bertunang dan nikah kamu berdua, bulan depan, sekali jalan saja' tambah babah selamba.

       "Ya Allah babah! Dara tak setuju!" Adara menolak sekerasnya.

     'No! Keputusan babah tetap sama! Dara kena dengar cakap babah kalini, cukuplah dulu Dara bercinta dengan Sufi tu tanpa kebenaran babah!' tegas.

      Adara mengeluh.

     Panggilan dimatikan oleh babah.

     Adara bersandar disofa dan mendongak melihat syiling.

       Dia tak boleh duduk diam macam ni!

     Dia kena terjah Hud juga!

     Adara segera bangun dan mahu mencari Hud di Cafe Falah.

...

     
     Adara masuk ke dalam cafe itu dan menuju ke arah kaunter.

     Melihat orang lain yang menjaga kaunter buat Adara mengeluh kesal.

     "Hai cik Dara, apa khabar?" Ramah pekerja bernama Johan itu menyapa Adara.

     "Mana tauke kau? Dia tak datang?" Adara terus bertanya.

      Johan senyum.

     "Boss ada hal lain, mungkin lewat dia masuk, yelah dia sibuk dengan business utama dia" sengih Johan membalas pertanyaan Adara.

     Adara mengangguk.

      "So, Cik nak oder apa-apa tak?" Johan bersedia untuk membuat pesanannya.

     Adara akhirnya memesan segelas air matcha ais dan mencari tempat duduk.

       Melihat ada kelibat seseorang yang dia kenal, Adara terus menuju ke arahnya .

     "Yusuf!" Tegur Adara ramah.

     Yusuf yang tekun memandang ipad menoleh.

     Yusuf tersenyum apabila melihat wajah manis milik Adara.

     "Dara! Duduk lah" Yusuf pelawa Adara duduk berhadapan dengannya.

      Adara senyum dan duduk dihadapan Yusuf.

      "Tak sangka jumpa kau dekat sini, datang lepak ke?" Adara bertanya sedikit teruja.

    Yusuf menutup ipad nya dan melihat Adara.

       "Cafe ni paling famous, lagipun aku kenal owner, Hud Al-Falah kan?"

     Adara mengangguk.

      "Kau selalu datang sini?" Yusuf bertanya.

      "Boleh la, bila aku rasa nak minum kopi ataupun makanan dessert aku akan datang sini dengan Ned" balas Adara sambil tersenyum.

    Yusuf mengangguk faham.

      "Oh, about Ned, how is she?"

      "Alhamdulillah, dia sihat, kau masih menaruh hati?" Adara mengusik.

     "Kau ni, kisah lama, lagipun Ned tak pandang aku lah" balas Yusuf sambil menyisip kopinya.

       Adara tersengih dan berdiri mengambil kopinya apabila mendengar namanya dipanggil.

      Adara duduk semula bersama segelah air.

       "Dah kau yang tak confess mana nak tau dia sukakan kau ke tidak" balas Adara.

     Yusuf senyum kecil dan hanya melihat Adara.

       "Sekarang aku sukakan orang lain" ujar Yusuf sambil melihat ke arah Adara.

      "ceyy, minah saleh mana?" Adara menyedut air matcha nya nikmat.

      Yusuf tidak menjawab dan mereka berdua saling berbual dengan tawa mesra.

     Hud yang berada di luar kedai hanya melihat adegan itu dengan pandangan kosong.

...

Adara melangkah keluar menuju ke arah kereta.

     Tangannya ditarik dan tubuhnya ditolak merapat ke kereta.

     Adara terkejut dengan tindakan mengejut itu.

      Melihat wajah Hud yang agak dingin itu buat Adara menelan air liur agak seram.

     Adara menolak tangan Hud dari berpegang dengannya.

    Hud melepaskan Adara dan membiarkan gadis itu berdiri dengan selesa.

       "Kau nak apa? Lain kali jangan buat macam ni boleh tak?" Adara mengecilkan mata memandang geram pada Hud.

       "Answer it" sungguh dingin nada suaranya.

    "Jawab apa? Sejak bila kau bagi aku soalan? Aku yang bertanya kau ni tak pula kau merasa nak jawab!" Marah Adara geram.

      Hud mencerlung tajam melihat mata Adara yang berada paras dadanya.

      Pendek.

        "Aku yakin babah dah bagitau kau, so apa jawapan kau?" Soal Hud lagi.

    Adara mengeluh.

     "My answer is no, jangan nak mengarut boleh tak? Kenapa kau tiba-tiba masuk meminang aku ni?" Adara bertanya semula.

     Hud diam memikirkan jawapan.

     Adara senyum sinis.

       "Kau sendiri tak yakin dengan perasaan kau, tapi kau masuk meminang aku? Kau ingat aku akan terima kau?" Ujar Adara.

      "Aku tak masuk meminang kau untuk saja-saja lah Luna!" Balas Hud.

       "Jadi apa alasan kau? Kalau kau rasa sebab kesian , baik tak payah" jeling Adara.

       Hud menahan geram.

       "Sebab aku cintakan kau! Aku cintakan kau!" Luah Hud buat Adara terkesima.

      Adara kelu lidah.

     Hud menghela nafasnya dan mula memberikan tatapan lembut.

     Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

      Hud menyuakan kotak kecil berisi sebutir cincin

      Adara menjadi terkejut.

      "Aku cintakan kau Luna, kahwin dengan aku, aku janji aku akan bahagiakan kau"

     Adakah ini lamaran?

      Adara jadi kelu.

     Adara perlahan-lahan menolak kotak itu ke tepi.

     "Sorry, I can't, batalkan niat kau, aku langsung tiada niat nak berkahwin untuk masa sekarang, so, baik kau bincang semula dengan babah" Adara memilih untuk menolak lamaran itu.

     Hud agak kecewa.

        "Kenapa? Kenapa kau bencikan aku Luna? Aku berusaha dapatkan perhatian kau" soal Hud.

       Adara melihat Hud lama sebelum dia membalas.

       "Sebab lelaki tu kau, aku tak suka kau, jelaskan?"

     Hud geleng.

       "Aku akan buat kau jatuh cinta semula dengan aku Luna..." Hud kedengaran agak yakin.

     Adara mengangkat kening.

      "Apa maksud kau dengan 'semula'?" Adara bertanya.

     Hud senyum penuh makna.

      "Bagi aku seminggu dan aku akan buktikan aku lah lelaki paling layak untuk kau" balas Hud sebelum dia melangkah pergi begitu saja.

       Adara menjadi hairan.

hr

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience