CUA - 8

Romance Completed 81171

Adara mengayuh laju dan akhirnya tiba di rumah.

Namun Hud masih belum sampai walaupun dia terlebih dahulu merempit ke depan.

Basikal dia sandarkan pada tiang rumah.

Mukanya masam.

"Tak boleh jadi! sebelum fitnah makin berleluasa pasal aku dengan Hud! aku kena bagitau babah pasal Sufi!"

     Adara berlari naik ke atas dan melihat babah sedang santai makan nasi sambil tengok TV.

    Tak kira! Sekarang juga aku kena bagitau babah yang aku nak kawin dengan Suffian.

Hal perisa roti Gardenia dilupakan begitu sahaja.

     "Babah!" Laungnya sambil menuju ke arah babah.

     "Babah" panggil Adara perlahan, dia duduk disebelah babah.

    "Hm?" Mata babah tertancap pada tv.

     "Dara nak cakap something" Adara menarik nafas.

Babah mengangguk , babah masih fokus pada drama.

"Dara nak kawin!"

    Tersembul nasi dalam mulut babah.

     Cepat-cepat Adara suakan air kosong.

Babah meneguk air rakus, babah menarik nafas tenang.

     "Dengan siapa? Hud?" Soal babah.

    "No way! Bukan Hud! Dara tak suka langsung dekat mamat tu!" Adara menidakkan itu sekeras-kerasnya!

    "Lepas tu siapa?"

    Adara duduk bersila baik-baik depan babah dan pandang wajah babah yang keliru itu.

Adara sentuh tangan babah.

     "Suffian Qailish, nama dia, dia baik babah, baik dari Hud, cakap pun baik-baik tak kasar, dia layan Dara pun baik" Adara tersenyum sendiri apabila teringatkan wajah Suffian.

    "Assalamualaikum..." Hud memberi salam.

    "Waalaikumsalam" jawab babah sepatah.

    "Boleh ye babah?" Lutut babah dia pegang.

    Babah memandang Adara sedalamnya.

     Hud duduk melabuh punggung disebelah babah.

    Plastik barang dia letak atas meja tamu.

Hud hanya perhati apa yang dibincangkan dua beranak itu.

     "Dah lama Dara kenal dia?"

    Adara angguk.

     "Dah nak masuk setahun, Dara ada ajak dia datang jumpa babah, tapi dia tak jadi datang sebab ada emergency case dekat tapak projek yang dia handle sekarang" Adara membalas pantas.

    "Suria ada bagitau babah hal ni, babah tak yakin lah dengan pilihan Dara yang ini" ujar Babah.

    "Apa Ned dah cerita pasal Suffian dekat babah?" Suara Adara berubah perlahan.

    Babah meletakkan pinggan nasi ke atas meja.

     "Suria ada tunjuk video yang lelaki kamu bercinta sekarang ni tengah bermain cinta dengan perempuan lain, tapi Dara cakap perempuan tu sepupu dia yang baru balik dari luar negara? Betul sayang?"

     "Ye sepupu, Dara tak kesah kalau Sufi rapat dengan sepupu dia macam tu, atleast bukan orang yang luar dari carta family dia" balas Adara tegas.

    Babah mengeluh.

    "Babah bukan apa sayang, kot ya pun sepupu, boleh ka sampai lagutu? Dia sendiri tak boleh nak jaga batas dengan sepupu sendiri? Ye babah faham, sepupu dia baru balik overseas then budaya barat tak hilang, tu Suffian tu , tak boleh ka dia jaga batas dia sikit jaga hati Dara? Dara suka ke suami Dara nanti mesra dengan Sepupu dia depan Dara? Suka?" Babah jelas tidak suka dengan Suffian.

       Adara kemudian terdiam.

     Hud dari tadi hanya diam memerhati langsung tidak mahu ambil peduli.

      "Dara cinta kan Suffian babah, Dara sayangkan dia, Dara nak kawin dengan dia, kenapa babah tak boleh nak pandang sisi baik dia? Kenapa babah perlu percayakan benda buruk Sufi disebabkan satu video? Babah sebenarnya tak suka tengok Dara bahagia kan?" Nada suara Adara menjadi sedikit keras.

    Namun dia cuba kawal, ini babah Dara, ingat!

     "Ya Allah sayang... bukan! Bukan macam tu..." Babah mengelap tangan guna tuala.

    Tangan anak daranya dicapai.

     "Babah cuma nak Dara buat keputusan yang terbaik"

    Adara berdengus.

    "Kita buat deal" Wajah babah dia pandang yakin.

    "Babah terima Suffian, Dara terima Nara sebagai mak baru Dara" kata-katanya ini buat babah tercengang.

     "Apa Dara cakap ni?" Babah melepaskan tangannya dan berwajah kecewa.

     "Babah nak sangat kawin dengan Nara kan? Okey, Dara sedia nak pergi minang Nara , sekarang pun boleh" Adara berkata yakin, langsung tidak memikirkan perasaan babah kini dengan ayatnya.

    Lantaklah, yang penting dia dapat apa dia nak

    Babah terdiam , riaknya juga telah berubah jelas kecewa.

     Hud sudah memegang bahu babah, wajahnya juga sudah berubah.

      "Nara dah kawin dengan lelaki lain Dara, Dara tak perlu lagi ungkit pasal hal ni" balas babah perlahan.

     Nara dah kawin?

     Kenapa aku tak tahu?

     "Baguslah, takdelah Dara dapat mak tiri dari family tu, jadi Babah setuju kan?" Tanya Adara lagi.

     "Jangan terburu-buru Dara, kenal dia dulu sebelum nak kawin, kawin ni bukan hal main-main" nasihat babah.

     "Dara bukan minta nak kawin bulan depan babah! Dara cuma mintak izin babah! Minta restu babah! Apa babah tak faham ni? Kalau macamni lah sikap Babah! Dara taknak lagi balik kampung!" Adara mula bersuara tinggi.

    Babah terkejut.

    Hud lagilah terkejut.

    "Babah cuba nasihatkan Dara, Dara taknak dengar, okehlah, Dara bawa dia jumpa babah nanti, kita bincang ye?" Suara babah mengendur.

    Babah ukir senyuman kecil kemudian pergi bersama pinggan ditangan.

    "Apa kau cakap dengan babah macam tu?" Bisik Hud tajam.

     "Aku nak kawin dengan Suffian, jadi aku terpaksa..."

    Hud mencelah.

    "Orang lainkali cakap baik-baik, adab kau mana cakap dengan bapak sendiri macam tu? Demi jantan bodoh tu kau sanggup nak ketepikan bapak kau macam ni? Hey, sedarlah Dara! Suffian tu penipu!" Marah Hud.

     Adara pandang Hud tajam.

     "Kau tak payah nak sibuk lah! Aku kenal Suffian macam mana!" Bentak Adara.

     Hud senyum sinis.

     "Kenal sangat dah ke? Ke kau dah leka sangat dengan sentuhan dia ha? Jangan sampai dia ajak kau naik katil kau macam kena tusuk hidung rela hati pulak!"

     Hatinya menggelegak marah, tangannya naik menampar wajah Hud.

   Hud menyentuh pipinya yang merah.

       "Jangan kurang ajar Hud! Aku bukan perempuan murah!" Adara terus berjalan pergi dengan perasaan marah yang meruap.

       Hud pandang pintu bilik Adara yang tertutup rapat.

     Hud memegang pipinya.

     Senyuman kecil dia ukir.

     "The best present princess, aku yakin kau akan menyesal lepas ni" dia ketawa kecil langsung tak terkesan dengan tamparan dari Adara.

anything xkena komen je, xbyk edit pun... tambah sikit-sikit ja. -edit-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience