CUA - 34

Romance Completed 80488

Nedina termenung saat melihat sungai yang mengalir deras itu.

       Luhan yang mengendap itu tersengih.

      Perlahan-lahan Luhan melangkah ke arah Nedina.

     "Hellooo" Luhan bisik mengejutkan Nedina.

      "Abang" Nedina tersenyum manis melihat si lelaki yang tunggu-tunggu sudah tiba.

      Luhan duduk disamping Nedina dan senyum nipis mendengar panggilan Nedina yang sudah bertukar itu.

        Tanpa Adara tahu, mereka berdua sedang dilamun cinta.

     Entah bagaimana, mereka berdua yang dulu hubungan bagai seorang anak dan ayah kini bertukar kepada cinta?

       Takdir.

      Siapa boleh sangkal kan?

     "Lama ka Su tunggu abang mai? Maaf la, Abang ada hal dekat kebun"

       Nedina menggeleng dan hanya mengangguk faham.

       "Tak pe, Su tak kesah"

       "Su sihat? Lama abang tak dengar khabar Su lepas Abang masuk meminang" Luhan melihat gadis yang tiba-tiba membuka pintu hatinya itu dengan lembut.

        "Alhamdulillah Su sihat, Abang... Dara langsung taktau pasal ni, dia tak marah ke kita belakangkan dia laguni? Su takut keputusan kita buat dia bencikan Su... Su kawan baik dia" Nedina mengeluh berat.

      Luhan senyum lembut.

       "Kan Hud dah janji nak tolong kita, awad Su risau sangat, tok sah dok risau sangatlah, ya?"

      Nedina mengeluh lagi, dia mendongak memandang langit.

      "Tapi kita patut bagitau dia Abang, Abang sendiri tau, Dara tu paling tak suka orang belakangkan dia... Kita, bercinta, malah bertunang diam-diam, and up lagi sebulan nak kawin, semua ni tak salah ke Abang?" Nedina meraup wajahnya dan sedikit kesal.

      Nedina cintakan Luhan kerana keprihatinan Luhan terhadapnya makin membuat Nedina terusik hati selepas Adara kahwin dan dia tinggal sendirian.

     "Kita berserah pada takdir, Dara dah ada kebahagiaan dia sendiri dan kita layak dapat kebahagiaan kita sendiri, Su... Kita boleh cakap baik-baik, Abang kenal anak abang macam mana, mungkin awal dia akan marah sebab kawan baik dari berhingus sama-sama jatuh cinta dengan ayah kawan baik sendiri, Su doa yang baik-baik, apapun jadi, Abang sentiasa ada untuk Su, ya Su?" Luhan berkata lebar.

       Nedina menjadi sedikit tenang dan mengangguk.

     

...

      "Sayang"

      Hud mendekati Adara yang sedang duduk berlunjur di atas sofa sendirian.

     "Hm?" Mulutnya sibuk mengunyah kacang sambil menonton drama.

      Hud duduk disebelah Adara, muka Adara dia pandang.

     "Abang nak cakap sikit, boleh?" Hud berdehem.

     Adara melirik pada Hud sekilas.

      "Apa? Cakaplah" balas Adara bersahaja.

     "Tutup tv dulu, bagi perhatian dekat Abang"

     Adara merengus dan menutup tv apabila melihat muka Hud yang sedikit serius.

      "Kau nak cakap apa? Cepatlah" desak Adara malas.

      "First, janji jangan marah" Hud memegang tangan Adara.

     Adara angguk saja sambil menarik semula tangannya.

      "Bulan depan kita balik kampung, tapi Abang hantar sayang je awal seminggu, lepastu Abang datang menyusul kemudian, boleh?" Penuh lembut suara Hud berkata.

      "Kenapa? Babah sakit?"

     Hud geleng dan senyum.

      "Dengar baik-baik apa Abang nak cakap, boleh?" Rambut Adara dia usap perlahan.

     Adara menepis, rimas betullah.

       Hud senyum saja.

       "Cakap jelah, kau jangan buat suspens boleh tak? Aku menyampah" Adara jeling.

      "Kita dah kawin and kita jarang sangat balik kampung jenguk babah, babah sunyi, kan?" Hud mula menyusun ayat.

       "Jadi?"

      "Babah akan kawin bulan depan" balas Hud senada.

     "Alhamdulillah baguslah" Adara pula respon bersahaja.

      "Dengan Ned, kawan baik sayang" tambah Hud buat Adara memandang Hud tidak percaya.

      "Kejap, Babah dengan Ned?" Adara tertawa.

      "Kau jangan buat main-main, kau tau aku dengan Ned membesar depan babah sama-sama, macam mana diorang boleh nak kahwin?!" Adara mula meninggi.

      "Sayang... Cinta tak perlukan alasan, mungkin dulu babah hanya pandang Ned sebagai seorang anak, babah dah lama sendiri sejak kematian arwah mama sayang, 10 tahun dia sunyi, Babah berhak cari kebahagiaan dia sendiri, siapapun yang babah cinta sekarang, Sayang kena terima..." Hud cuba membuat Adara menerima kenyataan ini.

       "Aku nak jumpa babah sekarang jugak!" Adara berdiri.

     Hud menarik tangan Adara untuk duduk semula.

       "Tak payah, dah lambat, semua dah prepare, diorang dah lama bertunang and plan nak kawin bulan depan, seminggu Abang bagi ruang untuk sayang bincang dengan babah dari hati ke hati, faham? Tolong bertindak ikut hati, babah ada hati dan perasaan"

      "Babah layak cari kebahagiaan dia sendiri, faham?" Hud berkata tegas.

     Adara bentak kecil.

      "Kenapa perlu Ned?! Kenapa rahsiakan dari aku! Kau bersubahat sekali kan? Tak cukup kau musnahkan hidup aku! Kau nak musnahkan keluarga aku! Sahabat aku! Aku benci kau Hud!" Adara menolak Hud menjauh dan berjalan pergi ke bilik tamu , pintu dihempas kuat.

     Hud mengeluh , entah bagaimana lagi harus dia lembutkan hati Adara.

      Sebulan kahwin, semua hal dia buat untuk menangkan hati si isteri langsung tak jalan.

      Doa.

     Hanya doa mampu dia ucapkan sekarang.

     Dalang kes itu, hampir dia temukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience