Buk!
Pipi Yusuf ditumbuk kuat oleh Suffian.
Muka Suffian bengis melihat muka Yusuf yang masih lagi beriak selamba.
"Ini apa sial?! Apa ni! Apa kau buat dekat Dara!" Kolar baju Yusuf dia cengkam.
Yusuf melihat telefonnya yang diambil Suffian.
"Kau nampak kan? Itulah aku , aku totally dapat miliki dia, kau? Aku bagi kau masa untuk buat benda ni kenapa kau masih tak buat sampai aku kena buat ha?" Yusuf membalas sinis.
"Sebab aku tak sanggup Yusuf! Kau! Kau salah satu kawan dia yang sama-sama berkomplot dengan aku simbah air sampah dengan cat dekat Dara, hipokrit!" Tumbukan dilayangkan lagi pada muka Yusuf.
Pegangan pada kolar juga terlepas.
Yusuf mengelap hujung bibirnya dengan tawa.
"Jadi?"
Mukanya langsung tiada serba salah selepas merosakkan hidup seseorang.
Suffian bengang.
"Aku akan report polis Yusuf, kau fikir kes rogol ni kes ringan? Aku pasti Hud pun takkan lepaskan kau! Kau khianat Dara, kau khianat aku, kau kan yang rancang kes khalwat aku dengan Maya?" Suffian berkata lagi.
Yusuf gelak.
"OMG! how you know everything Suffian? Tak sangka kau berbakat dalam hal ni kan? Aduh, rahsia aku semua kau tau" Yusuf berdecit.
Suffian senyum sinis.
"Aku tau semua yang jadi ni ulah kau Yusuf, kau diam-diam ubi berisi! Kau fikir aku akan lepaskan kau? Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara Yusuf!" Jerkah Suffian sebelum pergi membawa telefon Yusuf bersamanya.
Yusuf memandang tajam langkah Suffian.
Senyuman jahat terbit dibibirnya.
...
Suffian menutup pintu kereta dan merenggangkan jari-jarinya.
Nombor Hud dia hubungi.
"Angkatlah Hud, aku kena jumpa kau" Bebel Suffian sambil cuba hubungi Hud lagi.
Suffian berdecit apabila Hud tidak menjawab panggilannya.
Mesej ringkas dihantar.
'aku nak jumpa kau, aku dah tau siapa dalang kes Dara'
Nombor Hud dia hubungi buat kali terakhir sebelum keretanya dilemparkan satu batu besar.
Suffian terkejut besar , telefon terlepas dari tangan.
Suffian keluar dari kereta dan melihat muka Yusuf yang menyinga itu.
"Kau gila?!" Jerkah Suffian.
Yusuf mengheret besi bersamanya dengan senyuman senget.
Suffian ketar melihat besi itu dan tahu apa yang akan berlaku padanya.
Suffian mencapai telefonnya semula dan berlari pantas meninggalkan Yusuf yang tidak ubah seperti orang gila itu.
Yusuf ketawa melihat Suffian yang berlari darinya.
"Oi! Jangan lari! Mari sini!" Yusuf mengejar Suffian.
Gila. Gila. Gila.
Nombor Maya dia hubungi.
Suffian sambil berlari dia bentak kesal, kenapa tiada siapa yang menjawab panggilannya sekarang?
Apabila Suffian sedar dia semakin jauh dari Yusuf, dia bersembunyi di balik batu besar.
Location GPS telefon dia buka terlebih dahulu dan melemparkan telefonnya ke dalam hutan.
Suffian tahu mungkin harini adalah hari terakhirnya.
Tangannya ketar ketar membuka file folder Yusuf sebelum menghantar semua bukti itu kepada email seseorang.
"Suffian! Kau keluar sekarang!"
Suffian bertambah gugup mendengar suara Yusuf.
Setelah memastikan semua file berjaya dihantar Suffian memadam email itu dan bersembunyi dengan diam.
Pang!
Kepalanya terhantuk benda keras.
"I found you" ujar Yusuf sambil tersengih melihat Suffian yang perlahan-lahan terbaring.
"Kau takkan terlepas Yusuf"
Yusuf menghentak kepala Suffian dengan besi itu lagi.
"Kau pasti? Kau tak sempat nak bocorkan rahsia aku, kau mati dulu Suffian, selamat tinggal nanti aku bawakan bini kau sekali untuk temankan kau" balas Yusuf sebelum dia memukul Suffian berkali-kali hingga tercabut nyawanya.
...
Adara menepis tangan Nedina yang cuba memujuknya.
"Dara, aku minta maaf tapi aku betul-betul ikhlas cintakan babah..."
Adara menolak bahu Nedina kasar.
"Kau sedar tak yang lelaki yang kau bertunang tu ayah aku! Kenapa Ned! Kenapa babah?! Ramai lagi lelaki yang nakkan kau kenapa kau pilih babah! Lelaki yang kau pernah anggap sebagai ayah!" Sungguh Adara kecewa dengan tindakan Nedina.
Memanglah Nedina dan babah itu langsung tiada hubungan darah, tapi, Nedina dan Adara membesar sama-sama didepan mata babah dan arwah mama.
"Aku tau Dar... Aku tahu aku tak sepatutnya jatuh cinta dengan lelaki yang aku pernah panggil babah, tapi Allah dah hadirkan rasa tu pada kami berdua Dara... Kami ikhlas dengan perasaan kami" Nedina berkata lagi , penuh merayu , Nedina mahukan restu dari Adara.
"Kau tau aku kecewa dengan kau, otak aku dah fikir macam-macam tau Ned? Cukuplah mental down sebab budak ni, pasal diri aku, perkahwinan ni, sekarang kau dengan babah diam-diam tikam belakang aku? Siapa lagi aku kena percaya Ned kalau kau pun macam ni... Aku sakit Ned , hati aku sakit sangat..." Adara meluahkan kekecewaan dengan sebak.
Nedina terdiam.
"Aku penat hadap semua ni, aku kecewa dengan kau, babah, malah Hud sendiri berkomplot rahsia semua ni" Adara mengurut matanya yang kian memberat dek air mata.
Bibir Adara mengemam menahan tangis.
Nedina kelu, dia serba salah.
"Aku minta maaf, aku minta maaf" Nedina memegang paha Adara dan mengulang maaf berkali-kali.
Share this novel