Hud menunggu kedatangan Adara dengan penuh sabar.
Berkali-kali dia cuba melihat jam, sudah masuk 2 jam sejak GPS Adara berjalan namun masih belum sampai.
Hud cuba hubungi Adara, namun panggilannya tidak diangkat.
Berkali-kali Hud cuba menghubungi Adara, namun masih tiada jawapan.
Hud menjadi gusar.
Hud hubungi Nedina pula.
Nedina menjawab panggilannya dan berkata Adara masih belum pulang.
Hud membuat keputusan untuk ke bengkel itu mencari Adara.
...
"Tuan Alfa!" Mereka menunduk hormat kepada Hud saat Hud melangkah masuk ke dalam bengkel itu.
"Mana Luna Adara? Dia dah datang kan tadi?" Hud bertanya.
Lelaki yang melayan Adara tadi segera mendekati Hud.
"Dia dah balik lepas saya bagi surat tu, dia tak sampai dekat Tuan ke?" Lelaki itu bertanya perlahan.
Hud geleng.
Jantungnya berdegup pantas.
Hud kemudian keluar dari bengkel itu dan mencari kereta Adara.
Saat dia melihat kereta milik Adara ada di tempat parking dia mengeluh lega.
Saat dia menghampiri melihat tiada orang dia menjadi risau semula.
Barang-barang peribadi milik Adara masih ada didalam kereta dan enjin kereta juga dibiarkan terbuka.
"Luna! Luna!" Hud menjerit nama Adara.
Hud menghentak tangan ke kereta dan mengepal tangan membentuk buku lima.
Kereta dia buka, memori kad dari kamera dashboard dia keluarkan dan melihat rakaman terdahulu.
Saat Hud mula mendapat apa yang terjadi dia mula merengus dan membentak marah.
"Tak guna!"
Hud menghubungi Qawie pantas.
"Cari Luna! right now!" tegas suara Hud memberi arahan kepada Qawie.
'On my way!' Panggilan mati dan Qawie membuat kerjanya sementara Hud cuba menenangkan dirinya dari berfikir negatif.
Tangannya menghentak stereng kereta kesal.
...
Adara mencelikkan mata apabila tersedar yang dia bagaikan tidak menyedarkan diri buat masa yang lama.
Adara menyentuh kepalanya yang merasa amat pening, berdenyut-denyut kepalanya saat ini.
Adara menyedari sesuatu yang aneh pada dirinya.
Keadaan saat ini sungguh membuat Adara jadi bingung untuk seketika sebelum sedarkan diri sepenuhnya.
Adara menyentuh kepalanya yang sudah hilang tudung yang dipakainya.
Adara melihat keadaannya sekarang.
Kini dia duduk di dalam sebuah bilik diselembungi dalam selimut tanpa berpakaian!
Adara menekup mulutnya saat mula mendapat tafsiran apa yang terjadi.
Hal terakhir yang dia ingat adalah dia dipaksa minum satu air dan selepas itu dunianya kelam.
Adara melihat kesan darah di cadar berwarna putih itu.
Air matanya mengalir saat menyedari bahawa dia sudah kehilangan satu-satunya mahkota diri yang selama ini dia jaga.
Badannya pula penuh dengan luka luka dan tompokan merah.
Ya Allah...
"Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim" Adara mengucap panjang sambil merintih sendirian.
Siapa yang buat semua ni, siapa!
Adara melihat pakaiannya yang bertaburan di lantai, makin luluh hatinya.
Adara menangis dan menepuk dadanya kuat.
"Aku kotor Ya Allah! Aku kotor!" Jerit Adara.
Adara tersedar ada satu surat nota kecil yang terselit ditepi bantal.
'damn you so gorgeous, don't worry, I will be responsible for it princess'
Tulisan itu buat Adara semakin meningkat marah.
Princess?
Bukankah itu panggilan Hud padanya?
Adara mula ingatkan kata-kata Hud.
'Aku akan buat lebih dari ni kalau kau masih tak dapat terima aku dalam masa tiga hari'
Adara menekup mulut tidak percaya.
kertas itu dia genggam dan konyok marah.
Adara mengoyak kertas itu dan melemparkan nya.
Dasar lelaki tak guna!
...
Hud berdiri di hadapan pintu bilik yang dicari-cari dengan gugup, semoga apa yang bermain dalam fikirannya kini tidak betul.
Adara akan baik-baik saja.
Kad akses dimasukkan dan Hud melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Hud tergagam melihat keadaan bilik itu yang agak berselerak.
Hatinya gusar.
"Luna?" Dia cuba memanggil nama gadis itu.
Hud mendengar bunyi tangisan dari dalam bilik itu.
Hud segera berlari membuka pintu bilik dan terkejut apabila melihat Adara ada sendirian di dalam bilik hotel itu.
"Luna!" Hud segera meluru ke arah Adara yang menangis di atas katil dengan keadaan yang agak tidak terurus.
Adara mendongak.
"Kau jahat! Kau jahat! Kau rogol aku! Aku dah cakap aku taknak kahwin dengan kau! Tapi kau tergamak buat aku macam ni!" Adara menjerkah Hud.
Hud terdiam.
"Luna, listen, aku bukan-"
Adara melemparkan gelas kaca ke arah Hud.
Mujur Hud sempat elak dari mukanya terkena gelas kaca itu.
Gelas itu pecah berkecai.
Hud menghampiri Adara lagi.
"Aku benci kau! Aku benci kau!" Adara memberontak dan melemparkan segala benda yang ada berhampirannya.
"Luna! Stop it!" Jerkah Hud memegang kedua tangan Adara.
"Lepas! Lepas!" Adara meronta.
Hud mengenggam erat kedua tangan Adara.
Hud melihat keadaan Adara yang penuh dengan lebam luka, hatinya terpiat rasa sedih.
Kesian gadis kesayangannya...
"Tell me! Siapa buat kau macam ni! Siapa?!" Hud jerit didepan muka Adara.
Air mata Adara mengalir turun dan menatap tajam wajah Hud.
"Kau! Kau yang buat semua ni! Cara murah! Kau ingat dengan kau rampas maruah aku, aku akan setuju kahwin dengan kau!" Balas Adara turut menjerit.
"Apa maksud kau, aku tak buat benda ni Luna, aku tak buat!" Hud membela dirinya.
Ingat Hud ni kejam sangatkah sampai nak rosakkan anak dara orang?
"Tipu! Surat tu! Malah hotel ni! Hotel kau kan!" Adara berusaha menarik semula tangannya.
"Jantan tak guna! Aku benci kau Hud!" Adara menjerit sekuat hati.
Hud mengeluh berat dan cuba menenangkan gadis itu.
"Lepas! Lepas!" Makin esak Adara menghamburkan tangisan.
Hud menarik Adara masuk ke dalam pelukan erat.
"Bukan aku Luna, bukan aku...aku akan cari lelaki yang buat kau macam ni..." Bisik Hud sambil memeluk Adara walaupun Adara masih berusaha melepaskan diri.
nv
Share this novel