CUA - 31

Romance Completed 80488

Adara merebahkan badan ke atas katil, syiling dipandang.

      Adara menoleh kiri dan kanan , Hud masih belum naik.

    Tadi sibuk sangat nak rest.

    Keluhan berat dia lepaskan.

       “How dare you marry someone I hate?” suara Suffian mulai bermain di minda.

    Otaknya mula bermain saat dia berjumpa Suffian tadi selepas majlis selesai.

   Adara ternampak Suffian yang menjadi pemerhati dari jauh.

        “Kau naik lah dulu, aku nak jumpa orang” ujar Adara sambil mata memerhatikan Suffian.

     “Baik, hati-hati princess” tangan Adara dikucup sebelum dilepaskan.

       Adara merengus dan terus meninggalkan Hud yang berwajah tenang itu.

    Adara berjalan laju bersama gaun ini.

       Adara tercari-cari kelibat Suffian tadi.

     Hilang jejak.

     Saat Adara mahu berpaling dan pergi terasa ada sesuatu yang menariknya ke tempat sempit.

     “Suffian!” 

    Suffian membuat isyarat menyuruh diam dan menunjuk ke arah seorang lelaki berbadan tegap seolah sedang mencari sesuatu.

    Melihat lelaki itu hilang dari pandangan, kami berdua menghela nafas lega.

     “Hud hantar someone untuk stalk you” Ujarnya menjawab soalan diminda.

     Adara merengus, lagi-lagi Hud .

      “And how dare you marry someone I hate Dara ?”  soal Suffian menayang wajah kecewa.

     Aku menyilang tangan ke dada.

     Wajah konon kecewa dia pandang sinis.

       "At least that person is not you Suffian…” balas Adara.

     Suffian pegang bahu Adara.

     Adara menepis kasar.

       Suffian mengalah dan mengangkat kedua tangannya ke atas lalu diseluk ke kiri dan kanan poket seluar, dia bersandar ke dinding.

      Keluhan berat dilepaskan dari bibir lelaki itu.

      “Hud tak sesuai untuk you Dara, Hud really not like you think” wajahnya penuh serius.

         "I know, and I'm sure you pasti tau Hud siapa kan?” Adara menyoal.

     Suffian angguk.

     "Yes, but! Really! Hud lebih dari tu! And I dah dengar apa jadi dekat you! Kemungkinan besar Hud yang,- abaikan, sebelum kes you tu , Hud ada jumpa I" Suffian teragak-agak.

     "Apa?" Adara menyoal lagi, rasa curiga Adara terhadap Hud makin meningkat.

      “Hud-” belum sempat Suffian mahu menjawab soalan Adara ada satu suara yang membuat kami berdua saling berpandangan.

      “I had to go, kalau diorang nampak I dengan you macam ni , tamat riwayat I Dara… nombor I masih sama, anything just call me” pesannya gelabah.

     Adara mahu menyoal lebih lanjut tapi Suffian sudahpun melangkah pergi.

     Suffian sudah berjalan pergi menggunakan lorong gelap tempat kami sembunyi itu.

    Langkah Suffian terhenti, dia menoleh ke belakang melihatku sebelum berkata…

      “You  are so pretty tonight Dara, I menyesal buat you macam tu dulu Dara…” Suffian senyum kecil, lembut suaranya membuat wajah ku berubah redup.

     Perlahan-lahan kelibat Suffian hilang disebalik pintu kecemasan.

       Adara sebak.

     Memori bersama Suffian buat Adara termenung seketika.

         “Puan Adara!” suara kecoh itu buat tersedar kepada realiti.

     Realiti yang Adara dan Suffian tak akan kembali bersama kerana masing-masing sudah terikat dengan hubungan yang mungkin tidak akan terputus…

 
    
...

      "Where have you been?" Suara garau itu membuat Adara mencelikkan mata laju.

      Air mata yang mengalir tanpa sedar laju aku seka, dari baring aku terus bangun dan duduk.

     Wajah dingin Hud Adara pandang.

       "Apa kau ni, aku nak rehatlah, kau yang ajak rest dulu aku tengok kau tak ada, and up aku naik dulu sebelum kau , sepatutnya aku la tanya kau, kan?" Adara mengangkat kening sebelah.

     Hud meraup muka kasar.

        "Aku tanya kau, mana kau hilang tadi? siapa yang kau jumpa!" Suaranya kasar, nada selalu kami bertekak sebelum kahwin.

      Adara tertawa, tawa sinis.

      "Kenapa? Kau takut rahsia kau selama ni terbongkar?"

    Wajah dingin Hud mulai mengendur , dia menenangkan diri sendiri.

    Hud melabuh duduk disebelahku, Adara berinjak menjauh darinya.

      Hud tersenyum.

     "I will tell you everything Luna, just hear from me not other" Suaranya berubah lembut.

      Aku menjeling tajam.

     "Aku nak balik dengan Ned" Ujarku tanpa memandang wajahnya.

     "Why? Kita balik sama-sama la"

     "No, rumah kita tak sama even berjiran, kau yang tiba-tiba culik aku and bawak datang sini culik aku tanpa amaran... kau nak aku follow kau buta-buta je? No way!" bentak Adara.

     Hud gelak sahaja.

     Pelik Adara dengan mamat ni.

     "No, abang nak bawak princess ke syurga kita, dah lama abang tunggu saat ni nak jejakkan kaki Luna dan abang ke sana" balasnya.

     Adara buat wajah geli.

      Abang? eyu, very disgusting.

      "aku taknak ikut kau, kita buat haluan masing-masing, perkahwinan kita cuma atas kertas! full stop! okey?" tegas sungguh, tak masuk lagi mimik wajah Adara dah macam cikgu disiplin.

    Hud menarik pipi Adara manja.

       Dia gelak.

       "No sayang, You must follow me, kalau princess degil juga... abang terpaksa dukung awak dari bilik ni sampai ke parking lot, nak?" Walaupun wajahnya tenang pakej senyuman manis , bulu roma Adara mencacak naik membayangkan adegan dukung-mendukung dalam hotel ini.

    Gila!

...

       Adara terpegun melihat rumah agam yang gah berdiri didepan matanya saat ini.

     Adara ternampak kereta miliknya juga sudah pun terparkir dalam garaj.

      "Rumah kau ke?" Soal Adara pada Hud.

    Hud mengangguk dan tersenyum.

       "Actually ni rumah arwah papa pernah hadiahkan pada abang masa papa hidup dulu...10 tahun lepas last abang datang sini masa arwah mama dan papa buat suprise..." cerita Hud sambil memandang sayu ke arah rumah itu.

      "Now abang nak bina memori baru bersama Luna dalam rumah ni..." Tangan Adara dia capai.

     Matanya merenung kedalam anak mata Adara.

       Hud memimpin tanganku sehingga ke pintu utama, aku nampak dia menarik nafas panjang sebelum menoleh kepadaku.

    Hud senyum kepada

     Murah betul senyuman dia lepas akad nikah tadi.

     Perangai Hud yang Adara kenal sebagai lelaki sombong, kurang ajar, baran... telah berubah seratus peratus selepas satu malam.

     "Sebelum masuk... abang nak beritahu yang abang cintakan Luna Adara sepenuh hati abang, apa abang buat selama ni hanya untuk tarik perhatian Luna... maafkan abang buat Luna terikat dengan abang dengan cara paksa macam ni, namun abang tak menyesal sebab impian abang cuma nak Luna berada disisi abang selamanya..." Ujar Hud lebar.

     "Hm" malas nak dengar lagi.

      Benci tetap benci.

       "Apa saja milik abang dalam rumah ni akan jadi milik Luna juga..." sambungnya sebelum pintu itu terbuka luas.

      Adara terkejut melihat hiasan mewah bak istana isi rumah itu.

    Ini rumah ataupun istana.

     "Welcome to syurga kita sayang..." ujar Hud bernada romantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience